Saturday, October 25, 2008

Tian Lian Hoe dibelasah di parlimen isu melayu juga pendatang !





Ikuti perdebatan di Parlimen dalam Hansard Parlimen (
sini ) bertarikh Rabu Oktober 22hb, 2008:

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ringkas sahaja. Saya merasakan bahawa Jabatan Penyiaran ini bertanggungjawab antaranya adalah memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara kita. Saya menyaksikan kadang-kadang berita ini mengungkit-ungkit masalah perkauman, asal usul dan seumpamanya dan ada yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri termasuk Yang Berhormat. [Tepuk]

Jadi, adakah ini menggambarkan, kalau hendak bercakap tentang standard BBC mereka berjaya menjadi benchmark tetapi ini yang berlaku dalam negara kita. Kita ten years behind time!

Jadi, sila jawab.

Dato’ Tan Lian Hoe: Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya RTM menyiarkan berita-berita yang mempunyai nilai berita. Saya ingat RTM melalui RTM1 ataupun RTM2 sebenarnya tidak mengungkit-ungkit perkara-perkara yang sebenarnya tidak benar.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat sendiri mengungkit-ungkit fakta sejarah yang dipusing-pusingkan. [Tepuk] Sebagai Timbalan Menteri Penerangan satu tindakan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: ...sangat bercanggah dengan kehendak sejarah negara.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading.

Tan Lian Hoe semasa Ahli Parlimen Bukut Gantang. Tan kini
adalah ahli Parlimen Lenggong yang 80% pengundi adalah orang.
Melayu. Wakil Rakyat bahalol yang hina pengundinya!

Dato' Tan Lian Hoe: Untuk makluman Dewan yang mulia ini sebenarnya isu ini saya ingat telah pun selesai dan saya ingat...

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Siapa kata selesai? Tak mohon maaf apa-apa pun.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu Pahat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Mana boleh selesai, mana boleh selesai.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat..

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tak akan boleh selesai pengubahan fakta.

Tuan Yang di-Pertua: Tertib Ahli-ahli Yang Berhormat.

Dato' Tan Lian Hoe: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sebenarnya dalam teks ucapan saya dalam persidangan perwakilan wanita baru-baru ini sebenarnya saya tidak menyatakan bahawa orang Melayu datang daripada...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua point of order. Yang Berhormat Timbalan Menteri sepatutnya jawab kepada soalan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu, Yang Berhormat Batu.

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Tak perlu jawab kepada...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu point of order apa?

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Batu hendak pertahankan itu!

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: Sebab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sri Gading...

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat...

Tuan Chua Tian Chang [Batu]: ...dan Yang Berhormat Batu Pahat bukan dalam soalan.

Dato' Tan Lian Hoe: Ahli Yang Berhormat...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Batu, kalau bilang point of order, sebut apa point of order. Teruskan Yang Berhormat Timbalan Menteri, teruskan.

Dato' Tan Lian Hoe: Saya ingat perkara ini saya akan jelaskan kepada Ahli Yang Berhormat sekiranya Ahli Yang Berhormat datang untuk berjumpa dengan saya. Sebab saya tidak mahu panjangkan, sebab ia akan memburukkan...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bukan kita datang jumpa you, you datang jumpa kita. Bukan kita datang jumpa you.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Sri Gading!

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Duduklah!

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin beritahu Yang Berhormat ini...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa duduk? Apa duduk?

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Padang Serai.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa duduk? Soal bangsa kita tidak akan duduk!

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading! Ahli-ahli Yang Berhormat, ikut peraturan mesyuarat. Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab sahaja apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian kecuali saya menjemput Ahli Yang Berhormat yang lain itu untuk mengajukan soalan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tak payah respons kepada yang lain.

Dato' Tan Lian Hoe: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingat jawapan telah diberi kepada Yang Berhormat Kubang Kerian tadi bahawa RTM tidak mengungkit-ungkit perkara yang tidak berkaitan kecuali ia adalah nilai berita. Sekian, terima kasih.

Wednesday, October 22, 2008

Laporan polis terhadap Ketua Wanita Gerakan - Malaysiakini

http://www.malaysiakini.com/

Laporan polis terhadap ketua Wanita Gerakan

Oct 21, 08 5:21pm
Sebuah NGO, Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan dan perkauman.

Presiden Penaja GGMM Mohd Khairul Azam Abdul Aziz membuat laporan itu di Balai Polis Pudu pada jam 11.30 pagi ini, ditemani anggota exco GGM Nik Rizman Sapian.

Beliau mendakwa, kenyataan Lian Hoe yang menyamakan asal usul kedatangan bangsa Melayu, Cina dan India negara ini, dilihat cuba menghasut serta merosakkan perpaduan antara kaum, demikian menurut laporan Bernama.

"Kenyataannya (Lian Hoe) membawa maksud seolah-olah asal usul kaum-kaum di negara ini adalah sama, serta menyatakan ketidakwajaran sesuatu kaum mendapat hak istimewa melebihi kaum lain.

"Persoalan itu yang ditimbulkan oleh Lian Hoe dilihat sebagai cubaan menghasut supaya orang lain mempertikaikan hak keistimewaan kaum lain," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, laporan polis itu dibuat untuk menghentikan tindakan berbaur hasutan dan perkauman oleh mana-mana pihak yang boleh mencetuskan permusuhan dan pertikaian hak antara kaum.



ULASAN :

1. Sampai bilakah isu mempertikaikan hak istimewa orang Melayu akan berakhir? adakah mereka ( baca : Cina dan India ) merasa sudah cukup kuat dan berani sehingga sanggup menggunakan kedudukan sebagai anggota Kabinet untuk memperlekeh hak hak istimewa Melayu yang sudah termaktub dalam undang undang ?

2. Perkara ini tidak lain adalah kesan dari kebadapan orang Melayu sendiri yang menyokong tuntutan songsang ke arah menafikan hak istimewa Melayu yang mana menjadi faktor penentu kestabilan ekonomi politik dan sosial Malaysia. Dengan majoriti penduduk adalah Melayu dan penduduk asal sebelum jus soli diberikan kepada Cina dan India seramai lebih kurang 1.5 juta semasa meredeka dahulu, tentu tidak patut melabelkan Melayu juga pendatang seperti Cina dan India.

3. Laporan polis ini sangat penting jika kita tidak mahu ada tragedi berdarah dan pertempuran antara kaum berlaku di negara kita selepas hampir 40 tahun peristiwa tersebut berlaku pada tragedi yang kita namakan 13 Mei 1969. Jika dibiarkan maka kesan lebih teruk akan berlaku. Diharap lebih ramai yang perihatin dan menjadi barisan hadapan mempertahankan hak hak istimewa kita ( Artikel 153 ) yang sudah lama dipelihara selama ini biarpun ada juga ia diehsankan kepada kaum lain tanda kemurahan hati kita.

Tuesday, October 21, 2008

Pak Lah tidak harus dipersalahkan sepenuhnya atas kerosakan UMNO - Dr Rosli

Sunday, April 27, 2008

Tun Mahathir yang Rosakkan UMNO

Tidak adil untuk menyalahkan Abdullah Badawi seorang saja di atas kekalahan teruk UMNO-BN dalam PRU12 semata-mata kerana beliau adalah Perdana Menteri semasa.

Dalam nada yang sama, tidak adil juga untuk membebaskan Tun Mahathir dari sebarang pertangungjawaban di atas bencana yang menimpa semata-mata kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri semasa.

Dengan slogan “dahulu, kini dan selama-lamanya,” UMNO menjadi angkut dan dan terlebih yakin bahawa dengan rekod pembangunan yang “cemerlang,” tidak mungkin kuasa akan hilang dari tangan.

UMNO bersama-sama rakannya dalam BN telah memerintah selama setengah abad. Pemerintahan bermula dengan baik tetapi kerana merasakan kuasa yang ada di tangan tidak mungkin tergugat, sedikit demi sedikit ketidakbaikan dilakukan .sehingga akhirnya rakyat merasa bahawa ketidakadilan dan kezaliman diperlakukan ke atas mereka sudah sampai ke tahap tidak boleh diterima lagi.

Pemerintah diperingatkan berulang kali supaya berhenti dari melakukan mungkar dan kembalikan keadilan, namun segala peringatan tidak dihiraukan. Di zaman Tun Mahathir perlakuan mungkar sampai ke kemuncaknya. Amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan sumber, pembaziran, penipuan, penganiayaan dan perbuatan fitnah-memfinah merebak. Gejala jenayah dan keruntuhan akhlak mewabak. Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Malaysia untuk membeli pembangunan.

Bila tiba zaman Abdullah, UMNO dan kerajaan sudah berada di dalam keadaan “retak menunggu belah.” Abdullah Badawi menakhodai kapal yang sedang karam. Lebih malang, beliau bukan seorang nakhoda yang pintar.

UMNO yang diwarisi Abdullah nampak cantik diluar, di dalamnya berualat. Tun Mahathirlah yang meletakkan batu asas kerosakan UMNO dan parti-aprti lain dalam BN.

Beliau adalah seorang yang cukup pintar bermain “buang batu suruk tangan.” Selama lebih dua dekad Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, terlalu banyak kerja mungkar yang dilakukan. Beliau enggan mengambil tanggungjawab di atas kemungkaran yang telah berlaku sebaliknya, meletakkannya ke atas kepala orang lain. Kata-kata seperti “saya tak suruh…, itu bukan keputusan saya…, itu mereka yang putuskan…, saya tidak ada di Malaysia ketika itu…, itu salah mereka bukan salah saya…” dan seumpamanya terlalu banyak dilafazkan untuk menggambarkan kepada umum bahawa seolah-olahnya, beliau seorang yang bersih dan yang melakukan mungkar itu semuanya orang lain.

Kemungkaran yang berlaku dalam tempoh dua dekad pemerintahan beliau terlalu panjang untuk di senaraikan. Cukuplah didedahkan beberapa contoh khasnya yang berkaitan dengan UMNO, “just to bring the point home.”

Pertama, tentang “buaya dan jerung” di dalam UMNO yang dibangkitkan oleh YM Tengku Razaliegh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang baru-baru ini, wajar ditanya Tun Mahathir: Siapakah yang membiakkannya kalau bukan beliau? Oleh kerana beliau adalah Presiden UMNO, maka beliau adalah ketua kepada buaya dan jerung yang berkeliaran di dalam UMNO. Sekarang, Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawilah yang menjadi ketua buaya dan jerung ini.

YM Tengku Razaliegh menggelarkam mereka buaya dan jerung mungkin kerana pertama, mereka ganas, kedua, tidak kira bangkai atau bukan-bangkai, semua mereka sapu, ketiga, mereka tidak kira halal atau haram, semuanya meraka telan dan yang keempat, mereka ini makan besar.

Kedua, pada tahun 1987, Tun Mahathir memperkenalkan “undi hantu” dalam pemilihan UMNO. Ada tuduhan bahawa beliau menang menjadi Presiden UMNO mengalahkan YM Tengku Razaliegh Hamzah kerana undi hantu. UMNO diharamkan oleh mahkamah kerana kehadiran perwakilan yang tidak sah di dalam perhimpunan agung UMNO. Sesetengah dari orang yang bersekongkol dengan Tun Mahathir dalam membuat kerja mungkar ini masih menjadi orang setia beliau hingga kini. Sesetengahanynya pula telah meninggalkan beliau. Ada yang bertukar menjadi seteru beliau.

Ketiga, kerana gara-gara penipuan dalam UMNO, beliau juga merosakkan sistem kehakiman negara. Berikutan dengan keputusan mahkamah mengharamkan UMNO, Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas dan dua orang hakim mahkamah tinggi dipecat dan tiga lagi digantung. Sistem kehakiman diperkosa. Sejak dari peristiwa inilah sistem kehakiman negara menjadi rosak dan tempoh dua dekad berikutnya menyaksikan sistem kehakiman terus diperkosa dan rosaknya semakin parah.

Tun Mahathir berkata bukan beliau yang memecatkan mereka. Kenyataan seperti ini memperbodohkan rakyat. Salah sangka besar kalau Tun Mahathir beranggapan bahawa beliau boleh terus memperbodohkan rakyat. Sebab itulah dalam PRU12 ramai rakyat mengucapkan selamat tinggal kepada UMNO-BN.

Kerajaan telah mengaku bersalah pada 17 April 2008 dalam hal pemecatan dan penggantungan hakim-hakim berkenaan, namum Tun Mahathir tetap keras hati tidak mahu memohon maaf kepada hakim-hakim yang telah beliau aniaya. Kalau dicadangkan agar hakim-hakim terbabit bertindak menyaman kerajaan dan Tun Mahathir bagi menebus malu, dirasakan majoriti rakyat akan menyokong.

Keempat, siapakah yang memperkenalkan politk wang dalam UMNO kalau bukan Tun Mahathir? Jawatan di dalam UMNO boleh dijual beli dan pembida tertinggi menang. Sesiapa yang berminat untuk berada di pucuk pimpinan, mereka harus mempunyai banyak wang. Mana hendak ambil wang? Maka bermulalah era amalan rasuah di kalangan pemimpin. UMNO.

Pemimpin UMNO pergi jumpa taukeh sana dan taukeh sini untuk mendapatkan wang dengan janji akan mengurniakan projek kepada taukeh-taukeh yang sanggup memberi “wang pendahulaun” kepada pemimpin UMNO yang mahu bertanding untuk merebut jawatan dalam parti. Memanglah mereka mendapat wang berjuta-juta malah beratus juta tetapi projek-projek yang bernilai ratusan juta malahan bilion ringgit jatuh ke tangan segelintir taukeh-taukeh. Siapa yang mengkayakan sekelompok taukeh-taukeh – tidak kiralah Cina, Melayu India atau orang asing – kalau tidak pemimpin UMNO?

Badan-badan yang ditubuhkan untuk mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi dan perdagangan sebahagian besarnya menjadi tonggangan pemimpin UMNO untuk menjana wang yang kemudiannya digunakan untuk membeli jawatan dalam UMNO dan dalam kerajaan. Tanah kerajaan dijual kepada syarikat Bumiputera tetapi tanah yang sama akhirnya dijual kepada mana-mana taukeh yang sanggup memberi rasuah pada harga yang lebih tinggi dan habuan digunakan oleh pemimpin UMNO untuk membeli jawatan.

Tidak ada syarikat “milik Bumiputera” yang ditubuhkan kecuali syarikat itu mesti menyalurkan wang kepada UMNO dan pemimpin UMNO. Akibat dari krisis kewangan 1997-98 dahulu, banyak syarikat ini yang telah lingkup. Banyak pula yang dipulihkan dengan menggunakan wang rakyat dan syarikat-syarikat ini sekarang digelar “Government-linked companies.” GLCs ini terus menjadi tonggangan UMNO. Sebab itulah Dasar Ekonomi Baru gagal.

Cukuplah sekadar ini. Kalau hendak didedahkan semua kemungkaran, ia akan menjadi buku yang cukup tebal. Tindakan yang terbaik yang wajar diambil oleh Abdullah Badawi ialah “tutup mulut “ Tun Mahathir kalau pendarahan UMNO mahu dihentikan. Sejak kebelakangan ini tindak-tanduk beliau banyak memalu malah merugikan UMNO. Beliau mungkin sudah jatuh ke dalam golongan yang menderhaka kepada UMNO dan kalau memang benarlah perkara ini, maka, mengikut piawaian Almarhum Tunku Abdul Rahman, wajar bagi UMNO memecat beliau.

Dhaka, Bangladesh
19 April 2008


http://drrosliyaakop.blogspot.com/

Monday, October 20, 2008

Lagi POLL menunjukkan rakyat sependapat dengan Pak Lah bahawa Dr M telah campur urusan pemilihan parti UMNO !

Gambar di bawah adalah hasil undian pembaca di Mstar Online yang berpendapat Dr M telah mencampuri urusan pemilihan parti Umno.. Walhal dia bukan lagi ahli Umno sekarang ini.

Pendapat berdasarkan undian pembaca ini adalah persepsi sebenar akar umbi.

Lihatlah keputusannya di bawah atau klik saja di sini



Sunday, October 19, 2008

Soal selidik Mstar Online - adakah Mahathir akan mempengaruhi Najib ?

Mstar Online menerusi poll undian pembaca telah mengemukakan tajuk :

Anda percaya Tun Dr. Mahathir akan memainkan peranan berpengaruh apabila Datuk Seri Najib dilantik Perdana Menteri?


Ini berikutan ramai pihak menjangka Mahathir akan terus mempengaruhi Najib dalam memenuhi keinginan beliau dan mungkin juga di dalam meletakkan kembali proksi proksi Mahathir di tempat strategik untuk muslihat dan perancangan yang hanya Mahathir sahaja barangkali yang tahu.

Pada awalnya Pak Lah juga dilihat akan memenuhi hasrat Tun Mahathir dan beliau dijangka oleh ramai pihak menjadi PM boneka sahaja..

Namun keputusan demi keputusan berdasarkan musyawarah dan penasihat penasihat kerajaan maka ada keputusan telah dilihat 'tidak memihak' kepada Tun Mahathir dan dipandang seolah olah ingin menghapuskan semua projek dan gagasan buah fikiran beliau. Seperti penyingkiran orang Mahathir di Proton yang telah membuktikan ketepatan keputusan tersebut sehingga dua model terbaru Proton telah mencecah jualan sangat tinggi berbanding model sebelumnya di bawah CEO lama..

Maka 'krisis' telah bermula dari tahun 2005 dan berterusan sehingga hari ini walaupun seketika ada juga time surutnya.

Usaha menaikkan tahap integriti dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja Video Klip VK Lingam telah mengheret nama Tun Mahathir dan beberapa orang yang lain. Ia sudah pasti 'menghisteriakan' bekas PM tersebut dan menakutkan juga orang orang yang mungkin ada kisah gelap zaman silam.

Tiga inisiatif terakhir Pak Lah sebelum berundur tentu semakin menggerunkan mereka yang telah terlanjur dan kita mendoakan inisiatif terakhir Pak Lah tersebut akan berjaya dilaksanakan dan menjadi benteng kepada kekuatan ekonomi politik dan sosial Malaysia pada masa akan datang.

Jika ketelusan dan intergriti menjadi asas pembentukan sikap rakyat tentu kemakmuran akan semakin melimpah dengan peningkatan tahap keyakinan pelabur dari luar terhadap sistem pemerintahan kita.

Namun sayang kerna hayat Pak Lah akan berakhir Mac tahun depan sebelum banyak lagi reform akan dilaksanakan oleh kerajaan pimpinannya....

Lihat keputusan poll di bawah ini dan mungkinkah ia akan menjadi realiti ?

Monday, October 13, 2008

UMNO PESAKA BAHTERA PERJUANGAN BANGSA

Melayu adalah Masyarakat Induk Malaysia (Bhg 2)
oleh Professor Dato Malik Munip


Sambungan dari Bhg 1

C. UMNO PESAKA BAHTERA PERJUANGAN BANGSA

1. UMNO adalah satu-satunya wadah pengucapan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya (a success story). Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang.

2. UMNO ditubuhkan di atas asas perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti persatuan anak jawa atau persatun orang asli dan pertubuhan golongan professional seperti persatuan guru-guru Melayu.

UMNO disokong oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultan Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.

“Ingat UMNO bukan pertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumi Melayu. Dia (UMNO) ada daulat.”

3. Salah seorang pelupor utama yang bertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO ialah Pendita Zaaba (menyedihkan namanya jarang diingati).
a. Dengan cara yang halus Zaaba telah mengasaskan falsafah perjuangan bangsa yang sohih kepada parti Melayu ini. Sebagai pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untuk pertubuhan Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supaya lebih tepat, leih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gus membezakannya daripada pertubuhan-pertubuhan politik bukn Melayu.

b. Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation’ yaani Pertubuhan Melayu Bersatu. Kata-Pendit Zaaba, Melayu di bumi Melayu adalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu. Melayu, di bumi Melayu adalah masyarakt induk, mayarakat teras atau masyarakat ibu. Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang berasal daripada masyarakt induknya di negara-negara asal!

c. Kerana itu dengan penuh himah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay National Organisation’ atau UMNO.

Natijahnya daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawa
Melayu sebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negara yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu, cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan perkauman.

d. Natijah keramat daripada saranan abadi Pendita Zaaba ini ialah bahawa seluruh perjuangan bangsa Melayu ini berpaksi kepada prinsip menterjemahkan / melaksanakan kedudukan Melayu uang induk/nasional itu ke dalam semua bidang penghidupan bangsa yang merdeka:-
i) Politik Melayu mesti menjadi induk/teras politik negara.
ii) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa nasional.
iii) Kebudayaan Melayu mesti menjadi teras kebudayaan nasional.
Seterusnya sifat bangsa Melayu yang induk itu mesti akhirnya dapat diterjemahkan ke dalam bidang-bidang utama penghidupan nasional yang lain seperti dalam bidang pendidikan atau ekonomi. Ini ialah intipati kepada perjuangan yang hak dan legimate.


4. Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera UMNO. Professor Syed Najib Al Attas iaitu satu-satunya ulamak Melayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (bukunya diterjemahkan ke dalam berbelas bahasa) adalah merupakan anak Melayu yang telah mencipta dan mengubah bentuk dan warna bendera UMNO itu. Maka selain bendera UMNO itu melambangkan ketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara tradisi kedaulatan negara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa Melayu dan negara tumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan alam budaya Melayu turun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah dan putih adalah warna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud kesatuan dalam tradisi pradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang tidak mungkin diputuskan oleh kehadiran penjajahan.

Bersambung ke Bahagian 3.

Prof Dato Malik Munip adalah bekas Pensyarah di Fakulti Sejarah, Universiti Malaya dan penulis buku, Tuntutan Melayu (1981). Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Muar. Kertaskerja ini dibentangkan di Seminar Agenda Melayu ke III anjuran Pertubuhan ALumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara pada bulan November 4hb, 2007.


sumber : http://www.pesanan-pesanan.blogspot.com/

Ranapnya Gergasi Ekonomi angkara Riba - saat kejatuhan Dajal Amerika

Amalan mengaut faedah tanpa risiko nyata cetus ketidaktentuan sistem kewangan global

AYAT 279 surah al-Baqarah menegaskan maksudnya: “Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).”

Bukti kebenaran wujud peperangan Allah dan Rasul-Nya terhadap pengamal riba dalam minggu ini adalah kehancuran Lehman Brothers dan Federal Housing Authority sebagai dua gergasi pengamal riba dunia berasal dari Amerika Syarikat (AS). Dan dalam hitungan hari selepas itu, Selasa lalu, satu lagi gergasi kewangan dalam sektor insurans yang beroperasi di 130 negara dan mempunyai 116,000 pekerja tidak termasuk pekerja separuh masa, American International Group Inc (AIG) sedang berada dalam proses untuk tumbang dan tinggal nama.

Bagaimanapun, ada ‘tangan-tangan’ yang berusaha untuk menyelamatkan AIG kerana ia dikatakan mempunyai keutamaan global sehingga ‘pertolongan sesat’ yang mulanya akan diberikan sejumlah AS$85 bilion oleh US Federal Reserve (Fed) sudah menjadi AS$500 bilion gabungan ta’awun ‘ala al-itsm wa al-’udwan (bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan pencerobohan) bank-bank pusat Eropah, Britain, Jepun, Switzerland dan Kanada di samping Fed sendiri yang menambahkan jaminannya menjadi AS$265 bilion..

Jumlah wang yang begitu banyak yakni AS$500 bilion itu diperuntukkan untuk menyelamatkan satu sistem yang dimusuhi Allah yang mana jika ia diperuntukkan untuk kesejahteraan sebenar manusia sejagat sudah pasti akan lebih menguntungkan kepentingan kemanusiaan daripada kepentingan segelintir pengamal riba.

Penulis tertarik dengan komen yang dibuat oleh seorang profesor di Universiti New York, Nouriel Roubini terhadap ‘double standard’ kerajaan Amerika ke atas krisis Lehman Brothers dan AIG. Professor di Stern School of Business itu berkata, seperti dipetik Reuters, Khamis lalu: “�We’re essentially continuing a system were profits are privatized and � losses socialized.”

Sistem ekonomi kapitalis sebagaimana disifatkan Roubini ini adalah sistem orang kufur nikmat yang dianugerahkan Allah Ta’ala. Orang kufur nikmat yang tamak dan kemaruk harta dunia. Mari kita perhatikan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan mempunyai tabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut.” (Surah al-Ma’arij: 19-21)

Firman Allah ini dijelaskan lagi dengan satu contoh dalam ayat yang lain maksudnya: “Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepada-Nya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepada-Nya. (Akibat syirik itu) jadilah mereka orang yang kufur nikmat yang Kami berikan kepadanya, dan (menjadi) orang yang hanya bersuka ria di dunia; kemudian mereka akan mengetahui kelak akibat buruk apa yang mereka lakukan.” (Surah al-’Ankabut: 65-66)

Inilah yang berlaku dalam krisis AIG hari ini. Ketika mereka dalam keadaan memperoleh keuntungan sejak penubuhannya pada 1919 di China, mereka senyap dan berfoya-foya dengannya tanpa menghiraukan kepentingan orang lain. Tapi, ketika berlaku krisis yang berpunca daripada amalan riba yang diperangi Allah, mereka berteriak minta tolong sehingga seluruh dunia terkena kesannya termasuk mungkin insurans kereta anda dengan American International Assurance (AIA).

Pengalaman masyarakat antarabangsa moden membuktikan keburukan amalan riba sejak terjadinya krisis ekonomi 1929. Tapi mereka tidak serik-serik lagi kerana tujuan yang dicanangkan mereka belum wujud lagi. Tujuan yang akan membuat semua manusia menjadi hamba kepada segelintir manusia pimpinan Yahudi zionis seperti digariskan dalam protokol zionis dan pernah dikisahkan Shakespear dalam Merchant of Venice menerusi tokoh pengamal riba berbangsa Yahudi, Shelok.

Seorang pakar ilmu ekonomi, Prof G Haberler dari Universiti Harvard di AS menulis di dalam bukunya Kemakmuran dan Kemelesetan bahawa tiada suatu masalah yang menimbulkan perbezaan pendapat di kalangan pakar ekonomi selain masalah yang berkaitan dengan nilai wang faedah atau faedah bank. Masalah ini masih suatu persoalan yang belum mencapai sebarang penyelesaian sehingga sekarang, dan ketika berlakunya kemelesetan terbesar di seluruh dunia kapitalis pada 1929, maka sistem perekonomian kapitalis hampir tumbang untuk selama-lamanya akibat merebaknya wabak pengangguran.

Pelopor dan pemimpin pakar ekonomi moden, Lord J M Keynes mengkritik sistem ekonomi klasik dan mengisytiharkan sikap bertaubatnya ke atas sistem itu, sambil melancarkan serangan yang tidak mengenal ampun terhadap faedah bank. Pandangan ini diikuti oleh muridnya, Sir Roy Harrod yang menerbitkan sebuah buku bertajuk Ke Arah Suatu Sistem Ekonomi Yang Bergerak Dinamik. Dalam buku ini, Harrod bukan saja membela pandangan Keynes, malah menokok tambah lagi dengan jelas dan terang dan beliau menyatakan bahawa sistem ekonomi bebas itu tidak boleh kekal dan tahan lama selagi masih wujud suatu puak tuan punya modal yang terus menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang melalui bank-bank di samping mengaut pendapatan yang dinamakan ‘faedah’ tanpa menghadapi sebarang risiko atau menjalankan suatu usaha dan pekerjaan yang membawa kebajikan. Puak itu menjadi beban yang terpaksa dipikul oleh penerima pinjaman yang terpaksa bekerja bertungkus-lumus menghadapi pelbagai bentuk risiko.

Oleh itu, Harrod berpendapat bahawa masyarakat perlu segera diselamatkan daripada pelbagai bentuk ancaman kejahatan yang ditimbulkan oleh puak minoriti ini dengan cara melakukan suatu usaha berkesan yang akhirnya melakukan larangan dan pengharaman kadar faedah. Dan pada ketika itu semua pemilik wang terpaksa melaburkan wang mereka melalui pelbagai cara yang produktif yang memberi faedah kepada masyarakat. (Rujuk al-Jammal, Ensklopedia Ekonomi Islam, ii/432-3) Al-Quran al-Karim begitu tegas dan lantang sekali menyatakan hukum haramnya riba. Ia yang diturunkan lebih 1,400 tahun yang lalu sudah mengisytiharkan perang terhadap pengamal riba dan pada hari ini masyarakat antarabangsa dilanda wabaknya seperti diberitakan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW maksudnya: “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terbabit dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, dia akan terkena juga debu-debunya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Maka pada akhirnya, tidak ada jalan penyelesaian agar kita terselamat daripada bencana perang terhadap riba yang diisytiharkan al-Quran di atas selain sambungan ayat pada permulaan tulisan ini iaitu maksudnya: “Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.” Dengan perkataan lain, sempena Nuzul al-Quran 1429 H ini mari kita hapuskan riba! Wallahu a’lam.

Oleh Abdurrahman Haqqi
Sumber: http://www.bharian.com.my

Saturday, October 11, 2008

Anwar, Raja Petra 'dibelasah' habis habisan oleh wira penulis negara - Pak Habib Al Attas!!

RAJA GOBLOK PO RAH!... BOLEH JALAN DAA...

1hb. Feb. 2008, hari Wilayah, saya ke Riverside Restoran di PWTC sebelum pergi menghadiri satu majlis penyerahan cek sebanyak RM100,000.00 untuk sumbangan kepada tabung kemanusiaan Gaza yang disampaikan oleh Datuk Syed Ali Al-Habshee, Ketua UMNO Cheras kepada Dato’ Mukhriz Tun Mahathir merangkap Pengerusi Aman Malaysia.

Walaupun Tun Mahathir sedang menyerang Pak Lah, Mukriz dan Syed Ali tersepit di tengah, saya tetap pergi juga. Apa orang nak kata, katalah. Seperti apa yang mereka kata pada Syed Ali yang tak takut pada sesiapa namun tetap bersedia berdamai dengan Faridah sementara musim pilihan raya dan atas permintaan Datuk Shahrizat Jalil.

VIP yang saya tunggu tak menghormati janji. Ramai VIP yang macam tu, suka buat orang menunggu kerana mereka merasa mereka orang penting. Kena dengan saya, saya tinggalkan dia macam tu aje. Boleh jalan daa... Orang besar jangan tunjuk ‘ kurang ajar ’. Ini musim ‘ ikan kecil makan ikan besar ’, satu undi berharga tau ? Tahu tak apa... "Rentikan’ perangai mengada-ngada kalau tak mahu sakit kepala," bisik hati kecil saya, sabar ajelah, memujuk hati sendiri.

Akibat suka berjanji tapi tak sanggup menepati janji, bila datang pilihan raya ‘ padan muka ’, bila janji yang dimungkiri makan diri sendiri. Dalam perjalanan ke Cheras saya teringat apa yang pernah berlaku pada bulan November 2006 di Restoran Riverside. Seperti biasa setiap kali ada Perhimpunan Agung UMNO saya cuba hadirkan diri di PWTC untuk bertemu dengan siapa saja.

Kalau kita berani tulis buku, kenapa kita tak berani berdepan dengan mereka yang kita kritik? Janganlah setakat berani kritik sahaja tapi tak berani tampilkan diri. Itu pengecut, dayus namanya. Saya tak mahu jadi seperti Raja Petra. Kalau genius tak pe juga. Kalau gila macam mana?

Kalau nak jadi hero kena berani lawan buaya. Tapi mesti lawan dalam sungai bukannya atas darat sebab di atas darat kita boleh lari. Berani tak Raja Petra lawan buaya dalam sungai. Tak payahlah lawan buaya jantan, lawan anak buaya pun dah cukup. Tengok apa jadi dengan telur Raja Petra. Anak buaya kunyah macam budak-budak kunya chewing gum. Tapi… Tapi Raja Petra ada telur ke?

Tak acilah setakat tunjuk hero dalam gelanggang sendiri. Soal jadi hero bukan macam " aci-aci buka pintu ". Nak tahu pasal " aci-aci " buka pintu ni, kena baca buku saya SAMY VELU VS KHIR TOYO .

Begitu juga kalau nak lawan harimau. Tak ada kelaslah kalau setakat lawan pak belang dalam estet getah atau dalam tasik. Kalau rasa hebat sangat, kena lawan harimau dalam hutan. Baru kira hebat. Pahlawan mesti berani mati dalam gelanggang lawan.

Penulis yang menjadi pengkritik sosial tak patut jadi macam penyanyi yang jadi juara kerana ramai yang memilih seperti dalam Akademi Fantasia . Sebagai contoh misalnya Mawi dengan Dato Ahmad Jais. Siapa Mawi jika hendak dibandingkan dengan kelunakan vokal Ahmad Jais? Tapi kerana ramainya yang memilih Mawi menerusi sms, mendapat publisiti di TV, maka jadilah dia seorang selebriti.

Saya teringat kata Dato Rahim King, " Kalau betul-betul berani, berani tak terjun payung terjun dari kapal terbang, terjun ke lautan dalam?" Kalau berani, ‘ boleh jalan daa… Macam kata peninju Joe Frazier, " Talk is cheap ’. Joe Frazier jadi juara tinju heavyweight dunia sewaktu Muhammad Ali dalam penjara. Tapi bila Muhammad Ali keluar penjara, dia di cabar untuk menentang bekas juara dunia itu dalam apa yang dikenali sebagai The Fight of the Century . Walaupun dalam perlawanan itu Frazier menang, Muhammad Ali tetap jadi hero.

Tapi itu cerita zaman awal 1970-an. Ini zaman sms, media eletronik, tv boleh buat sesiapa saja jadi hebat secara instant . Di sebabkan hebat kerana ramainya sambutan akhirnya kaca ditukar menjadi intan, betina boleh tukar jadi jantan, haiwan digambarkan sebagai kawan, iblis pun boleh jadi penulis . Apa yang hendak dihairankan.

Pelik, masyarakat sms dan blogger boleh mengagung-agungkan manusia yang tak layak jadi hero masyarakat sebagai pejuang hak asasi manusia dengan cara mendedahkan keburukan pemimpin negara melalui saluran Malaysia Hari ini? Betulkah apa yang digambarkan dalam Malaysia Today kepada dunia tentang betapa buruknya pemimpin dan keluarganya?

Memang betul Malaysia Today ada ramai pembaca. Tapi kebanyakannya baca laman web itu macam budak-budak nakal tengok laman web porno. Setakat seronok-seronok, setakat nak dapat hiburan murahan, cheap thrill sekejap, boleh lah. Nak percaya, sorrylah. So Raja Petra tak payahlah perasan. Kalau orang boleh percaya 5 peratus dari apa yang ditulis pun sudah kira cukup baik.

Salah siapa memilih penulis yang terpilih di kalangan yang terbuang, bukan yang terbaik di kalangan yang terbilang . Saya teringat kata Arwah Bung Karno ‘ go to hell with America, go to hell with Britain, go to hell with United Nations, right or wrong my people, good or bad my country ’. Di mana letaknya rasa tanggungjawab terhadap bangsa dan negara? Inikah cara kita mendidik anak bangsa kita menjadi manusia yang patriotik dan berjiwa nasionalis?

Ada ke patut seorang yang dinobat sebagai raja blogger bukan sahaja tak berani tunjukkan diri tapi tulis buku pun tak pakai nama. Jangan kata nama sendiri, nama samaran pun tak ada. Hero apa benda? Sekurang-kurangnya Yahaya Ismail, Dato Kamal Amir, Dato Ron, Subky Latif, Zaharin yang guna nama Sang Kelembai ada sifat berani buat berani tanggung .

Buku yang diterbitkan mesti ada pengarang. Kalau ramai sangat pengarang, kena ada penyunting atau setidak-tidaknya penyusun. Buat buku guna nama Malaysia Today , sebuah laman web yang didaftarkan di Amerika ni tak acilah. Melayu jenis apa ni? Ada telur ke? Apakah orang macam ini yang dinamakan askar upahan murahan atau the unfortunate soldier of fortune ? Po rah! Boleh jalan daa…

Penulis apa benda ni main pukul-pukul belakang. Orang yang main pukul-pukul belakang dalam tulisannya ini samalah macam orang yang melacurkan tulisannya untuk kepentingan golongan tertentu. Hidup dalam dua alam ke?

Bila menatap kulit buku ‘ Khairy Chronicles ’ yang selain dari gambar wajah Khairy ada gambar sebatang jalan, tiba-tiba saya teringat Bugis Street dan Johore Road di Singapura satu waktu dulu. Begitu juga dengan Air Rajah Road, di Singapura. Apakah yang menyebabkan Bugis Street, Johore Road terkenal dulu? Tahu tak pa…

Tak payahlah gunakan alasan kononnya percaya kepada kebebasan media. Media sahaja bebas buat apa kalau jiwa masih jiwa hamba abdi kepada musuh negara yang mahu menimbulkan sengketa.

Dulu tak ada blogger, yang bergantung hidup mengikuti ‘ demokrasi Amerika ’ yang kononnya paling ‘ demokratik ’ di dunia. Cakap tak serupa bikin punya . Patutkah kekuatan dijadikan kebenaran sedangkan kebenaran itulah kekuatan? Itulah susahnya bila manusia sudah hilang kemanusiaan hilang rasa takut terhadap Tuhan. Asal usul wali Tuhan pun boleh dihinanya.

Saya bertanya pada diri sendiri, apakah sesudah melalui macam-macam kejadian yang ada kaitan dan penyimpangan sistem demokratik di Amerika dan lain-lain negara, saya perlu terikut-ikut media bebas ala Amerika seperti blogger yang gunakan portal Internet untuk menghukum dan menzalimi sesama manusia yang seagama dan sebangsa?

Macam mana kata percaya pada Tuhan kalau kepercayaan itu hanya tertulis pada dollar Amerika seperti yang diakui sendiri oleh Raja Petra bila dia menggunakan sumber Bible dan tak menggunakan Al-Quran sedangkan setiap orang yang mengaku Islam melainkan sudah murtad mengetahui Al-Quran itu "imamku" maksud imam ialah Nabi Muhammad Rasulullah SAW adalah Al-Quran yang hidup dan sunnahnya menjaid ikutan.

Saya nak tanya Raja Petra, dia baca tak New Testament di mana St Micheal mempersoalkan: ‘ Are you are door or are you a beliver ’. Bentuk demokrasi Amerika merupakan bentuk yang paling tidak demokratis sekarang ini. Para anggota Mahkamah Agung dan Federal Reserve - dua lembaga yang secara fundamental membentuk kehidupan kita - ditunjuk, bukan dipilih. Undang-Undang Hak Asasi Manusia (The Bill of Rights) menjelaskan secara rinci sejumlah hak-hak khusus yang dimiliki oleh warga negara tak peduli apa yang pihak mayoritas katakan. Dengan membatasi demokrasi sebenarnya mendorong kebebasan kita." Fareed Zakaria Masa depan Kebebasan

Dalam bukunya, Masa Depan Kebebasan Penyimpangan demokrasi di Amerika dan negara lain, Fareed Zakaria juga menjelaskan:" Lihat reformasi pasca kasus Watergate, yang menguak tabir perpolitikan. Reformasi tersebut hanya terjadi di dalam gedung Kongres, bukan suara rakyat tetapi teriakan demi kepentingan tertentu, kaum minoritas yang terorganisir rapih dan uang. Pemerintah Amerika sekarang ini lebih demokratis daripada sebelumnya - dan juga lebih disfungsional ". Yang saya tak faham mengenai Raja Petra ialah siapa dia ni sebenarnya? Macam mana tiba-tiba dia boleh jadi penulis? Ini belajar menulis kat mana? Siapa gurunya? Melayu apa benda namanya bila tulis dalam bahasa Melayu pun tak menentu. Melayu itu mesti Islam. Dia bangga dia Bugis, dari suku Melayu. Mungkin dia ini dari Bugis Street, Singapore tapi mengaku Bugis dan kerabat diraja.

Raja Petra ini pejuang bangsa dan agama Islam atau sebaliknya? Siapa di belakangnya sehingga dia sanggup jadi ibarat dahan yang sanggup menjadi batang kapak yang menumbangkan pokok . Apakah dia masih orang Anwar Ibrahim? Rakyat sudah tahu siapa Anwar Ibrahim yang serba boleh, pemidato terhebat yang tak ada saingannya di dalam UMNO. Di mana letak kehebatan Pet Ra ini?

Anwar dalam pantunnya kepada Tun Mahathir dulu " Kalau tuan pergi ke Tanjung, kirimkan saya sehelai baju, jika tuan jadi burung, saya sanggup jadi dahannya ", ketika Mahathir jadi Perdana Menteri. Di kepala saya masih bermain-main apakah mereka berdua, Anwar dan Mahathir bersandiwara? Satu berasal dari Karla, yang satu dari Gurajat India. Kasihan Melayu yang tak tahu ‘ high politik ’ jadi mangsa.

Mereka yang pernah menonton filem ‘ Spiderman II ’ akan teringat watak penting Dr. Otto Octavious atau lebih dikenali sebagai Doktor Octopus atau Dr. Ock. Dr. Ock telah mencipta satu raksasa yang menyerupai sotong kereta berkepalakan manusia tetapi bersikap kebinatangan menyerupai manusia penyamun yang tamak dan rakus. Akhirnya ciptaannya menderhaka dan menjadi pengganas yang paling berbahaya pada bangsa dan manusia.

Watak penting dalam ‘ Spiderman II ’ ialah jurufoto yang berjasa mendokumentasikan kejadian menerusi lensa kamera. Kebetulan dia adalah ‘ Spiderman . Kisah ‘ Spider Man ’ ini terdapat dalam buku ‘ Anak Omak vs Anak Bapak ’, cetakan pertama 2004.

Sudah tiga tahun berturut-turut saya bukan saja tak dapat satu meja di depan restoran ‘ Riverside ’, tetapi jual buku di dalam restoran pun diburu macam penjual dadah sedangkan buku Khairy Chronicles yang tak ada nama penulis yang diterbitkan oleh Malaysia Today , tak ada polis nak tangkap dan Pak Lah tidak haramkan. Apakah masih tak ada kebebasan media? Hendak bebas macam mana lagi?

Apakah Malaysia Today dan penulis buku ‘ 70 dalil Pak Lah Hilang Kelayakan Memimpin UMNO ’ yang menggunakan nama penulis sebagai ahli UMNO Kedah boleh menafikan yang kakitangan UMNO tak tahu buku itu beredar? Tahu tak apa...

Pelik tapi benar, buku saya dan Norzah Kepol yang ada nama, ada gambar penulis, ada alamat penerbit diganggu oleh polis. Tapi buku Khairy Chronicles dari Malaysia Today yang dihasilkan oleh Raja Petra yang merasakan dirinya Raja Blogger boleh beredar dalam beg tak apa-apa. Tapi kita yang jual cara terdedah jadi mangsa oleh mereka yang mewakili orang dari Tingkat 38 (orang diatas).

Saya terpaksa menceritakan pengalaman buruk saya seperti Allahyarham Abdullah Munshi menceritakan pengalaman hidupnya di dalam buku Hikayat Abdullah yang lebih berfaedah dibaca oleh rakyat Malaysia dari buku mengenai Abdullah tentang macam mana buruknya perangai raja bila ada kuasa bersultan dimata beraja dihati dan yang di tulis semula oleh Hamzah Hamdani. Abdullah Munshi berketurunan Arab India menceritakan betapa buruknya rupa dan telatah Sultan Husin Shah yang telah menjual pulau Singapura kepada British East India Company akibat tidak adanya rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanahair. Apakah Raja Petra mahu menjadi seperti Si Kitol?

Ada ke patut kebebasan media di Malaysia dijadikan seperti demokrasi ala Amerika? Sama ke cara hidup orang Amerika dengan rakyat Malaysia yang sudah merdeka lebih 200 tahun? Patutkah kita jadi seperti anai-anai yang boleh memporak-perandakan negara kita menggunakan slogan ‘ free media ’, seperti anai-anai yang bersembunyi dalam kayu boleh merobohkan sebuah rumah. Orang Melayu bukan ada negara lain untuk berpindah. Menung dan fikirkanlah dakyah perang saraf yang digunakan oleh musuh Islam yang menggunakan ejen-ejennya yang menyamar sebagai pejuang hak asasi manusia.

Blogger yang nak cari untung, hendak tunjuk hebat melagakan pemimpin sama pemimpin. Husam Musa yang tak bersalah jadi mangsa ‘ half truth ’ begitu juga Zahid Hamidi. Patutkah kita terpengaruh dengan blogger yang cuba meracuni pemikiran rakyat dengan menanamkan rasa benci rakyat terhadap pemimpin dengan menggunakan ‘ fitnah ’, menggunakan manusia yang cetek pemikiran, yang suka jaga tepi kain orang duduk sembang kedai kopi tunjuk pandai kerana dapat cerita dari para blogger yang berdusta? "Kebencian dan kemarahan adalah sumber utama kejahatan dan kecenderungan untuk menghalang manusia daripada membuat keputusan yang adil, berfikir dengan baik dan mengawal diri dengan waras. Sesetengah orang dengan mudah mengenakan setiap jenis ketidak adilan ke atas orang yang dibencikannya. Mereka boleh menuduh seseorang perbuatan yang tidak pernah dilakukannya atau memberikan kesaksian palsu terhadap mereka walaupun si penuduh itu tahu kemurnian sikap tertuduh.

Atas sikap permusuhan itu ramai yang menghadapi penindasan yang tidak tertanggung. Sesetengah orang mengalak memberikan kesaksian, memihak kepada orang yang tidak bersetuju dengannya walaupun mereka tahu yang mereka tidak bersalah dan tidak memberikan bukti bagi menyembunyikan keadaan tidak bersalah itu. Harun Yahya.

Ada blogger, bukan semua, dan puak serta kuncu-kuncunya yang akan korek dan cari jalan bagaimana cara mahu mendedahkan sesuatu yang buruk mengenai pemimpin dengan cara perang ugut yang boleh merosakkan imej penulis bona fide, penulis yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat marhaen. Ini kerana memang ada penulis yang menulis dan mendedah tentang tokoh tertentu yang menjadi pemimpin yang korup ‘ a leader who misleed ’, pemimpin yang menyeleweng seperti kata pepatah " hama diseberang lautan nampak, gajah didepan mata tak nampak ." Tapi mereka ini bukannya bloggers.

Sanggupkah anda berkongsi dosa semata-mata mahu memusnahkan musuh peribadi blogger akibat tidak mendapat sesuatu atau mendapat habuan kepuasan dari naluri peribadinya sedangkan penulis mesti jadikan diri ‘ pendeta ’ bukan ‘ pendusta ’. Yang tak pandai tulis pun jadi pandai menulis terutama surat layang. Melayang-layang surat layang di mana-mana. Mangsa utama ketika ini ialah orang politik. Walaupun kepimpinannya hebat ke paras maksimum, mereka adalah mangsa pengkhianat yang sedang membiakkan zuriat di sana sini. Abang Zak

Demokrasi adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat mengikut istilah Yunani. Rakyat itu siapa dia? Orang Melayu saja ke atau termasuk juga orang Cina dan India? Ada ke patut dalam keadaan minoriti lebih kuat dari majoriti kita membiarkan si pendusta bermaharajalela menimbulkan huru hara negara?

Sampai bila kita mahu membiarkan makhluk perosak yang sanggup jadi alat CIA atau penulis seperti iblis buat kerja iblis suka menanam sikap ‘ buruk sangka ’ dan memusuhi para pemimpin kita? Bukankah orang Islam itu bersaudara? Kenapa kita mesti ikut perangai ketam di dalam bakul akan menarik mana-mana ketam yang berada di atas ? Dalam keadaan Melayu yang sudah tidak ada apa-apa kuasa politik pun sudah seperti telur di hujung tanduk ? Kalau telur dah kena telan dengan anak buaya, lagi teruk.

Sudah 50 tahun merdeka, kita masih terpinga-pinga, pi mai pi mai tang tu juga . Setiap kali datang pilihan raya kita ajak rakyat tukar selera, tukar parti tapi tak ajak rakyat tukar sikap. Yang perlu ditukar adalah sikap, tingkah laku, ‘ peel ’, perangai. Ajak mereka menukar cara hidup sebelum pilihan raya.

Cukuplah orang seperti Raja Petra yang cuba mencetus kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri yang juga menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, ‘ Bapak Polis ’ tapi bukankah pegawai polis pun turut sama mengganggu penulis yang menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan kekalnya keamanan di dalam negara.

Apakah mereka yang mengkhianati penulis yang cari rezeki setahun sekali ini terlupa bahawa doa orang yang teraniaya dan dizalimi di makbulkan Tuhan . Apakah Pak Lah betul-betul bersalah, betul-betul berdosa? Pak Lah adalah seorang manusia biasa. Kita ada pilihan raya umum biar rakyat yang menghukumnya. Kenapa biarkan Mahathir, Anwar Ibrahim, Raja Petra menghukum sekehendak hati macam cara Amerika terhadap Iraq dan Yahudi terhadap Gaza.

Cukuplah beban yang ditanggung oleh Pak Lah bila Tun Mahathir kata dia ada gentlemen agreement dan Pak Lah cuma boleh jadi Perdana Menteri satu penggal saja? Kenapa menjelang pilihanraya ditimbulkan? Kenapa mahukan pemimpin yang tidak korup? Kalau tak suka dengan pemimpin yang korup, kenapa tak bersihkan masa Tun M jadi Perdana Menteri dulu?

Untuk apa fikiran rakyat diracuni dengan banyaknya cerita ‘ half truth ’? Terlupakah Tun M siapa saja pemimpin Melayu yang jadi Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri mesti dimusuhi? Apa tujuan Tun M mengatakan Melayu mudah lupa? Apakah Tun M memang mahu Melayu cepat lupakan segala dosa-dosanya terhadap rakyat? Apakah Tun M dulu membiarkan kebebasan media bermaharajalela seperti di Amerika dan negara sekular semasa dia jadi Perdana Menteri seperti yang dilakukan oleh Pak Lah terhadap blogger yang bebas menjual buku politik di PWTC?

Saya tak nafikan semasa Tun Mahathir masih Perdana Menteri, saya dan kawan-kawan penulis politik boleh letak satu meja di hadapan Restoran ‘ Riverside ’ untuk jual buku. Tapi buku saya ‘ Memo Kepada Pedana Menteri ’ diharamkan sedangkan ‘ Memo Kepada Pak Lah ’ tidak diharamkan.

Ada ke patut setahun sekali kita berniaga buku diperlakukan macam itu. Penulis jual buku tak guna nama portal, tak takut diheret ke mahkamah. Penulis dulu tak bacul. Mereka berani berdepan dengan Dr. Mahathir, Menteri dalam Negeri dan juga Perdana Menteri. Ini semua berlaku sebelum terjadinya reformasi yang dicetuskan untuk membela dan mempertahankan saudara Anwar Ibrahim, di mana Raja Petra pernah menjadi penyokong kuatnya pada satu waktu dulu. Sekarang bagaimana? Boleh jalan daa dengan Anwar Ibrahim?

Saya sedang memikirkan apakah saya akan jual buku lagi di perhimpunan akan datang nanti? Kerja berniaga ini dituntut oleh Islam. Tulis buku satu ‘ ibadat ’, berniaga pun ‘ ibadat ’ juga. Pak Lah mahukan ketelusan . Inilah yang kita lakukan, menulis buku tanpa mahu mengampu. Siapa nak baca buku atau blog yang mengampu menteri? Terutama mereka yang otaknya sudah dirosakkan oleh anai-anai blogger gila?

Pak Lah mahu modal insan. Modal insan bermula dengan perubahan pemikiran dan sikap. Apakah penulis bukan satu ‘ modal insan ’ yang baik selaku penyampai ilmu? Kalau itu yang dilakukan, maka sepenulis itu akan menjadi seorang modal insan yang baik. Tapi kalau dia menulis sekadar penulis cari makan , jual diri, jadi hamba tuan, maka tak banyak beza dengan setan.

Apa dan di mana silap buku politik diharamkan di Perhimpunan Agung oleh mereka yang siapa pun tak tahu siapakah identitinya? Apakah UMNO sudah tidak demokratik atau kita terpengaruh dengan ‘ demokrasi ala Amerika ’ seperti kata Fareed Zakaria, penulis dari News International;

‘ Apabila engkau mendapat wang, belikan emas, jualkan emas belikan intan, jual intan beli manikam, jual manikam belikan ilmu ’. Begitulah kata orang yang arif.

Bijaknya musuh-musuh Islam menggunakan perang urat saraf akhirnya kita yakin, kita perlu adakan ‘ checks and balance ’. Siapa sebenarnya yang mempunyai ‘ poor ability of judgment ’? Siapa sebenarnya YAB Yang Amat Berbahaya, Tun selaku mantan atau Dato Seri Abdullah Badawi selaku Perdana Menteri? Dan dalam dunia bloggers, tak mustahil ada yang penulis blog yang mengamalkan cheques and balance akaun bank. Siapakah taukeh mereka?

Bukan mudah mahu mengubah minda dan sikap masyarakat. Kalau blogger yang sekadar mengutuk bukan mengkritik dengan teguran yang membina, macam mana masyarakat nak jadi lebih baik. Tapi kalau mereka menulis dengan bijaksana tentu penyakit masyarakat Melayu yang semakin hari semakin teruk ini sudah dapat diubati oleh para penulis yang menjadikan diri mereka selaku pemikir dan pencetus minda bukan menambah burukkan lagi keadaan Melayu yang tengah tenat ni. Sakit orang Melayu ini perlu diubati bukan diracuni pemikiran mereka mengikut sekehendak hati kerana kita sakit hati.

Betulkah Mahathir sudah mencuba selama 22 tahun? Dia mengaku dia gagal ubah sikap Melayu. Dia pun mengaku dia pernah tersilap terpengaruh dengan berita yang tersiar dalam blog yang dipimpin goblok.

Dia pernah jadi Menteri Pelajaran dan selaku Perdana Menteri apakah dia pernah ambil tahu macam mana boleh berlaku keruntuhan akhlak dikalangan muda mudi Melayu? Di mana bermula kalau tidak di sekolah di mana terdapat ramainya anak-anak Melayu?

Kenapa anak Cina yang keluar dari sekolah Cina tak jadi mat rempit, tak jadi penagih dadah? Kalau bukan guru siapa kalau bukan menjadi pendidik perlu menunjukan contoh teladan yang baik? Ibu bapa mengharapkan sistem pendidikan yang boleh melahirkan anak bukan saja berjaya mendapatkan 9A tapi yang bermoral. Murid-murid sekolah ada akses kepada blog, adakah seorang blogger yang bertaraf pendeta berhati mulia cintakan bangsa seperti Pendeta Zaaba?

Saya berpendapat tak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya, berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian , sakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian . Saya selaku penulis veteran, jika takut berdepan dengan bermacam-macam ujian dan dugaan bagaimana anak didik saya boleh jadi berani menulis buku, berani diheret ke mahkamah, berani berdepan dengan siapa saja. Mereka tak takut apa-apa. Kita adalah manusia ‘ non-violent ’. Jangan lupa sifat non-violent inilah yang digunakan oleh Mahathma Ghandi bagi menjatuhkan Empayar British.

Po rah!! Boleh jalan daa... penulis yang pengecut dan bacul, berani buat tak berani tanggung mempersoalkan accountability Perdana Menteri. Macam mana dengan diri sendiri? Apakah mereka mempunyai sikap terbuka dan telus, ada maruah dan ada integrity?Integriti penting dimiliki oleh seorang ahli falsafah. Penulis dan pemikir yang ada intergriti adalah ibarat seorang yang memakai ‘perfume’ atau pewangi yang semerbak harum di mana bau-bauan itu dihidu oleh mereka yang dekat dengannya. Itulah integrity. Apakah blogger seperti Raja Petra mempunyai integrity dan accountability?

Inilah jenis manusia cakap tak serupa bikin punya , berani belasah orang cara Yahudi dan Amerika,dua penjenayah di Iraq dan di Gaza.

Saya sanggup berdepan dengan siapa saja untuk membuktikan apa yang kita tulis itu adalah perkara yang ‘ benar ’ bukan gunakan kebebasan akhbar cara Amerika - matlamat menghalalkan cara.

Siapa kalau bukan penulis yang perlu mendidik masyarakat supaya dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan , menerangkan bahawa cerita ‘ half truth ’ itu fitnah. Dosa fitnah sama seperti membunuh orang. Amerika dan Yahudi mana takut dengan dosa, mana takut bunuh orang yang tak berdosa. Pembohongan yang disimpan dalam ingatan lama kelamaan akhirnya orang percaya dan pembohongan itu termasuklah dengan penulisnya yang pembohong.Semua orang ada tanggungjawab sama ada ianya seorang pembawa teksi, tukang gunting, tukang kebun atau tukang masak dan yang paling berbahaya di dapur, ramai sangat yang mahu jadi tukang masak. Kita sudah menerima seseorang untuk menjadi pemimpin negara, cukuplah Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri jangan blogger gila pun merasakan diri lebih hebat dari Perdana Menteri.

Siapa berani buat, mesti berani menanggung risiko. Jangan tangan berani mencincang, bahu tak sanggup memikul . Tak ada kebebasan mutlak bagi orang Islam. Selaku hamba Allah kita tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan oleh Al-Quran.

Penulisan adalah satu perjuangan untuk membuka minda Melayu supaya kurangnya pemimpin yang mempunyai ‘ mandul minda ’ terutama di dalam UMNO. Pak Lah mahukan orang Melayu berfikiran terbuka minda kelas pertama , bukan sesudah 50 tahun merdeka masih berfikiran dalam kotak dan penulis jadi makhluk perosak.

Apa jadi bila penulis menjadi penghina dan bukannya pengkritik. Orang yang dihina semakin kuat orang yang menghina jadi terhina. Tengok apa jadi bila Raja Goblog hina keturunan Datuk Syed Ali Al-Habshi. Akhirnya dia terhina kerana mendapat gelaran Raja Goblok sedangkan Syed Ali semakin kuat.

Cuba baca laporan akhbar di bawah ini:Sehari sebelum hadir ke program berkenaan, Shahrizat yang juga Pengerusi Perhubungan Wanita BN Wilayah Persekutuan mengakui berdebar-debar untuk merasmikan program berkenaan. Beliau mengakui ada sedikit ‘ tension ’ antara Datuk Wira Syed Ali dan wirawati, Faridah. Tapi keadaan itu berjaya dipulihkan.

" Lagikan lidah lagi tergigit apatah lagi dalam politik. Datuk Faridah bukan calang-calang pemimpin wanita paling berpengalaman dalam Wanita Malaysia. Semoga beliau dapat memberikan tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan kepada wanita di Wilayah Persekutuan dan seluruh negara ", katanya.

Semasa majlis tersebut, Faridah Abu Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras yang juga Penolong Setiausaha Pergerakan wanita UMNO sambil disaksikan oleh Shahrizat memakaikan vest dan topi kepada Syed Ali dan Faridah sudah berjaya dipulihkan dalam masa sehari iaitu Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Parlimen Cheras?

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan masyarakat dalam ucapannya berkata, dalam hidup ini ada masa untuk semua berkasih sayang dan ada masa untuk berbaik semula bak kata pepatah biduk berlalu kiambang bertaut . Shahrizat melahirkan rasa gembira kerana Syed Ali dan Faridah dapat mewujudkaan suasana berbaik-baik dalam UMNO bahagian itu demi kemenangan BN.

" Pada saya Datuk Wira Syed Ali dan Datuk Faridah mempunyai pengalaman dan sejarah politik yang lama. Program hari ini berjaya menyuntik era politik baru, nafas baru dan energy baru untuk menang apabila semua kepimpinan, pemimpin-pemimpin bahagian kaum bapa, Wanita dapat bersama-sama menjalankan tugas pilihan raya. Apabila Cheras bersama kembali maka nur akan bercahaya di Wilayah Persekutuan ," ujar Shahrizat sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.Kalau nak tahu itulah dia UMNO. Orang UMNO boleh bergaduh tapi baik semula masa pilihan raya. Raja Goblok boleh cakap apa saja dalam blog tapi cakap-cakap Raja Petra semuanya tak boleh pakai sebab tak ada apa yang baru dalam UMNO. Macam Mukhriz Mahathir cakap pada tahun 2004 semasa ditanya tentang ucapan dasar Pak Lah di Perhimpunan Agung UMNO, "Tak ada yang baru dalam ucapan itu."

Dia tak bermaksud untuk menghina Pak Lah. Baginya UMNO masa dipimpin oleh bapanya sama jugalah dengan UMNO yang dipimpin oleh Pak Lah. Ucapan dasar mestilah sama tak kira siapapun pemimpin UMNO. Itulah maksud Mukriz. Tapi mereka yang jadi pengampu ramai. Mereka sengaja menyalah-tafsirkan kenyataan Mukriz.

Tapi Mukriz gentleman. Walaupun dia tak ada niat tak baik, dia tetap meminta maaf dari Pak Lah. Hari ini, dia terus menyokong UMNO dan menyokong Pak Lah. Buktinya, dia mahu menjadi calon pilihan raya umum di bawah kepimpinan Pak Lah.

Bila di tanya tentang pilihan raya umum dan keyakinannya terhadap kerajaan Pak Lah, dia jawab, " Saya mesti ada keyakinan. Kalau tak ada keyakinan buat apa saya duduk dalam BN. Kita kena ingat ada momentum yang kita set sebelum pilihanraya lagi. Momentum ini bukan mudah untuk digoyang… Caranya mungkin berbeza, tapi objektifnya sama. Momentum dah ada… Ini bukan masanya kita nak tukar-tukar momentum lagi… Nak tukar arah. Yang penting kita teruskan dengan kepimpinan sekarang. "

Bagi Mukhriz apa yang penting ialah gandingan orang baru dan orang lama dalam UMNO. Katanya, " Yang elok sekali formulanya ialah bergandingan bahu antara orang lama yang berpengalaman dengan orang muda yang ada idea-idea baru yang bernas. Tak boleh meminggirkan mana-mana pihak. Kedua-duanya kena ada ."

Kalau Mukhriz pun boleh menyokong Pak Lah, maka terbuktilah cakap Raja Goblok tak laku. Orang politik tak fakir macam cara bloggers fakir. Kalau tak reti dan tak biasa tulis politik, berhenti ajelah lagi bagus. Main jauh-jauh. Po rah! Go lah! Boleh jalan daa…

Monday, October 6, 2008

Nur Jazlan , proksi atau perasan atau ada udang sebalik batu ?

Saya tidak berniat menghentikan langkah bakal wira kedua parti dan negara Malaysia jika diizinkan Allah bernama Nur Jazlan Mohamad, anak lelaki bekas Menteri Penerangan Malaysia : Datuk Mohamad Rahmat yang kontroversi dengan isu gunting rambut penyanyi rock satu ketika dulu.

Acara yang ala ala Guru Disiplin dengan anak murid di sekolah kita time budak budak.

Saya juga tidak mahu menulis panjang kerana dalam masa sekejap sahaja( mencari search engine Google nama Nur Jazlan ) saya bertemu di blog UMNO REFORM satu tuduhan ( boleh baca juga : fitnah ) terhadap bakal calon Timbalan Presiden Parti ini.

Umno jika mahu dilihat bersih dan bersih sebersihnya perlu mengelakkan diri dari memilih orang yang ada tercalit dengan tuduhan yang tidak dibersihkan.

Maksud saya membiarkan tuduhan tanpa melawan kembali tuduhan tersebut adalah tindakan tidak sepatutnya. Ia seolah olah membiarkan orang mengganggapnya sebagai benar meskipun ia mungkin juga satu kepalsuan yang diada adakan.

Saya LETAKKAN LINKNYA di sini :

http://www.umno-reform.com/mingu3sept05.htm

Justeru menawarkan diri dengan isu tersebut boleh memakan diri jika menjadi Timbalan Presiden Parti selepas ini. Justeru mencegah tentu lebih baik dari mengubat. Kerana membuang masa melawan tohmahan tersebut tentu akan merugikan parti dan juga negara selepas ini...

Moga ada sedikit ulasan dari saudara pengunjung perkara yang terdapat dalam blog tersebut yang dipaparkan kembali di atas, dengan harapan namanya akan dibersihkan atau dia sendiri akan dihindari perwakilan dalam pemilihan Mac tahun hadapan jika ia sememang disengajakan berlalu tanpa sebarang penjelasan kukuh berkaitan tuduhan tersebut..

Kerana itu saya memilih tajuk posting saya - Nur Jazlan, proksi atau perasan atau ada udang sebalik batu ?