Friday, September 26, 2008

Thursday, September 25, 2008

Siapa sanggup terima Exco Pakatan Rakyat yang MENIPU RAKYAT macam Teressa Kok ???

Selepas disiarkan kenyataannya makanan penjara seperti makanan anjing, dia kata dia tak keluarkan statement macam tu. Makanan anjing bukan dari mulutnya ( baca : putar alamnya ). Dia tiga hari selepas itu telah menukar perkataan lain dengan harapan orang akan marah kepada Utusan Malaysia yang ultra Melayu . Namun tidak pernah menghina kaum Cina mahupun India yang bercakap benar - tidak macam Teressa Kok yang beria sangat nak saman orang tetapi akhirnya diri sendiri yang bakal menjadi mangsa saman nampaknya...

Tetapi selepas Utusan Malaysia menyiarkan terjemahan kenyataan Teressa di akhbar Sin Chew sama dengan laporan di Utusan, bahkan rakaman video TV3 mengesahkannya juga, Teressa terpaksa angkat bendera putih.

Dia tahu sukar lagi baginya menipu selepas satu negara sudah nampak 'tahi' yang cuba dicalitnya kepada pihak tidak berkenaan.

Team bloggers Alif ba ta juga mendedahkan pembohongannya itu dengan menyiarkan rakaman Buletin Utama 19 September 2008 di kebanyakan blog blog utama. Dan ia seakan akan membawa hasil hari ini hingga Teressa Kok terpaksa mengaku kalah dan mengaku 'penipuan bersiri terbaru' edisi Ramadhan tersebut...

Namun, sikap bongkaknya tetap dipertahankan dan nampaknya tekanan demi tekanan beliau sudah hampir 'rebah' dengan permainan liarnya sendiri di dalam mencari sesuap 'undi' bagi pilihanraya umum akan datang. Katanya: beliau sanggup disaman Utusan Malaysia. Apatah lagi sudah kena ISA tentu tidak ada lagi masalah untuknya jika di saman oleh Utusan Malaysia.

Saya percaya tentu Cina juga tidak suka bangsa mereka yang suka menipu dan merosakkan kedamaian seperti Teressa ini. Mereka tentu gemarkan bangsa mereka yang suka berkawan dengan Melayu, yang faham dan tidak mengacau agama dan syiar Islam . Sebagaimana kita juga seperti mereka sukakan perpaduan dan tidak sesekali ingin merosakkan kepercayaan mereka amalkan serta kebebasan beragama yang mereka rasai sejak awal kemerdekaan sehingga sekarang...

Tidak seperti Minah ini yang suka sangat komen azan orang Islam, komen tulisan jawi, komen peruntukan zakat agar disalur juga kepada agama lain..

Exco seperti ini tidak patut dibiarkan kekal dalam kerajaan Negeri Selangor kerana ia boleh membawa malu kepada Pakatan Rakyat dan tentu bagus jika Teressa Kok dilucutkan jawatannya kerana jelas menggunakan kedudukannya sebagai ahli Parlimen untuk melanyak orang Melayu/Islam dan akhbar Melayu sesuka hati dan bongkak dengan pendiriannya itu.

Bahkan, tiada sedikitpun timbul rasa insaf dan ingin meminta maaf kepada orang Islam / Melayu walhal sangat jelas kesalahannya. Paling kurang minta maaf kepada kerajaan pun dah memadai.

Tapi siapa yang sudi memohon maaf jika hati penuh rasa bongkak dan sombong macam Teressa ?

Baca berita KEMENANGAN bloggers mendedahkan pembohongan " Teressa Kok " ini yang disiarkan Utusan Malaysia ada di bawah ini....

Teresa mengaku buat kenyataan bercanggah


Teresa Kok


KUALA LUMPUR 24 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan yang dihidangkan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada 19 September lalu beliau mendakwa makanan itu “sama seperti makanan anjing” tetapi pada 22 September menukarnya kepada “baik sedikit daripada makanan anjing”.

“Okey baiklah. Awak mengesan kesilapan saya dengan bantuan rakaman video dan sebagainya, dan saya boleh terima kritikan,” katanya dalam satu forum mengenai ISA anjuran DAP di sini malam tadi.

Komen Exco Kerajaan Selangor itu yang mendakwa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya disiarkan dalam laman blognya hari ini.

Teresa mendakwa “tersilap membuat kenyataan” dengan alasan ketika itu beliau keletihan berikutan jadual yang padat sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan ISA.

Dalam reaksinya berhubung kontroversi ‘makanan anjing’ yang menimbulkan kemarahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Teresa mencela Utusan Malaysia dengan menuduh ia menjadi isu besar “kerana diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia untuk memburukkan imejnya.”

Para pembaca Utusan Malaysia mengecam usaha Teresa untuk memfitnah akhbar itu memandangkan kenyataan “sama seperti makanan anjing” tersebut turut disiarkan oleh portal Internet Malaysiakini, akhbar Sin Chew Daily dan stesen televisyen TV3.

Dalam blog yang sama, Teresa mendakwa, sama ada beliau mengatakan makanan di lokap ISA “sama seperti makanan anjing” ataupun “sedikit lebih baik daripada makanan anjing”, maksudnya adalah sama iaitu makanan di lokap ISA itu teruk sekali.

Teresa turut menafikan tuduhan bahawa beliau pernah membuat dakwaan tidak benar di Parlimen berhubung isu wanita China dibogelkan di pusat tahanan polis, sedangkan siasatan mendapati wanita itu ialah wanita Melayu.

“Tengoklah mereka, orang UMNO memang macam ini, saya tidak pernah berkata bahawa wanita berbogel dalam VCD itu adalah wanita warga China,” katanya.

Teresa juga berkata, beliau tidak takut jika disaman oleh Utusan Malaysia. “Samanlah, ISA pun saya sudah pernah masuk, takut apa lagi saman daripada Utusan Malaysia?,” katanya.

Wednesday, September 24, 2008

Siapa tipu ? Utusan Malaysia atau Penipu Besar a.k.a Teressa Kok ? Lihat bukti di sini




- Lihat durasi ke 6:09 kata kata 'sombong @ bongkak' Teressa Kok ini.

- Bukti ini jelas mendedahkan putar belit manusia MP Seputeh ini yang jelas mengakui menentang DBKL guna tulisan jawi dengan berselindung di atas nama pembaziran.

- Sikap beliau suka sensasikan perkara termasuk kes ketuk ketampi satu ketika dulu jelas merosakkan nama baik negara. Akhirnya wakil negara terpaksa mengadap kerajaan China bagi menjelaskan perkara sebenar.

- Antara sekian ramai Cina menjadi ahli politik, hanya beliau sahaja yang suka memutarbelitkan kenyataan agar orang ramai marah. Termasuk juga Lim Kit Siang sendiri tempoh hari yang menuduh bukan bukan terhadap Timbalan PM isu manipulasi berita permohonan maaf TPM kes Datuk Ahmad yang diputar juga oleh akhbar Cina Sin Chew..

- Wajarlah makhluk ini ditangkap ISA kerana bukan sekali malah banyak kali beliau mengganggu ketenteraman awam dan itulah punca Akta ISA digunakan terhadap beliau.

Moga Malaysia akan aman dengan Melayu,Cina dan India serta bangsa lain hidup aman damai menghormati satu sama lain tanpa mengganggu kepercayaan mereka atau pun menghina sesuka hati...

Tuesday, September 23, 2008

MALAYSIA AKAN AMAN DARI RAJA PETRA SELAMA 2 TAHUN- HARAKAHDAILY

Raja Petra di hantar ke Kamunting hari ini
Irwan Muhammad Zain
Tue | Sep 23, 08 | 10:50:46 am MYT

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Hrkh) - Pengendali laman web Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin akan dihantar ke Pusat Tahanan Kamunting hari ini untuk memulakan penahanan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Iklan

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar telah menandatangani perintah penahanan tanpa bicara Raja Petra malam tadi.

Malaysiakini melaporkan peguam Raja Petra mengesahkan perkara tersebut setelah mendapat makluman daripada pihak polis pagi tadi.

Raja Petra telah ditahan di bawah ISA kerana didakwa boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada 12 September lalu.

Pada 6 September lalu, Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor Malaysia Today itu mungkin ditahan dibawah ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu.

Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam.

Raja Petra juga didakwa telah membenarkan komen-komen disiarkan dalam lamanwebnya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com ketika itu.

Raja Petra dibebaskan selepas ditahan selama 52 hari.

Sebelum ini, Raja Petra telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan memfitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. - mr_

Monday, September 22, 2008

Mari buka blog baru GAP !

Ni 'wasiat' GAP kepada Panglima Perang Cyber ( http://penembak-tepat.blogdrive.com ) dan minta dismskan dlm semua blog alif ba ta...



" salam pang 5 perang...

tk ..minta tolong adervertisekan ayat aku kat blog kau boleh tak...

ayat macamni

'blog gap kena hack. sila taip penuh alamat http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com untuk layari'..

tk byk2 bro.."

Saturday, September 20, 2008

Lim Kit Siang suruh Anwar belajar Ekonomi !!!

oleh : Ahmad Lutfi Othman

Nota : Rencana ini ditulis oleh Ahmad Lutfi Othman dalam bukunya “PAS zaman Anwar : Memo untuk bakal PM”, Penerbitan Pemuda, 1993. Sekarang beliau Ketua Pengarang Harakah. Rencana asal bertajuk ” Kerugian Bank Negara : Siapa pula kaki judi ?”

Sebaik sahaja mengetahui Bank Negara mengalami kerugian RM 9,300 juta akibat urusniaga pertukaran asing, pada pertengahan April 1993, saya, ketika itu sebagai Pengarang Kumpulan Harakah bergegas meminta wartawan kanan, Rashidi Hassan menghubungi Presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mendapatkan komen lanjut. Bagi saya kerugian begitu besar tidak boleh didiamkan. Rakyat perlu mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. Dan tentunya sebagai bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh boleh memberi penjelasan dalam masalah yang agak sukar difahami oleh rakyat biasa.

Sebenarnya pihak media tempatan tidak langsung menyentuh kerugian ini selama hampir dua minggu selepas Laporan Bank Negara dikeluarkan. Hanya selepas media asing melaporkannya maka barulah terdapat berita mengenainya di akhbar tempatan. Itupun sekadar memaklumkan dan tidak menjelaskan kenapa berlaku peristiwa yang sungguh merugikan rakyat itu. Difahamkan akhbar berbahasa Melayu dan Inggeris diarahkan supaya mengecilkan perkara ini. Terlalu banyak pekung yang hendak ditutup akhirnya bau busuk dapat dihidu di segenap ceruk.

Seperti biasa Rashidi akan menghubungi terus Ketua Penerangan S46, Ahmad Shabery Cheek, yang sentiasa berada di rumah Tengku Razaleigh.

“Beritahu Shabery kenyataan Ku Li itu kita akan jadikan lead Harakah”, pesan saya secara bergurau kepada Rashidi.

Namun begitu, setelah menyemak sepintas lalu berita-berita yang ada untuk keluaran Isnin, 19 April 1993, tidak ada berita yang sesuai. Berita dari Kelantan agak menarik, tentang kenyataan Tuan Guru Menteri Besar yang menyifatkan usaha UMNO menurunkan Sultan Ismail Petra dari takhta Kesultanan Kelantan dan digantikan dengan Tengku Ibrahim Petra adalah satu rancangan untuk menzahirkan raja politik di negara ini. Bagi muka belakang, saya pilih analisis perkembangan terbaru UMNO, kemungkinan Ghafar Baba tarik diri dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO, dengan memberi laluan kepada Musa Hitam.

“Lutfi…..Shabery kata, okey. Dia sedang bincang dengan Ku Li dan akan faxkan ke sini pada sebelah petang nanti. Muka depannya?” Rashidi nampaknya gembira.

Saya sendiri gembira bila mendapat tahu Tengku Razaleigh sudi memberikan komen. Peranan Harakah menjadi lebih penting dalam mengetengahkan isu ini kerana semua akhbar utama menggelapkannya, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Jumlah RM9,300 juta bukan nilai yang boleh dipandang ringan!

Tengku Razaleigh, melalui kenyataannya kepada Harakah, berkata kerugian yang ditanggung oleh kerajaan adalah lebih besar jika dibandingkan dengan kerugian terkumpul yang melibatkan skandal BMF, Manimco dan koperasi pengambil deposit : “Bahkan jumlah RM9.3 bilion itu hampir sama dengan seluruh anggaran perbelanjaan pembangunan negara bagi tahun 1993. malah negara tidak pernah menanggung kerugian sebanyak itu.”

“Kalau di negara-negara lain, menteri yang bermaruah sudah meletakkan jawatannya kerana kerugian,” tegas Tengku Razaleigh.

Beliau kesal dengan sikap Menteri Kewangan yang berdiam diri dan tidak mahu menjelaskan pokok pangkal sebenar skandal ini kepada rakyat. Saya memilih tajuk “Anwar Perlu Ambil Tanggungjawab” untuk lead Harakah minggu itu.

Untuk keluaran Harakah berikutnya, saya sendiri menghubungi Shabery bagi mendapatkan komen Tengku Razaleigh selanjutnya. Ini berikutan kenyataan balas Gabenor Bank Negara yang merumuskan :

“Sebenarnya lebih kukuh nilai ringgit, lebih banyak Bank Negara menanggung kerugian kerana rizab kita dalam ringgit akan jatuh.” Tan Sri Jaffar Hussien juga berkata, kerugian RM9.3 bilion itu adalah dari segi nilaian atas kertas dan bukannya kerugian mata wang nyata. Kerugian itu, katanya, berpunca dari kedudukan nilai ringgit, kos pengendalian inflasi yang tinggi dan pergerakan turun naik kadar pertukaran mata wang yang meluas.

Ketika dihubungi Shabery memberitahu Tengku Razaleigh agak sibuk hari itu, ada mesyuarat penting dan menziarahi jenazah. Saya meminta Shabery sendiri memberi komentar.

“Nak jadikan tajuk muka depan lagi?” Saya tahu Shabery sebenarnya bergurau bila bertanya begitu.

“Kalau kenyataan Tengku, insya-Allah saya akan usahakan untuk tajuk utama. Tapi kalau you yang buat komen, kita akan pertimbangkan,” balas saya, juga bergurau. Bagaimanapun yang lebih penting bukan lagi tokoh yang memberi komen tetapi kekuatan hujah itu sendiri.

Masyarakat pembaca harus didedahkan dengan sejelas-jelasnya melalui Harakah maklumlah Utusan Malaysia dan Berita Harian sudah di bawah takluk Menteri Kewangan.

Kenyataan Shabery dengan tajuk “Wang Rakyat Diperjudikan” saya pilih tajuk utama Harakah, 23 April.

Shabery mengakui bahawa kenaikan nilai ringgit boleh menjejaskan jumlah rizab negara tetapi sukar diterima akal kalau hanya beberapa peratus kenaikan ringgit berbanding dolar Amerika boleh mengeringkan langsung rizab negara. Serentak dengan itu, Shabery mengingatkan Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim supaya “jangan berselindung di sebalik istilah-istilah ekonomi yang mengelirukan.”

“Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata. Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak. Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terang apabila ia menemui kegagalan,” tegas Shabery.

Shabery juga mempersoalkan alasan Gabenor Bank Negara : “Apakah semakin kukuh ekonomi bermakna semakin kering rizab kita. Kenapa pula Singapura dan Brunei yang berkembang ekonominya dan kukuh mata wangnya tidak mengalami kerugian teruk sepertimana yang dialami oleh Bank Negara. Apakah Kementerian Kewangan Malaysia ingin memperkenalkan teori baru ekonomi, iaitu semakin berkembang ekonomi bertambah susutlah rizab, dan tidak mustahil ia terus bankrap. Apakah ini juga bermakna semasa ringgit kita jatuh dahulu, rizab kita melambung naik lebih seratus peratus?”

Untuk Harakah berikutnya, ramai teman-teman bertanya : “Minggu ini nak lanyak Anwar lagi?

Cukuplah…Nanti kerana isu itu pula Anwar boleh jatuh.

Masalahnya bukan pasal hendak menjatuhkan Anwar dan menaikkan orang lain. Ini soal kebenaran. Kalau Anwar berada di pihak yang benar, Anwar tidak perlu melatah kepada akhbar sekecil Harakah. Di bawah Anwar sudah tersedia akhbar-akhbar besar, begitu juga TV3, apa yang ditakutkannya. Kalau Harakah buat kesilapan, Anwar boleh tegur.

Bagi keluaran Harakah 26 April, kami memilih isu kerugian Bank Negara juga. Saya memberitahu teman-teman di Harakah : “Kalau ada isu besar yang kita tangani, kita mesti buat sungguh-sungguh, sehingga pihak bertanggungjawab memberi reaksi. Jangan asal tangkap muat sahaja.”

Kebetulan pula Presiden Parti Rakyat Malaysia, Dr. Syed Hussin Ali memberi reaksi yang sama dalam isu ini. Tanpa ragu-ragu lagi ia dipilih untuk menghiasi tajuk depan Harakah iaitu “Bank Negara Kalah Judi”, dengan tajuk kecilnya “PM didesak lucutkan jawatan Menteri Kewangan”.

Saya sendiri menghubungi Dr. Syed Hussin bagi mendapatkan maklumat lanjut berdasarkan kenyataan yang difaxkan ke Harakah.

Agak lama juga Dr. Syed Hussin menjelaskan, melalui telefon, dan hati saya berdetik : “Patutlah ramai orang tidak faham isu ini.”

Menurut Dr. Syed Hussin, Bank Negara seharusnya prudent (berhati-hati) dalam setiap kegiatannya dan semestinya sama sekali tidak terbabit dengan perjudian simpanan asing yang boleh membawa risiko kerugian yang cukup besar. Beliau menyamakan istilah spekulasi dengan perjudian.

Tindakan Bank Negara, menurutnya, akan menjejaskan kestabilan kewangan dalam jangka panjang kerana wang simpanan luar adalah sandaran atau jaminan kepada wang ringgit yang beredar dalam negara. Jika nilai sandaran itu jatuh, ia boleh menjejaskan kestabilan ringgit.

Dr. Syed Hussin berpendapat Bank Negara, yang di bawah kawalan Kementeriab Kewangan, sepatutnya mengawasi semua kegiatan bank dalam negeri supaya tidak terlibat dalam spekulasi / perjudian secara besar-besaran. Malangnya Bank Negara yang bertindak sebagai pengawas itu sendiri terlibat dalam spekulasi / perjudian :

“Jadi, siapakah pula yang akan mengawasi pengawas. Kami harapkan pagar yang menyelamatkan padi, rupanya pagar yang makan padi. Aneh sekali bagaimana Anwar yang dahulunya terkenal sebagai pejuang Islam melibatkan dirinya dengan judi besar-besaran seumpama ini”.

“Kami mempunyai maklumat bahawa pada tahun 1991 Bank Negara menugaskan seorang pegawainya menjalankan kegiatan spekulasi dengan menggunakan simpanan luar. Khabarnya keuntungan kira-kira satu bilion diperolehi. Digalakkan oleh kejayaan ini, pegawai tersebut diberikan kebebasan untuk meneruskan kegiatan judi ini dalam tahun 1992. Kami percaya banyak simpanan luar digunakan untuk membeli wang paun. Dalam tahun 1992 nilai paun turun dengan teruk sekali. Ini sebabnya kerugian yang kita tanggung begitu besar. Sekiranya yang dibeli ialah wang Amerika, kerugian mungkin tidak sebesar itu, sebab dalam tahun 1992 nilai wang Amerika turun kira-kira lima peratus saja, berbanding wang Malaysia. Kami mendapat tahu bahawa akibat kerugian ini pegawai berkenaan telah dipindahkan jawatan serta tugasnya. Ini tidak memadai. Sepatutnya kerajaan hendaklah mengambil tanggungjawab penuh dan meminta supaya Menteri Kewangan meletakkan jawatan, sekiranya beliau sendiri tidak hendak berbuat demikian secara sukarela. Bukankah Menteri Kewangan memperlihatkan kecuaian dan ketidakcekapannya?” tegas Dr. Syed Hussin.

Beliau seterusnya berkata jumlah RM 9.3 bilion yang lesap itu bukan kecil. Untuk memahami betapa besarnya, boleh kita bayangkan apa yang boleh kita buat dengannya. Misalnya, kita boleh mendirikan 18 buah universiti dengan harga RM500 juta sebuah, atau 45 buah hospital berharga RM200 juta sebuah, atau 180 buah sekolah berharga RM50 juta sebuah ataupun 372,000 buah rumah berharga RM25,000 sebuah. Sekiranya hendak digunakan untuk membayar bonus kepada 800,000 kakitangan kerajaan, sebagaimana yang dituntut oleh CEUPACS, maka tiap-tiap seorang pekerja boleh diberikan RM12,000.

Bayangan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang, yang menganggarkan kerugian Bank Negara boleh mencapai RM16,000 juta. Ketika berceramah di Kuching, pada 29 Mei 1993 lebih menarik :

“Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk mendapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun selama 22 tahun!”

Mengenai dakwaan Gabenor Bank Negara bahawa kerugian itu Cuma atas kertas sahaja, Dr. Syed Hussin berkata, “entahlah, kalau-kalau kerana wang selalunya dibuat dari kertas.”

Di Parlimen, Selasa, 27 April 1993, Kit Siang menegaskan : “Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini. Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing.”

Walaupun Anwar menafikan dakwaan bahawa Bank Negara telah terlibat dalam aktiviti spekulasi dalam pasaran pertukaran asing kenyataan itu ditolak oleh Kit Siang. Pada 1989, dilaporkan Bank Negara telahpun dikritik oleh pegawai kewangan Barat kerana spekulasi dalam mata wang yen dan dollar Amerika pada masa Kumpulan Tujuh negara industri cuba menstabilkan pasaran mata wang.

Pada April 1991, Reuter menyifatkan Bank Negara sebagai “suatu kuasa dominasi di kancah pertukaran asing untuk beberapa tahun” dan malah menuduh beberapa pengendali pertukaran asing sebagai “penjahat pasaran”.

Laporan tersebut memetik kenyataan peniaga di London sebagai berkata, Bank Negara” selama ini adalah pemain pasaran yang terbesar, meniagakan jumlah pertukaran asig yang jauh melebihi mana-mana pemain dalam pasaran”.

Mengenai dakwaan Tan Sri Jaffar Hussien bahawa semua kerugian pertukaran asing Bank Negara hanyalah “kerugian di atas kertas”, Kit Siang mempersoalkan “Adakah beliau berkata semua keuntungan pertukaran asing yang diperolehi oleh Bank Negara pada Jun 1985 adalah juga “kerugian di atas kertas” sahaja?”

Seterusnya Kit Siang berhujah : “Jika Bank Negara telah mengalami kerugian di antara RM6.9 bilion dan RM9.7 bilion kerana aktiviti spekulasi dalam pasaran pertukaran asing, maka rakyat Malaysia berhak menuntut penjelasan yang sepenuhnya, kerana nyata sekali Bank Negara telah melampaui bidang kuasanya sebagai bank pusat dalam kegagalan bertindak dengan cermat sebagaimana yang dikehendaki.”

Bank Negara mengalami kerugian pertukaran asing yang besar semasa krisis mata wang dalam mekanisme kadar pertukaran Eropah susulan penolakan Masstricht Treaty on European Monetary Union dalam pungutan suara Denmark pada 2 Jun 1992, yang memaksa penggantungan pound sterling dari Exchange Rate Mechanism (ERM) of the European Monetary System (EMS).

Akibatnya ringgit mencatatkan kenaikan nilai yang paling besar berbanding dengan pound sterling, iaitu sebanyak 29.1 peratus. Adalah dilaporkan bahawa Bank of England telah membelanjakan berbilion-bilion paun untuk mempertahankan paun British pada masa itu.

“Yang ini sememangnya boleh difahami tetapi mengapa Bank Negara juga mahu selamatkan pound sterling?” tegas Kit Siang, disambut tepukan bergemuruh ahli-ahli Parlimen.

Mengapa Bank Negara juga menukar berbilion-bilion atau berpuluh-puluh bilion ringgit kepada pound sterling untuk membantu mempertahankan pound British? Adakah kerajaan Malaysia sudah mengubah sikapnya dari dasar “Buy British Last” kepada Defend British First” – “Safe British First” dengan ringgit-ringgit wang rakyat Malaysia. Saya tidak percaya bahawa serbuan Bank Negara memberi pound yang merugikan tersebut semasa krisis mata wang sterling adalah kerana Perdana Menteri kita mahu selamatkan John Mayor – Mahathir to rescue John Mayor – dan paun British. Tetapi kerana Bank Negara berharap mengaut keuntungan yang besar dengan mengambil pendirian membeli untuk jangka panjang mengharapkan pound pulih kedudukannya dengan sokongan kerajaan British, “ hujah Kit Siang.

Tambahnya lagi, dengan tiadanya penjelasan yang memuaskan dan yang dapat diterima oleh kerugian pertukaran asing Bank Negara, keyakinan awam ke atas Bank Negara dan kerajaan akan terjejas.

” Yang Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan sokongan beliau kepada prinsip akauntabiliti, pertanggungjawapan dan transparensi pegawai-pegawai sektor awam. Dan ini adalah satu kes ujian sama ada beliau benar-benar berkepercayaan dalam prinsip-prinsp ini, dengan meminta kabinet menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kerugian pertukaran asing Bank Negara, “tegas Kit Siang.

Dalam jawapan balasnya, Anwar mempersoalkan jumlah kerugian yang diberikan oleh Kit Siang, Anwar mendakwa Kit Siang mengira dua kali. Mengenai pertanyaan Kit Siang bahawa kenapa bila rugi dikatakan rugi atas kertas, tetapi bila untung, memang sebenarnya untung, Anwar berkata :

“Bila untung, untung itu dipulihkan sebagai cash dipindahkan ke dalam negara, dibayar kepada kerajaan. Sebab itu untung ini in cash terms. Rugi yang disebut oleh Gabenor Bank Negara sebagai paper loss itu, rugi masih atas kemerosotan nilai yang masih dirizab.”

Anwar seterusnya memberi contoh : “Umpamanya kalau Ahli Yang Berhormat dari Tanjong ada US$1 juta, mungkin lebih, di simpan di New York, rugi itu in ringgit terms, sebab nilai ringgit bertambah. Jadi, US$1 juta masih kekal US$1 juta, tetapi apabila dari segi ringgit sudah merosot lapan peratus atau sembilan peratus, tengok kepada tempohnya. Ini basic economic, saya hendak beri kuliah sedikit. “

Dalam jawapannya itu, Anwar sempat juga menyerang Harakah : “Saya tahu, Harakah pun banyak isu, saya sekarang popular kerana front page headline, every week, every issue.

Bagaimanapun jawapan panjang lebar Anwar itu memerangkap dirinya. Esoknya, tepat jam 3.38 petang Lim Kit Siang – setelah merakamkan penghargaan kepada jawapan Anwar – berkata :

Saya juga mesti mencatatkan kehampaan saya yang amat sangat dengan kenyataan beliau (Anwar) yang bukan merupakan jawapan kepada ucapan saya. Kita boleh sebut ia sebagai non-reply….. Yang Berhormat Menteri Kewangan bersungguh-sungguh mengelakkan diri dari memberi jawapan sehingga habis tempoh 30 minit yang diperuntukkan untuk beliau. Kenyataan itu…..hanya memperkukuhkan kesangsian bahawa kerajaan mempunyai banyak perkara yang terpaksa disembunyikan atau dengan izin swept under the carpet…..Hakikat yang sebenarnya ialah beliau (Anwar) telah membangkitkan lebih banyak soalan daripada menjawab.”

Selanjutnya Kit Siang membidas gaya Anwar yang tidak bersedia membaca teks ucapan yang disediakan supaya dapat gambaran beliau membuat pembentangan dengan spontan bagi mempamerkan kehebatannya dalam perkara tersebut.

“Tetapi malang sekali, terdapat kesilapan-kesilapan dalam perhubungan dengan pihak dan akibatnya ialah, pemberitaan yang panjang lebar kepada ucapan Yang Berhormat Menteri di Parlimen kelmarin sebagaimana yang tersiar dalam sebuah akhbar tempatan – yang ada disebut berkait rapat dengan beliau – amat berbeza dengan ucapan spontan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan yang disampaikan di Dewan Rakyat,” ujar Kit Siang.

“Saya tidak ada bantahan jika Yang Berhormat Menteri ingin memberi ucapan spontan yang telah disediakan terlebih dahulu tetapi dengan syarat beliau dapat membuat pengubahsuaian berdasarkan apa yang telah saya katakan sebelum beliau berucap. Malang sekali Yang Berhormat Menteri tidak dapat berbuat demikian dan inilah sebabnya beliau terpaksa membuat kenyataan dan andaian dan tuduhan yang tidak akan beliau lakukan sekiranya beliau mengikuti dan memahami ucapan saya terlebih dahulu. Misalnya, dalam ucapan Yang Berhormat Menteri, beliau mengejek saya kerana meminta butir-butir terperinci rizab Bank Negara dalam berbagai mata wang asing dengan mengatakan bahawa ia bukanlah “skim kutu kampung” untuk diketahui umum. Sebenarnya saya tidak pernah meminta butir-butir terperinci komposisi rizab asing Bank Negara. Apa yang saya minta ialah butir-butir terperinci kerugian pertukaran asing. Saya berharap Yang Berhormat Menteri faham bahawa terdapat perbezaan di antara dua jenis butiran ini, “ tambah Kit Siang.

Mengenai tuduhan Anwar bahawa beliau menghitung dua kali mengenai jumlah kerugian lain-lain rizab Bank Negara sebanyak RM10.1 bilion, Kit Siang berkata :

“Saya tidak dapat memahami logik Yang Berhormat Menteri Kewangan dan saya akan berasa amat terkejut jika Gabenor Bank Negara masih menegaskan bahawa lain-lain rizab pada tahun lalu ialah RM9.3 bilion dan bukan RM10.1 bilion. “

Seterusnya Kit Siang merumuskan : “Malah seorang murid sekolah pun dapat memerhati bahawa lain-lain rizab Bank Negara telah kerugian RM10.1 bilion.”

Dalam hal ini Dr. Jomo juga bersetuju dengan hujah Kit Siang. Dalam huraiannya kepada Harakah Dr Jomo mencatatkan :

“Perhatian umum di negara kita setakat ini lebih tertumpu kepada pengurangan sebanyak RM9.3 bilion dalam lain-lain rizab Bank Negara antara akhir tahun 1991 dan akhir tahun 1992. Namun, kalau diambil kira jumlah RM800 juta yang dipindahkan ke dalam lain-lain rizab sebenarnya berkurangan sebanyak RM10.1 bilion dalam tahun 1992. Bank Negara juga telah memperuntukkan sebanyak RM2.7 bilion lagi untuk tanggungan-tanggungan kontijen – maksudnya, kerugian-kerugian yang dijangka berlaku akibat tindakan pada tahun 1992, sungguhpun masih belum berlaku. Misalnya, sekiranya bank tersebut membeli mata wang tertentu untuk masa depan dan berlakunya penurunan besar nilai mata wang tersebut berbanding ringgit. Oleh itu tidaklah salah kalau dikatakan kerugian sebenar ialaj RM12.8 bilion pada tahun 1992, sungguhpun setengah daripada kerugian itu masih belum pasti, ataupun apa yang dikatakan kerugian atas kertas.”

Dr. Jomo membuat beberapa anggaran tentang jenis kerugian yang ditanggung, iaitu selain spekulasi tukaran asing, antaranya ialah kos menyerap dan akibat kenaikan nilai ringgit. Untuk membendung inflasi, Bank Negara telah menyerap kecairan yang berlebihan.

Kecairan berlebihan ini muncul terutamanya kerana kemasukan modal jangka pendek dari luar negeri akibat kadar faedah Malaysia yang agak tinggi, terutamanya pada awal 1992. Pada 1992 saja, Bank Negara telah menyerap RM17.1 bilion daripada sistem bank dan RM6.7 bilion deposit-deposit lain. Kalau dijumlahkan dengan deposit-deposit sebelumnya, pada akhir 1992, Bank Negara mempunyai deposit bernilai RM40.6 bilion.

Menurut keterangan Bank Negara, deposit ini nampaknya dismpan oleh Bank Negara di bank-bank Amerika Syarikat pada kadar faedah 2.5 peratus setahun sedangkan ia perlu membayar kira-kira lapan peratus setahun kepada bank-bank dan lain-lain di Malaysia dan dengan demikian, menanggung kos perbezaannya sebanyak 5.5 peratus. Lain-lain dokumen Bank Negara menunjukkan kebanyakan daripada langkah menyerap itu hanya berlaku mulai suku kedua tahun 1992 yang bererti, deposit-deposit yang dipegang oleh Bank Negara tidak pun sampai setahun penuh.

Lagi pula, sesiapa biasa dengan pasaran tukaran asing akan mendapati bahawa margin sebanyak 5.5 peratus itu pada ketika itu amat besar. Sungguhpun dengan andaian maksimum demikian, kos maksimum seluruh operasi itu tidak mungkin melebihi RM2.2 bilion (iaitu RM0.055 x 40.6 bilion).

Dr. Jomo menjelaskan : “Seperti telah dijelaskan oleh Menteri Kewangan dan juga Gabenor Bank Negara, pengukuhan nilai ringgit pada 1992 mengakibatkan penurunan nilai rizab bank bila dihitung dalam wang ringgit. Laporan itu juga memberitahu ringgit kukuh sebanyak 5.6 peratus berbanding dengan longgokan komposit mata wang asing, yang mencerminkan rakan dagang lama Malaysia di peringkat antarabangsa. Kerugian yang berlaku ke atas nilai deposit oleh kerana kenaikan nilai ringgit pada 1992 sepatutnya tidak lebih daripada RM2.3 (iaitu RM0.056 x 40.6 bilion), andaikata semua deposit itu telah ditukar menjadi tukaran asing (kemungkinan besar tidak semuanya ditukar). Ini bermakna langkah menyerap dan kenaikan nilai ringgit hanya boleh menyebabkan kerugian kurang dari RM4.5 bilion, bererti sejumlah RM8.3 bilion lagi masih belum dipertanggungjawabkan.”

Kit Siang juga menolak hujah Anwar bahawa oleh kerana kedudukan ekonomi negara kukuh, maka kita tidak harus khuatir akan kerugian pertukaran asing Bank Negara :

“Sekarang ini pasaran saham amat bullish dan meningkat dengan banyak kaunter yang berkaitan dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengepalai senarai saham yang amat aktif. Dan terdapat desas-desus bahawa pasaran saham yang hangat dan meningkat ini adalah berkaitan dengan tabung kempen dana war chess lebih kurang RM200 juta seorang pemimpin UMNO untuk pemilihan parti. Dan tentulah ia mencatat rekod. Tetapi adakah ini bererti kita harus menutup mata kita terhadap apa yang tidak sihat dan salah dalam pasaran saham.”

Mengulas suatu jawapan yang diberikan oleh Anwar, Kit Siang berkata :

“Imaginasi yang karut ini tidak boleh diterima langsung disebabkan ia adalah serupa dengan membandingkan seekor ayam dengan seekor itik. Yang Berhormat Menteri tidak memahami bahawa rizab asing adalah disebabkan oleh imbangan bayaran yang positif akibat pertumbuhan ekonomi negara sedangkan kenaikan atau kejatuhan lain-lain rizab adalahbergantung kepada prestasi Bank Negara. Kedua-dua ini tidak ada kaitan langsung.”

Ketua pembangkang itu kemudiannya menasihatkan Anwar supaya mendapat pendidikan dalam bidang ekonomi antarabangsa daripada Setiausaha Parlimen ataupun Timbalan Menteri :

“Tetapi Setiausaha Parlimen (Kementerian Kewangan) yang merupakan seorang ahli ekonomi yang terlatih dan rujuklah kepada rencananya dalam Berita Harian, 24 April 1993. Dalam rencana ini, beliau telah menghiraukan dengan tepatnya bahawa tambahan dalam rizab bergantung kepada sama ada kita mempunyai pertimbangan bayaran yang positif yang bergantung kepada pertumbuhan ekonomi.”

Anwar yang tidak pernah terlatih dalam bidang ekonomi tentunya mendapat pengajaran yang bermakna dalam isu, apatah lagi bila Kit Siang menegaskan :

“Adakah amat mengejutkan bahawa Yang Berhormat Menteri Kewangan nampaknya tidak memahami ekonomi antarabangsa yang asas ini sehingga saya bimbang bahawa Yang Berhormat Menteri sedang teraba-raba dalam kegelapan dan Malaysia memang mujur kerana tiada bencana kewangan besar yang berlaku sehingga kini. Yang Berhormat Menteri sepatutnya berhenti daripada mengelirukan orang ramai dengan mengatakan kerugian dalam rizab-rizab lain sebanyak RM10.1 bilion oleh Bank Negara tidak penting disebabkan ia boleh dioffset oleh lebihan sebanyak RM16.5 bilion dalam rizab asing”

Bukan sahaja ini adalah salah dalam ertikata ekonomi asas tetapi perbandingan secara selektif adalah amat salah dalam ertikata perakaunan sehingga mana-mana pelajar perakaunan tidak membuat kesilapan sedemikian rupa. Tidak hairanlah mengapa Gabenor Bank Negara dan juga seorang chartered accountant kelihatan begitu muram apabila Yang Berhormat Menteri membuat perbandingan ini dalam Parlimen semalam. Namun ini mencerminkan dengan buruknya penasihat-penasihat ekonomi dan perakaunannya sehingga tidak dapat mengajar dan membuatkannya (Anwar) memahami asas-asas dengan baik dan jelas.

“Ingin saya mencadangkan, demi kepentingan negara, agar beliau menukar penasihat-penasihat ekonomi dan perakaunannya. Saya juga berharap Yang Berhormat Menteri akan memberi penjelasan awam yang penuh dengan merujuk kepada semua perkara teknikal yang dibangkitkan secara bertanggungjawab dan janganlah ghairah berpolemik politik, “ tegas Kit Siang menutup ucapannya mengenai kerugian Bank Negara.

Dalam ucapan penggulungannya, pada 10 Mei 1993, Anwar mengulangi tuduhannya kepada pembangkang kerana terus mengira dua kali. Katanya, pelbagai pihak cuba membuat serkap jarang untuk menambah kekeliruan. Beliau tetap mempertahankan kemerosotan lain-lain rizab bernilai RM9.3 bilion dan bukannya RM10.1 bilion. Seterusnya Anwar menyifatkan kemerosotan itu berpunca dari gabungan beberapa faktor, antaranya ialah pengukuhan ringgit, kos mengawal inflasi turun naik mata wang antarabangsa dan lain-lain.

“Kita harus sedar bahawa kenaikan nilai ringgit, antara faktor yang menyebabkan kemerosotan nilai lain-lain rizab, telah membawa manfaat kepada rakyat dan negara amnya, “tegas Anwar.

Dari jawapannya itu, Anwar seolah-olah menegaskan Bank Negara akan terus berspekulasi dengan hujahnya :

“Ada yang berpendapat Bank Negara perlu mengambil sikap konservatif. Pandangan ini gagal melihat realiti sebenar. Bank Negara dan mana-mana bank pusat tidak perlu mengambil risiko untuk berdagang jika dasar pasif atau berdiam diri tidak mempunyai risikonya. Realitinya ialah berdagang dan tidak berdagang adalah dua pilihan yang membawa risiko masing-masing. Dengan berdagang, risikonya ialah ramalan dan unjuran yang dibuat dalam gerakan mata wang tidak tepat, justeru itu mengalami kerugian. Tetapi tidak berdagang juga bermakna menghadapi risiko kerugian akibat turun naik nilai antarabangsa mata wang dalam pegangan.”

Menyedari sebahagian jawapan Anwar itu ditujukan kepada tulisan Dr. Jomo, yang disiarkan dalam Harakah 10 Mei 1993, saya segera menghubungi Dr. Jomo, melalui telefon. Dr. Jomo menghabiskan masa lebih satu jam untuk memberi penjelasan dan beberapa contoh bagi memudhkan saya untuk memahaminya.

Dasar Bank Negara, seperti yang ditegaskan oleh Anwar, salah dari segi Islam. Kita tidak dibenarkan berspekulasi. Kita tidak boleh membeli buah semasa pohon baru berbunga. Apa hujah Anwar membolehkan kita berspekulasi sebegitu rupa? Amat janggal apabila Bank Negara mengambil sikap untuk lebih berspekulasi dalam tukaran asing lebih daripada bank-bank perdagangan lain, “jelas Dr. Jomo.

Beliau mengulangi hujah yang pernah dikemukakan oleh Dr. Syed Hussin Ali : “Oleh kerana bank pusat pada pokoknya ialah mengawas, soalan yang timbul ialah siapakah yang akan mengawasi pengawas ini bila polisi-polisi yang tidak bijak dibiarkan berlaku”

Yang lebih dikesali oleh Dr. Jomo ialah jawapan Anwar itu menggambarkan tidak bersedia untuk mengaku kesilapan yang telah dilakukan, sebaliknya bertegas untuk meneruskan dasar yang silap itu. Mungkin ia terpaksa dilakukan untuk mendapatkan semula kerugian yang dialami tetapi yang pasti, menurut Dr. Jomo, ia tidak ada jaminan.

“Tapi harus diingat bahawa kita mungkin juga akan ditimpa kerugian yang lebih besar lagi,” tegasnya.

Walaupun Dr. Jomo mengakui bahawa dasar berspekulasi sebelum tahun 1992 sedikit sebanyak membawa keuntungan kepada Bank Negara tetapi “kerugian ini telah menghapuskan semua keuntungan itu kerana kerugian ini jauh lebih besar daripada keuntungan sebelumnya”.

Dalam kenyataan selepas itu, Dr. Jomo menegaskan : “Hanya kaki judi akan terus bertaruh dengan harapan menebus balik kerugiannya setakat tertentu. Dan barangkali kerugiannya akan terus bertambah walaupun mungkin terdapat ‘kemenangan’ sementara.”

Dalam tulisannya Dr Jomo berhujah konservatisme dalam soal-soal begini (spekulasi tukaran asing) bermakna kebijaksanaan dan tanggungjawab, bukannya menentang kemajuan :

“Memang diketahui Bank Negara tidak terlibat dengan begitu mendalam dengan perdagangan tukaran asing sebelum berlaku perubahan dalam Kementerian Kewangan dalam pucuk pimpinan bank itu sendiri pada pertengahan 1980-an.”

Rasanya Anwar menujukan ucapan kepada Dr Jomo bila beliau berkata : “Pihak tertentu menganggap bahawa berlaku perubahan besar dalam dasar pengurusan rizab sejak pertengahan tahun 80-an. Mungkin mereka yang berpendapat sedemikian terlalu ghairah untuk mempertahankan dasar sebelum pertengahan 80-an. Kenyataannya ialah Bank Negara meneruskan dasar yang sama iaitu meneruskan dasar berhemat. Bank Negara sebelum pertengahan 80-an tidak perlu berdagang dengan jumlah yang besar kerana jumlah rizab ketika itu adalah rendah, bahkan jauh lebih rendah dari hutang luar negara.”

Dalam jawapannya kepada saya, Dr Jomo menasihatkan supaya lebih baik ditekankan soal pucuk pimpinan Bank Negara, dan bukannya lebih tertumpu kepada Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Razaleigh. Sekiranya Tengku Razaleigh dibabitkan perbahasan mengenai isu penting ini tidak dapat dijalankan secara matang dan objektif.

Dr. Jomo memberitahu Bank Negara di bawah pimpinan Tun Ismail Ali dan Tan Sri Abdul Aziz Taha tidak pernah merestu spekulasi besar-besaran. Bagaimanapun apabila Tun Daim mengambil alih Kementerian Kewangan hal ini berubah. Tetapi ia tidak bermakna Anwar perlu meneruskan dasar Daim. Menurut Dr. Jomo, Anwar ada pilihan, sama ada melangsungkan dasar Daim ataupun mengambil sikap yang lebih bijaksana.

“Anwar sepatutnya tidak terikat dengan Daim dan boleh kembali mengikut apa yang telah dilakukan oleh Tun Ismail, “ tegas Dr. Jomo.

Menjawab dakwaan Anwar bahawa pembangkang membuat kiraan dua kali bagi menentukan kemerosotan lain-lain rizab, Dr. Jomo berkata :

“Anwar sendiri keliru dan kemudiannya mengelirukan Dewan Rakyat. Dari segi ini seolah-olah menunjukkan Anwar tidak boleh memahami matematik sekolah rendah!”

Dr. Jomo kemudiannya membuat sedikit pembetulan terhadap tulisannya di Harakah. Katanya :

“Saya telah menganggarkan kos menyerap wang asing yang masuk ke Malaysia, supaya tidak menyebabkan inflasi, tidak boleh melebihi RM2.2 ribu juta, sedangkan pengukuhan nilai ringgit boleh menyebabkan “kerugian atas kertas” sebanyak RM2.3 ribu juta. Maka, saya telah membuat kesimpulan bahawa baki kerugian sebanyak RM12.8 ribu juta – iaitu sekurang-kurangnya RM8.3 ribu juta – pasti disebabkan kerugian urus niaga mata wang asing. Saya juga telah mengatakan bahawa perubahan dalam cara kira-kira Bank Negara boleh menyembunyikan jumlah kerugian bank pusat itu pada tahun 1992, yang mungkin melebihi RM12.8 ribu juta, yang dianggarkan mengikut laporan rasminya. Nampaknya saya salah dari beberapa segi, dan oleh itu, patut memohon maaf dan memberi penjelasan”

Jomo seterusnya mengemukakan hujah majalah Far Eastern Economic Review, 13 Mei 1993 yang menegaskan mata wang asing yang diserap itu telah digunakan untuk membeli sterling British, yang mendatangkan kadar bunga lebih tinggi daripada kadar bunga di Malaysia.

Maka, Bank Negara tidak mengalami kos menyerap – seperti digambarkan oleh pihak berkuasa – tetapi sebaliknya, telah menikmati untung sementara daripada kelebihan kadar bunga berkenaan, walaupun akhirnya kerugian lebih tinggi kerana nilai mata wang sterling itu telah jatuh.

Menurut Review, sumber-sumber yang rapat dengan Kerajaan Malaysia telah mengakui bahawa lebih daripada 80 peratus dari jumlah kerugian RM12.8 ribu juta itu hilang di London, hampir semuanya akibat urus niaga mata wang asing yang melibatkan sterling. Ini bermakna sekurang-kurangnya RM10.2 ribu juta kehilangan akibat kejatuhan sterling yang mesti melibatkan pembelian sterling sekurang-kurang RM45 ribu juta! Kalaulah diuruskan secara bijaksana, mata wang asing yang dibeli oleh bank pusat sebuah sepatutnya mencerminkan rakan perdagangannya, tetapi hanya 4.0 peratus dari jumlah eksport Malaysia dan 3.4 peratus dari importnya pada 1992 melibatkan Britain.

Menurut majalah itu lagi, perubahan cara kira-kira Bank Negara disediakan bagi tahun 1992 telah menyebabkan pihak Ketua Audit Negara menolak kira-kira itu pada mulanya dan walaupun diterima kemudian, Ketua Audit Negara telah menasihatkan bank pusat supaya jangan terus berspekulasi dalam mata wang asing pada masa hadapan.

Dalam pada itu jawapan Anwar tentunya tidak dapat memuaskan sesiapa sahaja, apatah lagi Lim Kit Siang. Ketika membahaskan anggaran perbelanjaan tambahan 1992 dan 1993 sebanyak RM5.6 bilion, pada 17 Mei 1993, Ketua Pembangkang itu jelas tidak lupa isu kerugian pertukaran asing.

“Apabila kerajaan minta Parlimen meluluskan anggaran perbelanjaan tambahan kepada apa yang diluluskan dalam belanjawan tahunan, kerajaan hendaklah memuaskan Parlimen dan negara bahawa ia telah berhati-hati dalam menguruskan wang perbelanjaan kerajaan, bahawa tiadanya pemborosan dan pembaziran, bahawa rasuah, amalan-amalan curang dan segala bentuk salah guna kuasa telah disekat, bahawa tahap kecekapan dan kompetet yang tinggi telah dipelihara, fan paling penting lagi, bahawa kerajaan telah mematuhi prinsip tanggungjawab, akauntabiliti dan transparensi.”

Maka dalam keadaan sedemikian, katanya, adalah lumrah untuk mengkaji permintaan kerajaan untuk anggaran perbenlajaan tambahan berjumlah RM5.6 bilion ini dalam ertikata kerugian pertukaran asing Bank Negara yang berjumlah RM10.1 bilion hingga RM12.8 bilion. Ini kerana kerajaan tidak perlu menanggung anggaran perbelanjaan tambahan sebanyak RM5.6 bilion sekiranya Bank Negara tidak mengalami kerugian yang begitu besar.

Beliau juga menghujahkan kembali kenyataan Anwar bahawa jika sekiranya Bank Negara menyimpan rizab wang asingnya dalam pasaran antarabangsa secara “selamat” dan tidak memperdagangkannya, “kita masih akan rugi besar disebabkan ringgit kita adalah kukuh”.

Kit Siang menjelaskan, Bank Negara sepatutnya rugi kira-kira RM3.2 bilion dalam mata wang asing akibat usahanya untuk memerangi inflasi dengan meresap pengaliran masuk wang asing dan juga disebabkan naiknya nilai ringgit serta penilaian semula pegangan mata wang asing. Akan tetapi ini tidak dapat menjelaskan kerugian pertukaran mata wang asing Bank Negara sebanyak RM10.1 bilion hingga RM12.8 bilion.

“Kerugian pertukaran mata wang asing boleh berjumlah RM16 bilion sekiranya kita mengambil kira satu lagi perkara – penilaian semula pegangan emas Bank Negara pada tahun lalu. Ini adalah kali pertama Bank Negara dalam sejarah 33 tahunnya menilai semula pegangan emasnya dan adalah dianggarkan keuntungan kira-kira RM3 bilion dapat diperolehi akibat penilaian semula emas. Namun demikian, tiada angka mengenai penilaian semula pegangan emas kelihatan dalam kunci kira-kira Akaun Bank Negara untuk tahun 1992 dan sekiranya RM3 bilion ini juga telah hilang, ini akan bermakna bahawa jumlah kerugian pertukaran mata wang asing Bank Negara adalah dalam lingkungan RM16 bilion, “ jelasnya.

Oleh kerana Anwar gagal untuk memberi penjelasan yang memuaskan kepada Parlimen di atas kerugian pertukaran asing itu, Kit Siang menegaskan, Jawatankuasa Akaun Parlimen harus menjalankan satusiasatan khas mengenainya dan membentangkan laporan siasatan itu kepada Dewan Rakyat untuk perbahasan. Jawatankuasa Akaun Parlimen mempunyai kuasa untuk menyaman Gabenor Bank Negara, Tan Dri Jaffar Hussien dan Penasihat Bank Negara yang bertanggungjawab dalam urusan dan spekulasi pertukaran asing Bank Negara untuk memberi satu penjelasan yang penuh kepada kerugian itu.

Dalam siasatannya, Jawatankuasa Akaun Parlimen harus juga meminta perangkaan tentang kerugian pertukaran asing terkini yang dialami oleh Bank Negara dan kedudukan keuntungan dan kerugian tahunan urusan dan spekulasi pertukaran asing Bank Negara sejak pertengahan tahun 1980-an apabila Bank Negara pertama kali menjadi peserta aktif dalam pasaran pertukaran asing antarabangsa.

Satu ulasan yang menarik mengenai isu ini ialah artikel yang diterbitkan di dalam Dewan Masyarakat, Jun 1993 juga menegaskan kesangsiannya terhadap kenaikan nilai ringgit yang dikatakan punca utama kerugian Bank Negara. Saya menyifatkan menarik kerana ia diterbitkan oleh sebuah agensi kerajaan.

Dan bagi mereka yang agak sangsi dengan pendirian Dr. Jomo, apatah lagi Lim Kit Siang boleh memerhatikan hujah, (tapi perhatikan bagaimana kiraan dibuat) penulis artikel “Kerugian Atas Kertas Atau Kegagalan Spekulasi?”, Nawi Abdullah :

“Sepanjang tahun 1992 purata kenaikan nilai ringgit meningkat sebanyak 4.6 peratus. Ini bermakna, Malaysia akan mengalami kerugian sebanyak 4.6 peratus daripada nilai pertukaran asing akibat daripada kenaikan tersebut. Dengan kenaikan tersebut, Malaysia akan hanya mengalami kerugian sebanyak RM462.43 juta (RM10,053 juta [rizab 1991] x 4.6 peratus). Katakan belanja untuk membendung inflasi ialah sebanyak 4.8 peratus maka belanja untuk mengawal inflasi ialah sebanyak RM482.544 juta (4.8 peratus daripada RM10,053 juta). Begitu juga, akibat daripada kemasukan nilai dolar AS, terdapat perbezaaan margin keuntungan yang negatif sebanyak 5.5 peratus yang terpaksa ditanggung oleh Bank Negara. Jadi kerugian akibat daripada margin ini ialah sebanyak RM552.91 juta (RM10,053 juta x 5.5 peratus)”

“Daripada fakta ini menunjukkan negara hanya akan mengalami kurangan dalam rizab asing sebanyak RM1,497.884 akibat kerugian daripada kenaikan ringgit dan mengawal inflasi serta margin kerugian. Ini terjadi akibat daripada pegangan dollar AS kerana kemasukan pelaburan asing yang meningkat dalam bentuk dolar bagi tahun 1992……Ada ahli ekonomi yang berpendapat bahawa kerugian itu disebabkan oleh kegagalan permainan spekulasi mata wang asing. Kunci kira-kira yang ditunjukkan oleh Bank Negara menunjukkan rizab yang merosot daripada RM10,043 juta. Pada tahun 1991 kepada RM752 juta pada akhir tahun kewangan 1992. ini bermakna negara mengalami kejatuhan sebanyak 92.5 peratus daripada pertukaran asing negara dalam masa cuma satu tahun!”

Seterusnya tulisan Dewan Masyarakat itu bersetuju bahawa Bank Negara telah mendedahkan kedudukannya kepada risiko yang tinggi akibat terlalu aktif berspekulasi atau berjudi!

Ketika saya menyusun kembali tulisan ini, saya terpandang ruangan Inside, Sunday Star, halaman pertama, 27 Jun 1993 yang menonjolkan amaran Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad tentang kegiatan spekulasi di Bursa Saham Kuala Lumpur, di halaman ketiga.

Ya, apa yang dicatatkan dalam ruangan itu, sebagai ringkasan kenyataan PM mengenai spekulasi? Okey, saya catatkan, khusus buat Anwar : “Gambling on shares. The Prime Minister said some people will get their fingers burnt if they gambled in the stock market

http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/09/ketika-anwar-menteri-kewangan-bank.html

Friday, September 19, 2008

Teguran Berhikmah - NASIHAT BERGUNA UNTUK SEMUA

BICARA AGAMA - UTUSAN MALAYSIA

Menegur secara berhikmah

HIKMAH itu ertinya bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Di samping itu, adalah diharapkan teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat.

Sebagaimana maksud ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud bahawa kita dituntut untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar, iaitu mengajak kepada kebaikan (suruhan Allah) serta menjauhi kemungkaran (larangan Allah).

Justeru, membuat teguran berkenaan perkara yang berkaitan tuntutan hukum agama adalah perlu kerana perintah dan larangan Allah itu mengandungi kebaikan buat insan. Apabila hukum agama ditegakkan, maka ia bakal membuahkan kecemerlangan dan kemaslahatan umat.

Di samping itu, teguran juga dibuat berkenaan kesilapan yang tidak disengajakan. Umpamanya guru menegur murid yang melakukan kesilapan pengiraan dalam kerja rumah Matematiknya. Hal ini dilakukan demi mencapai kesempurnaan dalam pelaksanaan sesuatu kerja itu.

Walau bagaimanapun, hakikatnya kita hanya mampu berusaha menyampaikan teguran atau nasihat, manakala hidayah untuk menerima dan berubah itu adalah milik Allah. Allah jua Maha Pemberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya berasa kecewa atau putus asa andainya kumpulan sasaran kita tidak menerima teguran kita. Sebaliknya kita perlu berusaha menilai upaya menegur kita agar lebih berkesan di lain waktu.

Niat teguran untuk penambahbaikan

Dalam pada kita hendak melakukan teguran berkenaan sesuatu kesalahan, perkara pertama yang perlu dinilai terlebih dahulu ialah apakah maksud niat kita untuk melakukan teguran tersebut.

Adakah kita menegur demi menjadikan sesuatu keadaan itu lebih baik, atau adakah untuk membidas seseorang itu demi memalukannya? Dan adakah kita ada maksud tersendiri dalam menegur umpamanya demi memelihara kepentingan diri ataupun melepaskan kesalahan sendiri kepada bahu individu lain?

Andainya niat kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu teguran itu ditakuti bahawa keburukan yang bakal timbul kelak. Misalannya, hubungan menjadi renggang, kumpulan sasaran semakin hanyut dengan kesalahannya, ataupun mungkin menjurus kepada fitnah.

Tegas dalam santun

Santun dalam membuat teguran itu bermaksud kita menggunakan budi bahasa yang baik serta suasana yang kondusif untuk melakukan teguran. Dengan adanya santun, seseorang itu boleh membuka bicara dengan menanyakan keadaan individu sasaran itu, seperti adakah dia sudah makan atau sebagainya.

Kita juga boleh membaca riak muka orang yang ingin ditegur sama ada adakah dia berada dalam keadaan gembira, sedih, keletihan dan sebagainya. Melalui maklumat ini, kita mungkin boleh menilai sama ada ia merupakan waktu yang sesuai untuk menegur.

Namun dalam kesantunan melakukan teguran perlu ada ketegasan. Apa yang ditanggapi sebagai salah tetap salah, walaupun kadang kala pendekatan yang digunakan tidak popular atau tidak disukai oleh orang yang ditegur.

Di samping itu, kita perlu memastikan bahawa kita sentiasa dapat mengawal emosi apabila menegur. Ini kerana apabila emosi dibiarkan menguasai diri, di kala itu bukan akal yang memandu percakapan atau perbuatan kita, sebaliknya nafsu amarah yang mungkin boleh mendorong kita melakukan sesuatu perkara yang di luar dugaan.

Aspek teguran juga perlu jelas, yakni merujuk kepada isu utama yang diperbincangkan. Teknik teguran XYZ yang dicadangkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Haim Ginott adalah sebuah teknik yang baik untuk dicuba dalam menegur.

Teknik tersebut mencadangkan kepada kita untuk menggunakan frasa berkenaan untuk menegur, "Apabila anda melakukan perkara X, ia membuatkan saya berasa Y, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z".

Maka apabila sesuatu kesalahan itu ingin diperbetulkan, maka adalah baik untuk kita membincangkan kesalahan tersebut, dan bukannya menyentuh peribadi seseorang itu seperti melabelkannya secara rambang.

Suasana teguran itu juga mungkin bermanfaat jika berada dalam situasi kehadiran individu lain secara minimum, agar keaiban orang yang ditegur itu dapat terpelihara di samping menjaga kehormatannya. Hal ini juga mampu membuatkannya lebih terbuka dalam menerima teguran tersebut.

Pengajaran buat insan lain

Walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana sesuatu teguran itu dianggap akan lebih berkesan sekiranya dilakukan secara terbuka, iaitu dengan kehadiran atau pengetahuan orang-orang lain berkenaan teguran tersebut.

Ini kerana tujuan teguran tersebut turut mempunyai maksud pengajaran bermakna yang boleh diteladani oleh orang-orang lain agar mereka berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang serupa di samping memelihara kemaslahatan masyarakat umum.

Misalnya, seorang anak ditegur dan dimarahi oleh si bapa di hadapan anak-anak yang lain kerana si anak pulang ke rumah pada waktu lewat malam. Di sini anak-anak yang lain turut mendapat pengajaran agar tidak melakukan kesalahan yang sama. Si bapa juga dapat menjelaskan pendiriannya secara tidak langsung kepada anak-anaknya.

Teguran yang bersifat umum

Sesuatu teguran itu juga boleh dilakukan secara umum yang diuar-uarkan dalam sesuatu perhimpunan atau melalui media tetapi tanpa menyebut secara terperinci berkaitan butiran teguran itu.

Sebagai contoh, nama dan kisah terperinci tidak dijelaskan sebaliknya hanya dibuat teguran bersifat umum tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Adalah diharapkan agar pihak yang ditegur itu dapat memahami bahawa maksud teguran itu ditujukan kepada dirinya serta menerimanya dengan lapang.

Di samping itu, mungkin akan ada individu lain yang pada asalnya bukan merupakan kumpulan sasaran tetapi turut berasakan bahawa teguran tersebut ditujukan kepada dirinya. Maka itu adalah satu bonus dalam mengguna pakai kaedah teguran ini yang boleh juga bersifat serkap jarang.

Bak kata pepatah, "sesiapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya."

Kesimpulan

Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Justeru kita disyariatkan untuk saling mengingati antara satu sama lain. Dalam pada kesediaan kita untuk menegur kesilapan orang lain, kita juga harus bersedia menerima teguran orang lain terhadap diri kita.

Bagi yang menerima teguran, tidak dinafikan ia begitu pahit diterima dan belum tentu benar atau salah sifatnya, namun tidak seharusnya teguran tersebut ditolak secara mentah-mentah hanya kerana tidak selari dengan pendirian kita atau kerana ia datang daripada pihak yang tidak disukai.

Wednesday, September 17, 2008

Akhirnya Kickdefella ditahan Akta Hasutan kerana biadap membalikkan bendera Malaysia !

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kickdefella Ditahan Polis Di Kota Bharu

Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

kickdefella syed azidi syed abdul azizSyed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.

Mereka turut merampas laptopnya.

Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.

Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘kurang ajar’.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

“Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,” perdana menteri dilaporkan berkata.

Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

http://www.malaysiakini.com

Tuesday, September 16, 2008

Komen Blog Anti Husam Kenyataan Nik Aziz menggelarkan Mustafa Taib 'lidah Umno'


Saya dah baca satu kenyataan yang kununnya ditulis oleh TGNA yang membelasah Dato Mustafa Ali berkenaan kenyataan beliau yang tidak percaya perubahan kuasa akan berlaku pada 16 September, 2008.


http://www.harakahdaily.net/bm/images/stories/utama/pic_nasir_sudin/nik_aziz11.jpg

Husam bersama Nik Aziz : Ada rahsia terpendam antara mereka berdua ?

Saya tak percaya itu adalah tulisan TGNA ataupun kenyataan yang keluar dari isi hati dan lidah beliau. TGNA yang kita semua kenal tidak pernah menyerang peribadi seseorang secara terbuka lebih-lebih lagi sesama pimpinan PAS. TGNA yang kita semua kenal tidak pernah lekang mulutnya dan kenyataannya dari menyebut ayat-ayat suci Al-Quran atau AlHadis sebagai sandaran.

Saya percaya Husam Musa dan/atau team erdogannya berperanan besar untuk mengeluarkan kenyataan tersebut….samada disedari oleh TGNA ataupun tidak. Mana mungkin TGNA menyebut perkataan “Standing Ovation” dalam kenyataannya. Lebih-lebih lagi fakta yang kununnya Muktamar memutuskan untuk mengukuhkan pakatan rakyat secara “standing ovation” adalah tidak tepat sama sekali.

Dato’ Pa tidak pernah melanggar keputusan syura. Yang melanggar keputusan syura ialah


[mustafa+ali+web.jpg]

Datuk Mustafa Ali : Digelar mahu menjadi menteri kali kedua dan lidah Umno !

Husam Musa, Dato’ KJ + geng erdogannya dan termasuk TGNA sendiri. Semua perwakilan dalam Muktamar sedar bahawa TGNA tidak mengikut ketetapan syura apabila beliau terang-terang tidak setuju muzakarah/muqabalah dengan UMNO diteruskan walaupun telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Dah la dia dipaksa untuk bercakap bagi membahaskan usul (tidak pernah berlaku dalam sejarah muktamar Musyidul Am terpaksa bangun berucap untuk membahaskan usul semata-mata dan selepas itu terus balik), ucapannya pulak yang lebih banyak berkisar tentang kebobrokan UMNO dan tidak perlunya diadakan apa-apa rundingan/kerjasama dengan mereka. Dan yang menyedihkan ialah pandangannya itu diberikan tanpa berdasarkan apa-apa hujah atau nas dari Al-Quran mahupun AlHadis. Kalau Majlis Syura membuat keputusan berdasarkan kepada hujjah dan nas, kenapa TGNA tidak memberikan sebarang nas untuk menolak atau tidak bersetuju dengan keputusan syura tersebut?

Kemudian kenyataan yang kununnya dari TGNA tersebut menyebut “Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno.” Takkanlah bila Dato’ Pa suarakan pandangan peribadinya terhadap temberang Anwar terus nak dicap sebagai lidah UMNO? (”temberang” kerana confirm kerajaan tak bertukar pada 16 Sept). Takkanlah TGNA sebagai seorang musyid tergamak nak tuduh pimpinan PAS sendiri macam tu. Takkanlah TGNA sebagai seorang mursyid tidak boleh terus mengubungi Dato’ Pa dan tanya beliau sendiri tentang maksud kenyataannya tersebut tanpa perlu menyerang peribadi beliau secara terbuka. (Kalau antihusam yang buat takpa la juga…sebab saya bukan tok guru).

Disebut juga bahawa Trengganu tersalah pilih Pesuruhjaya. Siapa yang pilih pesuruhjaya ni? Bukan rakyat Trengganu yang pilih dan bukan PAS Trengganu yang pilih..tapi dipilih oleh Presiden dengan persetujuan AJK PAS Pusat. Takkan TGNA tak tahu prosedur?? Jangan nanti orang kata PAS tersalah pilih Mursyidul Am pulak.

Dan diperenggan terakhir kenyataan tersebut telah disebutkan tentang keluarnya Dato’ Asri sebagai presiden PAS ketika itu kedalam UMNO. Apa motif kenyataan ini? Kalau TGNA ada masalah dengan Tuan Guru Presiden, hubungilah beliau dan berbincanglah secara ilmiah dan ukhuwwah Islamiyah… jangan mendengar dakyah Husam dan gengnya semata-mata yang hanya mahu melihat kepimpinan ulama PAS bertelagah sesama sendiri.

Kalaulah betul keseluruhan tulisan itu adalah terbit dari isi hati dan lidah TGNA sendiri…saya hanya mampu bersedih dan kecewa dengan perubahan yang telah berlaku ke atas tok guru yang kita sayangi. Sedarlah bahawa tok guru telah cuba dibawa masuk kedalam perangkap yang dipasang oleh Husam. Kesimpulannya, Anwar punya mainan dan jarum liberalnya secara senyap telah berjaya masuk ke dalam PAS melalui Husam Musa dan team erdogannya. Dia hanya tersenyum melihat pimpinan Ulama PAS bertelagah sesama sendiri. Semoga Tuan Guru Presiden dapat berbuat sesuatu sebelum terlambat.


( http://antihusam.blogspot.com/ )

Monday, September 15, 2008

Taufan di Taiwan : Bala untuk gertak PKR agar jangan rampas kuasa rakyat ?

Sunday, September 14, 2008

Wakil PKR lewat pulang, bukan bimbang ISA

14-09-2008 05:38:27 PM
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, beliau dan empat anggota PKR tidak dapat pulang ke Malaysia hari ini seperti yang dijadualkan kerana keadaan cuaca yang buruk di Taiwan, dan tiada kena-mengena dengan kebimbangan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Tidak ada kaitan dengan ISA. Risau tu memanglah risau tapi kita pasrah...terserah kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar).

“Hari ini ada taufan di sini...sebab itu kita tidak dapat pulang,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Katanya, semua penerbangan ke luar negara pada hari ini dibatalkan dan penerbangan mereka menerusi pesawat China Airline hanya akan berangkat pada pukul 1 tengah esok.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh turut menegaskan kelewatan rombongan mereka pulang ke tanah air ada kena-mengena dengan ISA.

“Tiadalah (kaitan). Saya sepatutnya sudah berangkat malam semalam kerana perlu hadir Mesyuarat Agung Bahagian (PKR) di Kuantan pagi ini tetapi disebabkan taufan Sinlaku yang melanda, saya tidak dapat balik,” katanya.

Beliau menyifatkan kunjungan mereka untuk ‘memburu’ Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti sebagai sangat berjaya namun tetap enggan mendedahkan jumlah dan identiti mereka yang sudah bersetuju menyertai PKR.

“Kerja sudah siap. Tunggulah sehari dua lagi... kemungkinan akan diumumkan oleh Datuk Seri Anwar (Ibrahim),” katanya.

sumber-Mstar.online

Friday, September 12, 2008

terima kasih Tuhan, manusia nama Raja Petra sudah kena ISA !

Raj Petra ditahan mengikut ISA

12/09/2008 3:11pm

KUALA LUMPUR 12 Sept. — Penulis blog, Raja Petra Kamarudin ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesah penahanan itu, berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan setelah diyakini Raja Petra boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Raja Petra ditahan di rumahnya pukul 1.10 tengah hari di bawah Seksyen 731 Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

“Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman,” katanya. - Bernama

Tuesday, September 9, 2008

Pak Lah dipuji oleh Nuraina anak Arwah Pak Samad

Susah juga membaca pujian terhadap Pak Lah oleh bloggers ini. Dan berdasarkan tarikh lahir beliau pun Pak Lah bukan jenis sukakan pujian dan memang sangat tegas dengan keputusannya walau pun ia bisa berubah ubah bergantung dengan keadaan yang terbaru.

Macam Imam Syafie juga yang mengeluarkan Qaul Jadidnya di Mesir selepas melihat adengan romantik lelaki dan perempuan tua. Ia tidak dinamakan flip flot tetapi kecerdasan minda Imam yang sentiasa terbuka kepada nas terkini atau fakta terkini.

Semasa tenat Pak Lah sudah hadir menziarahi Arwah Pak Samad Ismail. Dan ketika meninggal Pak Lah luangkan masa sekali lagi.

Beruntung benar Pak Samad sekeluarga kerana diziarahi PM Malaysia. Penghormatan tinggi dari Pak Lah kepada seorang pejuang Malaysia.

Dalam komen beliau di blognya Nuraina Samad menulis :

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was at the mosque to join the congregation in performing the prayers.

After prayers, Bapak's body was taken to the cemetery.

It was very kind of Pak Lah to have his outriders accompany Bapak in his final journey to his resting place.


Saya rasa ini ucapan ikhlas dari seorang anak kematian bapa dan digembirakan oleh Pak Lah yang mana sudi hadir di majlis pengebumian tokoh nasionalis Malaysia ini...

sesiapa pun akan terharu dan moga moga ia ada sedikit 'belas kasihan' untuk dihadam oleh musuh musuh pena yang saban waktu mencerca sama ada dengan tulisan atau gambar 'super imposed' di media blog.

Semua demi MEMBURUKKAN MANUSIA BERNAMA PAK LAH ....

Moga mati kita semua dalam Husnu Khatimah. Moga mati mengingatkan kita syurga dan neraka dan balasan perbuatan kita di atas dunia..

Allahumma amitna ala dinika ya robb.....

Monday, September 8, 2008

Isu BTN oleh Blog Lim Kit Siang, komen Cheguman

BTN memecahbelahkan perpaduan kaum?

Demang lahir dalam keluarga melayu dan membesar dalam masyarakat melayu. Demang bermain, bergaul, bersekolah hatta bertengkar dan bergaduh pun dalam kalangan orang melayu sahaja.

Demang bertembung dengan kaum bukan melayu cuma sekali sekala tatkala Demang ke bandar atau jika mereka datang ke kampung Demang. Selebihnya Demang lihat kaum lain di kaca TV sahaja.

Suatu perkara yang pasti ialah Demang sering berurus niaga dengan kaum cina.

Apa pandangan Demang pada kaum lain?

Secara peribadi Demang tidak ada masalah langsung dengan kaum lain. Agaknya sebab secara logik kita tak akan berkonflik dengan orang yang tak kita kenal.

Namun dalam perbualan dengan teman-teman Demang dapati ada yang tidak beres. Ada cerita pergaduhan, dendam dan iri hati.

Lama kelamaan Demang ikut terpengaruh untuk menyimpan prejudis terhadap kaum lain, sehinggalah...

Semasa di tingkatan 6, 1986, pihak sekolah yang risau dengan prestasi pelajaran kami telah mendapatkan khidmat BTN bagi menyuntik semangat baru sebelum kami menduduki STPM.

Dalam kursus selama dua hari itu kami didedahkan dengan fakta-fakta yang menginsafkan kami bahawa ada sesuatu yang wajib diperjuangkan.

Kami ditunjukkan fakta betapa orang melayu amat jauh ketinggalan dalam hampir semua bidang terutama ekonomi, pendidikan dan jawatan profesional. Orang melayu hanya memegang kuasa politik dan itu bukanlah jaminan yang kekal.

Kami disedarkan bahawa situasi yang tidak seimbang antara kaum akhirnya membawa padah, pergaduhan kaum 1969 (13 mei).

Demang pahatkan dalam hati pesanan fasilitator BTN yang mengendalikan kumpulan Demang: setiap kaum perlu bekerjasama bagi memastikan kek ekonomi dapat diagihkan dengan lebih saksama. Tidak boleh ada kaum yang jauh ketinggalan sebab ia akan hanya menimbulkan rasa tidak puas hati. Untuk itu kerjasama perlu dilakukan dengan penuh ikhlas. Perkongsian 'ali-baba' haruslah dibenteras dan perkongsian pintar mesti dirintis dan digalakkan.

Perkongsian perniagaan antara melayu-cina-india hanya akan boleh berlaku jika masing-masing mempunyai kualiti yang mampu memberi keuntungan pada perkongsian tersebut. Jika hanya 'rakan kongsi daripada kaum cina' sahaja yang berkualiti sedangkan 'rakan kongsi daripada kaum melayu' tidak berkualiti, bagaimana usahasama tersebut dapat membuahkan kejayaan? Oleh itu kualiti orang melayu perlu meningkat dan ditingkatkan agar dapat berdiri sama tinggi dengan kaum lain. (melalui penerangan tersebut juga Demang segera insaf betapa kaum India juga perlu dibela sebagaimana kaum Melayu).

Setiap kaum mempunyai kelebihan masing-masing yang sepatutnya dijadikan asas perkongsian.

BTN juga menjelaskan asas pembinaan negara berdasarkan persefahaman antara pemimpin kaum yang akhirnya melahirkan kontrak sosial. Malangnya semangat dalam kontrak sosial sering dimanipulasi oleh ahli politik demi kepentingan politik sempit mereka.

Bagi kakitangan awam tidak kira melayu-bumiputera, cina dan india yang mengikuti kursus BTN pasti sedar bahawa fokus utama BTN adalah bagi membina negara yang aman untuk didiami oleh semua kaum. Itulah sebabnya fokus utama BTN ialah NEGARA: bukan perjuangan kaum atau agama. Tanpa sebuah negara yang aman bagaimana kita nak beribadat kepada Tuhan dengan sempurna?


Demang bawa kisah lama ini selepas terbaca serangan hebat Lim Kit Siang dalam blognya yang menuduh BTN menjadi punca perpecahan kaum di negara kita. Bagi yang telah melayari blog tersebut dan membaca komen-komen di dalamnya, barangkali terjumpa komen Demang dalam blog tersebut: "...sebaiknya saudara Lim kit Siang serta semua ahli parlimen menghadiri kursus BTN dan lihat sendiri adakah maklumat yang saudara Lim Kit Siang terima berkenaan BTN itu betul atau fitnah? Adalah mustahil parlimen meluluskan budget untuk BTN selama berpuluh tahun tanpa menyedari bahawa BTN digunakan untuk menghancurkan negara.”

Demang cabar sesiapa dapat membuktikan modul BTN selama ini adalah untuk memecah belahkan kaum di Malaysia. Malah Demang percaya usaha-usaha BTN lah yang selama ini berjaya meredakan kemarahan orang melayu yang tidak puas hati kepada kerajaan yang dianggap memberi kelebihan pada kaum India dan Cina.


(Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak boleh dipertanggungjawabkan pada BTN. Sebarang persoalan mengenainya hendaklah dikemukakan terus kepada penulis melalui ruangan komen atau email cheguman@yahoo.com )


- blog Cheguman sila klik sini

Friday, September 5, 2008

Dr Asri Zainal Abidin ; Mufti PKR dalam Kerajaan UMNO ? - Malaysiakini

Pantun mufti Perlis bidas siapa?
Jimadie Shah Othman | Sep 3, 08 4:25pm

Pantun mufti popular, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang meminta pemimpin negara mengundur diri "apabila negara kacau" menimbulkan seribu tanda tanya.

mohd asri zainul abidin interview 231106 pointPantun yang disiarkan di blog beliau (www.drmaza.com) dua hari selepas pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh minggu lalu, antaranya, menyebut:

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
Eloklah tuan mengundur diri

Dalam pilihanraya yang menjadi tumpuan ramai itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat dengan majoriti besar 15,571 undi.

Karya mufti Perlis yang berjudul Pantun 'Cari Ganti' bagaimanapun tidak menamakan dengan jelas pemimpin politik yang dimaksudkan ataupun anggota mana-mana parti politik.

Bagaimanapun ia dipercayai merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tulisan sinis Dr Mohd Asri itu boleh mengundang pelbagai reaksi kerana disiarkan ketika pelbagai pihak mendesak Abdullah mengundur diri - antaranya Anwar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - kerana didakwa tidak mampu mentadbir negara.

Pantun empat kerat itu berlatarkan imej pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Dipelawa jadi calon

Mohd Asri sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembangkang apabila menyertai sebuah forum anjuran Pakatan Rakyat di Kelantan.

pantun mohd asri blog 030908Malah, beliau juga turut dipelawa untuk bertanding atas tiket BN bagi mencabar Anwar di Permatang Pauh.

Dalam rangkap akhir pantun empat kerat itu, mufti muda itu turut meminta pengunduran itu digantikan dengan pemimpin yang "berbudi tinggi".

Rangkap itu berbunyi:

Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jangan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
Bukan perompak ganti pencuri

Rangkap ini juga tidak menyatakan siapakan pengganti yang dimaksudkannya itu.

Bagaimanapun, dua tokoh yang disebut-sebut ingin menggantikan tempat Abdullah termasuklah timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada pertengahan tahun 2010, selain Anwar yang berusaha merebut tampuk kekuasaan menjelang 16 September ini.

Mufti Perlis sering menjadi perhatian media kerana kerap memberikan reaksi dan komen kritis terhadap fenomena politik dan isu-isu semasa.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata beliau tidak dapat bercakap panjang kerana ada urusan dan meminta belau dihubungi semula.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi kembali setakat ini.


Ulasan : Patutlah tak nak jadi BN... Ada hati dengan Anwar kot ! sebab belajar di UIA tentu peminat Anwar juga ni...

Thursday, September 4, 2008

Isu Datuk Ahmad ; tindakan selepas siasatan dibuat !

Beberapa laporan sudah dibuat MCA dan juga DAP apabila keluar kenyataan Datuk Ahmad, Ketua Umno Bukit Bendera semasa kempen di Permatang Pauh baru baru ini.

Beliau mengatakan Cina penumpang di Malaysia dan tidak layak mendapat hak sama rata.

Kenyataan beliau seharusnya disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO dan tidak seharusnya dibiarkan hukuman mendahului siasatan.

Datuk Ahmad juga perlu memberi kenyataan sebelum ia dijadikan isu politik dan menghasut bangsa lain agar marah kepada BN selepas sekian lama BN / UMNO dijadikan kambing hitam bagi isu perkauman oleh parti pembangkang.

Akhirnya Datuk Najib meminta maaf bagi pihak Umno namun Presiden MCA menganggapnya masih belum mencukupi.

Mungkin benar juga saranan MCA tersebut kerana Datuk Ahmad perlu membersihkan namanya atau meminta maaf jika benar kenyataan beremosi tersebut terkeluar semasa berkempen tempoh hari.

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga....

Moga Datuk Ahmad akan memberi kenyataan dan memohon maaf sebelum siasatan lanjut dibuat bagi memastikan kesalahan tersebut.

Melayu Cina dan India tidak perlu bergaduh sesama sendiri dan tahu di mana mereka berada dan dengan siapa mereka berkawan.....

Jika tidak rusuhan kaum mungkin berulang dan tentu tiada siapa untung jika kekacauan mengganggu kedamaian hidup kita yang dicemburui ramai pihak asing selama ini....

Sabarlah dan bertindak mengikut saluran undang undang bukan saluran perasaan seperti di Thailand sehingga politik menjadi sebab pergaduhan dan pembunuhan di sana....

Wednesday, September 3, 2008

Logo PAS diciplak dari logo Barack Obama ?

BERHEMAH KETIKA MENEGUR...

Kurangkan bercakap benda-benda yang tak berfaedah di bulan puasa ini, insyaallah, semuanya akan selamat. Foto di atas adalah contoh beberapa kerat manusia yang merasakan diri mereka benar dan sebenar-benarnya dan tidak adalah benar melainkan benar-benar belaka segala percakapan mereka. Bukan main lagi amik posting pastu komen logo merdeka tiru Taiwan punya...berdegar-degar tuduhan mereka...

Logo encik ni pun lebih kurang aje...70% sama, tukar warna dan tambah bintang dan bulan ajer...
Tuan-tuan ziarah sendiri la ke web Encik ni...Barack Obama dan Encik ini.

Mujurlah ada rakan-rakan kita yang prihatin(sini dan sini), yang sedar tentang tuduhan yang dibuat seolah-olah "mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih"....Bulan puasa bulan yang mulia...marilah kita banyakkan amal ibadat...

Wallahuallam...

sumber : Blog Pilihan Anda