KUALA LUMPUR, 13 Jun (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa kerajaan tidak perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan penyiasatan penuh berhubung dakwaan seorang Hakim Mahkamah Tinggi bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengugut untuk melucutkan jawatan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan, 11 tahun lalu menggambarkan beliau tidak bertanggungjawab. Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata hal tersebut menunjukkan beliau sememangnya tidak serius langsung. "Ia merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab seorang ketua negara, menunjukkan beliau memang tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikannya. "Bayangkan, ia adalah suatu tuduhan yang begitu serius tetapi secara mudah beliau tidak mahu menyiasat hal tersebut," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily. Komen saya : sudah banyak suruhanjaya dibenar selama ini. Dah jadi ' Bapa Suruhanjaya ' pula gelaran orang kenakan PM kita....Tapi pembangkang memang selalu tak puas hati sahaja. Pak Lah tidak mahu atau mahu semua jadi kecoh. Macam kisah Luqman Hakim yang naik keldai dan jalan kaki tetap sama dihebohkan orang yang melihat. Akhirnya dia adan anaknya memilih untuk berjalan kaki dengan anaknya selepas naik berdua pun dikutuk orang. Ketika ditanya kemungkinan tindakan Abdullah itu sebagai cubaan untuk mengelakkan lebih banyak pendedahan kelemahan dan kecelaruan sistem kehakiman negara, Hanipa menegaskan bahawa Abdullah yang turut berada bersama di dalam kabinet Tun Dr Mahathir perlu bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku. "Apabila sekarang ini beliau menjadi Perdana Menteri, enggan menyiasat kes tersebut ia secara tidak langsung membuktikan beliau mengakui pendedahan Chin itu. "Jika tidak, kenapa beliau tidak mahu hal ini disiasat?" ujarnya lagi. Komen saya : Memang mudah bercakap tetapi bukankah ia di bawah kuasa polis yang diberi kuasa menyiasatnya. Suruhanjaya hanya boleh memberi cadangan dan syor. Manakala pihak berkuasa akhirnya yang akan memberi hukuman selepas meneliti apa yang terjadi. Yang bersalah bukan Kabinet Mahathir ...tetapi siapa yang beri arahan ! Hanipa yang juga merupakan pengamal undang-undang berkata rakyat berhak untuk meminta satu suruhanjaya dibentuk bagi memperbetulkan segala kelemahan dan menegakkan kebenaran, kerana ianya merupakan salah satu platform yang mempunyai kuasa bagi membolehkan proses siasatan dilaksanakan. "Sekiranya beliau tidak mahu tubuhkan juga, kita anggap segala dakwaan itu benar," katanya. Komen saya : Ini bukan kes nak kahwin, diam dianggap redha / benar...ini adalah berkaitan tuduhan yang perlu dibuktikan dengan pendakwaan dan siasatan. Jangan tergesa gesa ingin menuduh orang tetapi tidak sedar ia melambangkan keghairahan kita mengenakan orang lain tanpa ada asas bukti yang kukuh yang sahih di mahkamah. macam budak kecik pulak..padahal pengamal undang undang...sampai PM pun nak lawan ! Bahkan tambahnya, selagi BN memerintah, lambat-laun segala kelemahan dan keburukan kerajaan akan terbongkar jua akhirnya. "Dalam siasatan itu nanti, jika terbukti hakim berbohong maka dia boleh dikenakan tindakan yang berat dan sebagai kerajaan yang berkuasa, mereka hendaklah bertanggungjawab untuk bertindak, bukan hanya mengambil mudah perkara ini," katanya lagi. Komen saya : adakah Pakatan Rakyat lebih bersih ? Adakah sudah lupa bagaimana 'laju'nya Anwar naik dalam hieraki UMNO sebelum ini dengan bantuan ' ghaib ' yang menyilaukan mata memandang ? Sedangkan SIKAP DIAM PAS dan DAP tanda mereka tidak kisah atau ambil endah dengan segala macam korupsi dan nepotisme yang pernah dilakukan rakan mereka semasa menjadi menteri selama 16 tahun sebelum itu ? Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan sebagai berkata beliau tidak melihat perlunya satu suruhanjaya diwujudkan kerana apa yang lebih penting ialah pelaksanaan perubahan terhadap sistem kehakiman negara seperti yang sudah diputuskan sebelum ini. "Tak payahlah... tak habis-habis cerita ini. Pada saya kita dah buat keputusan untuk nak wujudkan perubahan sistem kehakiman, itulah yang kita nak laksanakan," katanya pada sidang media di pejabatnya malam semalam. Akhbar The Borneo Post, dalam laporannya sebelum ini, memetik Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Dato' Ian HC Chin sebagai berkata, dalam Persidangan Hakim pada 24 April 1997, Perdana Menteri ketika itu secara jelas mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan. Menurut laporan itu, ugutan berkenaan dibuat tiga hari selepas Chin membuat penghakiman berhubung petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan yang memihak kepada calon Bebas, Donald Lawan pada 21 April 1997. Kerusi berkenaan sebelum itu dimenangi calon BN, Mong anak Dagang. Chin berkata, Dr Mahathir ketika itu menyuarakan rasa tidak gembira dengan keputusan berkenaan dan beliau merujuk kes itu sebagai 'the Borneo Case' serta bertanya sama ada hakim yang membuat keputusan itu hadir pada persidangan terbabit. Hakim berkenaan berkata demikian sebelum mendengar petisyen pilihan raya yang difailkan calon DAP bagi Parlimen Sarikei, Wong Hua Seh bagi mencabar keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu yang dimenangi calon BN, Ding Kuong Hiing. - mks Kesimpulannya : salah rakan setidur dan sebantal tidak mengapa. kerana didedahkan nanti hilang peluang dapat kuasa. tapi salah lawan cepat sahaja...Sedangkan adil itu tidak kira lawan atau kawan perlu didedahkan .... Sabda nabi : jika fatimah mencuri nescaya aku akan potong tangannya... |
Friday, June 13, 2008
Kes : Hanipa Maidin lawan Perdana Menteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment