Biasanya calon akan optimis. Dan calon seperti Azalina Othman tidak yakin pula dapat pencalonan.
Hari tu Mukhriz kata ada sekatan untuk perwakilan bertemu calon. Khairy pun cakap lagu tu jugak.
Tup tup Azalina pun cakap macam ada sekatan.
Rasanya Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO tentu mendengar dan 'mencium bau' dari kenyataan di atas, samada benar atau tidak.
Perwakilan tentu dapat menilai pemimpin yang bagus atau tidak. Dan sayang jika bekas Ketua Puteri UMNO tidak dapat menunjukkan tauladan dengan menutup sedikit cebisan rambut yang tentu disukai Tuhan.
Hak mengamalkan agama memang bebas tetapi sebagai tanda keperihatinan gejala free hair haruslah diubah dengan dakwah dan mauizah hasanah. Barulah nampak kesungguhan orang Islam di dalam UMNO untuk menjaga agama Islam melalui percakapan perbuatan.
Tengok manisnya Puteri UMNO sekarang Datuk Noraini yang sudah berhijrah menutup aurat selepas sebelumnya sekadar mencukupkan syarat sahaja.
Itulah kepimpinan melalui teladan dan harap semua faham dan memahamkan orang lain pula.
Berita selanjutnya :
Azalina tidak yakin dapat cukup pencalonan
04/11/2008 11:20am
KUALA LUMPUR 4 Nov. – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau tidak yakin akan mendapat cukup pencalonan bagi melayakkannya bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO.
Beliau mendakwa terdapat sekatan di peringkat bahagian supaya tidak mencalonkannya bertanding jawatan tersebut.
“Ada arahan daripada pihak tertentu yang mahu pelan peralihan kuasa berjalan lancar. Saya bagaimanapun akan terus memfokuskan untuk bertanding jawatan MT selepas ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Zoom! Media Prima di sini hari ini.
Azalina sehingga kini menerima 13 pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Wanita UMNO manakala kuota kelayakan bagi jawatan itu adalah 29 pencalonan. - Utusan.
Tuesday, November 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kenapa isu tudung selalu dipermainkan oleh kaum lelaki kerana cukup baguskah kaum lelaki untuk menilai kaum wanita.
Lebih banyak isu yang boleh dilihat daripada hakikat kaum wanita yang tidak bertudung. Apa gunanya bertudung bukan niat untuk Allah? Apa gunanya bertudung jika habis ditebuk tupai?
Kenapa tidak persoal rata-rata pemain bola sepak yang tidak menutup aurat juga?
Inilah masalah lelaki Melayu.
" Kenapa isu tudung selalu dipermainkan oleh kaum lelaki kerana cukup baguskah kaum lelaki untuk menilai kaum wanita."
tudung suruhan Allah ! dan ia tidak dipermain mainkan kerana ia bukan benda mainan.
tidak mahu memakai tudung tidak ada masalah. kerana kubur masing2.
tetapi memberi nasihat dan pandangan tentu disuruh Allah agar ada yang terleka akan tersedar atau yang terlupa akan kembali ingat.
itu saja.
Apa gunanya bertudung jika habis ditebuk tupai?
Apa makna 'apa guna solat' kalu mencuri ?
' apa guna ' tu perkataan nak perlekeh agama. tau tak
kalu tak mahu tutup aurat dok diam.
jgn guna 'tiada guna' sbb ada setiap kebaikan tu ada guna tau !
berguna ke org tak tutup aurat dan ditebuk tupai?
dua kali tak guna , bodoh !!!!!
Post a Comment