Friday, July 11, 2008

Raksasa BN menulis kutuk Mahathir

Dr. M risau pasal peralihan kuasa-Malaysiakini

Oleh Mohamad Ansar Saifuddin

MELAYARI http://test.chedet.com/, terbaca oleh saya satu tulisan ringkas, tentunya dari bekas Perdana Menteri, bekas Presiden Umno, bekas Pengerusi BN, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu dan bekas Ahli Umno, bernama Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kerisauannya terhadap peralihan kuasa dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Sepatutnya, saya tidak membaca tulisan ini kerana, tidak ada faedahnya melayan syak wasangka dan busuk hati Dr. Mahathir terhadap Pak Lah bukan sehari dua ini. Dia sudah melakukan sejak sekian lama, dalam banyak ceramah-ceramahnya selain menulis dalam webside yang kononnya mendapat kunjungan ramai.

Apabila sudah terbaca, saya rasa seperti terpanggil untuk mengulas sesuatu, tentunya bercakap mengenai hak dan keistimewaan Pak Lah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Ingat! Ketika Dr. Mahathir menjadi PM dan Presiden Umno, bukan sedikit carca-marba yang dilakukannya. Lupa, bagaimana dia menyindir Datuk Shahrir Abdul Samad apabila MP Johor Bahru itu, yang ketika itu adalah Ahli MT Umno menulis di laman web?

BN biasa kalah di peringkat negeri ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Sabah, Kelantan dan Terengganu merupakan 'sejarah hitam' yang tidak mungkin dapat dipadam. Mahukah Dr. Mahathir menafikannya? Kelantan terlepas ke tangan PAS bukankah ekoran 'pergaduhan' Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah?

Lupakah kita, Parti Melayu Semangat 46 pernah menang satu kerusi di DUN Johor, Pahang dan Selangor ketika kemuncak kebencian rakyat terhadap Dr. Mahathir? Hari ini, apabila Presiden Umno yang boleh mengimamkan sholat mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua Cawangan dan ketua-ketua bahagian dari seluruh negara, Dr. Mahathir nampaknya 'menghasut' mereka bahawa Pak Lah akan memberi gula-gula kepada Najib.

Gambarannya Pak Lah akan berundur 2010, kemudiannya Najib akan diserang dengan pelbagai tuduhan, menyebabkan Najib dianggap tidak layak menjadi TPM dan Pak Lah akan melantik seorang lain yang setia kepadanya sebagai TPM, menunjukkan Dr. Mahathir cuba 'menyamakan ketidak ikhlasan' hatinya dengan keikhlasan hati Pak Lah.

Perdana Menteri pertama yang bermasalah dengan timbalan, bukan Pak Lah tetapi Dr. Mahathir. Gandingan 2M (Mahathir dan Musa) suatu ketika dahulu mengusarkan Dr. Mahathir yang sentiasa menganggap Tun Musa Hitam mahu menentangnya. PM yang tidak mahu berundur sebenarnya ialah Dr. Mahathir. Dia hanya berundur kerana dia tidak ada pilihan lain.

Usahanya menawarkan diri bertanding G7 di Kubang Pasu juga menunjukkan 'ada yang tidak puas di hatinya'. Dia mahu masuk lagi Perhimpunan Agung Umno, walaupun dia sudah menjadi Presiden Umno 22 tahun, tidak masuk tujuh tahun sebagai Timbalan Presiden.

Hari ini, Dr. Mahathir menyebut nama Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mungkin 'dianggap sebagai tidak setia kepada parti, pengkhianat dan tak hormat arahan demokratik dari Presiden Umno' jika meneruskan hasratnya bertanding jawatan yang lebih tinggi dari Naib Presiden Umno.

Muhyiddin mungkin 'tersenyum kambing' dengan kenyataan Dr. Mahathir ini.
Tetapi jika Muhyiddin ingat bagaimana Dr. Mahathir 'menjatuhkannya' dari kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 1996, Muhyiddin mungkin tidak dapat memaafkan Dr. Mahathir sampai ke mati. Ingat, antara kata-kata Dr. Mahathir di dalam Ucapan Dasar Presiden Umno tahun 1996?
Antara kata-katanya;

"Jika kita memilih orang yang member duit kerana membeli undi, orang ini nanti akan menjual negara dan parti ini untuk mendapat semula wang yang digunakan untuk tujuan membeli undi…

" Walaupun kata-katanya itu tidak ditujukan kepada Muhyiddin yang ketika itu menduduki kerusi Naib Presiden nombor satu, tewas hingga jatuh ke nombor enam. Nasib baik ketika itu, ada seorang calon bernama Yeop Tajuddin (Naib Ketua Umno Cawangan Dalam Bahagian Lembah Pantai) mendapat undi 111, yang meletakkannya di kerusi nombor tujuh. Jika tidak, Muhyiddin tercorot.

Bolehkah Muhyiddin dan penyokong-penyokongnya memaafkan Dr Mahathir dengan apa yang berlaku? Lupakah Muhyiddin dia hamper-hampir 'bertumbuk' dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman kerana situasi politik ketika itu? Siapa yang melaga-lagakan mereka jika bukan Dr. Mahathir?

Ketika tewas, Muhyiddin dikatakan ada memberitahu kawan-kawannya "saya ditanam enam kaki ke bawah tanah" oleh Dr. Mahathir dan Ghani Othman. Mungkin saya tidak boleh muncul lagi selepas ini. Sebelum itu, apakah Muhyiddin lupa bahawa Dr. Mahathir 'tidak menghormati kedudukannya' sebagai Naib Presiden nombor satu, kerana hanya melantiknya menjadi Menteri Belia dan Sukan sedangkan kementerian itu adalah kementerian paling junior dalam cabinet.

Siapa yang meletakkan Muhyiddin di Kementerian Pertanian (satu kementerian yang cukup besar dengan 13 agensi kerajaan di bawahnya) dan sekarang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri? Bukankah Pak Lah? Siapa yang berkempen (ketika membentangkan budget dan pertemuan Presiden dengan perwakilan Umno) sebelum pemilihan 2004, untuk Muhyiddin jika bukan Pak Lah?

Hari ini, Dr. Mahathir yang pernah 'takut Pak Lah melantik Muhyiddin' menjadi TPM, tiba-tiba mahu menjadi pembela Muhyiddin. Kata-katanya 'mendahului' orang lain supaya Pak Lah tersepit dengan keadaan ini. Dulu, dia (Dr. Mahathir) tidak berhasrat melantik Najib, bukan kerana Najib tidak layak tetapi kerana 'kehendak Allah' dan rezeki Pak Lah.

Dr. Mahathir bukan lagi ahli Umno. Jika dia tidak ada sesiapa berani mengelarkannya sebagai 'pengkhianat' tetapi hakikatnya begitulah. Parti yang meletakkannya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri kini sudah ditinggalkannya. Memang masih ada orang yang bernostalgia dengannya. Kononnya dialah PM terbaik yang pernah dilahirkan di Malaysia.

Tetapi, untuk memerintah Negara ini, tidak cukup sekadar bernostalgia sahaja. Lama dah… cemoi dah. Cukuplah! Kenapa sampai sudah berundur, masih mahu menyusun atur siapa yang patut berhenti, siapa yang patut menjadi PM dan siapa yang patut melawan Presiden parti.
Jika Dr. Mahathir tidak perlu risau jika ada 'suara-suara dari pengasas parti yang sudah meninggal dunia' marahkah Pak Lah kerana kononnya Pak Lah sudah 'hi-jeck' parti ini kerana apa yang berlaku hari ini, termasuk kemarahan rakyat, Isu Anwar Ibrahim, Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Daim Zainuddin adalah 'kesilapan di era dia sendiri'.

Tidak ada siapa yang berani menegurnya ketika dia berkuasa hingga menyebabkan dua bekas PM bertindak tidak mahu menyertai Umno (baru) yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir dan kawan-kawannya.

Kalau Dr. Mahathir menyangka yang Pak Lah akan melakukan sesuatu yang tidak patut kepada Najib dan Muhyiddin, Dr. Mahathir juga seharusnya bertanya dengan Najib dan Muhyiddin apakah mereka berdua juga ada melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan kepada ketua mereka yang jujur dan ikhlas melantik mereka?

Kepada pelayar-pelayar laman web 'chedet' dan memberi komen menyokong Dr. Mahathir, fikirkanlah bahawa Umno itu lebih penting dan berjasa daripada 'Dr. Mahathir tanpa Umno'. Rasionalkan fikiran dan bantulah Pak Lah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang kekal aman dan harmoni, serta bebas dari fitnah.




http://raksasabn.blogspot.com/2008/07/dr-m-risau-pasal-peralihan-kuasa.html

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Terbaca tulisan Mahathir ke kau selak hari hari nak baca, gian..

Cakap kau memang betul, sampai ke penghujung aku membacanya, bernas dan menarik..tetapi lama kelamaan aku terhidu bau yang hancing..

Kau tentu fahamkan, dia datang dari hati kau yang lebih busuk, bernanah..

Cheguman said...

Nampaknya ramai yang lupa siapa yang jadi pemimpin kita yang sebenar. Maksud saya: sekarang, bukan dulu.

"Semua yang ditulis itu benar, tetapi..."

Kenapa perlu ada TETAPI? terlalu sukar kah mengakui kebenaran atau sengaja mengasihi keegoan?

Bukan fanatik pada Paklah, tetapi tidakkah beliau sanggup menerima desakan rakyat untuk berundur. Benarkah rakyat yang meminta beliau berundur atau pemimpin tertentu yang menginginkan sesuatu faedah peribadi daripada kekosongan yang akan muncul nanti?

Apabila jawatan yang di atas kosong, berapa ramai yang akan dapat untung?

Bagi saya penyokong parti pembangkang lebih mulia berbanding penyokong parti kerajaan tetapi membenci pemimpin utamanya.

Mungkin ada istilah lain yang lebih sesuai untuk orang yang membenci pemimpin nombor 1? bagi saya istilah yang tepat ialah PENGKHIANAT.

Tetapi jika saudara sebenarnya bukan penyokong kerajaan, maka saudara adalah MUSUH.

Mungkin saya silap memberikan sokongan, namun saya bangga kerana saya sedang menyokong pemimpin sebenar.

Mungkin saudara yang benar, tetapi saudara sedang menyokong musuh pemimpin sebenar.

Secara jujurnya, berapa ramai yang menyokong Tun DrM sekarang adalah orang yang sama menyokong beliau dulu? Tidakkah mereka sebenarnya adalah golongan 'cerdik' yang akan sentiasa mencari-cari kelemahan pemimpin utama negara?

Satu soalan mudah:
Siapa Perdana Menteri Malaysia sekarang?

Semasa Tun DrM jadi PM, tidakkah dia yang mengajar kita agar setia kepada kerajaan yang memerintah. Jika beliau sendiri gagal mematuhi ajarannya sendiri, layakkah kita mengikut dia? Atau ajarannya ketika itu adalah bohong semata-mata?

Jika demikian, masih layakkah kita mengikutnya?

Saya juga membaca tulisan Tun tersebut namun saya beranggapan tulisan itu tidak mempunyai nilai yang baik untuk dipertahankan atau dibincangkan. Agak memeranjatkan apabila ada orang yang sanggup mengenepikan kebenaran demi mempertahankannya.

Demikianlah anehnya pandangan-pandangan manusia.

Wallahu'alam.

Panglima Perang Cyber said...

Mahathir Mudah Lupa

Mahathir Mudah Lupa

Mahathir Mudah Lupa

Mahathir Mudah Lupa

Mahathir Mudah Lupa

Mahathir Mudah Lupa

Mahathir Mudah Lupa

Mahathir Mudah Lupa