Monday, October 13, 2008

UMNO PESAKA BAHTERA PERJUANGAN BANGSA

Melayu adalah Masyarakat Induk Malaysia (Bhg 2)
oleh Professor Dato Malik Munip


Sambungan dari Bhg 1

C. UMNO PESAKA BAHTERA PERJUANGAN BANGSA

1. UMNO adalah satu-satunya wadah pengucapan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya (a success story). Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang.

2. UMNO ditubuhkan di atas asas perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti persatuan anak jawa atau persatun orang asli dan pertubuhan golongan professional seperti persatuan guru-guru Melayu.

UMNO disokong oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultan Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.

“Ingat UMNO bukan pertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumi Melayu. Dia (UMNO) ada daulat.”

3. Salah seorang pelupor utama yang bertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO ialah Pendita Zaaba (menyedihkan namanya jarang diingati).
a. Dengan cara yang halus Zaaba telah mengasaskan falsafah perjuangan bangsa yang sohih kepada parti Melayu ini. Sebagai pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untuk pertubuhan Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supaya lebih tepat, leih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gus membezakannya daripada pertubuhan-pertubuhan politik bukn Melayu.

b. Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation’ yaani Pertubuhan Melayu Bersatu. Kata-Pendit Zaaba, Melayu di bumi Melayu adalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu. Melayu, di bumi Melayu adalah masyarakt induk, mayarakat teras atau masyarakat ibu. Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang berasal daripada masyarakt induknya di negara-negara asal!

c. Kerana itu dengan penuh himah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay National Organisation’ atau UMNO.

Natijahnya daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawa
Melayu sebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negara yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu, cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan perkauman.

d. Natijah keramat daripada saranan abadi Pendita Zaaba ini ialah bahawa seluruh perjuangan bangsa Melayu ini berpaksi kepada prinsip menterjemahkan / melaksanakan kedudukan Melayu uang induk/nasional itu ke dalam semua bidang penghidupan bangsa yang merdeka:-
i) Politik Melayu mesti menjadi induk/teras politik negara.
ii) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa nasional.
iii) Kebudayaan Melayu mesti menjadi teras kebudayaan nasional.
Seterusnya sifat bangsa Melayu yang induk itu mesti akhirnya dapat diterjemahkan ke dalam bidang-bidang utama penghidupan nasional yang lain seperti dalam bidang pendidikan atau ekonomi. Ini ialah intipati kepada perjuangan yang hak dan legimate.


4. Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera UMNO. Professor Syed Najib Al Attas iaitu satu-satunya ulamak Melayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (bukunya diterjemahkan ke dalam berbelas bahasa) adalah merupakan anak Melayu yang telah mencipta dan mengubah bentuk dan warna bendera UMNO itu. Maka selain bendera UMNO itu melambangkan ketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara tradisi kedaulatan negara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa Melayu dan negara tumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan alam budaya Melayu turun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah dan putih adalah warna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud kesatuan dalam tradisi pradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang tidak mungkin diputuskan oleh kehadiran penjajahan.

Bersambung ke Bahagian 3.

Prof Dato Malik Munip adalah bekas Pensyarah di Fakulti Sejarah, Universiti Malaya dan penulis buku, Tuntutan Melayu (1981). Beliau pernah menjadi ahli Parlimen Muar. Kertaskerja ini dibentangkan di Seminar Agenda Melayu ke III anjuran Pertubuhan ALumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara pada bulan November 4hb, 2007.


sumber : http://www.pesanan-pesanan.blogspot.com/

1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

Umno terus konsisten...membela Islam dengan cara dan pendekatan berbeza dengan parti lawan..