Saturday, November 8, 2008

Raja Petra dibebaskan, tanda keadilan kehakiman Malaysia



Mahkamah selalu menjadi mangsa kepada tekanan politik pembangkang apabila ada kes melibatkan mereka tidak memihak kepada mereka.

Apabila memihak kepada pembangkang maka mereka sangat gembira. Namun apabila tidak sama sekali memberi keuntungan kepada mereka pasti mahkamah akan dilabel dengan label negatif seperti mana yang berlaku semasa perbicaraan kes liwat Anwar 10 tahun yang lalu.

Akhirnya Hakim digelar Hakim Hacks.

Pembebasan Raja Petra yang diketahui ramai telah ditahan polis pada 12 Sept sebelum dibawa pada 23 hb berikutnya ke Kamunting untuk tahanan di bawah ISA.

Ini berikutan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today, serta memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta.

Pada hemat Hakim Syed Ahmad Helmy, Raja Petra mesti dibebaskan setelah mahkamah mendapati bahawa alasan perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 8 ISA ke atas pemohon sebenarnya tidak mencakupi skop yang ditetapkan di bawah akta tersebut.


Kenapa Raja Petra ditahan bawah ISA ?

Menteri Dalam Negeri menyatakan Raja Petra perlu ditahan di bawah ISA dengan alasan berikut:

"Telah bertindak secara sedar, sengaja dan tidak bertanggungjawab dalam menyiarkan artikel tulisannya dan komen pembaca yang mempersendakan dan menghina orang Islam, kesucian agama Islam dan peribadi Nabi Muhamad SAW yang telah membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini sekali gus boleh mewujudkan krisis keyakinan terhadap agama Islam serta mencetuskan persengketaan dan ketegangan agama antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Selain itu artikel tersebut berunsur fitnah dan palsu terhadap pemimpin negara bertujuan untuk menjejaskan keyakinan dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang mana seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan Malaysia."


Jadi, apakah alasan lagi untuk Pakatan Rakyat menidakkan keadilan sistem kehakiman Malaysia yang jelas tidak terikat atau cenderung kepada sesiapa ?

Kecuali mereka sendiri ingin memburukkan negara walau apa jua keadilan diterapkan oleh pemimpin kita dan apa jua kebaikan diperolehi mereka demi secebis kuasa yang didambakan melalui pilihanraya walaupun ia pasti merosakkan imej negara di pandangan dunia !




No comments: