Tuesday, July 22, 2008

PKR buat tak tahu bantahan PAS di Selangor isu penajaan Syarikat Arak Heineken

PKR makin biadap dengan kawan rapatnya sendiri.. Satu persatu isu yang timbul telah disengajakan atau tidak ; telah menjeruk rasa PAS hingga PAS sedar dari awal lagi bahawa Pakatan Rakyat ini membahayakan Islam hingga terus membuat pertemuan sebanyak tiga kali dengan Pak Lah sejurus selepas pilihanraya lepas.

Kekuatan bukan Melayu @ anti - Islam telah bertambah dan telah memberi ruang kepada kegiatan kegiatan yang ingin memberi implikasi negatif kepada nama baik PAS sebagai parti Islam hingga menghodohkan Islam keseluruhannya melalui saluran politik bersama atas wadah Pakatan Rakyat.

Kegiatan ini didiamkan sesetengah pihak dalam PAS dan dibantah terang terangan oleh sesetengah pihak yang lain.

Terbaru penajaan syarikat arak Heineken untuk perlawanan Chelsea di Selangor telah mencetuskan kontroversi hingga menggamit hati Timbalan Pesuruhanjaya PAS Selangor untuk memberi kenyataannya.

Jika sebelum ini hanya suara Pemuda PAS sahaja sering bergema, sekarang kita dapati ia telah meningkat hingga menjadikan Timbalan Pesuruhanjaya PAS Selangor terpaksa bercakap dan disokong oleh Pemuda PAS sendiri meskipun Pesuruhanjaya PAS Selangor selaku Exco Selangor iaitu Datuk Hassan Ali ( yang menentang Islam Hadhari ) hanya mendiamkan diri sahaja apatah lagi kerana 'khuatir' hilang kuasa yang dipinjamkan Allah seketika itu...

Cuma ada juga kemusykilan kita, adakah bantahan ini ikhlas ke atau sekadar ingin menutup ' lobang lobang' agar sokongan dan keyakinan rakyat ' tidak bocor ' ?

Laporan Utusan di bawah menjelaskan segala galanya yang berlaku :

( gambar ditambah oleh tuan blog - harap maklum )

Tajaan arak: Pemuda Pas tetap bantah

SHAH ALAM 21 Julai - Keputusan kerajaan negeri membenarkan perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Malaysia dan Chelsea di Stadium Shah Alam, pada 29 Julai ini yang turut membabitkan tajaan syarikat pengeluar arak Heineken, sekali gus membuktikan kepimpinan kerajaan negeri membantu mempromosikan jenama minuman keras itu.


Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Sallehen Mukhyi ( gambar atas ) yang menyuarakan rasa kesal dengan pendirian kerajaan negeri itu berkata, mempromosikan minuman keras juga merupakan kesalahan yang besar dalam Islam, selain menjadikannya sebagai minuman.

"Bila bersetuju perlawanan diteruskan atau kita terpaksa terima penganjurannya, itu promosi minuman keras sekali, bukan sekadar soal minum sahaja.

"Ini memandangkan minuman keras adalah cabang perniagaan utama syarikat berkenaan walaupun pada masa yang sama ada mengeluarkan produk lain," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Khamis lepas, Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Shafie Abu Bakar (gambar )membantah pembabitan Heineken yang menaja siri jelajah pasukan terkenal Liga Perdana England itu ke Asia, atas alasan perlawanan berkenaan tidak seharusnya melibatkan syarikat minuman keras itu kerana ia jelas bertentangan dengan prinsip yang diperjuangkan oleh Pas selama ini.

Bantahan berkenaan disuarakan ekoran kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sehari sebelum itu yang bersetuju perlawanan itu ditaja oleh Heineken kerana menganggap ia adalah penaja seluruh dunia yang membolehkan rakyat dapat melihat aksi skuad Chelsea di negara ini.

2 comments:

Anonymous said...

apa nak jadi....

- konsert ella mas idayu di selangor
- londeh seluar di selangor
- arak di penang
- iklan syarikat arak di selangor
- 999 tahun di perak
- balak di kedah
- Kroni di Selangor

Paling besar sekali, LIWAT di seluruh negara !!

ye... Islam diliwat sekarang ini...oleh agamawan politik .

yang inginkan pakatan rakyat diteruskan hingga akhir hayat.

Cheguman said...

Khalid... khalid... amende le lu... lu tipu idup-idup PAS sedangkan PAS mati-mati percaya kat lu...

Oh, ye... Nuau ape kabau?