Anda percaya Tun Dr. Mahathir akan memainkan peranan berpengaruh apabila Datuk Seri Najib dilantik Perdana Menteri?
Ini berikutan ramai pihak menjangka Mahathir akan terus mempengaruhi Najib dalam memenuhi keinginan beliau dan mungkin juga di dalam meletakkan kembali proksi proksi Mahathir di tempat strategik untuk muslihat dan perancangan yang hanya Mahathir sahaja barangkali yang tahu.
Pada awalnya Pak Lah juga dilihat akan memenuhi hasrat Tun Mahathir dan beliau dijangka oleh ramai pihak menjadi PM boneka sahaja..
Namun keputusan demi keputusan berdasarkan musyawarah dan penasihat penasihat kerajaan maka ada keputusan telah dilihat 'tidak memihak' kepada Tun Mahathir dan dipandang seolah olah ingin menghapuskan semua projek dan gagasan buah fikiran beliau. Seperti penyingkiran orang Mahathir di Proton yang telah membuktikan ketepatan keputusan tersebut sehingga dua model terbaru Proton telah mencecah jualan sangat tinggi berbanding model sebelumnya di bawah CEO lama..
Maka 'krisis' telah bermula dari tahun 2005 dan berterusan sehingga hari ini walaupun seketika ada juga time surutnya.
Usaha menaikkan tahap integriti dengan menubuhkan Suruhanjaya Diraja Video Klip VK Lingam telah mengheret nama Tun Mahathir dan beberapa orang yang lain. Ia sudah pasti 'menghisteriakan' bekas PM tersebut dan menakutkan juga orang orang yang mungkin ada kisah gelap zaman silam.
Tiga inisiatif terakhir Pak Lah sebelum berundur tentu semakin menggerunkan mereka yang telah terlanjur dan kita mendoakan inisiatif terakhir Pak Lah tersebut akan berjaya dilaksanakan dan menjadi benteng kepada kekuatan ekonomi politik dan sosial Malaysia pada masa akan datang.
Jika ketelusan dan intergriti menjadi asas pembentukan sikap rakyat tentu kemakmuran akan semakin melimpah dengan peningkatan tahap keyakinan pelabur dari luar terhadap sistem pemerintahan kita.
Namun sayang kerna hayat Pak Lah akan berakhir Mac tahun depan sebelum banyak lagi reform akan dilaksanakan oleh kerajaan pimpinannya....
Lihat keputusan poll di bawah ini dan mungkinkah ia akan menjadi realiti ?
No comments:
Post a Comment