Tuesday, June 3, 2008

Pendahuluan Blogger Air Kopi

Syukur Alhamdulillah kerana diizinkan Allah untuk meneruskan lagi sisa sisa hidup saya sebagai warga Malayia beragama Islam di bumi bertuah ini.

Saya ingin menggunakan kesempatan yang ada untuk memberi pendapat dan pandangan berhubung apa sahaja isu berkaitan sastera, sosial, agama dan politik di Malaysia dan dunia amnya.

Kebolehan menggunakan internet dan menerbitkan hasil buah fikiran ke alam blog merupakan satu kurniaan yang perlu disyukuri dan diarah ke jalan kebaikan dan kebenaran.

Saya yakin ada orang yang sependapat dengan apa yang saya tuliskan dan ada juga yang tidak bersetuju dengan beberapa isu yang akan saya tuliskan nanti.

Yang penting, kita membuka minda dan mengumpulkan pendapat bagi menghasilkan natijah yang berkesan di dalam menuju era lebih gemilang dan terbilang.

Semoga kelahiran blog 'air-kopi' akan menjadi pemangkin kepada kesatuan antara pembaca dan blogger yang lain.

Wassalam.

No comments: