"Telah bertindak secara sedar, sengaja dan tidak bertanggungjawab dalam menyiarkan artikel tulisannya dan komen pembaca yang mempersendakan dan menghina orang Islam, kesucian agama Islam dan peribadi Nabi Muhamad SAW yang telah membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini sekali gus boleh mewujudkan krisis keyakinan terhadap agama Islam serta mencetuskan persengketaan dan ketegangan agama antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.
"Selain itu artikel tersebut berunsur fitnah dan palsu terhadap pemimpin negara bertujuan untuk menjejaskan keyakinan dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang mana seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan Malaysia."
Peliknya PAS pun boleh mengucapkan tahniah kepada Raja Goblog tersebut yang jelas menghina Islam termasuk juga menghina Presiden PAS tempoh hari dengan gambar jelas tidak bermoral yang turut diulas oleh mansaari di sini !
Seperti komen tidak cerdik Husam Musa ( gambar dari blog MSO di sini):
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi berbisa mempertahankan ketuanan Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan premis keselamatan negara, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Beliau berkata demikian ketika mengucapkan tahniah kepada Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang dibebaskan dari cengkaman keganasan ISA hari ini.
Rasanya Husam tidak terbaca barangkali komen rakannya dari PAS juga iaitu saudara Roslan SMS di sini yang menulis tentang Raja Petra menghina agama kita :
Kini sekali lagi saya perhatikan Malaysia Today menyiarkan artikel yang bagi pandangan saya terus-menerus menghina Islam. Di bawah posting "The Great Tudung Debate" di
http://mt.m2day.org/2008/content/view/12321/84/
Raja Petra telah menghuraikan tafsirannya berkenaan dengan hukum menutup aurat bagi wanita yang jelas menyimpang dari mana-mana tafsiran yang kita sedia pakai. Tidak cukup dengan kekeliruan yang beliau cetuskan, posting beliau telah mengundang keghairahan para pembacanya untuk turut menumpang memberikan komen dan tafsiran masing-masing termasuklah dari yang bukan Islam.
Bukankah ia bukti kita kena muhasabah diri sendiri tentang hala tuju perjuangan kita ?
Jika ada dua pilihan, tentu kaedah agama iaitu : Yang paling ringan mudaratnya , perlu dipraktikkan oleh orang orang kita..
Dan antara PKR dan UMNO mana satu pilihan saudara berdasarkan kaedah di atas ?
1 comment:
Tunggulah balasan tuhan kepada penghina dan pencaci serta pencacai agama. Ingat, tuhan maha adil, tuhan ada mata. Dia takkan biar agama dihina.
Post a Comment