Sunday, June 8, 2008

Menjawab artikel Sayuti Omar ; siap sedia hadapi pemberontakan rakyat



Oleh Mohd Sayuti Omar
Ahad, 08 Jun 2008

KENAIKAN harga petrol 40% (Rm.78) dan diesel sehingga 63% (RM1.00) bakal memberi bala besar kepada Abdullah Ahmad Badawi. Kesan sudah mulai dirasai rakyat ekoran kenaikan harga bahan bakar itu. Harga barangan makanan dan perkhidmatan lain sudah pun naik mendadak sejak dua hari lepas.

jika ini satu bala, apakah taufan nargis itu tidak dikira bala ? adakah semua bala itu satu martabat sahaja? adakah bala ini kita minta dan menjemputnya datang bertandang ke dalam tanah air kita ?

Rata-rata rakyat menjadi nanar dan tidak berapa siuman dan meletakkaan kesalahan itu 100% kepada Abdullah. Tindakan Abdullah itu mudah sangat dan seolah beliau tidak sedikit pun menggunakan kedua belah otaknya untuk mengatasi masalah yang wujud di sebalik melambungnya harga minyak di pasaran dunia itu.

Rasanya itu bukan ulasan tepat kerana rakyat tidak nanar serpti dakwaan MSO - Mohd Sayuti Omar....tetapi orang yang menjual buku sebernya onar kerana bukunya tidak lagi laku selepas harga minyak naik dahulu sebelum jualan buku 'Jalan pintas ke Putrajaya ' naik melonjak seperti harga minyak dunia...

Apabila beliau terus mengumumkan ia memberi gambaran beliau tidak mampu berfikir dan seakan sudah terdesak. Apakah masalah kewangan negara berada dalam keadaan parah sehinggakan kerajaan terpaksa mengorek saku rakyat?

Abdullah dan jemaah menterinya tidak ada ruang untuk berfikir atau berbincang dengan rakyat. Tindakan ini walaupun ia wajar, tetapi tidak bersifat bijaksana oleh Abdullah dalam perkara ini. Kalau negara dalam keadaan kritis adalah elok Abdullah berbincang dengan rakyat. Parlimen boleh digunakan untuk menjadi forum perbahasan sebelum diambil tindakan.

Sayuti Omar nampaknya memilih mengambil langkah 'bijak' mencari populariti dengan menjadikan isu kenaikan minyak medan membuat 'tembakan rambang' kepada kerajaan...Inikah sikap seorang yang tahu berbudi kepada yang memberi segalakebaikan yang kita kecapi di Malaysia hari ini???

Secara bersendirian

Kalau beliau menggunakan Parlimen ia tidak begitu menampakkan sangat keputusan itu dibuat secara sendirian berhad dan terdesak.

Atau kalau Abdullah merasakan sukar untuk melakukan salah satu tindakan di atas, beliau serahkan saja kerajaan hari ini kepada Pakatan Rakyat. Biar Anwar Ibrahim yang tergila nak jadi menjadi PM menguruskan negara. Lagipun sudah menjadi manifesto Pakatan Rakyat mereka akan menurunkan harga minyak. Mari sama-sama kita uji Anwar apakah beliau mampu atau hanya sekadar omelan kosong dan kemaruk politik untuk menjadi PM sahaja. Lepas beliau menjadi PM dan beliau tidak pedulikan rakyat, harga minyak tidak turun juga marilah pula kita ramai-ramai sumpah Anwar.
Apabila beliau membuat keputusan sendiri, jangan salahkan rakyat kalau rakyat menjadi iseng memberontak menentangnya. Kalau rakyat kehabisan perbendaharaan kata untuk mencaci dan menyumpahnya.

Jika diberi duit, rakyat berdiam diri. Tetapi apabila saat ditarik subsidi kerana keperluan subsidi makanan yang lebih mendesak agar bujet pembangunan dan kesihatan serta perkara lain yang lebih utama dapat dilaksana dengan lancar dan memberi kebaikan kepada semua, ramai sudah lupa diri dan mula mengkritik negara atas dasar emosional..

Sekiranya masalah kewangan negara dalam keadaan kritikal dan ternyata Abdullah gagal menanganinya maka elok kalau beliau berundur. Abdulah ternyata sahih tidak layak menjadi pemimpin! Seorang pemimpin menjadi penyelesai masalah rakyat dan bukannya menambah bebanan hidup rakyat!

Time naik gaji dipuji. Time naik minyak dikeji? takkan sekejap sahaja sudah tidak layak memimpin negara kerana ikutkan keputusan mesyuarat kabinet ? adakah memberi semua benda subsidi menyelesaikan masalah ? atau menimbulkan masalah lebih besar seperti di Selangor kerana tersalah janji ?

Kalau Abdullah masih liat untuk berbuat demikian, keadaan membahayakan dirinya. Tidak mustahil juga langkah pengumuman drastik kenaikan harga minyak itu akan menjadi permulaan ke arah beliau akan didesakan supaya berundur.

Ia akan ditimbun dan dicampur dengan pelbagai masalah yang wujud sejak beliau menjadi PM termasuk krisis kepercayaan dalam Umno.

Abdullah kena ingat apa yang berlaku kepada bekas PM, Mahathir Mohamad masih belum terjadi kepadanya. Tindakan perdana rakyat turun ke jalan-jalan raya mendesak beliau berudur seperti mana berlaku kepada Mahathir masih belum bermula.

Mahathir dulu tidak sampai tiga tahun setelah rakyat berdemon mendesak beliau letak jawatan, akhirnya beliau terpaksa akur dalam sedu sedan tangisan.

Jadi sebelum rakyat menjadi gila, eloklah kalau Abdullah mengambil keputusan bijak berundur sebelum taufan desakan berlaku.

Ternyata kini rakyat sudah tidak dapat bersabar lagi. Tanpa ada jolokan dan hasutan pihak pembangkang rakyat sudah mula menyedari bahawa nasib mereka di tangan Abdullah dalam bahaya dan tidak selamat. Kerana itu mereka tanpa dicuit akan mudah melakukan aksi protes.

Kerana itu walaupun Abdullah merayu agar rakyat tabah menghadapi masalah dan mengugut menerusi polis agar jangan mengadakan tunjuk perasaan, nampaknya ia tidak dipedulikan.

Rakyat lebih memikirkan masalah harian mereka daripada menghormati pemimpin yang mereka merasakan sia-sia berbuat demikian.

Sejak beberapa hari lalu dan pada Jumaat lepas sudah ada aksi memprotes kenaikan harga minyak secara mendadak itu. Permulaanya tidak mudah berakhir. Pasti protes dan desakan ini akan bersambungan sekiranya Abdullah tetap degil enggan menurunkan harga minyak.

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) telah memberi kata dua kepada Abdullah agar bertindak segera. Protes mahukan harga diturunkan atau kerajaan berbuat sesuatu tindakan positif.

Tengok bagaimana ada juga di kalangan rakyat kita yang beria ia menunjukkan kuasanya walaupun memimpin NGO yang tidak sampai ahli sejuta...Jika begini keadaannya kita minta pihak berkuasa beri amaran sedikit kepada mereka yang sudah hilang 'hormat' kepada pemimpin negara yang bertungkus lumus memikirkan nasib negara untuk puluhan tahun ke hadapan lebih dari nasib seharian rakyat biasa yang hanya tahu harga sesuap nasi sahaja tanpa mengira apa yang perlu dibuat dan diutamakan di dalam mentadbir sebuah negeri atau negara....

Sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi satu himpunan rakyat besar-besaran akan diadakan pada 21 Julai hadapan.

Berselindung

Sekiranya tunjuk perasaan mega itu berlaku, ia akan meletakkan Abdullah dalam lautan kebencian rakyat. Kali ini usahlah Abdullah berselindung di sebalik kebaikan dan keturunannya, rakyat tidak akan peduli. Bila sampai tahap perut berkeroncong manusia akan menjadi hilang arah dan emosi.

Sisa-sisa waktu masih ada bagi Abdullah memperbetulkan keadaan. Ada tiga langkah yang boleh beliau lakukan:

1. Beliau kena berundur daripada menjadi Perdana Menteri. Persoalannya kalau beliau berundur siapakah yang akan menangani masalah itu? Ternyata Mohd Najib Razak tidak berkemampuan. Menurut Anwar Ibrahim, Najib tidak tahu ekonomi. Memberi kerja kepada seseorang yang bukan ahlinya tunggulah akan kemusnahannya.

2. Jadi dalam Umno hari ini ada orang yang benar-benar pakar dalam ekonomi. Dia ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Abdullah boleh lantik Razaleigh menjadi menteri kewangan. Lupakan sekejap soal-soal peribadi dan tumpukan kepada menyelesaikan masalah negara. Rasanya Razaleigh tidak akan menolak kalau beliau diminta membantu negara. Lagipun beliau ke hulu ke hilir macam orang kemabukan ubi gadung sekarang ini pun atas nawaitu nak bangunkan negara.

Patutlah beria ia menentang PM rupanya dia sudah ada agenda sendiri...Memberi jalan kepada Pak Lah melantik Ku Li jelas memberi isyarat bahawa ada niat di sebalik kritikan tersebut. Ku Li memang menjadi target kritikan tersebut agar tugasannya menulis akan diberi ganjaran sewajarnya dari anak berdarah raja yang sudah bertapa lama di Gua Musang itu...siapa tahu ?

3. Atau kalau Abdullah merasakan sukar untuk melakukan salah satu tindakan di atas, beliau serahkan saja kerajaan hari ini kepada Pakatan Rakyat. Biar Anwar Ibrahim yang tergila nak jadi menjadi PM menguruskan negara. Lagipun sudah menjadi manifesto Pakatan Rakyat mereka akan menurunkan harga minyak. Mari sama-sama kita uji Anwar apakah beliau mampu atau hanya sekadar omelan kosong dan kemaruk politik untuk menjadi PM sahaja. Lepas beliau menjadi PM dan beliau tidak pedulikan rakyat, harga minyak tidak turun juga marilah pula kita ramai-ramai sumpah Anwar.

Ini juga sekali lagi manifesto ' pilihanraya ' sayuti omar iaitu menaikka pemimpin kesukaan rakyat walhal dia sepatutnya sudah mengetahu tipu daya dan juga hubungan bahaya Anwar dengan Amerika dan Yahudi...Jika tidak sila habiskan Siri Anwar Ibrahim klip 1 - 7 di tepi ini agar jelas segala fahaman beliau tentang sosok tubuh bernama Anwar ini....

Sekali lagi ditegaskan Abdullah kena berbuat sesuatu. Isu kenaikan harga bahan bakar itu bukan seperti isu Islam Hadhari ataupun penglibatan anak beranaknya dalam perniagaan yang menggunakan kedudukan (oportuniti) dalam kerajaan.

Isu minyak adalah isu tembolok yang mana dunia telah banyak mempamerkan isu ini boleh menyebabkan seseorang pemimpin atau kerajaan jatuh tersungkur! Kemasukan Ezam Mohd Nor ke dalam Umno tidak boleh digunakan untuk meredakan kemarahan rakyat atas kenaikan harga minyak!

Kenapa tidak cakap sahaja ; saya layak jadi Perdana Menteri ? itukan lagi jelas dari menulis untuk mengangkat insan insan lain yang tidak tentu lagi menghargai tulisan kita memberi sokongan kepada mereka...Jika menyokong kerajaan tentu kestabilan dan keamanan dari hasil tulisan kita, akan diberkati dan diganjari ALLAH di dalam menjaga keutuhan Islam di bumi merdeka bernama Malaysia ini....agar tidak akan jatuh ke tangan warga pro amerika atau yahudi...

Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

No comments: