Saturday, October 11, 2008

Anwar, Raja Petra 'dibelasah' habis habisan oleh wira penulis negara - Pak Habib Al Attas!!

RAJA GOBLOK PO RAH!... BOLEH JALAN DAA...

1hb. Feb. 2008, hari Wilayah, saya ke Riverside Restoran di PWTC sebelum pergi menghadiri satu majlis penyerahan cek sebanyak RM100,000.00 untuk sumbangan kepada tabung kemanusiaan Gaza yang disampaikan oleh Datuk Syed Ali Al-Habshee, Ketua UMNO Cheras kepada Dato’ Mukhriz Tun Mahathir merangkap Pengerusi Aman Malaysia.

Walaupun Tun Mahathir sedang menyerang Pak Lah, Mukriz dan Syed Ali tersepit di tengah, saya tetap pergi juga. Apa orang nak kata, katalah. Seperti apa yang mereka kata pada Syed Ali yang tak takut pada sesiapa namun tetap bersedia berdamai dengan Faridah sementara musim pilihan raya dan atas permintaan Datuk Shahrizat Jalil.

VIP yang saya tunggu tak menghormati janji. Ramai VIP yang macam tu, suka buat orang menunggu kerana mereka merasa mereka orang penting. Kena dengan saya, saya tinggalkan dia macam tu aje. Boleh jalan daa... Orang besar jangan tunjuk ‘ kurang ajar ’. Ini musim ‘ ikan kecil makan ikan besar ’, satu undi berharga tau ? Tahu tak apa... "Rentikan’ perangai mengada-ngada kalau tak mahu sakit kepala," bisik hati kecil saya, sabar ajelah, memujuk hati sendiri.

Akibat suka berjanji tapi tak sanggup menepati janji, bila datang pilihan raya ‘ padan muka ’, bila janji yang dimungkiri makan diri sendiri. Dalam perjalanan ke Cheras saya teringat apa yang pernah berlaku pada bulan November 2006 di Restoran Riverside. Seperti biasa setiap kali ada Perhimpunan Agung UMNO saya cuba hadirkan diri di PWTC untuk bertemu dengan siapa saja.

Kalau kita berani tulis buku, kenapa kita tak berani berdepan dengan mereka yang kita kritik? Janganlah setakat berani kritik sahaja tapi tak berani tampilkan diri. Itu pengecut, dayus namanya. Saya tak mahu jadi seperti Raja Petra. Kalau genius tak pe juga. Kalau gila macam mana?

Kalau nak jadi hero kena berani lawan buaya. Tapi mesti lawan dalam sungai bukannya atas darat sebab di atas darat kita boleh lari. Berani tak Raja Petra lawan buaya dalam sungai. Tak payahlah lawan buaya jantan, lawan anak buaya pun dah cukup. Tengok apa jadi dengan telur Raja Petra. Anak buaya kunyah macam budak-budak kunya chewing gum. Tapi… Tapi Raja Petra ada telur ke?

Tak acilah setakat tunjuk hero dalam gelanggang sendiri. Soal jadi hero bukan macam " aci-aci buka pintu ". Nak tahu pasal " aci-aci " buka pintu ni, kena baca buku saya SAMY VELU VS KHIR TOYO .

Begitu juga kalau nak lawan harimau. Tak ada kelaslah kalau setakat lawan pak belang dalam estet getah atau dalam tasik. Kalau rasa hebat sangat, kena lawan harimau dalam hutan. Baru kira hebat. Pahlawan mesti berani mati dalam gelanggang lawan.

Penulis yang menjadi pengkritik sosial tak patut jadi macam penyanyi yang jadi juara kerana ramai yang memilih seperti dalam Akademi Fantasia . Sebagai contoh misalnya Mawi dengan Dato Ahmad Jais. Siapa Mawi jika hendak dibandingkan dengan kelunakan vokal Ahmad Jais? Tapi kerana ramainya yang memilih Mawi menerusi sms, mendapat publisiti di TV, maka jadilah dia seorang selebriti.

Saya teringat kata Dato Rahim King, " Kalau betul-betul berani, berani tak terjun payung terjun dari kapal terbang, terjun ke lautan dalam?" Kalau berani, ‘ boleh jalan daa… Macam kata peninju Joe Frazier, " Talk is cheap ’. Joe Frazier jadi juara tinju heavyweight dunia sewaktu Muhammad Ali dalam penjara. Tapi bila Muhammad Ali keluar penjara, dia di cabar untuk menentang bekas juara dunia itu dalam apa yang dikenali sebagai The Fight of the Century . Walaupun dalam perlawanan itu Frazier menang, Muhammad Ali tetap jadi hero.

Tapi itu cerita zaman awal 1970-an. Ini zaman sms, media eletronik, tv boleh buat sesiapa saja jadi hebat secara instant . Di sebabkan hebat kerana ramainya sambutan akhirnya kaca ditukar menjadi intan, betina boleh tukar jadi jantan, haiwan digambarkan sebagai kawan, iblis pun boleh jadi penulis . Apa yang hendak dihairankan.

Pelik, masyarakat sms dan blogger boleh mengagung-agungkan manusia yang tak layak jadi hero masyarakat sebagai pejuang hak asasi manusia dengan cara mendedahkan keburukan pemimpin negara melalui saluran Malaysia Hari ini? Betulkah apa yang digambarkan dalam Malaysia Today kepada dunia tentang betapa buruknya pemimpin dan keluarganya?

Memang betul Malaysia Today ada ramai pembaca. Tapi kebanyakannya baca laman web itu macam budak-budak nakal tengok laman web porno. Setakat seronok-seronok, setakat nak dapat hiburan murahan, cheap thrill sekejap, boleh lah. Nak percaya, sorrylah. So Raja Petra tak payahlah perasan. Kalau orang boleh percaya 5 peratus dari apa yang ditulis pun sudah kira cukup baik.

Salah siapa memilih penulis yang terpilih di kalangan yang terbuang, bukan yang terbaik di kalangan yang terbilang . Saya teringat kata Arwah Bung Karno ‘ go to hell with America, go to hell with Britain, go to hell with United Nations, right or wrong my people, good or bad my country ’. Di mana letaknya rasa tanggungjawab terhadap bangsa dan negara? Inikah cara kita mendidik anak bangsa kita menjadi manusia yang patriotik dan berjiwa nasionalis?

Ada ke patut seorang yang dinobat sebagai raja blogger bukan sahaja tak berani tunjukkan diri tapi tulis buku pun tak pakai nama. Jangan kata nama sendiri, nama samaran pun tak ada. Hero apa benda? Sekurang-kurangnya Yahaya Ismail, Dato Kamal Amir, Dato Ron, Subky Latif, Zaharin yang guna nama Sang Kelembai ada sifat berani buat berani tanggung .

Buku yang diterbitkan mesti ada pengarang. Kalau ramai sangat pengarang, kena ada penyunting atau setidak-tidaknya penyusun. Buat buku guna nama Malaysia Today , sebuah laman web yang didaftarkan di Amerika ni tak acilah. Melayu jenis apa ni? Ada telur ke? Apakah orang macam ini yang dinamakan askar upahan murahan atau the unfortunate soldier of fortune ? Po rah! Boleh jalan daa…

Penulis apa benda ni main pukul-pukul belakang. Orang yang main pukul-pukul belakang dalam tulisannya ini samalah macam orang yang melacurkan tulisannya untuk kepentingan golongan tertentu. Hidup dalam dua alam ke?

Bila menatap kulit buku ‘ Khairy Chronicles ’ yang selain dari gambar wajah Khairy ada gambar sebatang jalan, tiba-tiba saya teringat Bugis Street dan Johore Road di Singapura satu waktu dulu. Begitu juga dengan Air Rajah Road, di Singapura. Apakah yang menyebabkan Bugis Street, Johore Road terkenal dulu? Tahu tak pa…

Tak payahlah gunakan alasan kononnya percaya kepada kebebasan media. Media sahaja bebas buat apa kalau jiwa masih jiwa hamba abdi kepada musuh negara yang mahu menimbulkan sengketa.

Dulu tak ada blogger, yang bergantung hidup mengikuti ‘ demokrasi Amerika ’ yang kononnya paling ‘ demokratik ’ di dunia. Cakap tak serupa bikin punya . Patutkah kekuatan dijadikan kebenaran sedangkan kebenaran itulah kekuatan? Itulah susahnya bila manusia sudah hilang kemanusiaan hilang rasa takut terhadap Tuhan. Asal usul wali Tuhan pun boleh dihinanya.

Saya bertanya pada diri sendiri, apakah sesudah melalui macam-macam kejadian yang ada kaitan dan penyimpangan sistem demokratik di Amerika dan lain-lain negara, saya perlu terikut-ikut media bebas ala Amerika seperti blogger yang gunakan portal Internet untuk menghukum dan menzalimi sesama manusia yang seagama dan sebangsa?

Macam mana kata percaya pada Tuhan kalau kepercayaan itu hanya tertulis pada dollar Amerika seperti yang diakui sendiri oleh Raja Petra bila dia menggunakan sumber Bible dan tak menggunakan Al-Quran sedangkan setiap orang yang mengaku Islam melainkan sudah murtad mengetahui Al-Quran itu "imamku" maksud imam ialah Nabi Muhammad Rasulullah SAW adalah Al-Quran yang hidup dan sunnahnya menjaid ikutan.

Saya nak tanya Raja Petra, dia baca tak New Testament di mana St Micheal mempersoalkan: ‘ Are you are door or are you a beliver ’. Bentuk demokrasi Amerika merupakan bentuk yang paling tidak demokratis sekarang ini. Para anggota Mahkamah Agung dan Federal Reserve - dua lembaga yang secara fundamental membentuk kehidupan kita - ditunjuk, bukan dipilih. Undang-Undang Hak Asasi Manusia (The Bill of Rights) menjelaskan secara rinci sejumlah hak-hak khusus yang dimiliki oleh warga negara tak peduli apa yang pihak mayoritas katakan. Dengan membatasi demokrasi sebenarnya mendorong kebebasan kita." Fareed Zakaria Masa depan Kebebasan

Dalam bukunya, Masa Depan Kebebasan Penyimpangan demokrasi di Amerika dan negara lain, Fareed Zakaria juga menjelaskan:" Lihat reformasi pasca kasus Watergate, yang menguak tabir perpolitikan. Reformasi tersebut hanya terjadi di dalam gedung Kongres, bukan suara rakyat tetapi teriakan demi kepentingan tertentu, kaum minoritas yang terorganisir rapih dan uang. Pemerintah Amerika sekarang ini lebih demokratis daripada sebelumnya - dan juga lebih disfungsional ". Yang saya tak faham mengenai Raja Petra ialah siapa dia ni sebenarnya? Macam mana tiba-tiba dia boleh jadi penulis? Ini belajar menulis kat mana? Siapa gurunya? Melayu apa benda namanya bila tulis dalam bahasa Melayu pun tak menentu. Melayu itu mesti Islam. Dia bangga dia Bugis, dari suku Melayu. Mungkin dia ini dari Bugis Street, Singapore tapi mengaku Bugis dan kerabat diraja.

Raja Petra ini pejuang bangsa dan agama Islam atau sebaliknya? Siapa di belakangnya sehingga dia sanggup jadi ibarat dahan yang sanggup menjadi batang kapak yang menumbangkan pokok . Apakah dia masih orang Anwar Ibrahim? Rakyat sudah tahu siapa Anwar Ibrahim yang serba boleh, pemidato terhebat yang tak ada saingannya di dalam UMNO. Di mana letak kehebatan Pet Ra ini?

Anwar dalam pantunnya kepada Tun Mahathir dulu " Kalau tuan pergi ke Tanjung, kirimkan saya sehelai baju, jika tuan jadi burung, saya sanggup jadi dahannya ", ketika Mahathir jadi Perdana Menteri. Di kepala saya masih bermain-main apakah mereka berdua, Anwar dan Mahathir bersandiwara? Satu berasal dari Karla, yang satu dari Gurajat India. Kasihan Melayu yang tak tahu ‘ high politik ’ jadi mangsa.

Mereka yang pernah menonton filem ‘ Spiderman II ’ akan teringat watak penting Dr. Otto Octavious atau lebih dikenali sebagai Doktor Octopus atau Dr. Ock. Dr. Ock telah mencipta satu raksasa yang menyerupai sotong kereta berkepalakan manusia tetapi bersikap kebinatangan menyerupai manusia penyamun yang tamak dan rakus. Akhirnya ciptaannya menderhaka dan menjadi pengganas yang paling berbahaya pada bangsa dan manusia.

Watak penting dalam ‘ Spiderman II ’ ialah jurufoto yang berjasa mendokumentasikan kejadian menerusi lensa kamera. Kebetulan dia adalah ‘ Spiderman . Kisah ‘ Spider Man ’ ini terdapat dalam buku ‘ Anak Omak vs Anak Bapak ’, cetakan pertama 2004.

Sudah tiga tahun berturut-turut saya bukan saja tak dapat satu meja di depan restoran ‘ Riverside ’, tetapi jual buku di dalam restoran pun diburu macam penjual dadah sedangkan buku Khairy Chronicles yang tak ada nama penulis yang diterbitkan oleh Malaysia Today , tak ada polis nak tangkap dan Pak Lah tidak haramkan. Apakah masih tak ada kebebasan media? Hendak bebas macam mana lagi?

Apakah Malaysia Today dan penulis buku ‘ 70 dalil Pak Lah Hilang Kelayakan Memimpin UMNO ’ yang menggunakan nama penulis sebagai ahli UMNO Kedah boleh menafikan yang kakitangan UMNO tak tahu buku itu beredar? Tahu tak apa...

Pelik tapi benar, buku saya dan Norzah Kepol yang ada nama, ada gambar penulis, ada alamat penerbit diganggu oleh polis. Tapi buku Khairy Chronicles dari Malaysia Today yang dihasilkan oleh Raja Petra yang merasakan dirinya Raja Blogger boleh beredar dalam beg tak apa-apa. Tapi kita yang jual cara terdedah jadi mangsa oleh mereka yang mewakili orang dari Tingkat 38 (orang diatas).

Saya terpaksa menceritakan pengalaman buruk saya seperti Allahyarham Abdullah Munshi menceritakan pengalaman hidupnya di dalam buku Hikayat Abdullah yang lebih berfaedah dibaca oleh rakyat Malaysia dari buku mengenai Abdullah tentang macam mana buruknya perangai raja bila ada kuasa bersultan dimata beraja dihati dan yang di tulis semula oleh Hamzah Hamdani. Abdullah Munshi berketurunan Arab India menceritakan betapa buruknya rupa dan telatah Sultan Husin Shah yang telah menjual pulau Singapura kepada British East India Company akibat tidak adanya rasa tanggungjawab terhadap agama, bangsa dan tanahair. Apakah Raja Petra mahu menjadi seperti Si Kitol?

Ada ke patut kebebasan media di Malaysia dijadikan seperti demokrasi ala Amerika? Sama ke cara hidup orang Amerika dengan rakyat Malaysia yang sudah merdeka lebih 200 tahun? Patutkah kita jadi seperti anai-anai yang boleh memporak-perandakan negara kita menggunakan slogan ‘ free media ’, seperti anai-anai yang bersembunyi dalam kayu boleh merobohkan sebuah rumah. Orang Melayu bukan ada negara lain untuk berpindah. Menung dan fikirkanlah dakyah perang saraf yang digunakan oleh musuh Islam yang menggunakan ejen-ejennya yang menyamar sebagai pejuang hak asasi manusia.

Blogger yang nak cari untung, hendak tunjuk hebat melagakan pemimpin sama pemimpin. Husam Musa yang tak bersalah jadi mangsa ‘ half truth ’ begitu juga Zahid Hamidi. Patutkah kita terpengaruh dengan blogger yang cuba meracuni pemikiran rakyat dengan menanamkan rasa benci rakyat terhadap pemimpin dengan menggunakan ‘ fitnah ’, menggunakan manusia yang cetek pemikiran, yang suka jaga tepi kain orang duduk sembang kedai kopi tunjuk pandai kerana dapat cerita dari para blogger yang berdusta? "Kebencian dan kemarahan adalah sumber utama kejahatan dan kecenderungan untuk menghalang manusia daripada membuat keputusan yang adil, berfikir dengan baik dan mengawal diri dengan waras. Sesetengah orang dengan mudah mengenakan setiap jenis ketidak adilan ke atas orang yang dibencikannya. Mereka boleh menuduh seseorang perbuatan yang tidak pernah dilakukannya atau memberikan kesaksian palsu terhadap mereka walaupun si penuduh itu tahu kemurnian sikap tertuduh.

Atas sikap permusuhan itu ramai yang menghadapi penindasan yang tidak tertanggung. Sesetengah orang mengalak memberikan kesaksian, memihak kepada orang yang tidak bersetuju dengannya walaupun mereka tahu yang mereka tidak bersalah dan tidak memberikan bukti bagi menyembunyikan keadaan tidak bersalah itu. Harun Yahya.

Ada blogger, bukan semua, dan puak serta kuncu-kuncunya yang akan korek dan cari jalan bagaimana cara mahu mendedahkan sesuatu yang buruk mengenai pemimpin dengan cara perang ugut yang boleh merosakkan imej penulis bona fide, penulis yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat marhaen. Ini kerana memang ada penulis yang menulis dan mendedah tentang tokoh tertentu yang menjadi pemimpin yang korup ‘ a leader who misleed ’, pemimpin yang menyeleweng seperti kata pepatah " hama diseberang lautan nampak, gajah didepan mata tak nampak ." Tapi mereka ini bukannya bloggers.

Sanggupkah anda berkongsi dosa semata-mata mahu memusnahkan musuh peribadi blogger akibat tidak mendapat sesuatu atau mendapat habuan kepuasan dari naluri peribadinya sedangkan penulis mesti jadikan diri ‘ pendeta ’ bukan ‘ pendusta ’. Yang tak pandai tulis pun jadi pandai menulis terutama surat layang. Melayang-layang surat layang di mana-mana. Mangsa utama ketika ini ialah orang politik. Walaupun kepimpinannya hebat ke paras maksimum, mereka adalah mangsa pengkhianat yang sedang membiakkan zuriat di sana sini. Abang Zak

Demokrasi adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat mengikut istilah Yunani. Rakyat itu siapa dia? Orang Melayu saja ke atau termasuk juga orang Cina dan India? Ada ke patut dalam keadaan minoriti lebih kuat dari majoriti kita membiarkan si pendusta bermaharajalela menimbulkan huru hara negara?

Sampai bila kita mahu membiarkan makhluk perosak yang sanggup jadi alat CIA atau penulis seperti iblis buat kerja iblis suka menanam sikap ‘ buruk sangka ’ dan memusuhi para pemimpin kita? Bukankah orang Islam itu bersaudara? Kenapa kita mesti ikut perangai ketam di dalam bakul akan menarik mana-mana ketam yang berada di atas ? Dalam keadaan Melayu yang sudah tidak ada apa-apa kuasa politik pun sudah seperti telur di hujung tanduk ? Kalau telur dah kena telan dengan anak buaya, lagi teruk.

Sudah 50 tahun merdeka, kita masih terpinga-pinga, pi mai pi mai tang tu juga . Setiap kali datang pilihan raya kita ajak rakyat tukar selera, tukar parti tapi tak ajak rakyat tukar sikap. Yang perlu ditukar adalah sikap, tingkah laku, ‘ peel ’, perangai. Ajak mereka menukar cara hidup sebelum pilihan raya.

Cukuplah orang seperti Raja Petra yang cuba mencetus kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri yang juga menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, ‘ Bapak Polis ’ tapi bukankah pegawai polis pun turut sama mengganggu penulis yang menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk menentukan kekalnya keamanan di dalam negara.

Apakah mereka yang mengkhianati penulis yang cari rezeki setahun sekali ini terlupa bahawa doa orang yang teraniaya dan dizalimi di makbulkan Tuhan . Apakah Pak Lah betul-betul bersalah, betul-betul berdosa? Pak Lah adalah seorang manusia biasa. Kita ada pilihan raya umum biar rakyat yang menghukumnya. Kenapa biarkan Mahathir, Anwar Ibrahim, Raja Petra menghukum sekehendak hati macam cara Amerika terhadap Iraq dan Yahudi terhadap Gaza.

Cukuplah beban yang ditanggung oleh Pak Lah bila Tun Mahathir kata dia ada gentlemen agreement dan Pak Lah cuma boleh jadi Perdana Menteri satu penggal saja? Kenapa menjelang pilihanraya ditimbulkan? Kenapa mahukan pemimpin yang tidak korup? Kalau tak suka dengan pemimpin yang korup, kenapa tak bersihkan masa Tun M jadi Perdana Menteri dulu?

Untuk apa fikiran rakyat diracuni dengan banyaknya cerita ‘ half truth ’? Terlupakah Tun M siapa saja pemimpin Melayu yang jadi Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri mesti dimusuhi? Apa tujuan Tun M mengatakan Melayu mudah lupa? Apakah Tun M memang mahu Melayu cepat lupakan segala dosa-dosanya terhadap rakyat? Apakah Tun M dulu membiarkan kebebasan media bermaharajalela seperti di Amerika dan negara sekular semasa dia jadi Perdana Menteri seperti yang dilakukan oleh Pak Lah terhadap blogger yang bebas menjual buku politik di PWTC?

Saya tak nafikan semasa Tun Mahathir masih Perdana Menteri, saya dan kawan-kawan penulis politik boleh letak satu meja di hadapan Restoran ‘ Riverside ’ untuk jual buku. Tapi buku saya ‘ Memo Kepada Pedana Menteri ’ diharamkan sedangkan ‘ Memo Kepada Pak Lah ’ tidak diharamkan.

Ada ke patut setahun sekali kita berniaga buku diperlakukan macam itu. Penulis jual buku tak guna nama portal, tak takut diheret ke mahkamah. Penulis dulu tak bacul. Mereka berani berdepan dengan Dr. Mahathir, Menteri dalam Negeri dan juga Perdana Menteri. Ini semua berlaku sebelum terjadinya reformasi yang dicetuskan untuk membela dan mempertahankan saudara Anwar Ibrahim, di mana Raja Petra pernah menjadi penyokong kuatnya pada satu waktu dulu. Sekarang bagaimana? Boleh jalan daa dengan Anwar Ibrahim?

Saya sedang memikirkan apakah saya akan jual buku lagi di perhimpunan akan datang nanti? Kerja berniaga ini dituntut oleh Islam. Tulis buku satu ‘ ibadat ’, berniaga pun ‘ ibadat ’ juga. Pak Lah mahukan ketelusan . Inilah yang kita lakukan, menulis buku tanpa mahu mengampu. Siapa nak baca buku atau blog yang mengampu menteri? Terutama mereka yang otaknya sudah dirosakkan oleh anai-anai blogger gila?

Pak Lah mahu modal insan. Modal insan bermula dengan perubahan pemikiran dan sikap. Apakah penulis bukan satu ‘ modal insan ’ yang baik selaku penyampai ilmu? Kalau itu yang dilakukan, maka sepenulis itu akan menjadi seorang modal insan yang baik. Tapi kalau dia menulis sekadar penulis cari makan , jual diri, jadi hamba tuan, maka tak banyak beza dengan setan.

Apa dan di mana silap buku politik diharamkan di Perhimpunan Agung oleh mereka yang siapa pun tak tahu siapakah identitinya? Apakah UMNO sudah tidak demokratik atau kita terpengaruh dengan ‘ demokrasi ala Amerika ’ seperti kata Fareed Zakaria, penulis dari News International;

‘ Apabila engkau mendapat wang, belikan emas, jualkan emas belikan intan, jual intan beli manikam, jual manikam belikan ilmu ’. Begitulah kata orang yang arif.

Bijaknya musuh-musuh Islam menggunakan perang urat saraf akhirnya kita yakin, kita perlu adakan ‘ checks and balance ’. Siapa sebenarnya yang mempunyai ‘ poor ability of judgment ’? Siapa sebenarnya YAB Yang Amat Berbahaya, Tun selaku mantan atau Dato Seri Abdullah Badawi selaku Perdana Menteri? Dan dalam dunia bloggers, tak mustahil ada yang penulis blog yang mengamalkan cheques and balance akaun bank. Siapakah taukeh mereka?

Bukan mudah mahu mengubah minda dan sikap masyarakat. Kalau blogger yang sekadar mengutuk bukan mengkritik dengan teguran yang membina, macam mana masyarakat nak jadi lebih baik. Tapi kalau mereka menulis dengan bijaksana tentu penyakit masyarakat Melayu yang semakin hari semakin teruk ini sudah dapat diubati oleh para penulis yang menjadikan diri mereka selaku pemikir dan pencetus minda bukan menambah burukkan lagi keadaan Melayu yang tengah tenat ni. Sakit orang Melayu ini perlu diubati bukan diracuni pemikiran mereka mengikut sekehendak hati kerana kita sakit hati.

Betulkah Mahathir sudah mencuba selama 22 tahun? Dia mengaku dia gagal ubah sikap Melayu. Dia pun mengaku dia pernah tersilap terpengaruh dengan berita yang tersiar dalam blog yang dipimpin goblok.

Dia pernah jadi Menteri Pelajaran dan selaku Perdana Menteri apakah dia pernah ambil tahu macam mana boleh berlaku keruntuhan akhlak dikalangan muda mudi Melayu? Di mana bermula kalau tidak di sekolah di mana terdapat ramainya anak-anak Melayu?

Kenapa anak Cina yang keluar dari sekolah Cina tak jadi mat rempit, tak jadi penagih dadah? Kalau bukan guru siapa kalau bukan menjadi pendidik perlu menunjukan contoh teladan yang baik? Ibu bapa mengharapkan sistem pendidikan yang boleh melahirkan anak bukan saja berjaya mendapatkan 9A tapi yang bermoral. Murid-murid sekolah ada akses kepada blog, adakah seorang blogger yang bertaraf pendeta berhati mulia cintakan bangsa seperti Pendeta Zaaba?

Saya berpendapat tak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya, berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian , sakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian . Saya selaku penulis veteran, jika takut berdepan dengan bermacam-macam ujian dan dugaan bagaimana anak didik saya boleh jadi berani menulis buku, berani diheret ke mahkamah, berani berdepan dengan siapa saja. Mereka tak takut apa-apa. Kita adalah manusia ‘ non-violent ’. Jangan lupa sifat non-violent inilah yang digunakan oleh Mahathma Ghandi bagi menjatuhkan Empayar British.

Po rah!! Boleh jalan daa... penulis yang pengecut dan bacul, berani buat tak berani tanggung mempersoalkan accountability Perdana Menteri. Macam mana dengan diri sendiri? Apakah mereka mempunyai sikap terbuka dan telus, ada maruah dan ada integrity?Integriti penting dimiliki oleh seorang ahli falsafah. Penulis dan pemikir yang ada intergriti adalah ibarat seorang yang memakai ‘perfume’ atau pewangi yang semerbak harum di mana bau-bauan itu dihidu oleh mereka yang dekat dengannya. Itulah integrity. Apakah blogger seperti Raja Petra mempunyai integrity dan accountability?

Inilah jenis manusia cakap tak serupa bikin punya , berani belasah orang cara Yahudi dan Amerika,dua penjenayah di Iraq dan di Gaza.

Saya sanggup berdepan dengan siapa saja untuk membuktikan apa yang kita tulis itu adalah perkara yang ‘ benar ’ bukan gunakan kebebasan akhbar cara Amerika - matlamat menghalalkan cara.

Siapa kalau bukan penulis yang perlu mendidik masyarakat supaya dapat membezakan antara kebenaran dan kepalsuan , menerangkan bahawa cerita ‘ half truth ’ itu fitnah. Dosa fitnah sama seperti membunuh orang. Amerika dan Yahudi mana takut dengan dosa, mana takut bunuh orang yang tak berdosa. Pembohongan yang disimpan dalam ingatan lama kelamaan akhirnya orang percaya dan pembohongan itu termasuklah dengan penulisnya yang pembohong.Semua orang ada tanggungjawab sama ada ianya seorang pembawa teksi, tukang gunting, tukang kebun atau tukang masak dan yang paling berbahaya di dapur, ramai sangat yang mahu jadi tukang masak. Kita sudah menerima seseorang untuk menjadi pemimpin negara, cukuplah Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri jangan blogger gila pun merasakan diri lebih hebat dari Perdana Menteri.

Siapa berani buat, mesti berani menanggung risiko. Jangan tangan berani mencincang, bahu tak sanggup memikul . Tak ada kebebasan mutlak bagi orang Islam. Selaku hamba Allah kita tertakluk kepada undang-undang yang ditetapkan oleh Al-Quran.

Penulisan adalah satu perjuangan untuk membuka minda Melayu supaya kurangnya pemimpin yang mempunyai ‘ mandul minda ’ terutama di dalam UMNO. Pak Lah mahukan orang Melayu berfikiran terbuka minda kelas pertama , bukan sesudah 50 tahun merdeka masih berfikiran dalam kotak dan penulis jadi makhluk perosak.

Apa jadi bila penulis menjadi penghina dan bukannya pengkritik. Orang yang dihina semakin kuat orang yang menghina jadi terhina. Tengok apa jadi bila Raja Goblog hina keturunan Datuk Syed Ali Al-Habshi. Akhirnya dia terhina kerana mendapat gelaran Raja Goblok sedangkan Syed Ali semakin kuat.

Cuba baca laporan akhbar di bawah ini:Sehari sebelum hadir ke program berkenaan, Shahrizat yang juga Pengerusi Perhubungan Wanita BN Wilayah Persekutuan mengakui berdebar-debar untuk merasmikan program berkenaan. Beliau mengakui ada sedikit ‘ tension ’ antara Datuk Wira Syed Ali dan wirawati, Faridah. Tapi keadaan itu berjaya dipulihkan.

" Lagikan lidah lagi tergigit apatah lagi dalam politik. Datuk Faridah bukan calang-calang pemimpin wanita paling berpengalaman dalam Wanita Malaysia. Semoga beliau dapat memberikan tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan kepada wanita di Wilayah Persekutuan dan seluruh negara ", katanya.

Semasa majlis tersebut, Faridah Abu Hassan, Ketua Wanita UMNO Bahagian Cheras yang juga Penolong Setiausaha Pergerakan wanita UMNO sambil disaksikan oleh Shahrizat memakaikan vest dan topi kepada Syed Ali dan Faridah sudah berjaya dipulihkan dalam masa sehari iaitu Majlis Pelancaran Gerak Kerja Pilihan Raya Parlimen Cheras?

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan masyarakat dalam ucapannya berkata, dalam hidup ini ada masa untuk semua berkasih sayang dan ada masa untuk berbaik semula bak kata pepatah biduk berlalu kiambang bertaut . Shahrizat melahirkan rasa gembira kerana Syed Ali dan Faridah dapat mewujudkaan suasana berbaik-baik dalam UMNO bahagian itu demi kemenangan BN.

" Pada saya Datuk Wira Syed Ali dan Datuk Faridah mempunyai pengalaman dan sejarah politik yang lama. Program hari ini berjaya menyuntik era politik baru, nafas baru dan energy baru untuk menang apabila semua kepimpinan, pemimpin-pemimpin bahagian kaum bapa, Wanita dapat bersama-sama menjalankan tugas pilihan raya. Apabila Cheras bersama kembali maka nur akan bercahaya di Wilayah Persekutuan ," ujar Shahrizat sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.Kalau nak tahu itulah dia UMNO. Orang UMNO boleh bergaduh tapi baik semula masa pilihan raya. Raja Goblok boleh cakap apa saja dalam blog tapi cakap-cakap Raja Petra semuanya tak boleh pakai sebab tak ada apa yang baru dalam UMNO. Macam Mukhriz Mahathir cakap pada tahun 2004 semasa ditanya tentang ucapan dasar Pak Lah di Perhimpunan Agung UMNO, "Tak ada yang baru dalam ucapan itu."

Dia tak bermaksud untuk menghina Pak Lah. Baginya UMNO masa dipimpin oleh bapanya sama jugalah dengan UMNO yang dipimpin oleh Pak Lah. Ucapan dasar mestilah sama tak kira siapapun pemimpin UMNO. Itulah maksud Mukriz. Tapi mereka yang jadi pengampu ramai. Mereka sengaja menyalah-tafsirkan kenyataan Mukriz.

Tapi Mukriz gentleman. Walaupun dia tak ada niat tak baik, dia tetap meminta maaf dari Pak Lah. Hari ini, dia terus menyokong UMNO dan menyokong Pak Lah. Buktinya, dia mahu menjadi calon pilihan raya umum di bawah kepimpinan Pak Lah.

Bila di tanya tentang pilihan raya umum dan keyakinannya terhadap kerajaan Pak Lah, dia jawab, " Saya mesti ada keyakinan. Kalau tak ada keyakinan buat apa saya duduk dalam BN. Kita kena ingat ada momentum yang kita set sebelum pilihanraya lagi. Momentum ini bukan mudah untuk digoyang… Caranya mungkin berbeza, tapi objektifnya sama. Momentum dah ada… Ini bukan masanya kita nak tukar-tukar momentum lagi… Nak tukar arah. Yang penting kita teruskan dengan kepimpinan sekarang. "

Bagi Mukhriz apa yang penting ialah gandingan orang baru dan orang lama dalam UMNO. Katanya, " Yang elok sekali formulanya ialah bergandingan bahu antara orang lama yang berpengalaman dengan orang muda yang ada idea-idea baru yang bernas. Tak boleh meminggirkan mana-mana pihak. Kedua-duanya kena ada ."

Kalau Mukhriz pun boleh menyokong Pak Lah, maka terbuktilah cakap Raja Goblok tak laku. Orang politik tak fakir macam cara bloggers fakir. Kalau tak reti dan tak biasa tulis politik, berhenti ajelah lagi bagus. Main jauh-jauh. Po rah! Go lah! Boleh jalan daa…

5 comments:

wokyoh said...

pak habib adalah seorang penulis buku...dia akan menulis untuk mencari rezeki....dia juga ada belajar agama dan mungkin juga tasauf...maka ilmu itu selalu digunapakai untuk menyokong fakta dalam tulisan beliau...cuma dulu dia pembodek utama tun mahathir...tapi bila tun dah tak berkuasa...dia hentam dan lanyak tun macam la dia tu hebat sangat...
sekarang ni dia bodek paklah dan khairi habis habisan...tujuannya ...nak lariskan buku je...kasi untung lebih sikit je...kadang kadang bodekan dia tu terlalu melampau sehingga yakin paklah dibantu oleh wali la...buat orang yang tak tahu tak apala...bolehlah pak habib kencing habis habisan....cuma nasihat saya pada pak habib sebelum tulis pasal wali mewali ni...baca dulu kitab " Al furqan Baina Aulia-ir-Rahman wa Aulia-is-syaitan" atau pebezaan antara wali Allah dan wali syaitan yang ditulis oleh Sheikhul islam Abu Abbas Ahmad Bin Abdul Halim Ibnu Taimiyyah .
Bila paklah turun nanti...dia bodek najib pula...biasala ...orang cari makan dengan berniaga buku politik...cakap saja....bunyinya macam bagus,...ikhlas la,ihsan la,maqam la,qalbi la....nak sedapkan ayat je....

sedapnya kata tun dan nuar dari keralla dan gujerat...yang dia tu...nama syed...entah entah dari yaman atau dari afrika.... memalukan keturunan syed je....

buku khairy bakal PM malaysia tu nak jual waktu perhimpunan agung disember ni ke???....bagus sangat ke khairi tu dimata pak habib???
please la pak habib...cari makan cari makan jugak...perjuangan demi agama,bangsa dan negara pun penting jugak...

Anonymous said...

kenali anwar si pengkhianat, baca artikel terbaru, layari http://medan-info-kita.blogspot.com

Panglima Perang Cyber said...

alahai wokyoh...ada juga sini...

baru aku tahu wokyoh ni jenis benci wahabi.

patut la benci keturunan syed syed ni..

oppsss aku lupa pak lah pun ada keluarga dari Yaman juga. patut pun benci gila.

Ingatkan syaitan sahaja benci keturunan Nabi ni... tapi manusia pun ada laaa..

Jenis benci keluarga nabi ni memang tak ada dapat syafaat dah akhirat.

Macam mana kasih Nabi jika anak cucu cicit Nabi dihina diperli dicemuh ?

Sebab yang kasih Nabi sahaja akan dapat syafaat.Dan ingat juga keluarga baginda...yang kita sebut dalam selawat kita hari hari.

Kasih Nabi tentu akan kasih juga keluarga Nabi.

Wokyoh ni nampak macam alim juga. Dapat sebut nama kitab.

Rasa macam kenal la...

Tak apa, nanti tak lama KALAM akan mengejutkan kita.

Mungkinkah jualan buku Pak Habib setahun sekali cukup untuk bagi makan anak bini ?

Rasa Pak habib tak serendah itu untuk mencari dunia.

Keluarga ada darah keturunan Nabi ni kena respect juga. Jangan cepat menghina.

Pelik juga jika orang mengaku Islam tak hormati keluarga Nabi...

Islam jenis mana ni ?

Oh ya.....jenis wahabi fanatik Ibnu Taimiyyah yang digelar Syeikhul Islamlah ni.

wokyoh said...

salam semua...

Maafkan saya sekiranya komen atau pendapat saya menyinggung perasaan semua.

Terima kasih kepada panglima perang cyber atas komentarnya terhadap saya.cuma disini...saya berharap kita boleh bawa berbincang cara baik dan boleh memberi manfaat kepada semua...

Agak keterlaluan sekiranya saudara panglima menyatakan saya penentang dan sangat membenci wahabi,saya membenci keturunan nabi @ syed dan dihujung kalam saudara ada menyatakan ....jenis wahabi fanatik ibnu Taimiyyah....ditujukan kepada saya atau kepada ibnu Taimiyyah itu sendiri...saya tidak pasti.

saudara panglima...diawal kalam saudara kata saya benci wahabi dan diakhir kalam nampaknya saudara pula kata saya pengikut wahabi...mana satu yang betul saudara?

sekiranya saudara tuduh sembrono tanpa kenal apa itu wahabi dan siapa itu sheikhul islam ibnu taimiyyah...maka saya amat kecewa dengan saudara kerana selama saya melayari blog dan tulisan saudara saya amat menghormati saudara kerana saudara sendiri sudah declare yang saudara adalah barisan hadapan dalam mempertahankan agama,bangsa dan negara.

Tentang siapa ibnu Taimiyyah saudara boleh baca sendiri...cuma ringkasnya beliau adalah Taqiyuddin Ahmad Bin Abdul Halim Bin Taimiyyah dilahirkan di Harran pada hari isnin 10 rabbiulawal tahun 661 hijrah.Bapanya adalah guru,khatib dan ketua hakim dikota itu.Beliau telah berhijrah ke syiria pada umur 6 tahun dan telah hafal al-quran pada usia sangat muda.Beliau telah mempelajari berbagai cabang ilmu.setelah belajar ilmu hadis dan menjadi rujukan ulama sezaman dengannya. Beliau pula dikatakan sangat mahir dalam ilmu tafsir dan usul fekah sewaktu umurnya kurang dari 10 tahun.Dalam bukunya Al bazzar beliau menyebut "Allah memberikan kemampuan yang tersendiri kepadanya untuk menentang ahli ahli bidaah yang tenggelam dalam kesesatan.Allah juga telah memberi kelebihan kepadanya untuk membongkar pendapat pendapat yang mengandungi unsur-unsur khurafat dan bidaah"

Saudara mungkin tersilap menuduh ibnu Taimiyyah sebagai fanatik wahabi kerana jika kita mengkaji secara mendalam tentang tokoh islam ini,beliau sebenarnya adalah seorang yang kuat menentang orang-orang yang sesat dan kaum mulhidah(engkar) malah adalah menjadi satu kewajiban baginya.Beliau menganggap orang yang membawa bidaah,orang yang sesat,diombang hawa nafsu falsafah bathiniah,mulahadah,puak yang berpegang kepada kesatuan di dalam kewujudan(wahdatulwujud/pantheism),Dahriyah(Atheisme),
qadariah,hululiyah dan lain lain lagi harus di tentang.Bagi beliau Islam adalah akidah dan amal.beliau juga adalah seorang yang berani berjihad dijalan Allah.Beliau amat mengutamakan sunnah rasul dan sistem ulamak salaf,malah Abu Hayyan seorang tokoh ilmu nahu terkemuka mengatakan Ibnu Taimiyyah tidak ubah seperti Abu Bakar r.a yang menghapuskan orang-orang yang murtad setelah kewafatan nabi.

Saya adalah insan biasa,hamba Allah,jauh dari alim seperti yang saudara dakwa,apa lagi pernah belajar ilmu agama secara sistem halaqah dipondok terkenal seperti Lubuk Tapah dengan Ayah Lah seperti saudara panglima,namun saya amat memusuhi wahabi dan siapa saja yang cuba untuk menggunakan agama untuk kepentingan diri atau parti.Saya juga amat memusuhi bidaah dan boleh berkompromi dengan bidaah hasanah sahaja.Saya juga memusuhi golongan yang mengambil tasauf sekerat jalan,tidak bersanad terus bersambung kepada rasullah.Saya amat memusuhi siapa saja yang taksub kepada seseorang pemimpin dan mengajak atau mempengaruhi orang lain untuk taksub sama.

Saya adalah pencinta ahlul bait sejati bukan ahlul bait palsu.Saya menghormati keturunan syed tapi kena kenal dulu hati budinya kerana mereka tidak maksum dan banyak orang bernama syed sekarang ini yang terlibat dengan maksiat,jenayah dan sebagainya.Saya tidak melulu menobatkan orang yang bernama syed adalah anak cucu nabi dan wajib dihormati semuanya.

Mungkin saudara panglima boleh membaca sebuah buku yang berjudul “ Keutamaan Keluarga Rasulullah” oleh K.H Abdullah bin Nuh,cetakan pertama di malaysia 1988 atas penerbitan Klang Book Centre sebelum menuduh saya membenci anak cucu nabi atau saya berfahaman wahabi.Semoga saudara boleh membezakan antara ahlul bait sebenar dan ahlul bait palsu dan boleh membezakan antara ahlul bait dan anak cucu keturunan nabi.

Istilah ‘Ahlul bait” berasal dari firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud…”Sesungguhnya Allah menghapuskan noda dan kotoran dari kalian,Ahlul bait, dan mensucikan kalian sesuci-sucinya”.Dalam ertikata biasa ,ahlul bait ialah keluarga atau anggota rumahtangga,namun seluruh jumhur ulama ilmu tafsir merumuskan perkataan ahlul bait itu merangkumi 5 orang yang disebut nabi iaitu nabi sendiri,fatimah,ali,hassan,
hussin dan satu pihak lagi iaitu para isteri nabi juga termasuk dalam ahlul bait ini.Mengenai hal itu Al-Muqrizi menyatakan,bahawa diatara dalil dalil yang dinyatakan ialah dhamir “kum” dalam ayat 33 surah Al Ahzab itu merujuk kepada laki laki dan perempuan.Pendapat itu juga disokong oleh IbnuAthiyyah,Zamakhsyariy,
Al-Baidhawiy ,Abu Saud , imam Al- Baghwiy dan Fakhrur-razi.

Saya juga ingin memetik kata-kata Syeikh Al-Akhbar sidi Muhyiddin bin Al-‘Arabiy( Al-Arabi),dalam bab ke-29 kitabnya yang berjudul “Al-Futuuhaatul-Makiyyah” yang menyatakan…”kerana Rasulullah s.a.w itu seorang hamba yang oleh Allah s.w.t telah sucikan sesuci-cucinya bersama para ahlul baitnya,maka telah dihilangkan pula segala kotoran(rijsa) dari peribadi mereka.oleh itu,kepada “ahlul bait” tidak dapat dimasukkan orang lain sebagai tambahan,kecuali yang benar benar telah disucikan Allah.Sebab hanya orang seperti mereka(ahlul bait)sajalah yang dapat dimasukkan kedalam pengertian ahlul bait ini”

Disini saya ingin mengemukan fatwa dari seorang ulama besar dan mufti rasmi kerajaan arab Saudi untuk renungan saudara panglima iaitu Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz,yang dimuat dalam majalah AL-MADINAH ,halaman 9,nombor 5692,tanggal
7 muharram 1402 @ 24/10/82 sebagai berikut :
“Seorang saudara dari Iraq mengajukan pertanyaan bahawa, sementara orang di negeri itu terkenal sebagai golongan “sayyid” atau sebagai anak cucu keturunan rasulullah akan tetapi mereka memperlakukan orang lain dengan perlakuan yang tidak semestinya mereka lakukan.mereka juga memungut wang dari orang ramai sebagai imbalan atas penulisan mereka atau doa doa mereka yang mereka berikan untuk orang sakit,mereka juga menerima sedeqah baik merupakan ternakan sembelihan maupun wang..oleh itu mereka membangkitkan keraguan orang ramai…maka jawab mufti itu….orang orang seperti mereka itu terdapat di berbagai tempat dan negeri.Mereka juga terkenal dengan gelaran syarif atau syed.Sebagaimana yang diketahui mereka adalah dari keturunan rasulullah,ada yang silsilahnya berasal dari Al Hassan r.a dan ada yang dari silsilah Al Hussin r.a.kebanyakan mereka berada di yaman dan di negeri negeri lain.Mereka itu sesungguhnya wajib bertaqwa kepada Allah dan menjaga diri dan hal hal yang diharamkan Allah bagi mereka.Sepatutnya mereka menjadi contoh kepada orang lain.Kemuliaan silsilah mereka wajib dihormati dan tidak boleh disalahgunakan oleh orang yang bersangkutan.Jika mereka diberi sesuatu dari baitul mal itu memang telah menjadi hak yang dikurniakan Allah kepada mereka.Pemberian halal lainnya yang bukan zakat,tidak ada salahnya jika mereka mau menerimanya.Penyalahgunaan keistimewaan keturunan nabi adalah perbuatan yang tidak patut.”

Maka salahkah saya jika saya memusuhi seorang syed yang menyumpah seorang pemimpin ulung negara yang banyak berjasa dengan perfume taiki ayami dan bermacam macam kata nista.Bolehkah saya menerima seorang syed yang dulunya memuji,memuja,membodek pemimpin itu ,namun sekarang berpaling arah dan teramat memusuhi pemimpin itu setelah pemimpin itu tidak lagi berada dipuncak kuasa dalam setiap tulisannya..Takkan penulis syed atau pak habib baru nampak kebenaran setelah tempoh 22 tahun bersama.Bukankah kebenaran itu tidak boleh dijual dibeli ? mungkin pak habib merasai dia sudah melewati maqam makam yang tinggi dalam perjalanan spiritualnya lalu baru nampak kebenarannya kini.Adakah pak habib telah begitu pasti telah mendapat Ainul yakin lantas mencapai Haqqul yakin dan bersatu bersama Kamalul yakin dengan ilmunya yang ada???bagi pak habib,hanya insan yang bernama mahathir saja yang salah,penuh dosa,masih jahil dan perlu beramal sekuat tenaga sementara menunggu ajal tiba???siapakah kita untuk menilai martabat seseorang disisi Khaliqnya?.
Janganlah kita asyik memuja seseorang yang kita suka hingga kita terlupa nawaitu kita untuk membela agama yang tercinta..Apakah paklah yang berketurunan dari ulamak itu adalah dari cucu cicit keturunan nabi yang sebenar dan layak untuk digandingkan dengan wali dalam pemerintahannya?jika dia keturunan nabi pula kenapa namanya tidak ada syed atau sharif dipangkalnya?Apakah justifikasi pak habib yang dilabel oleh saudara panglima dan blogger air kopi sebagai wira penulis negara menulis buku Khairy bakal PM Malaysia.? Sedangkan ramai yang tahu siapa khairy ini sebenarnya.Tidak hairankah pak habib bagaimana ECM Libra menelan Avenue Capital seperti ular lidi menelan ular sawa?,tidak nampakkah pak habib kelibat kamaluddin anak paklah dalam Scomi memonopoli kekayaan Negara dan Scomi begitu cepat naik mendadak sejak paklah berkuasa?.Hebat sangatkah islam hadhari dan modal insan jika dibandingkan dengan intipati wawasan 2020 yang dulunya disanjung dan dipuja oleh semua termasuk paklah umpama wasiat berdaulat negara?Tidak terkejut badakkah pak habib bagaimana Khairy sebelum ini yang hanya menantu paklah dan berjawatan naib pemuda malah boleh disebut penganggur dari Oxford itu menjadi jutawan segera?.persoalan ini juga pernah ditanya oleh lim kit siang kepada khairy di parlimen tetapi tidak berjawab.Mengapa???
Tidak ingatkah pula pak habib siapa wira melayu yang berani menentang amerika dan Israel secara vokal dipersada dunia dan dipersidangan OIC?siapakah yang selalu lantang memperjuangkan nasib rakyat palestin dan Bosnia,siapakah orang disebalik penubuhan UIA,bank islam,sistem pajak gadai islam,proton,petronas dan banyak lagi sumbangan kepada rakyat dan negara…bukankah itu dikira jasa dan besar pahalanya disisi Tuhan seperti besarnya pahala paklah membela guru guru agama dan ummat melayu dengan program J-QAFnya???

mahathir juga seorang manusia biasa seperti paklah dan kita semua yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.

Pak habib pada hemat saya yang jahil ini terlalu jauh masuk melangkah kedunia tasauf yang sebagaimana kita ketahui memang tiada sempadannya,namun mesti diingat perjalanan si salik bukan sehala dan terus menuju Tuhannya,malah masih banyak dugaan dan cabaran dalam perjalanan ini…orang yang ada guru yang mursyid dalam perjalanan pun kadangkala tersalah langkah…tergelincir akidah….kalau tidak…masakan sultan Awliya sheihk Qadir al jailani sendiri pernah digoda oleh iblis yang menyerupai gumpalan awan dan mengaku dialah tuhan…..janganlah mudah kita taksub menyatakan seeorang itu telah mencapai tahap kewaliannya sedangkan sebagaimana yang kita tahu seorang wali(kekasih Allah) sentiasa menyembunyikan kewaliannya dari pengetahuan orang awam.Hanya wali yang kenal wali.Oleh itu,adakah pak habib sendiri telah menjadi seorang wali bila dia dengan yakin berkata paklah dibantu oleh wali?

Ramai orang sekarang suka berbincang masalah kulit sahaja…kerana memang kulit nampak hebat dari luar tapi isinya bagaimana???…ramai orang yang suka membicarakan soal hati dan qalbu ,soal ketuhanan, soal manisnya iman dan enaknya buah hakikat dan makrifat sedangkan dia sendiri belum mengecap sendiri bagaimana lazatnya hakikat setelah menempuh jalan syariat,tareqat,dan makrifat.Inilah penyebab utama kenapa semakin hari ummat islam makin lemah..Umat islam semakin ditindas dimana mana,orang orang berilmu peringkat PHD inilah yang banyak merosakkan agama,ambil agama separuh separuh…malah ada yang dulunya mencanangkan manifesto ingin menjadikan islam sebagai addin iaitu cara hidup..selepas itu ditukar kepada…membangun bersama islam mengikut selera mereka…selepas itu ditukar lagi kepada Negara berkebajikan….dan sekarang ini berpakat dengan kafir DAP dan siapa saja hatta syaitan pun boleh dijadikan kawan untuk menegakkan ketuanan rakyat yang kononnya lebih afdal ,lebih adil dan saksama.Politik matlamat menghalalkan cara semakin rakus dipraktikkan baik oleh jentera umno atau pas sendiri tidak boleh dinafikan lagi.

Kembali kita kepada perbincangan awal…saudara panglima juga ada menyebut ibnu Taimiyyah adalah fanatik wahabi.Maka saya ingin menarik perhatian saudara panglima kepada siapa sebenarnya golongan wahabi ini.Untuk pengetahuan saudara ibnu Arabi adalah tokoh yang hidup sebelum ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu Qayyim .Al Arabi sebagaimana yang dikenali ialah tokoh yang mempelopori ilmu tasauf peringkat tinggi atau muntahi malah dikatakan juga ajaran wahdatul wujud adalah lanjutan perkembangan fahaman al Arabi.Saya tidak ingin membahas lebih lanjut berkaitan dengan wahdatul wujud disini,sekadar saya nyatakan bahawa saya amat bersetuju dengan ilmu tasauf peringkat tinggi atau muntahi sheikh Hamzah fansuri yang dikatakan orang kebanyakan adalah wahdatul wujud itu…namun jika kita teliti ajaran fansuri dan muridnya sheik shamsudin ,ilmu ketuhanan yang mereka kupas adalah jauh lebih tinggi dan bukannya wahdatul wujud atau martabat tujuh yang kita pernah dengar atau yang telah difatwakan sesat itu.





Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim sebenarnya adalah dua tokoh islam hebat yang telah dipalit noda kemuka mereka oleh pejuang ilmu tasauf yang tidak bertanggungjawab berkurun lamanya hingga kini .Jadi saya tidak hairan jika saudara panglima amat membenci Ibnu Taimiyyah….sebenarnya golongan wahabi atau golongan anti tasauf ini telah banyak menggunakan hujah ibnu Taimiyyah dalam menegakkan benang basah mereka…namun malangnya Ibnu Taimiyyah sudah tiada untuk mempertahankan dirinya.Siapa yang berfahaman wahabi ini sebenarnya???…mereka adalah mereka yang mengikut fahaman Muhammad Ibnu Wahab pada abad ke 18 lagi…mereka ini kononnya berjuang untuk kembali kepada Al-qur an dan hadis tetapi nampaknya mereka lebih banyak menghukum orang lain sebagai sesat.Hakikatnya fahaman wahabi inilah yang digunakan oleh penjajah barat untuk mengumpulkan sokongan orang arab demi menjatuhkan kerajaan mekah,Madinah dan Hijaz yang telah dipimpin oleh para Sharif mekah dari jurai Saidina Hassan selama 800 tahun.Maka sekitar tahun 1924,mereka telah menaikkan seorang ketua Arab Badwi dari keluarga bani Saud menjadi raja yang menguasai Semenanjung Arab sehingga negeri itu dikenali sebagai Arab Saudi,sempena nama ketua kabilah Badwi ini.Itulah asal usul kabilah Badwi yang memang tidak layak menjadi penjaga atau Khadamul Haramain tanah haram Mekah dan madinah.


Sebenarnya pihak yang mengaku ingin memperjuangkan islam ini Cuma boneka barat yang hanya pandai menghabiskan wang,harta serta hak rakyat hasil kekayaan minyak Negara arab dan juga hasil pendapatan daripada berjuta-juta manusia yang mengerjakan haji dan umrah.Ternyata mereka amat bodoh dalam membela nasib umat islam di palestin yang ditindas yahudi.
Untuk menyokong hujah saya ,mari kita lihat apakah pandangan Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya yang berjudul “Risalatul-Furqan”,halaman 631,beliau berkata “ Yang dimaksudkan hadith Tsaqalain ialah sabda nabi”Ku tinggalkan kepada kalian dua bekal,Kitabullah” dan kemudian beliau mewasiatkan supaya semua kaum muslimin berpegang teguh padanya.Beliau melanjutkan…”dan keturunanku,ahlulbait ku.Kalian kuingatkan kepada allah mengenai keturunanku,ahlul baitku:…diulang 3 kali dan seterusnya…Ibnu Taimiyyah juga dalam kitabnya “Al washiatul kubra”…halaman 297 menerangkan…”Para anggota keluarga rasulullah s.a.w wajib dipelihara sebaik baiknya.Allah telah memberi hak kepada mereka untuk menerima bahgian dari seperlima ghanimah(harta rampasan perang) dan Allah telah memerintahkan ummat islam menyampaikan selawat kepada mereka bersama selawat yang disampaikan kepada rasulullah.Dalam kitabnya yang berjudul Al-Aqidatul-Wasithiyyah pula Ibnu Taimiyyah dengan tegas membenarkan sikap dan pendirian kaum Ahlus sunnah terhadap ahlul bait rasulullah s.a.w dengan katanya”Mereka mencintai ahlul bait rasulullah s.a.w yang oleh mereka dipandang sebagai para pemimpin dan mereka jaga baik baik haknya,berdasarkan wasiat rasulullah yang di ucap di Ghadir Khum:”Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai ahlul baitku”!...Ibnu Taimiyyah menegaskan hal itu setelah menyatakan sikapnya yang sama sekali tidak dapat membenarkan pandangan kaum Rawafidh(golongan yang sangat ekstrim menyintai imam ali) yang membenci dan mencerca para sahabat nabi,dan pandangan kaum Nawashib(golongan yang tidak mempercayai keutamaan Ali dan ahlul baitnya) yang selalu menggangu ahlul bait rasulullah baik dengan perkataan maupun dengan perbuatan….Nah jelas disini Ibnu Taimiyyah begitu menghormati dan membela ahlul bait….bagaimana pula boleh dikatakan jenis wahabi fanatik oleh saudara panglima perang cyber…untuk rujukan saudara panglima ..baca lagi kitab karangan Ibnu Taimiyyah yang membela ahlul bait ini dalam kitabnya Risalah Darajatul-Yakin di halaman 149.

Berbalik kita kepada perjuangan asal kita….pernahkah saudara panglima mendengar sebuah nama hebat seorang insan bergelar Muhammad Nafs Al-Zakiyah bin Abdullah satu satunya anak cucu rasulullah dari jurai keturunan Saidina Hassan yang pernah dicatat oleh sejarah pernah dibai’at sebagai khalifah iaitu diangkat dengan sumpah setia oleh semua golongan ummat islam setelah sekian lama takhta itu dirampas oleh Muawiyyah menjadi hak milik bani umayyah dari tangan saidina hasan melalui tipu helah?peristiwa ini berlaku pada sekitar 132 hijrah atau 750 masihi.
Tahukah saudara panglima bahawa Muhammad Nafs Al-Zakiyah ini pernah dianggap imam al mahdi pada zamannya kerana namanya yang serupa dengan nama nabi dan adalah dari keturunan nabi pula.Beliau kemudiannya dikhianati oleh anak cucu Saidina Abbas,yang bernama Abul Abbas al saffah untuk mewujudkan kerajaan bani Abbasiyah yang bertahan selama 500 tahun pula.

Tahukah saudara panglima , manusia hebat ini tidak mati dibunuh di Baghdad sebenarnya seperti yang tertulis dalam sejarah. beliau inilah yang berkelana dari bagdad ke mekah lalu ke hadralmaut,yaman.Dari yaman terus ke Nusantara dengan gelaran Nakhoda Khalifah,memimpin rombongan 100 orang pendahwah yang mengislamkan Perlak 1200 tahun,kerajaan islam terawal dalam sejarah bumi serambi mekah sebelum kerajaan samudera-pasai dan selepas itu kerajaan islam Aceh.

Tahukah panglima keturunan mereka inilah adalah bani Tamim sebenar yang akan bangkit diakhir zaman nanti yang membawa panji-panji hitam dari timur membantu imam Al mahdi.

Tahukah saudara panglima bumi kelantan,kedah,pattani dan aceh ini dulunya adalah satu yang disebut serambi mekah sebelum dipecahkan oleh bongkah ais besar lalu memisahkan aceh dan semenanjung melayu melalui selat melaka.

Tidak terfikirkah oleh saudara panglima kenapa yahudi zionis dari dulu lagi begitu ingin sekali menakluki bumi semenanjung emas ini???begitu ingin sekali menawan selat melaka itu.

Mungkin saudara panglima juga pernah membaca hikayat raja-raja pasai….dan pernah berjumpa dengan sebuah hadis nabi dalam hikayat ini yang menyatakan satu wasiat nabi berkaitan asal usul keturunan baginda di samudera dan apakah amanah besar yang perlu dipikul oleh anak cucu nabi di nusantara ini pada akhir zaman.

Tahukah saudara panglima bahawa satu waktu dahulu pernah ada sebuah kerajaan melayu tua yang bernama Kerajaan Langkasuka(di sebut sebagai Lang Ya Shu dalam bahasa cina),diperintah oleh seorang raja bernama Sang Tawal berpusat di kota mahligai. Kerajaan melaka pun tidak boleh mengalahkan kerajaan Langkasuka sehinggalah raja melaka terakhir iaitu sultan mahmud shah berkahwin dengan puteri langkasuka yang bernama Puteri Onang Kuning lalu melahirkan Sultan Muzaffar shah iaitu sultan pertama perak itu pada tahun 1531.Sang Tawal mempunyai 3 orang puteri dan seorang putera iaitu puteri cik siti wan kembang,puteri chendana , puteri linang cahaya dan sultan mahmud shah.Puteri chendana telah berkahwin dengan sultan malikul zahir sultan pasai anakanda sultan malikus salih atau merah silu,raja lagi wali bagi kerajaan samudera pasai manakala puteri linang cahaya telah berkahwin dengan syed jamaluddin kubra yang merupakan moyang kepada wali songo itu.cik siti wan kembang adalah pemerintah asal negeri serendah sekebun bunga iaitu kelantan asal,manakala sultan mahmud shah telah menggabungkan beberapa buah negeri disemenanjung tanah melayu,kerajaan Champa di kemboja dan kerajaan samudera pasai menjadi sebuah empayar yang besar bernama Empayar Chermin.

Ramai yang mengkeji keturunan Tun mahathir dari sebelah bapanya,penulis seperti pak habib menghina tun berasal dari karla India,hanya paklah yang punyai keturunan arab badwi yang diwar warkan,tapi ramai yang tidak tahu dan berbicara tentang nasab keturunan tun dari sebelah ibunya…ibunya bernama Wan tempawan bt Wan Hanafi itu adalah dari keturunan bangsawan sejati kedah iaitu wan mat saman perdana menteri kedah yang terkenal itu.Sebagaimana yang kita ketahui orang yang bernama Wan ,Nik atau Che dipangkal nama ini baik dari kedah atau kelantan adalah ada hubungkait pertalian darah keturunan diraja hingga ke salsilah raja raja melayu lama iaitu raja Langkasuka,sebuah Negara yang telah hilang dalam lipatan sejarah dan perlu dicari oleh setiap mereka yang menggelarkan diri mereka pejuang sejati untuk Alif(agama),Ba(bangsa) dan Ta(tanahair)

Saudara,buangkanlah segala yang keruh,ambil yang jernih,marilah kita bersama sama berjuang untuk menegakkan kalimah Toyyibah dibumi bertuah ini kerana itu adalah amanah dan tanggungjawab kita yang utama.Kenalilah diri kita,identity kita dan asal usul kita yang sebenar sebelum berjuang kerana ia adalah sumber inspirasi dan penjana semangat untuk berjuang. Musuh kita yang utama ialah syaitan,zionis dan dajjal.

Salam perjuangan…

Wassalam.

wokyohmektot@yahoo.com

Panglima Perang Cyber said...

terima kasih komen panjang lagi lebar dari wokyoh..

rasanya kita bergaduh di medan ini tidaklah merugikan kerana ia akan memantapkan lagi hujjah kita masa hadapan..

kita sekadar bermuzakarah tidak mujadalah.