Thursday, July 3, 2008

Najib dituduh bersama Altantuya oleh Penyiasat Persendirian upahan Anwar !!

Maaf kerana membangkitkan 'upahan'....

kenapa ? kerana hal ini dibangkitkan selepas hampir 2 tahun ia berlalu dari 2006 - 2008 !

Kenapa baru sekarang ?

adakah kerana Anwar telah dilewati masa ' suram' politiknya dengan perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan tidak mahu jatuh air muka kerana isu isu tersebut ?

kenapa selepas 19 bulan ( dari tarikh penganalisis Razak Baginda ditangkap ) baru isu kenyataan beramaran beliau dibuang ; timbul ?

adakah ini kerana ' kenaikan saham' dan duit duit jutaan ringgit yang timbul ?

sebelum ini Raja Petra dah cuba. Tetapi tidak berjaya.

Sekarang hero baru pula cuba. mana tahu akan berjaya ?

Jika berjaya apa ganjarannya ? agak agak saya peluang jadi wakil rakyat seperti ' jurugambar' video Lingam yang telah bergelar YB hanya dengan merakam video sahaja...

Baca berita tersebut :

Penyiasat persendirian itu, P Balasubramaniam hadir dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR Petaling Jaya hari ini.Dalam akuan berkanunnya yang diedarkan kepada media, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa majikannya itu pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya dalam sebuah pameran berlian di Singapura.

Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuknya terus bertugas dengannya.

Selain maklumat tersebut, dakwa Balasubramaniam lagi, penganalisis politik yang dekat dengan pemimpin negara itu juga memberitahunya:

* Najib memaklumkan kepada majikannya itu bahawa mereka berdua pernah melakukan hubungan seks.

* Oleh sebab beliau sekarang timbalan perdana menteri, Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita berkenaan tidak mengacaunya.

* Ketiga-tiga mereka – Najib, Abdul Razak dan Altantuya - didakwa pernah makan malam bersama di Paris.

* Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di negara itu.

==================================================================

Berat tuduhan dan fitnah ini ( jika ia palsu ) kerana ia melibatkan isu zina dan juga rasuah. Ia akan menggambarkan kepada rakyat tentang buruknya kerajaan dan sekaligus rebat tunai akan dilupakan dan isu isu yang ada sebelum ini akan hangat kembali.

Perkara ini boleh menggugat keamanan... Polis pasti akan bertindak tegas. tentera juga sudah bersama polis membuat latihan bagi menghadapi situasi begini seperti mana akhbar melaporkan.

hati hati, kerana yang akan jadi mangsa ialah kita jika huru hara berlaku ekoran 'hasutan berterusan' dari agen agen zionis yahudi dan amerika di negara kita ini.

3 comments:

Cheguman said...

Elok la polis-tentera buat latihan bersama. Sebelum ni polis jaga lalu lintas je. Tak lama lagi ntahkan nak jaga negara bila kena serang dek Amerika macam di Iraq. Nauzubillah.

Panglima Perang Cyber said...

Tentera lebih digeruni kerana 'fizikalnya'...

tu yg ramai takut keluar protes ahad lepas.

skrg baru sedar, protes adalah proses 'melondehkan' seluar PAS.

biar 'malu' dengan sumbangan akhlak penyanyi punk yg diundang.

Sapa ? PKR lah yg tahu benda benda ni..

PAS tak kenal pun....

Skrg dah kenal dah tahu eloklah tu. Kita tengok apa reaksi selepas ini.

Nak kawan lagi ke tak..

www.penyiasat.tk said...

Penyiasat persendirian
http://www.detektif.tk
http://www.penyiasat.tk