Tuesday, July 15, 2008

Dewan Ulama PAS setuju keluar Pakatan Rakyat !!!

Dewan Ulama sokong penuh kenyataan Presiden PAS - Harakhdaily

Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh
Sat | Jul 12, 08 | 4:51:28 pm MYT

Dewan Ulama PAS Pusat ingin mengalu-alukan dan menyatakan sokongan sepenuhnya kepada kenyataan yang dibuat oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS sebagaimana yang telah dimuatkan dalam Harakah keluaran 13-28 Rejab 1429/ 16-31 Julai 2008 yang antaranya memperjelaskan peranan PAS dalam arus politik perdana masa kini.

Dewan Ulama PAS Pusat amat prihatin dengan isu negara yang berlaku dan sentiasa memastikan agar ianya memberi kesan yang baik untuk Islam dan ummahnya.

Dewan Ulama juga berkeyakinan bahawa masyarakat Malaysia pada hari ini menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk menerajui negara, bahkan telah ramai yang ingin melihat wujudnya Negara Islam atau negara berkebajikan yang sebenar yang memberi jaminan keamanan dan kesejahteraan kepada semua kaum dalam negara.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS sememangnya mengambarkan bahawa perjuangan PAS adalah jelas iaitu menyeru manusia ke arah yang maaruf dan berusaha menjauhkan manusia dari kemungkaran dan kezaliman.

Apa saja cara yang diajar oleh Islam itulah teori dan landasan yang dibawa oleh PAS. Pendekatan yang diambil oleh PAS dalam arena politik tanah air sememangnya berbagai-bagai dan PAS ternyata telah matang.

Dewan Ulama percaya bahawa semua ahli PAS seharusnya menyedari bahawa bertemu dan berbincang dengan mad�u yang mempunyai pelbagai latarbelakang adalah penting untuk memastikan sasaran dakwah dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Semua ahli diajar bahawa Tahaluf Siyaasi adalah satu juzuk yang penting dalam politik Islam. Ia mesti diguna pakai oleh Jamaah Islam seperti PAS agar dasar yang diperjuangkan oleh PAS dapat dihayati dengan lebih dekat oleh rakan-rakan di dalam gagasan tahaluf siyaasi ini.

Selain dari itu juga, kehadiran PAS dalam Pakatan Rakyat adalah perlu difahami dalam konteksnya yang luas.

Kerjasama yang dibuat oleh PAS amat jelas iaitu untuk menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran (Islam). Kerjasama dan pakatan yang boleh merealisasikan hasrat murni ini sudah pastinya akan terus dijulang oleh PAS.

Begitu juga sebaliknya kalau pakatan yang merugikan Islam dan perjuangannya pasti akan ditolak oleh PAS.

PAS bukannya parti yang melukut di tepian yang boleh diletakkan di mana-mana. Parti-parti lain yang turut mendukung cita-cita membentuk kerajaan baru di Malaysia pula perlu terlebih dahulu menjaga sensitiviti masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.

Isu-isu syiar agama yang menjadi tuntutan dan prinsip kepada orang yang beragama Islam perlu juga difahami tahap sensitivitinya.

Wujudnya tuntutan untuk memperlahankan suara azan sebagai contohnya menunjukkan segelintir masyarakat masih tidak memahami urusan penting bagi umat Islam. Perkara ini sepatutnya difahami oleh semua kaum di Malaysia.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat

Julai 14, 2008



Ini ucapan menyokong kenyataan Hj Hadi yang jelas mengkritik DAP dan PKR yang disiarkan pada 10 Julai lepas di mStar, dan Harakahdaily.

Ia manifestasi kekecewaan ahli PAS yang lahir dari mulut Presiden PAS sendiri bahkan diterima baik ramai penyokong PAS yang sangat sangat kecewa dengan pakatan yang mereka sangka pada peringkat awal , adaruang bagi Islamditegakkan.

Namun akhirnya mereka telah ditipu, dan mereka terpedaya hingga Hj Hadi sanggu membuang serbannya dengan menggadaikan Negara Islam menjadi Negara Kebajikan demi untuk mendapatkan undi dan sokongan rakyat.

Namun kuasa tidak berkat ini tidak lama dan kukuh. Allah mengajar kepada mereka bahawa hari demi hari PAS ditipu dan disindir berkali kali oleh anti Islam bernama Kafir Harbi As Singh Mali : Karpal Singh.

Beliau sama bongkak dengan Teressa Kok yang sengaja menghidangkan babi berekor ekor dan dipamerkan di blog beliau hingga kecoh seluruh negara dengan korban 5 ekor babi tersebut yang dianggap ramai orang sebagai 5 negeri yang diperolehi mereka.

PAS puncanya.

PAS yang menjadi 'tayar' kepada kemenangan tersebut.

PAS yang menjadi ' alat' kepada kejayaan tersebut.

Akhirnya apa PAS dapat ? hanyalah penat. dan dicemuh penyokong sendiri kerana menjaga sangat hati kawan kawan dalam Pakatan Rakyat yang jelas TIDAK PANDAI MENJAGA HATI PAS !

No comments: