Tuduhan liwat tidak jejaskan hubungan PAS-PKR 01-07-2008 08:05:37 PM |
KUALA LUMPUR: Tuduhan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjejaskan hubungan dan pakatan antara PAS dan PKR, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar. Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata pemimpin pembangkang tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan seumpama itu dan sebaliknya percaya ia adalah satu lagi konspirasi untuk menjatuhkan Anwar selaku pemimpin pembangkang. Pada 28 Jun lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan di balai Polis Travers, di sini dengan mendakwa diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara. Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pula berkata kenyataan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor, yang meminta rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan kononnya berlaku konspirasi bagi menjatuhkan Anwar, hanyalah pandangan peribadi Mohamad Ezam. Mohamad Ezam semalam meminta orang ramai tidak termakan dengan cerita Anwar kononnya wujud konspirasi untuk menjatuhkannya. BERNAMA Jika dibaca kenyataan PAS di atas, ia nada bekas anak murid Anwar iaitu Kamarudin Jaafar. Mana perginya Hj Hadi yang sangat lambat dan lembab memberikan kenyataan media selaku komponen utama Pakatan ( baca : menghancurkan ) Rakyat ? Lim Kit Siang juga sepi tanpa nada tegas mempertahan atau menjahanamkan Anwar . Adakah mereka berdua juga ada cantas mencantas untuk naik jadi PM kiranya mereka mendapat katak lompat nanti ? Fikirlah wahai saudaraku ! Mari kita bersatu ..... |
Wednesday, July 2, 2008
Mana kenyataan sokongan Hj Hadi dan Lim Kit Siang ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment