Thursday, July 31, 2008

Sayuti Omar mengkritik laporan polis budak hingusan dalam PAS !

Thursday, July 31, 2008

Susupan Pagi ( link asal sini )

Apabila Pemuda Pas Dinasihati Pemimpin Tidak Sihat

SINDROM membuat laporan polis nampaknya semakin menjadi-jadi. Walaupun pada satu masa polis tidak dipercayai dan dilemparkan dengan pelbagai tomohan namun pasukan itu tetap juga dijadikan sandaran dan tempat mengadu sebarang masalah.

Terbaru sindrom ini berjangkit kepada anak-anak muda dalam Pas yang menganggotai Dewan Pemuda. Semalam di laporkan dua buah cawangan Dewan Pemuda Pas, satu dalam kawasan Kubang Kerian dan satu lagi dalam kawasan Kota Bharu telah membut laporan ke atas bekas MB Perak Mohd Tajol Rosli Ghazali ekoran tawaran yang dibuat kepada Pas Perak untuk membentuk kerajaan bersama.

Laporan itu dibuat kononnya tawaran bekas MB itu ada usur rasuah.

Dan hari ini dilaporkan pula Dewan Pemuda Pas Perak pula membuat laporan yang sama semalam. Adalah dipercayai idea dan ilham Dewan Pemuda Pas Perak itu tercetus apabila anak muda Kelantan berbuat demikian.

Saya tidak mahu soal siapakah di belakang anak muda berkenaan. Saya yakin ada orang tua yang mengajar supaya mereka berbuat demikian. Menurut sahabat saya Ramli Abdul Halim di Kota Bharu ketua Pas kawasan berkenaan tidak berapa segar, tidak berapa sihat. Malangnya beliau tidak menyatakan apakah penyakit yang dihadapi oleh ketua Pas kawasan berkenaan.

Apakah sebelum membuat laporan polis itu anak-anak muda Pas itu sudah membuat kajian berhubung kata-kata Tajol Rosli itu sejauh mana ianya bersifat rasuah dan boleh diambil tindakan. Atau dari segi Islamnya apakah ajakan untuk berbaik itu menjadi satu kesalahan?

Seperti yang dilaporkan Tajol Rosli mengajak Pas untuk menubuh kerajaan bersama dengan memberikan Pas jawatan MB. Beliau sendiri tidak akan memegang apa-apa jawatan.
Dalam hal ini saya tidak nampak di mana rasuah dalam hal ini. Apakah sebarang cadangan, jani, idea boleh disifatkan rasuah?

Kalaulah apa yang dikatakan Tajol Rosli itu boleh dianggap rasuah maka apa kurangnya dengan tindakan dan tawaran yang pemimpin Pas lakukan dalam ceramah-ceramah mereka apa lagi dalam pilihan raya. Atau kalau hendak berlaku adil, apa halnya pula dengan tawaran dan janji Anwar Ibrahim yang akan melantik ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak sebagai timbalan perdana menteri dan akan menurunkan harga minyak kalau beliau berkuasa dan ? Apakah ini tidak termasuk dalam rasuah kerana Anwar kita sokong dan kita dokong?

Rasanya maksud, erti dan makna antara kata-kata para penceramah Pas, Anwar Ibrahim dan Tajol Rosli itu sama sahaja. Bahkan Tok Guru Nik Aziz sendiri membuat tawaran / janji kepada pengundi dimana kalau undi Pas akan masuk syurga.

Jangan soal syurga itu tempat terbaik dan dirindui tetapi caranya berunsur rasuah kalau mengikut tafsiran generasi muda Pas yang mendapat nasihat dari orang tua yang tidak berapa sihat itu.

Sebab itu dalam hal ini saya nampak bukan kerana ada usur rasuah di sebalik tindakan Tajol Rosli itu, tetapi laporan polis itu sebagai hendak tunjuk kebencian kepada kerjsama Pas dengan Umno. Anak-anak muda yang mentah ini mudah terpengaruh dengan retorik politik tanpa melihat kepada realiti.

Sebagai generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pelapis, mereka seharusnya bijak menggunakan akal fikiran sendiri dan tidak mudah mengikut telunjuk pemimpin yang berpentingan. Jaganya wibawa dan jangan sampai apa yang kita lakukan ditertawakan orang pula. Saya percaya kalau pemimpin ini menjadi pemimpin Pas tiga atau empat puluh tahun akan datang Pas akan lumpuh. [wm.kl.9:00 am 31/07/08]

Wednesday, July 30, 2008

Kenapa Anwar tergesa gesa minta siasatan dihentikan ?

Tanya saya ? jangan.

Saya tak tahu juga.

Baca dan fikirlah sendirian dan sendiri sendiri...

Malas pula nak ulas. Nanti orang kata BIAS !


Monday, July 28, 2008

Gambar Keranda di Tranung kite Online - Pakatan Rakyat akan berkubur atau Umno ?




Gambar ini ditemui di Tranung Kite Online. Apa yang menariknya bukan gambar ini tetapi ketaksuban fanatik Anwar yang 'diupah' atau 'terpedaya' dengan sengaja dan tidak sengaja.

Cuma mereka sanggup mempertahankan 'kewalian' DSAI yang sangat jelas dengan isu isu tidak 'suci' lagi 'murni' dengan dakwaan negatif seperti kronisme, liwat, salah laku, nepotisme dan sebagainya.

Kena ingat adakah UMNO yang Anwar masuk lebih berbelas tahun itu baru bermula salah guna kuasa atau seleweng duit rakyat SELEPAS ANWAR DIPECAT ?

Ini yang perlu difikirkan dan bukannya menghina UMNO selepas dibuang seperti 'sampah' dari Parti UMNO. Sedangkan parti itu juga yang memberi segala kebaikan dan kesenangan kepada beliau hingga dikenali dunia termasuk Barat dan juga agen agen keparat....

Adakah komen rasional menjadi pilihan pertama ahli pembangkang dan penyokong mereka ?

Lihat sendiri komen mereka di sini dan anda saksikan sendiri....

Wednesday, July 23, 2008

Amin Iskanar yang suka ( mu zakar AH ) berulang kali...

First : dia geng dengan Kuchalana..

Sama dgn geng Hishamuddin Rais.

Jangan pelik dia ditabal ' penulis malaysiakini' di portal ' miskin' di luar 'kaya' di dalam itu !

Cuba tanya berapa 'bantuan' diorang dapa sebulan....pasti tak jawab.

Kenapa ada 'tabung derma' ?

Biasala tektik...

Tadi ada lagi artikel tentang mu zakar AH ( baca elok elok ) yang di'lucahkan' oleh kepala 'karat' blue seperti Amin Iskandar a.k.a Black ini.

Jika PAS, mereka juga ada wakil iaitu Kick de Fell a yang suka ' meliwatkan' cerita MU zakar AH ini...

Nak lucah lagi ???

Mari kita 'lucah'kan mereka dengan 'melondeh' siapa mereka ini !!!!!

Hati batu....yang tidak ingin kita semua bersatu...

Opsss.... Jangan ludah.. Jangan marah....

Kita serah kepada Allah...

biar 'ludah' atas kepala mereka sampai ' tak nak ' zakar zakar dan ah ah lagi...

Yang penting ALLAH itu dari segala kepentingan peribadi atau parti ....

Tuesday, July 22, 2008

PKR buat tak tahu bantahan PAS di Selangor isu penajaan Syarikat Arak Heineken

PKR makin biadap dengan kawan rapatnya sendiri.. Satu persatu isu yang timbul telah disengajakan atau tidak ; telah menjeruk rasa PAS hingga PAS sedar dari awal lagi bahawa Pakatan Rakyat ini membahayakan Islam hingga terus membuat pertemuan sebanyak tiga kali dengan Pak Lah sejurus selepas pilihanraya lepas.

Kekuatan bukan Melayu @ anti - Islam telah bertambah dan telah memberi ruang kepada kegiatan kegiatan yang ingin memberi implikasi negatif kepada nama baik PAS sebagai parti Islam hingga menghodohkan Islam keseluruhannya melalui saluran politik bersama atas wadah Pakatan Rakyat.

Kegiatan ini didiamkan sesetengah pihak dalam PAS dan dibantah terang terangan oleh sesetengah pihak yang lain.

Terbaru penajaan syarikat arak Heineken untuk perlawanan Chelsea di Selangor telah mencetuskan kontroversi hingga menggamit hati Timbalan Pesuruhanjaya PAS Selangor untuk memberi kenyataannya.

Jika sebelum ini hanya suara Pemuda PAS sahaja sering bergema, sekarang kita dapati ia telah meningkat hingga menjadikan Timbalan Pesuruhanjaya PAS Selangor terpaksa bercakap dan disokong oleh Pemuda PAS sendiri meskipun Pesuruhanjaya PAS Selangor selaku Exco Selangor iaitu Datuk Hassan Ali ( yang menentang Islam Hadhari ) hanya mendiamkan diri sahaja apatah lagi kerana 'khuatir' hilang kuasa yang dipinjamkan Allah seketika itu...

Cuma ada juga kemusykilan kita, adakah bantahan ini ikhlas ke atau sekadar ingin menutup ' lobang lobang' agar sokongan dan keyakinan rakyat ' tidak bocor ' ?

Laporan Utusan di bawah menjelaskan segala galanya yang berlaku :

( gambar ditambah oleh tuan blog - harap maklum )

Tajaan arak: Pemuda Pas tetap bantah

SHAH ALAM 21 Julai - Keputusan kerajaan negeri membenarkan perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Malaysia dan Chelsea di Stadium Shah Alam, pada 29 Julai ini yang turut membabitkan tajaan syarikat pengeluar arak Heineken, sekali gus membuktikan kepimpinan kerajaan negeri membantu mempromosikan jenama minuman keras itu.


Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Sallehen Mukhyi ( gambar atas ) yang menyuarakan rasa kesal dengan pendirian kerajaan negeri itu berkata, mempromosikan minuman keras juga merupakan kesalahan yang besar dalam Islam, selain menjadikannya sebagai minuman.

"Bila bersetuju perlawanan diteruskan atau kita terpaksa terima penganjurannya, itu promosi minuman keras sekali, bukan sekadar soal minum sahaja.

"Ini memandangkan minuman keras adalah cabang perniagaan utama syarikat berkenaan walaupun pada masa yang sama ada mengeluarkan produk lain," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Khamis lepas, Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Shafie Abu Bakar (gambar )membantah pembabitan Heineken yang menaja siri jelajah pasukan terkenal Liga Perdana England itu ke Asia, atas alasan perlawanan berkenaan tidak seharusnya melibatkan syarikat minuman keras itu kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip yang diperjuangkan oleh Pas selama ini.

Bantahan berkenaan disuarakan ekoran kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehari sebelum itu yang bersetuju perlawanan itu ditaja oleh Heineken kerana menganggap ia adalah penaja seluruh dunia yang membolehkan rakyat dapat melihat aksi skuad Chelsea di negara ini.

Sunday, July 20, 2008

Anak Anwar Ibrahim hilang ???

Tulisan ahli forum Tranung Kite Online : Zemi untuk panduan dan ingatan kita semua...

sumber asal : klik sini

KPD WM,MOD DAN PARA SAHABAT,INI ADALAH TULISAN TERAKHIR DRP SAYA PASAL LIWAT DSAI.SAYA BERJANJI SAYA TAK AKAN MENULIS LAGI PERKARA LIWAT SELEPAS INI.SAYA AKAN KEMBALI MENULIS PERKARA LIWAT INI APABILA DSAI DIPUTUSKAN TIDAK BERSALAH KELAK.PADA MASA ITU SAYA MEMOHON WM DAPAT BERI RUANG KHAS KPD SAYA UTK MEMOHON MAAF DAN MENYATAKAN KEKESALAN KPD DSAI DAN SELURUH PARA SAHABAT SEKALIAN KERANA TUDUHAN2 SAYA SELAMA INI..TETAPI JIKA DSAI DISABITKAN BERSALAH SAYA BERJANJI SAYA TAK AKAN KOMEN APA APA LAGI . STOP !

KPD WM /MOD BERI RUANG KPD TULISAN SAYA KALI INI,AGAR DPT DIBAHASKAN SECARA BERHEMAH.SAYA JUGA MOHON PARA SAHABAT YG MEMBAHASKAN TOPIK INI AGAR TIDAK “QUOTE” TULISAN SAYA INI UTK MEMBAHASNYA (REPLY).INI KERANA TULISAN SAYA INI PANJANG DAN SEKIRANYA PARA SAHABAT “QUOTE” IANYA AKAN MENGGUNAKAN RUANG YG LEBIH BYK DAN SETERUSNYA BOLEH MENGAKIBATKAN SERVER MENJADI “BERAT”CUKUP SEKADAR ANDA MEMULAKAN DGN PERKATAAN “KPD ZE-MI” (saya dah faham ditujukan kpd saya) KEMUDIAN TULIS APA YG ANDA NAK KATA,NAK MAKI ATAU APA2 SEKALIPUN.

BISMILAHHIRAHMANIRAHIM

SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHD SAW.

ASSALAMUALAIKUM


MASYAALLAH ! TUDUHAN KPD ANWAR TERUK.BACA DAN RENUNGKANLAH.


Tuduhan yg dihadapi oleh anwar sekarang amat berbeza dgn situasi 1998.pd masa itu anwar munkin boleh berkat konspirasi kerana beliau masih tpm,sekarang bukan tpm.pd 98 semua tertuduh kes liwat ditahan polis terlebih dahulu dan membuat pengakuan diliwat semasa dlm tahanan polis,keculi azizan yg membuat pengakuan awal di hadapan bekas imam besar masjid Negara,yg mana sekarang bekas imam itu ahli parlimen baling ,kedah.

Sekarang pulak si saiful ini buat pengakuan bukan di bawah tahanan polis.betul saiful ada berjumpa dgn najib (tpm),tetapi najib pun tak berani bagi komen apa2 kerana takut dituduh berkonspirasi atau perangkap drp anwar,najib hanya berkata kpd saiful buat apa yg perlu.habis setakat itu pertemuan dgn najib.keesokan hari saya difahamkan saiful ke hkl kerana hendak buat pemeriksaan susah utk membuang air besar dan setelah pemeriksaan doktor megarahkan saiful membuat laporan polis di pondok polis hkl.bukannya saiful pergi buat laporan polis secara “grand” dgn diiringi wartawan dan dan politician,kemudian hebahkan di media masa secara meluas.

Media masa mula melaporkan perkara ini pun setelah dihebahkan oleh anwar di hotel quality shah alam yg polis akan menangkap beliau kerana ada konpirasi politik terbaru.dan keberanian yg ada pada saiful ini agak luar biasa,tanpa akuan bersumpah,dgn diiringi keluarga ke hkl utk pemeriksaan.dan jarak antara tempoh diliwat dgn tempoh laporan sgt dekat.diliwat 26.jun,laporan polis 27.jun.

Sebenarnya pada 27 jun,anwar sudah mula gelisah apabila saiful hilang.beliau menelefon ke sana sini bertanya tentang saiful dan mengarahkan org2 yg rapat dgn beliau mencari saiful.kenapa beliau gelabah jika pembantu kpd pembantu peribadi beliau yg hilang ? pd tahun 98,kita semua boleh lihat pd masa itu majority org melayu bersama anwar.tetapi sekarang berapa kerat sgt org melayu bersama anwar.ini boleh diukur dgn perhimpunan di ipk kl dan di rumah anwar.

Persoalannya jika saiful pembantu kpd pembantu anwar,kenapa anwar agak rapat dgn saiful dan dibawanya saiful beberapa kali ke luar Negara dan ke sabah.jika anwar betul2 ada akal beliau tidak pilih budak saiful ni sbg pembantu,saiful ni budak mentah lagi,tiada pengalaman politik,kenapa beliau tidak pilih di kalangan pemuda2 pkr atau mpt pkr sbg pembantu,sedangkan mereka ini lbh pengalaman.

Sepertimana yg kita semua sedia maklum yg saiful ini bersedia utk bersumpah,tapi kenapa anwar tak sanggup bersumpah.MASYAALLAH ! wahai sahabatku sekelian sedarkah anda semua tuduhan yg dihadapi oleh anwar sekarang AMAT BERAT,DICELA,DIHINA,DIAIBKAN bukan saja seluruh Negara malah boleh dikatakan seluruh dunia.dan ini boleh mencacatkan pandangan masyarakat dan dunia islam terhadap anwar yg sering dipandang dan dilabel sbg pemimpin berimej islam.Pesoalan juga timbul difikiran saya,kenapa kedua dua peguam yg mewakili anwar dlm kes ini India.kenapa tiada peguam melayu islam sepertimana dlm kes pertama dulu,yg mana beliau diwakili oelh 9 peguam terdiri drp pelbagai agama dan bangsa termasuk islam.

Perbicaraan di mahkamah masih lagi lambat,imej anwar harus dpulihkan segera.tida cara lain utk membersihkan nama beliau melainkan dgn cara BERSUMPAH ATAU BERMUHABALAH.andaikata perbicaraan di mahkamah nanti pun memutuskan anwar bersalah,tetapi jika anwar sudah bersumpah ianya dapat mengembalikan keyakinan org2 islam utk bersama beliau,dan org2 ini tetap yakin anwar tak bersalah dan pada masa kita dpt bayangkan berapa ramainya penyokong anwar pada masa itu.dan pada masa itu barulah kita boleh bercakap perkara ini semua konspirasi.

Anwar tak perlu guna helah ada ulamak kata tak perlu bersumpah,anwar juga harus ambil kira ada ulamak yg suruh bersumpah termasuk tok guru nik aziz.perbezaan pendapat ulamak ini perkara biasa,seperti mana sabda nabi perbezaan pendapat antara ulama diakhir zaman ini adalah rahmat buat umatku (kpd mereka yg arif,kalau saya salah tentang sabda ini tlg perbetulkan saya).

Tentang qazaf dan apa yg saya faham,qazaf ini digunapakai terhadap tuduhan berzina,maknanya org yg melakukan seks atau liwat atas dasar suka sama suka dan apabila ditangkap mereka tak mengaku,maka hendaklah kita kemukakan empat saksi.sebab itu pencegah maksiat jika hendak buat serbuan mereka mesti ada 4 org atau lebih.bg org yg membuat pengakuan dia diliwat atau dirogol jika kita gagal kemukakan 4 saksi maka penyelesaiannya ialah BERMUHABALAH.Anda semua harus pandai bezakan antara zina dan rogol.zina suka sama suka,rogol paksaan.mana ada dlm dunia ni perogol atau peliwat yg nak rogol atau liwat mangsanya di depan 4 org.mestilah ianya dilakukan ditempat sunyi,kalau dah ada 4 org saksi maka si perogol atau peliwat ini dah tentu MAKAN PENENDANG 4 org ini tanpa sempat merogol atau meliwat.

Sbg contoh seorang wanita cantik cun melecun sedang berjalan di kawasan sunyi,tiba2 dtg seorang lelaki tarik beliau masuk ke dalam kereta dan dibawa ke dlm hutan lalu merogolnya.wanita itu tidak melawan semasa dirogol kerana takut dibunuh dan bibakar mayatnya,maka wanita itu pun terpaksalah buat berpura pura suka pada perogol ini.selepas selesai episode rogol merogol ini,wanita ini pun pulang dgn selamat dan beritahu keluarga beliau yg dia dirogol,kemudian wanita ini di bawa ke pejabat agama utk buat laporan,dan pada masa itu pegawai agama itu akan bertanya begini.kamu ada 4 saksi tak melihat kamu dirogol ? wanita itu jawab tiada.kalau tiada kamu boleh balik,kerana gagal kemukakan 4 saksi.ADAKAH INI KEADILAN YG DIKEHENDAKI DLM ISLAM ? DI MANA KEADILAN ? CUBA BAYANGKAN JIKA PERKARA INI BERLAKU KPD ADIK BERADIK ATAU SAUDARA MARA KITA.

Wahai sahabatku,islam dan sains teknologi ini ada kena mengena,kalau takde kena mengena maka sampai hari ini pun kita masih naik unta atau kapal laut ke mekah,jika tiada kena mengena susah kita hendak menentukan arah kiblat,tarikh puasa dan hari raya.jika tiada kena mengena maka tak sampailah org islam di angkasa lepas.sebab itu ada satu ayat yg diperkatakan oleh yusof qardhawi (ulamak sanjungan anwar) iaitu QARENAH.dan QARENAH ini ,pendapat drp yusof qardhawi ini yg mengatakan kaedah yg boleh diterima pakai oleh semua pihak dlm islam sekarang adalah perkara yg berkaitan dgn sains dan teknologi termasuklah cctv ,DNA dan apa2 lagi yg ada kaitan yg boleh dijdikan bukti dari sudut sains dan teknologi,selain drp 4 saksi tadi.

Oleh yg demikian jika anwar ibrahim atau saudara mara beliau atau kenalan2 beliau yg terbaca tulisan ini,nasihatlah kpd beliau jika beliau tak bersalah cepat cepatlah bersihkan nama beliau dgn cara BERMUHABALAH,tak payah lagi teruskan pelbagai kerenah seperti sekarang kerana ianya amat lambat utk pulihkan imej beliau.kasihanilah bapak beliau (pak berahim) yg sedang uzur sekarang dan juga kasihanilah anak isteri beliau.apakah dia sanggup melihat bapa beliau memejamkan mata di dunia ini dgn pelbagai tuduhan yg mengaibkan anwar,sperti mana ibu anwar dulu memejamkan mata beliau sewaktu anwar di penjara..ingat wahai sahabatku,tuduhan terhadap anwar ini amat aib sekali,maka beliau perlu berusaha membersihkan nama beliau secepat mungkin.anwar juga harus memikirkan maruah anak isteri beliau,mereka juga malu hendak berdepan dgn masyarakat selagi anwar tak bersihkan nama beliau.saya juga dimaklumkan yg anak lelaki anwar sekarang ini mohd ikhsan juga hidup dlm tekanan,hingga berkrisis teruk dgn anwar.budak remaja ini seperti tiada arah tuju sekarang,sudah mula merokok di kawasan kolej (help institute) damansara,hingga merunsingkan pengetua kolej.sebab itu jika kita melihat setiap kali kemuculan anwar dimana2 beliau hanya ditemani oleh anak2 perempuan,anak lelaki tunggal beliau tidak ikut sama.wallahualam.

Sekiranya anwar bersalah,maka saya rasa lebih baik beliau selesai kes ini dgn saiful diluar mahkamah,serta mohon maaf kpd seluruh rakyat Malaysia,jgn terlibat dgn politik lagi dan bawa keluarga berpindah ke luar Negara.jika anwar sanggup lakukan semua ini rakyat Malaysia akan kenang anwar sbg pemimpin yg jujur dan berani mengaku kesalahan.pd pendapat peribadi saya,tak ingin melihat anwar dipenjara,kerana beliau sbg bekas pemimpin sedikit sebanyak ada juga jasa kpd Negara,tak sanggup melihat seorang yg dah berusia 60 tahun ada anak isteri,cucu dan menantu berada di penjara.kerana pada waktu usia sebegini sepatutnya waktu utk beliau hidup bersenang lenang bersama keluarga,bukannya di penjara.ingat wahai dsai masih belum terlambat utk kita menyesali kesalahan yg pernah kita lakukan.allah itu maha pengampun,maha penyayang kpd umatnya.sedangkan nabi boleh memaafkan umatnya ,apatah lagi kami rakyat Malaysia yg sentiasa mudah melupakan kesilapan2 pemimpin2.jika anwar berada diluar Negara sekalipun,tidak semestinya beliau tidak boleh memberi pendapat2 yg bernas yg boleh dikongsi bersama utk Negara ini.saya tidak nafikan ada juga pendapat2 anwar ini yg baik dan boleh dipakai.saya juga sanjung pendapat2 anwar semasa debat harga minyak tempohari,sekurang kurangnya ianya dpt membuka mata kerajaan melihat masaalah rakyat. Saya pun tak suka juga harga minyak mahal.

Oleh yg demikian saya harap anwar dapat fikir semasak masaknya,keputusan yg harus dibuat.jgn buang masa dgn pelbagai kerenah seperti sekarang,kerana jika ianya tidak diselesaikan dgn segera maka lebih banyak persepsi yg akan timbul dan lebih banyak pekung didada yg akan terbongkar.walahualam,hanya allah swt dan anwar sendiri yg tahu segala galanya.


Sekian sahaja setakat ini,yg baik dtg drp allah,yg buruk dtg drp saya.

wasallam

Thursday, July 17, 2008

Faisal Tehrani dan Dajal yang menurunkan minyak....

Ahli Sastera, seperti FT atau Faisal Tehrani memang dikenali sikap beraninya. Beliau sering sahaja memberikan komentar bersahaja tetapi menyentak pembaca hingga kita akan terasa apa yang ingin dirasakan oleh kita semua...

Perbandingan dan metafora FT sangat jelas dan berkias..Ia cerminan kepada kekuatan pena bersatu dengan minda di dalam memberi komen di atas apa sahaja yang bermain main di dalam tayangan hidup kita.

Faisal Tehrani jika anda kunjungi blog beliau ada bertanya, soalan yang susah dijawab kerana tiada dalam skema peperiksaan kita samada UPSR atau PMR atau SPM.

Ia sangat mudah iaitu :


Soalan 'filsafat' ini berbunyi: 'Kalau iblis atau dajal datang, dan berjanji untuk menurunkan harga minyak adakah anda akan menyokong iblis atau dajal tersebut?'


Rasanya jelas siapa Dajal atau Syaitan yang dimaksudkan.

FT seperti sangat mengagungkan IRAN atau SYIAH.... kita sangat bimbang dengan situasi ini meskipun kita tahu perbezaan tidak dapat dinafikan...

Cuma yang lebih teruk ialah perbezaan menjadikan kita bermusuhan dan berbunuhan sesama sendiri...

Oh ye, Dajal akhir zaman dimaksudkan siapa dan syaitan itu siapa ????

Anda jawablah di ruang komen di bawah..mungkin ia bermakna kepada pembaca.

Wednesday, July 16, 2008

Raja Petra selepas Anwar menerima waran tangkap ! berita Malaysiakini

Polis mengeluarkan waran tangkap terhadap penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin berhubung siasatan akaun berkanunnya yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra dikehendaki hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur jam 10 pagi esok.

Peguam pengendali Malaysia Today menerima waran itu pagi ini dan
Raja Petra mengesahkan perkara itu dengan polis petang ini, kata isterinya Marina Lee Abdullah.

Dalam akuan berkanunnya bertarikh 18 Jun lalu, Raja Petra menuduh Rosmah antara tiga individu yang berada di tempat kejadian ketika wanita Mongolia itu dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Katanya, beliau mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa antara kira-kira jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan awal pagi berikutnya, malam mangsa dibunuh, terdapat dua orang lagi di tempat kejadian.

Beliau menamakan dua individu itu sebagai seorang kolonel, yang menurutnya pakar bom 'C4' dan isterinya yang dikatakan pengawal peribadi Rosmah.

Laporan perisikan

Mayat Altantuya ditemui telah hancur dibom dengan 'C4' di sebuah kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam. Kes perbicaraan pembunuhannya masih berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam akuan itu, Raja Petra mendakwa kolonel itu yang memasang bom C4 di beberapa tempat di badan Altantuya, dengan disaksikan oleh Rosmah dan pengawal peribadinya.

Raja Petra mendakwa lagi, beliau membuat akuan itu kerana beliau mempunyai maklumat yang boleh dipercayai mengenai pembabitan orang-orang berkenaan yang sehingga ini belum dikaitkan atau dipanggil sebagai saksi oleh pihak pendakwaraya dalam kes perbicaraan kes tersebut.

Penulis blog sensasi itu berkata, beliau juga membuat akuan bersumpah tersebut kerana beliau sedar bahawa menjadi kesalahan jika tidak mendedahkan bukti-bukti yang boleh membantu polis dalam siasatan kes jenayah.

Datuk Seri Najib Razak dan isterinya menafikan pembabitan mereka dengan Altantuya dan kes tersebut seperti dakwaan Raja Petra.

Raja Petra sudah dipenjara selepas enggan diikat jamin tempoh hari. Nampaknya Raja Petra boleh nampaknya menggantikan Ezam Mohd Noor sebagai ' pewaris Diari Merah' dan menjadi wira baru rakyat hingga meletuplah setiap hari blog popular beliau - Malaysia Today.net. Jika enggan menyerah diri.

Demi menutup 'kemaluan besar' Debat Perdana semalam dan isu isu kegagalan mereka sebelum ini , isu isu berkaitan salah laku kerajaan akan diulang ulang dan sebarang tindakan ke atas mereka amat dialu alukan kerana ia akan menambahkan populariti mereka secara sengaja atau tidak.

Satu persatu ditangkap selepas sekian lama polis bersabar dan berpenat lelah menjaga karenah mereka semua yang suka membuat huru hara demonstrasi di mana mana tempat di seluruh negara.

Lepas ini polis nampaknya akan tidur lenalah selepas selesai mengurung pengkhianat negara hingga pasaran saham jatuh kerana 'kerja kerja' pembangkang yang tidak serik serik mencabar pihak berkuasa dari hari ke hari.



Tuesday, July 15, 2008

Sayuti Omar yang terharu melihat MB UMNO - PAS bersatu !

ini sedikit kupasan menarik dipetik dari penulis flip flop ( sayuti omar ) yang sekejap menghina dan sekejap dua kejap memuji.

Namun jika beliau berhujah dengan fakta tanpa emosi , mungkin beliau antara orang yang flip flop positif seprti juga Pak Lah yang flip flop untuk pandangan positif bukan seperti PM sebelumnya yang tidak ada langsung flip flop kerana ' diktatornya' seperti kata sesetengah pihak.

Sayuti Omar sendiri saya lihat inginkan perpaduan antara PAS dan UMNO sementelah pula beliau juga antara orang yang menolak jenama PAS Klon seperti Husam Musa dan beberapa kerat pemimpin PAS yang lain yang mereka semua adalah bekas orang orang Anwar dan tidak mustahil masih menjadi 'balaci' Anwar hingga pemikiran Anwar sekarang telah 'merasuki' pemikiran PAS hingga gugurlah seperti nangka masak istilah ' Negara Islam' idea asal lagi asli milik PAS...

Sayuti Omar menulis isu ini dan tulisan beliau memang selalu ditunggu untuk dibaca. Moga tulisan beliau ke arah menyatukan semua bangsa Melayu dan agama Islam akan terlaksana .

Baca artikel menarik tulisan beliau di sini :

Saturday, July 12, 2008

Renungan Pagi

Antara Tilawah al-Quran dan Ceramah Anwar

MENTERI Besar Kedah, Azizan Razak (foto) dikenali di kalangan sesetengah ahli Pas antara pemimpin yang agak keras dan susah untuk berkira. Azizan dikatakan seorang yang tegas dan berpandangan konversional dalam politik. Beliau juga bukan mudah untuk diajak berbincang.

Dia juga disifatkan sebagai pemimpin Pas yang tidak terbuka mengenai Umno. Sewaktu Pas berjinak dengan bekas PM Mahathir Mohamad atas muslahat politik Azizan antara orang yang kurang senang dengan strategi itu.

Acap kali saya mendengar di kalangan pemimpin Pas beranggap beliau bersifat begitu.

Lantaran itu apabila beliau menjadi MB Kedah ia membimbangkan akan berlaku ketegangan politik di Kedah terutama kalangan orang Melayu; Pas dengan Umno. Saya bimbang dengan kuasa selaku MB beliau bertindak mendemdami orang Umno Kedah dengan melakukan diskriminasi.

Apa yang berlaku di Terengganu ketika Pas menguasai negeri itu tahun 1999-2004 takut berulang di Kedah di mana gara-gara sikap ego dengan kuasa akhirnya Kerajaan Pas Terengganu ditumbangkan rakyat pada pilihan raya umum 2004.

Seorang tokoh

Bagaimana pun kebimbangan tersebut tidak berlaku. Azizan rupa-rupa seorang tokoh yang mengambil kira apa yang berlaku agar tidak menimpa kerajaan pimpinannya.
Pendekatan yang diambil Azizan berbeza dengan sikap dan perwatakannya yang keras dan outspoken itu.

Beberapa isu politik yang timbul di Kedah khabarnya diselesai dengan baik. Beliau banyak bertolak ansur dan dengan tiba-tiba menjadi tokoh yang rasional dan membuang sikap keras yang dikatakan ada kepadanya. Beliau menjadi pendengar yang baik daripada sesiapa saja.

Sebagai contoh beliau dikatakan pernah membatalkan tindakan sebuah majlis daerah yang hendak merobohkan sebuah kuil Hindu. Tindakan ini menjelaskan Azizan seorang yang rasional dan berfikiran politik.

Jika tidak disaksikan sendiri sukar untuk mempercayai apa yang berlaku ke atas diri MB itu, bahawa beliau boleh menyesuaikan dirinya demi survival politik parti dan kerajaan. Dalam banyak hal Kedah perlu bersikap terbuka dan menjalani hubungan dengan seberapa banyak pihak demi menstabilkan kerajaan pimpinannya. Ini termasuklah dengan Umno.

Malam tadi semasa berlangsungnya majlis penutupan tilawah membaca al-Quran yang disempurnakan Sultan Kedah, saya nampak batang tubuh Azizan dalam majlis berkenaan menerusi siran langsung tv. Dia duduk sebaris dengan Sultan dan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berkulit kuning langsat ranum, Mashitah Ibrahim yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap dengan Mashitah

Beberapa aksi yang disuluh kamera sempat juga saya nampak Azizan bercakap dalam keadaan sopan dengan Mashitah.

Tindakan kerajaan Kedah pimpinan Azizan bersedia menjadi tuan rumah tilawah itu menunjukkan sikap understanding Azizan dan patut dipuji. Terharu, bangga dan gembira melihat suasan di majlis berkenaan yang dihadiri pemimpin Pas dan Umno. Turut kelihatan ialah MB Perak Mohd Nizar Jamaluddin. Ketua Menteri Pulang Pinang, Guan Eng tidak ada walaupun beliau mengkagumi kepimpinan Umur Ibnu Aziz. Mungkin tidak dijemput!

Alangkah baiknya kalau suasana seumpama itu terus wujud dan ianya kerap muncul dalam tv dan diberikan laporan adil dalam media massa. Hubungan harmoni antara pemimpin Pas dan Umno bahkan semua pemimpin politik perlulah dipublisitikan.

Betapa terharunya jiwa apabila melihat kehadiran MB Perak itu. Pemandangan seperti itulah yang patutnya berlaku dalam politik orang Melayu. Mereka boleh berlawan dan boleh duduk sekali untuk kepentingan agama walaupun di masa lain mereka boleh berselehen dan bergaduh kembali.

Bagaimana pun malang sedikit, MB Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak ada. Kalau tidak salah mata saya ternampak wajah Exco Mohd Amar Nik Abdullah yang mungkin mewakilinya.
Mulanya saya bertanya sendiri apakah Tok Guruku itu sakit maka beliau wakilkan kepada Mohd Amar? Masakan beliau tidak sudi untuk hadir ke majlis berkenaan. Al-Quran sangat hampir dengan kehidupan Tok Guru, jadi tidak patut kalau beliau tidak hadir!

Selepas lama merenung dan mencari dimana sebab baru saya faham kenapa kalau beliau tidak hadir. Dalam fahamannya suara wanita adalah aurat. Nik Aziz tidak bersetuju wanita mengambil bahagian dalam tilawah membaca al-Quran.

Bersubahat

Sebab itulah sejak Pas memerintah Kelantan tidak ada lagi qariah dari Kelantan yang menyertai tilawah membawa al-Quran. Bagaimana pun sekiranya Nik Aziz beriya untuk datang ke majlis malam tadi beliau boleh mengelakkan diri dari bersubahat dengan maksiat itu. Lagipun malam tadi sudah tidak ada qariah yang memperdengarkan bacaan kecuali johan. Itu pun boleh diatasi juga, semasa qariah itu membaca beliau boleh tutup telinga ataupun keluar sekejap dengan alasan hendak kencing atau sebagainya atau buat-buat tidur.

Tetapi mungkin kerana ada sebab lebih besar dari itu maka beliau tidak hadir. Kata orang kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sebelum ini belum pernah Nik Aziz hadiri konsert Mawi tetapi bila diadakan di Kelantan dan dianjurkan oleh orang kepercayaannya beliau boleh menahankan telinga mendengar Mawi berkasidah dan sebagainya.

Saya yakin beliau boleh lakukan. Kalau Nik Aziz pernah bersedia meninggalkan dewan mesyuarat Exco dan menyerahkan kepada Exco lain mempengerusikan semasa hendak memutuskan sesuatu keputusan yang dilihat ada kepentingannya, mengapa beliau tidak biloh keluar untuk tidak mendengar suara qariah?

Saya berdoakan biarlah ada majlis lain yang lebih harmoni dan bersih dari maksiat dan dosa untuk melihat Nik Aziz akan hadir sama. Saya percaya bukan saja saya yang rindukan untuk melihat semua MB Pakatan Rakyat berada bersama MB Umno, tetapi rakyat lain juga termasuk Melayu berbangsa Umno. Apa salahnya sesekali duduk bersama, setelah bertahun dan berdekad saling membaling batu dari pentas politik.

Hendaknya itulah alasan aurat itulah kenapa beliau tidak hadir ke majlis itu dan bukannya kerana terhalang oleh majlis ceramah bersama Anwar di Putik pada masa dan malam yang sama. Aduhi Tok Guru. Saya yakin kalaulah Mohd Amar menjadikan MB beliau akan tinggalkan Putik dan serahkan Anwar kepada Husam Musa dan beliau akan memilih menghadiri majlis tilawah berkenaan kerana susana di majlis tilawah itu jauh lebih menenangkan jiwa dengan apa yang berlaku di Putik malam tadi.

Lagipun masalah suara wanita sebagai aurat ianya pandangan sesetengah ulama saja dan bukan secara sepakat! Saya yakin Mohd Amar tidak berpandangan demikian. Kalau beliau juga menerima pandangan Nik Aziz itu masakan beliau bersedia untuk berdiri dan menyampaikan cenderamata kepada Maya Karim.

Begitu juga kalau si baju petak-petak merah jadi MB beliau juga akan hadir. Bukankah dengan kehadiran itu ia boleh menyuburkan kerajaan yang ada dan kesuburan itu pula akan mengukuhkan akar dan kedudukan sebagai MB? Bukankah begitu! Dan kalau beliau boleh hadir ke majlis keagamaan Buddha, takkan dalam majlis tilawah tidak boleh. Sekali lagi bukankah begitu?

Sesekali baik juga Husam membuka kitab-kitab lebih muktabar dan lebih modern yang belum ditemui Tok Guru mengenai suara wanita sebagai aurat dan bentang dan bahas dengannya secara lumat kemudian fatwakan untuk kegunaan seluruh orang Islam atau setidak-tidaknya di kalangan Pas. [wm.kl 7:45 am 12/06/08]

Dewan Ulama PAS setuju keluar Pakatan Rakyat !!!

Dewan Ulama sokong penuh kenyataan Presiden PAS - Harakhdaily

Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh
Sat | Jul 12, 08 | 4:51:28 pm MYT

Dewan Ulama PAS Pusat ingin mengalu-alukan dan menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS sebagaimana yang telah dimuatkan dalam Harakah keluaran 13-28 Rejab 1429/ 16-31 Julai 2008 yang antaranya memperjelaskan peranan PAS dalam arus politik perdana masa kini.

Dewan Ulama PAS Pusat amat prihatin dengan isu negara yang berlaku dan sentiasa memastikan agar ianya memberi kesan yang baik untuk Islam dan ummahnya.

Dewan Ulama juga berkeyakinan bahawa masyarakat Malaysia pada hari ini menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk menerajui negara, bahkan telah ramai yang ingin melihat wujudnya Negara Islam atau negara berkebajikan yang sebenar yang memberi jaminan keamanan dan kesejahteraan kepada semua kaum dalam negara.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS sememangnya mengambarkan bahawa perjuangan PAS adalah jelas iaitu menyeru manusia ke arah yang maaruf dan berusaha menjauhkan manusia dari kemungkaran dan kezaliman.

Apa saja cara yang diajar oleh Islam itulah teori dan landasan yang dibawa oleh PAS. Pendekatan yang diambil oleh PAS dalam arena politik tanah air sememangnya berbagai-bagai dan PAS ternyata telah matang.

Dewan Ulama percaya bahawa semua ahli PAS seharusnya menyedari bahawa bertemu dan berbincang dengan mad�u yang mempunyai pelbagai latarbelakang adalah penting untuk memastikan sasaran dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Semua ahli diajar bahawa Tahaluf Siyaasi adalah satu juzuk yang penting dalam politik Islam. Ia mesti diguna pakai oleh Jamaah Islam seperti PAS agar dasar yang diperjuangkan oleh PAS dapat dihayati dengan lebih dekat oleh rakan-rakan di dalam gagasan tahaluf siyaasi ini.

Selain dari itu juga, kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat adalah perlu difahami dalam konteksnya yang luas.

Kerjasama yang dibuat oleh PAS amat jelas iaitu untuk menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran (Islam). Kerjasama dan pakatan yang boleh merealisasikan hasrat murni ini sudah pastinya akan terus dijulang oleh PAS.

Begitu juga sebaliknya kalau pakatan yang merugikan Islam dan perjuangannya pasti akan ditolak oleh PAS.

PAS bukannya parti yang melukut di tepian yang boleh diletakkan di mana-mana. Parti-parti lain yang turut mendukung cita-cita membentuk kerajaan baru di Malaysia pula perlu terlebih dahulu menjaga sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.

Isu-isu syiar agama yang menjadi tuntutan dan prinsip kepada orang yang beragama Islam perlu juga difahami tahap sensitivitinya.

Wujudnya tuntutan untuk memperlahankan suara azan sebagai contohnya menunjukkan segelintir masyarakat masih tidak memahami urusan penting bagi umat Islam. Perkara ini sepatutnya difahami oleh semua kaum di Malaysia.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat

Julai 14, 2008



Ini ucapan menyokong kenyataan Hj Hadi yang jelas mengkritik DAP dan PKR yang disiarkan pada 10 Julai lepas di mStar, dan Harakahdaily.

Ia manifestasi kekecewaan ahli PAS yang lahir dari mulut Presiden PAS sendiri bahkan diterima baik ramai penyokong PAS yang sangat sangat kecewa dengan pakatan yang mereka sangka pada peringkat awal , adaruang bagi Islamditegakkan.

Namun akhirnya mereka telah ditipu, dan mereka terpedaya hingga Hj Hadi sanggu membuang serbannya dengan menggadaikan Negara Islam menjadi Negara Kebajikan demi untuk mendapatkan undi dan sokongan rakyat.

Namun kuasa tidak berkat ini tidak lama dan kukuh. Allah mengajar kepada mereka bahawa hari demi hari PAS ditipu dan disindir berkali kali oleh anti Islam bernama Kafir Harbi As Singh Mali : Karpal Singh.

Beliau sama bongkak dengan Teressa Kok yang sengaja menghidangkan babi berekor ekor dan dipamerkan di blog beliau hingga kecoh seluruh negara dengan korban 5 ekor babi tersebut yang dianggap ramai orang sebagai 5 negeri yang diperolehi mereka.

PAS puncanya.

PAS yang menjadi 'tayar' kepada kemenangan tersebut.

PAS yang menjadi ' alat' kepada kejayaan tersebut.

Akhirnya apa PAS dapat ? hanyalah penat. dan dicemuh penyokong sendiri kerana menjaga sangat hati kawan kawan dalam Pakatan Rakyat yang jelas TIDAK PANDAI MENJAGA HATI PAS !

Saturday, July 12, 2008

Zulkifli Nordin bela Anwar dengan mendakwa sumpah tidak tsabit dengan agama dan melawan Mufti Perlis !!

Artikel beliau boleh dibaca di sini


Sebenarnya saya secara peribadi tidak bersetuju dengan sumpah bersumpah ni. Ini adalah amalan yang tidak sabit dari syariat Islam ataupun sunnah Nabi. Saya agak terkejut SS Mufti Perlis, yang juga sahabat saya mengemukakan cadangan tersbut. Tidak ada mana-mana hadis yang menunjukkan bersumpah ini amalan Nabi. Sebenarnya bersumpah dengan junjong kitab ini adalah amalan bukan Islam. Contohnya orang Kristian.

Didalam amalan Islam, sumpah ini adalah dalam bentuk bayyinah. Iaitu apabila seseorang dikenakan pertuduhan dalam Mahkamah Syariah dengan sesuatu tuduhan (saperti suami menuduh isteri berzina) maka menurut syariat iaitu usul fiqh bahawa beban bukti ke atas yang mendakwa..manakala bersumpah untuk yang kena tuduh. Ini adalah sebahagian daripada sistem keterangan dalam syariat Islam.

Contohnya apabila seorang isteri dituduh berzina oleh suaminya dan dia tiada saksi untuk membela diri..maka dia boleh bersumpah isti'azah menafikannya; yg jika dia bersumpah maka Mahkamah akan meminta suaminya turut bersumpah. Sekiranya suaminya bersumpah menegakkan dakwaannya, maka Mahkamah akan neutralise kes. Si isteri akam dibebaskan dari tuduhan zina dan suami akan dibebaskan dari tuduhan qazaf (menuduh tanpa saksi). Tetapi kalau suami enggan bersumpah, maka isteri itu akan dibebaskan tetapi suami mungkin dikenakan tuduhan qazaf.

Tapi yang pentingnya sumpah isti'azah ini hanya boleh dibuat dalam Mahkamah didhadapan seorang Hakim yang melaksanakan undang-undang Islam. Persoalannya adakah kita mengamalkan sistem syariat Islam tersebut. Jelas jawapannya tidak. Maka prasyarat untuk bersumpah itu tidak ujud dalam negara Darul Hadhari kita ni. Janganlah kita terikut-ikut cara bukan Islam ini. Malahan saya berpendapat kalau benar mahukan Anwar bersumpah..kenakanlah pertuduhan terhadap beliau di Mahkamah Syariah yang benar-benar menjalankan hukum-hakam Islam. Wallahua'lam.

Anwar silap : Qazaf untuk kes zina bukan liwat !

Friday, July 11, 2008

Raksasa BN menulis kutuk Mahathir

Dr. M risau pasal peralihan kuasa-Malaysiakini

Oleh Mohamad Ansar Saifuddin

MELAYARI http://test.chedet.com/, terbaca oleh saya satu tulisan ringkas, tentunya dari bekas Perdana Menteri, bekas Presiden Umno, bekas Pengerusi BN, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu dan bekas Ahli Umno, bernama Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kerisauannya terhadap peralihan kuasa dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Sepatutnya, saya tidak membaca tulisan ini kerana, tidak ada faedahnya melayan syak wasangka dan busuk hati Dr. Mahathir terhadap Pak Lah bukan sehari dua ini. Dia sudah melakukan sejak sekian lama, dalam banyak ceramah-ceramahnya selain menulis dalam webside yang kononnya mendapat kunjungan ramai.

Apabila sudah terbaca, saya rasa seperti terpanggil untuk mengulas sesuatu, tentunya bercakap mengenai hak dan keistimewaan Pak Lah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Ingat! Ketika Dr. Mahathir menjadi PM dan Presiden Umno, bukan sedikit carca-marba yang dilakukannya. Lupa, bagaimana dia menyindir Datuk Shahrir Abdul Samad apabila MP Johor Bahru itu, yang ketika itu adalah Ahli MT Umno menulis di laman web?

BN biasa kalah di peringkat negeri ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Sabah, Kelantan dan Terengganu merupakan 'sejarah hitam' yang tidak mungkin dapat dipadam. Mahukah Dr. Mahathir menafikannya? Kelantan terlepas ke tangan PAS bukankah ekoran 'pergaduhan' Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah?

Lupakah kita, Parti Melayu Semangat 46 pernah menang satu kerusi di DUN Johor, Pahang dan Selangor ketika kemuncak kebencian rakyat terhadap Dr. Mahathir? Hari ini, apabila Presiden Umno yang boleh mengimamkan sholat mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua Cawangan dan ketua-ketua bahagian dari seluruh negara, Dr. Mahathir nampaknya 'menghasut' mereka bahawa Pak Lah akan memberi gula-gula kepada Najib.

Gambarannya Pak Lah akan berundur 2010, kemudiannya Najib akan diserang dengan pelbagai tuduhan, menyebabkan Najib dianggap tidak layak menjadi TPM dan Pak Lah akan melantik seorang lain yang setia kepadanya sebagai TPM, menunjukkan Dr. Mahathir cuba 'menyamakan ketidak ikhlasan' hatinya dengan keikhlasan hati Pak Lah.

Perdana Menteri pertama yang bermasalah dengan timbalan, bukan Pak Lah tetapi Dr. Mahathir. Gandingan 2M (Mahathir dan Musa) suatu ketika dahulu mengusarkan Dr. Mahathir yang sentiasa menganggap Tun Musa Hitam mahu menentangnya. PM yang tidak mahu berundur sebenarnya ialah Dr. Mahathir. Dia hanya berundur kerana dia tidak ada pilihan lain.

Usahanya menawarkan diri bertanding G7 di Kubang Pasu juga menunjukkan 'ada yang tidak puas di hatinya'. Dia mahu masuk lagi Perhimpunan Agung Umno, walaupun dia sudah menjadi Presiden Umno 22 tahun, tidak masuk tujuh tahun sebagai Timbalan Presiden.

Hari ini, Dr. Mahathir menyebut nama Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mungkin 'dianggap sebagai tidak setia kepada parti, pengkhianat dan tak hormat arahan demokratik dari Presiden Umno' jika meneruskan hasratnya bertanding jawatan yang lebih tinggi dari Naib Presiden Umno.

Muhyiddin mungkin 'tersenyum kambing' dengan kenyataan Dr. Mahathir ini.
Tetapi jika Muhyiddin ingat bagaimana Dr. Mahathir 'menjatuhkannya' dari kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 1996, Muhyiddin mungkin tidak dapat memaafkan Dr. Mahathir sampai ke mati. Ingat, antara kata-kata Dr. Mahathir di dalam Ucapan Dasar Presiden Umno tahun 1996?
Antara kata-katanya;

"Jika kita memilih orang yang member duit kerana membeli undi, orang ini nanti akan menjual negara dan parti ini untuk mendapat semula wang yang digunakan untuk tujuan membeli undi…

" Walaupun kata-katanya itu tidak ditujukan kepada Muhyiddin yang ketika itu menduduki kerusi Naib Presiden nombor satu, tewas hingga jatuh ke nombor enam. Nasib baik ketika itu, ada seorang calon bernama Yeop Tajuddin (Naib Ketua Umno Cawangan Dalam Bahagian Lembah Pantai) mendapat undi 111, yang meletakkannya di kerusi nombor tujuh. Jika tidak, Muhyiddin tercorot.

Bolehkah Muhyiddin dan penyokong-penyokongnya memaafkan Dr Mahathir dengan apa yang berlaku? Lupakah Muhyiddin dia hamper-hampir 'bertumbuk' dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman kerana situasi politik ketika itu? Siapa yang melaga-lagakan mereka jika bukan Dr. Mahathir?

Ketika tewas, Muhyiddin dikatakan ada memberitahu kawan-kawannya "saya ditanam enam kaki ke bawah tanah" oleh Dr. Mahathir dan Ghani Othman. Mungkin saya tidak boleh muncul lagi selepas ini. Sebelum itu, apakah Muhyiddin lupa bahawa Dr. Mahathir 'tidak menghormati kedudukannya' sebagai Naib Presiden nombor satu, kerana hanya melantiknya menjadi Menteri Belia dan Sukan sedangkan kementerian itu adalah kementerian paling junior dalam cabinet.

Siapa yang meletakkan Muhyiddin di Kementerian Pertanian (satu kementerian yang cukup besar dengan 13 agensi kerajaan di bawahnya) dan sekarang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri? Bukankah Pak Lah? Siapa yang berkempen (ketika membentangkan budget dan pertemuan Presiden dengan perwakilan Umno) sebelum pemilihan 2004, untuk Muhyiddin jika bukan Pak Lah?

Hari ini, Dr. Mahathir yang pernah 'takut Pak Lah melantik Muhyiddin' menjadi TPM, tiba-tiba mahu menjadi pembela Muhyiddin. Kata-katanya 'mendahului' orang lain supaya Pak Lah tersepit dengan keadaan ini. Dulu, dia (Dr. Mahathir) tidak berhasrat melantik Najib, bukan kerana Najib tidak layak tetapi kerana 'kehendak Allah' dan rezeki Pak Lah.

Dr. Mahathir bukan lagi ahli Umno. Jika dia tidak ada sesiapa berani mengelarkannya sebagai 'pengkhianat' tetapi hakikatnya begitulah. Parti yang meletakkannya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri kini sudah ditinggalkannya. Memang masih ada orang yang bernostalgia dengannya. Kononnya dialah PM terbaik yang pernah dilahirkan di Malaysia.

Tetapi, untuk memerintah Negara ini, tidak cukup sekadar bernostalgia sahaja. Lama dah… cemoi dah. Cukuplah! Kenapa sampai sudah berundur, masih mahu menyusun atur siapa yang patut berhenti, siapa yang patut menjadi PM dan siapa yang patut melawan Presiden parti.
Jika Dr. Mahathir tidak perlu risau jika ada 'suara-suara dari pengasas parti yang sudah meninggal dunia' marahkah Pak Lah kerana kononnya Pak Lah sudah 'hi-jeck' parti ini kerana apa yang berlaku hari ini, termasuk kemarahan rakyat, Isu Anwar Ibrahim, Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Daim Zainuddin adalah 'kesilapan di era dia sendiri'.

Tidak ada siapa yang berani menegurnya ketika dia berkuasa hingga menyebabkan dua bekas PM bertindak tidak mahu menyertai Umno (baru) yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir dan kawan-kawannya.

Kalau Dr. Mahathir menyangka yang Pak Lah akan melakukan sesuatu yang tidak patut kepada Najib dan Muhyiddin, Dr. Mahathir juga seharusnya bertanya dengan Najib dan Muhyiddin apakah mereka berdua juga ada melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan kepada ketua mereka yang jujur dan ikhlas melantik mereka?

Kepada pelayar-pelayar laman web 'chedet' dan memberi komen menyokong Dr. Mahathir, fikirkanlah bahawa Umno itu lebih penting dan berjasa daripada 'Dr. Mahathir tanpa Umno'. Rasionalkan fikiran dan bantulah Pak Lah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang kekal aman dan harmoni, serta bebas dari fitnah.




http://raksasabn.blogspot.com/2008/07/dr-m-risau-pasal-peralihan-kuasa.html

Wednesday, July 9, 2008

Anwar dilarang Mufti untuk bersumpah !

Situasi sekarang :

1. Mufti Perlis suruh bersumpah manakala Mufti Perak larang bersumpah..

2. Saiful sudah memberi keterangan dan Balasubramaniam pula dilaporkan hilang.

3. Anwar dimalukan lagi dengan 'konsert liar' Ahad lepas di perhimpunan PROTES dan 700 unit Amal melarikan diri sebagai tanda protes.

4. PAS masih memboikot perhimpunan malam tersebut dengan tidak menghantar wakil.

5. Anwar semakin tertekan dengan tarikh semakin hampir menjadi PM sudah tidak lama lagi.

6. Jumlah MP BN akan melompat sudah berkurangan dari 30 kepada 4 orang sahaja.

7. Semalam, SAPP diberitakan kekal dalam BN.


Situasi terkini menyekat ' mimpi indah' Pakatan Rakyat untuk berkuasa memerintah negara.

Kita tunggu apa kesudahanannya selepas ini.

Apakah Anwar akan bersumpah menafikan tuduhan tersebut selepas ini???

Sunday, July 6, 2008

Saturday, July 5, 2008

Liwat : Mufti Perak juga meminta Anwar bersumpah...- Blog Lenggong Valley

blog Asal Lenggong Valley

Selepas Mufti Perlis, Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria juga berpendapat Anwar Ibrahim perlu bermuhabalah (bersumpah) berhubung tuduhan meliwat pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan jika tidak dapat membuktikan di mahkamah.

Harussani berkata demikian hari ini sebagai mengulas saranan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abdin semalam.

Katanya lagi, "Setiap keterangan yang diberi perlu dibuktikan. Jika tiada keterangan untuk dijawab, barulah dia (Anwar) perlu bersumpah."

Semalam, Asri menggesa Anwar yang dituduh meliwat kali kedua dan pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya bermubahalah' atau bersumpah.

Katanya, "Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini... 'Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya."

Harussani menganggap isu liwat ini timbul disebabkan pertelingkahan antara dua parti politik yang berlaku sekarang.

Friday, July 4, 2008

Sah kes liwat Anwar dan Saiful !!!

Baca sumber di Editorialblog :

Hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan ke atas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bahawa Anwar terbabit dalam kes liwat yang dilaporkan berlaku Khamis lalu.

Mohd Saiful membuat laporan polis pada Sabtu dan kurangd aripada 72 jam beliau dibawa untuk melakukan pemeriksaan di HKL.

Editorialblog diberitahu bahawa kesa DNA Anwar ditemui pada Mohd Saiful. Pengecaman DAN itu dapat dilakukan dengan mudah kerana laporan DNA Anwar Ibrahim memang sedia ada berdasarkan kes terdahulu.

Laporan perubatan itu sudah diserahkan kepada pihak polis.
Dimaklumkan bahawa tindakan Anwar yang tidak membuat persediaan rapi, termasuk tidak memakai kondom ketika kejadian yang didakwa Mohd Saiful itu menyebabkan identiti Anwar dapat dikesan.

Pmeriksaan kesihatan dilakukan ke atas Mohd Saiful kurang 72 jam selepas kejadian liwat itu berlaku dan berdasarkan tempoh berkenaan, kesan DNA pada dirinya masih dapat menunjukkan bukti jelas.

Selain pemeriksaan kesihatan ke atas Mohd Saiful, kehadiran Anwar di Kondominium Desa Damansara juga dapat dibuktikan apabila kediaman mewah itu dilengkapkan dengan CCTV.




Blogger Air Kopi : Benar atau tidak bagi saya ; no komen...Kita tunggu sama sama ....

Thursday, July 3, 2008

Najib dituduh bersama Altantuya oleh Penyiasat Persendirian upahan Anwar !!

Maaf kerana membangkitkan 'upahan'....

kenapa ? kerana hal ini dibangkitkan selepas hampir 2 tahun ia berlalu dari 2006 - 2008 !

Kenapa baru sekarang ?

adakah kerana Anwar telah dilewati masa ' suram' politiknya dengan perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan tidak mahu jatuh air muka kerana isu isu tersebut ?

kenapa selepas 19 bulan ( dari tarikh penganalisis Razak Baginda ditangkap ) baru isu kenyataan beramaran beliau dibuang ; timbul ?

adakah ini kerana ' kenaikan saham' dan duit duit jutaan ringgit yang timbul ?

sebelum ini Raja Petra dah cuba. Tetapi tidak berjaya.

Sekarang hero baru pula cuba. mana tahu akan berjaya ?

Jika berjaya apa ganjarannya ? agak agak saya peluang jadi wakil rakyat seperti ' jurugambar' video Lingam yang telah bergelar YB hanya dengan merakam video sahaja...

Baca berita tersebut :

Penyiasat persendirian itu, P Balasubramaniam hadir dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR Petaling Jaya hari ini.Dalam akuan berkanunnya yang diedarkan kepada media, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa majikannya itu pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya dalam sebuah pameran berlian di Singapura.

Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuknya terus bertugas dengannya.

Selain maklumat tersebut, dakwa Balasubramaniam lagi, penganalisis politik yang dekat dengan pemimpin negara itu juga memberitahunya:

* Najib memaklumkan kepada majikannya itu bahawa mereka berdua pernah melakukan hubungan seks.

* Oleh sebab beliau sekarang timbalan perdana menteri, Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita berkenaan tidak mengacaunya.

* Ketiga-tiga mereka – Najib, Abdul Razak dan Altantuya - didakwa pernah makan malam bersama di Paris.

* Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di negara itu.

==================================================================

Berat tuduhan dan fitnah ini ( jika ia palsu ) kerana ia melibatkan isu zina dan juga rasuah. Ia akan menggambarkan kepada rakyat tentang buruknya kerajaan dan sekaligus rebat tunai akan dilupakan dan isu isu yang ada sebelum ini akan hangat kembali.

Perkara ini boleh menggugat keamanan... Polis pasti akan bertindak tegas. tentera juga sudah bersama polis membuat latihan bagi menghadapi situasi begini seperti mana akhbar melaporkan.

hati hati, kerana yang akan jadi mangsa ialah kita jika huru hara berlaku ekoran 'hasutan berterusan' dari agen agen zionis yahudi dan amerika di negara kita ini.

Wednesday, July 2, 2008

Mana kenyataan sokongan Hj Hadi dan Lim Kit Siang ?

Tuduhan liwat tidak jejaskan hubungan PAS-PKR
01-07-2008 08:05:37 PM

KUALA LUMPUR: Tuduhan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjejaskan hubungan dan pakatan antara PAS dan PKR, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata pemimpin pembangkang tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan seumpama itu dan sebaliknya percaya ia adalah satu lagi konspirasi untuk menjatuhkan Anwar selaku pemimpin pembangkang.

Pada 28 Jun lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan di balai Polis Travers, di sini dengan mendakwa diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara.

Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pula berkata kenyataan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor, yang meminta rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan kononnya berlaku konspirasi bagi menjatuhkan Anwar, hanyalah pandangan peribadi Mohamad Ezam.

Mohamad Ezam semalam meminta orang ramai tidak termakan dengan cerita Anwar kononnya wujud konspirasi untuk menjatuhkannya. BERNAMA


Jika dibaca kenyataan PAS di atas, ia nada bekas anak murid Anwar iaitu Kamarudin Jaafar.

Mana perginya Hj Hadi yang sangat lambat dan lembab memberikan kenyataan media selaku komponen utama Pakatan ( baca : menghancurkan ) Rakyat ?

Lim Kit Siang juga sepi tanpa nada tegas mempertahan atau menjahanamkan Anwar .

Adakah mereka berdua juga ada cantas mencantas untuk naik jadi PM kiranya mereka mendapat katak lompat nanti ?

Fikirlah wahai saudaraku !

Mari kita bersatu .....