Monday, June 30, 2008

Berita Adik Anwar nafi masuk KDEB dan MB Khalid umum perletakan jawatan yang dinafi


Pelik.... Ganjil... Aneh !


Adakah adik menipu seperti abangnya juga menipu ? atau dua dua mangsa konspirasi ??


Tengok berita di atas dan petikan berita ini:

BERITA UTAMA ( Utusan malaysia )

Selangor umum peletakan jawatan adik Anwar

KLANG 29 Jun - Kerajaan negeri hari ini mengumumkan peletakan jawatan adik kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rusli Ibrahim sebagai Penasihat Khas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pengumuman itu dibuat kerana mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa Rusli tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan anak syarikat kerajaan itu.

Katanya, ia juga bagi mengelak wujudnya sebarang konflik kepentingan mengenai perkara itu walaupun Rusli memegang jawatan tersebut sebelum ini.

''Ia adalah perkara yang agak sukar untuk ditangani kerana saya dilihat seolah-olah tidak mahu memberi peluang kepada mereka yang terlibat.

''Peletakan jawatan Rusli itu dibuat adalah berdasarkan prinsip ketelusan dan sikap bertanggungjawab kami dalam pembangkang dan kami mahu rakyat tahu bahawa tiada sebarang unsur kepentingan mana-mana pihak dalam keputusan tersebut,'' jelas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Himpunan 1,000 Belia Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang, di sini hari ini.

Turut Hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang, Dr. Halimah Ali.

Pada 26 Jun lalu, Utusan Malaysia menyiarkan kenyataan bekas Setiausaha Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor yang menggesa supaya KDEB memberi penjelasan mengenai dakwaan terdapat ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai penasihat kepada anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor.

Menurut Mohamad Ezam, pelantikan Rusli tersebut disifatkan melanggar prinsip reformasi yang sering dilaung-laungkan oleh PKR selama ini selain menggambarkan bahawa parti pembangkang itu sebenarnya mengamalkan nepostisme dengan melantik ahli keluarga menjawat jawatan tertentu untuk kepentingan peribadi.

Bagaimanapun Rusli Jumaat lalu menafikan bahawa beliau pernah dilantik sebagai penasihat syarikat milik kerajaan Selangor itu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid ketika ditanya mengenai status perkhidmatan pegawai memasukkan data di Pejabat Tanah yang sebilangan besarnya akan tamat kontrak mulai hari ini, berkata, perkara itu akan dirunding bersama Jawatankuasa Khas Kajian, Penyelidikan dan Pengurusan Sistem Tanah Negeri Selangor bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

''Kita akan bincang dengan jawatankuasa itu sama ada masih memerlukan perkhidmatan pegawai terbabit atau sebaliknya,'' katanya.


Baca dan fikirlah !

No comments: