Sunday, November 2, 2008

Zaid Ibrahim@ anti Melayu perlu bertaubat - kata Shahidan !



    
"Zaid perlu bertaubat, jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu," kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno.

Komen keras dari bekas MB Perlis kepada bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri itu tidak sukar kita fahami berdasarkan kenyataan Zaid tentang ketuanan Melayu yang dianggap membuang masa. Sedangkan lebih baik Zaid sendiri bersikap jujur dengan menilai kembali peruntukan perlembagaan tentang ketuanan Melayu yang berhak 'diberi tongkat' agar setanding dengan bangsa lain. Apatah lagi dengan majoriti penduduk Malaysia adalah dari bangsa kita, Melayu dan ia termaktub di dalam law negara kita sejak merdeka !


 
Selanjutnya, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim turut menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu sebagai keterlaluan.

Baru-baru ini Zaid kata konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu malah beliau menyifatkan konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

[dwsa-cimb.gif]
Sebelum ini Umno Cheras melalui Ketuanya, Datuk Syed Ali Alhabshee (gambar atas ) pernah mengecam Zaid, ekoran pendirian 'membisu seribu bahasa' yang diambil Zaid terhadap Forum ' Memeluk Islam' Majlis Peguam yang menjadi sesuatu yang sangat mengecewakan.

"Ketika ribuan umat Islam bangkit mempertikaikan tindakan Majlis Peguam, menteri yang kononnya mahir dalam bidang undang-undang hilang entah ke mana, ini amat mengecewakan seluruh ahli UMNO dan orang Melayu.

"Di mana Zaid yang kononnya menjaga hal ehwal undang-undang apabila Majlis Peguam secara terbuka cuba mencampuri urusan dan kepentingan umat Islam di negara ini. Mengapa tiba-tiba membisu?," katanya. 

Syed Ali berkata, dalam isu lain, Zaid cepat melatah, tetapi apabila kesucian dan hak umat Islam dicabar dan diganggu-gugat oleh pihak bukan Islam, beliau mengambil sikap membisu.

Hanya bukan Melayu anti Melayu atau Melayu tak sedar diri menolak konsep ini...   kerana ingin mendapat undi bangsa yang tidak senang dengan keistimewaan Melayu, mereka akan terus memainkan isu ketuanan Melayu ini agar ia tidak lagi menjadi modal kepada UMNO untuk terus berjuang mempertahankan hak hak Melayu dan Islam.
    
Shahidan berkata lagi, jika bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu terus mempertikai konsep ketuanan Melayu, beliau tidak seharusnya menjadi Melayu lagi kerana sebagai bangsa Melayu
Zaid seharusnya membela Melayu bukan memburukkannya.
    
"Beliau sepatutnya memiliki semangat Melayu dan tidak seharusnya mempertikai ketuanan Melayu secara terbuka," kata Shahidan dalam laporan Bernama, ketika ditemui dalam satu majlis di Kangar hari ini.

Melayu ditakrifkan di dalam perlembagaan sebagai seorang yang beragama Islam, mengamalkan istiadat Melayu, berada di Malaysia sebelum merdeka, dan bertutur bahasa Melayu. Jadi, ia satu konsep ketuanan yang relevan bukan untuk bangsa Melayu sahaja tetapi sesiapa yang menjadi sebahagian aliran Melayu walau dari bangsa arab, jawa, cina, india atau negro sekalipun.

Akhir sekali, Shahidan juga mahu Zaid memohon maaf kerana selama ini beliau dikenali dengan nama Melayu. Memang patutlah jika kita mendesak beliau meminta maaf kerana kata katanya telah melukakan ramai bangsa Melayu dan orang Melayu Islam seperti Zaid tidak wajar mempertikaikannya waima hati sudah tidak lagi selesa dengan perjuangan Umno sekalipun. 
    
Patutlah beliau ditolak oleh bahagiannya sendiri sebelum ini. Sepeti mana ulasan blog isteri mamak tua di bawah :

Ini kerana selepas kesemua cawangan selesai bermesyuarat, Zaid hanya memperoleh 16 pencalonan, manakala saingannya, Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh sebanyak 87 pencalonan.

Zaid Ibrahim letak jawatan bukan kerana berbalah tentang ISA. Sebab utama ialah kerana Zaid Ibrahim kalah bertanding Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu kepada Datuk Fatmi. Mana nak letak muka seorang menteri kalah dan tidak cukup pencalonan untuk lawan Ketua Bahagian.

Demi menjaga maruah, Zaid kena tunggu masa sesuai untuk letak jawatan dalam cara yang nampak bermaruah dan glamour. ISA dijadikan alasan Zaid. Bila Zaid buat begitu, orang akan anggap Zaid sebagai hero.

Kalangan peguam akan sanjung Zaid sebagai seorang yang berani dan berpendirian. Zaid kalau terus jadi menteri pun, dia tak yakin sama ada akan kekal atau tidak di zaman Najib. Sudah tentu melawan Datuk Fatmi yang merupakan bekas SU Politik Najib seolah melawan Najib di Kota Bharu.


reference :

Blog Isteri mamak tua

Malaysiakini

1 comment:

Anonymous said...

Naked art [url=http://www.radioelsembrador.cl/foro//viewtopic.php?f=3&t=19350] naked clips[/url] Naked celebrities