Thursday, November 6, 2008

Kenapa MB Selangor baik hati kekalkan Rosmah walau dibantah ?

Saya pun tidak tahu kenapa dikekalkan juga isteri Najib sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) walaupun Kira-kira 20 orang termasuk tiga pemimpin muda Pakatan Rakyat menghantar surat bantahan kepada menteri besar Selangor agar menggugurkan isteri timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan tersebut..

http://media1.malaysiakini.com/128/2a5a72345aebbab45f0df5bb9230b30b.jpg

Begitu juga Isu kekosongan jawatan Pengurus Besar PKNS yang menimbulkan kontroversi apabila Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun PKNS, Low Siew Moi memangku jawatan itu selama setahun. Walhal masih ada Melayu yang layak untuk jawatan Pengurus Besar PKNS yang ditubuh untuk Melayu Bumiputera itu !

Pun masih dikekalkan !!!

Soalan saya : Apakah syarikat besar milik rakan pemimpin PKR selain syarikat-syarikat milik MCA, Gerakan atau MIC mengambil pengurus Melayu?

Berterus-terang sajalah.

Sepatutnya Khalid buang sahajalah Rosmah. Atau Khalid sediri perlu dibantah dan didesak dibuang...Atau pengekalan ini kerana Khalid menerima arahan ghaib dari Anwar ?

Yang datang bantah bukan calang2 orang dan dari geng pemuda PR sendiri seperti naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, setiausaha DAP negeri Lau Weng San dan exco penerangan Pemuda PAS negeri Mohd Sany Hamzan.

Mungkinkah ini 'politik' untuk berbaik baik dengan bakal PM selepas satu persatu cubaan menggagalkan perjalanan Najib menjadi PM telah gagal dan raja siber mereka ditangkap dipenjara bawah akta ISA ?

Mereka yang bantah bawa kain rentang tulis "Rosmah Out" dan "Unisel gedung ilmu, bukan gedung beli-belah. Rosmah boleh blah" ..

Lawak betul macam Rosmah tu jadi Menteri Kabinet Malaysia.. hahahaha

Kita tahu Rosmah bukanlah ahli politik seperti suaminya. Jadi, tak kan kita nak seret sama isteri kerana benci kita kepada suami ?

http://www.unisel.edu.my/images/stories/campur/datin%201.jpg

Menurut laporan Malaysiakini, Dalam surat bantahan itu, mereka mendakwa Rosmah Mansor "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."

Benda seperti itu tidak wajar kerana kedudukan Rosmah sendiri selaku isteri TPM mewajarkan perlantikan tersebut dilakukan. Kerana syarat menjadi Canselor bergantung kepada Lembaga Unisel sendiri. Bukan pemilihan berdasarkan kelayakan akademik.

Paling2 kurang pun Rosmah tak lah bodoh dan tak pandai ilmu seperti buta huruf buta IT dan sebagainya...Bahkan rekod pendidikan Rosmah dalam bidang sains menunjukkan pencapaian beliau yang tentu boleh dikira ok.

Rosmah telah dilantik jawatan tersebut sejak Ogos 2006 hingga sekarang.

Mungkin mereka ni nak jadi Canselor kot tapi tak dapat hahahaha....

http://www.unisel.info/images/renovation.gif

Rasanya jika isu Canselor pun nak dihebohkan, tentu rakyat makin nampak PR hanya mementingkan jawatan dari terus memperjuangkan isu isu lain atau menjawab isu isu yang dibangkit oleh UMNO selama ini.

Surat itu ditandatangani oleh Ketua Pemuda PAS negeri Selangor Sallehen Mukhyi ( blogger JentayuAbaka gelar ketua pemuda yang gila glamour ) Khairul Anuar ketua AMK Selangor serta Lau Weng San

Surat itu diterima setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini tidak lain kerana Pakatan Rakyat ingin meletakkan calon pilihan mereka...yang saya baca mereka kata mempunyai tokoh-tokoh intelektual yang mampu mengetuai Unisel seperti timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy.

namun sebenarnya inilah perangai mengubah isu atau reverse psycology yang diajar Anwar dan terus berleluasa...

Mengubah isu maksud saya mencipta isu lain untuk menutup isu lain pula.

Cuma, bagi saya satu je persoalan,

Adakah BANGKAI GAJAH isu LIWAT
boleh ditutup dgn mudah ?


4 comments:

Anonymous said...

Pas pun soal kenapa dua pegawai paling kanan PKNS iaitu Timbalan Pengurus Besar Pentadbiran, Md Nasir Md Arshad dan Timbalan Pengurus Besar Teknikal, Abdul Ghani Hassan tidak dipertimbangkan untuk mengisi jawatan itu.


Khalid nak jadi juara bukan Melayu ke?

Tai said...

nampaklah kini, PR hanya pentingkan jawatan besar untuk mengisi tembolok mereka daripada membela nasib rakyat.

taipingmali said...

Untuk kekal lama khalid kenalah tunduk dengan tok dalang. khalid hanya wak dogol sahaja.

Siapa dalangnya? Tentulah DAP. Sebab dia akan menjadi ahli DAP sekiranya PKR berkubur.

Anwar dok teringin nak masuk UMNO semula.

Kalau Khalid masuk UMNO tentu tak ke mana peluangnya dan kerjaya politiknya.

Panglima Perang Cyber said...

Anwar akan buat apa saja utk jadi PM Malaysia.

tu hakikatnya !