Tuesday, June 24, 2008

ISU MINYAK - FAKTA LENGKAP SIRI 02



Page 7 , 8 , 9 , 10 , 11





Page 12 , 13 , 14, 15

Monday, June 23, 2008

ISU MINYAK - FAKTA LENGKAP SIRI 01

Page 1 Page 2 Page 3



Page 4 Page 5 Page 6

Saturday, June 21, 2008

Bukan Keputusan SAPP - UTUSAN




USUL BUKAN SEBULAT SUARA - SAP




Friday, June 20, 2008

Najib pulang dari UK













Di saat SAPP mengumumkan 'pengkhianatan' Najib Razak berada di luar negara. Ketika Tun Mahathir umum keluar UMNO Najib juga berada di luar negara.

Semua serentak ketika Najib keluar negara. Mungkin semakin banyak Najib keluar semakin ramai akan ' buat perangani ' ???

Thursday, June 19, 2008

Faisal Tehrani dan pukulan mautnya untuk PAS di blognya !

19 June 2008

Nahi Mungkar Cara PAS

Tuan-tuan pencinta Islam sekalian. Ketahuilah salah satu prinsipnya Islam adalah amar makruf nahi mungkar. Saya mengimani hal tersebut dan tidak sedikit pun berganjak darinya.

Saya tidak pernah menafikan nahi mungkar.

TETAPI, nahi mungkar bukan lesen.

Nahi mungkar tidak bermaksud pemerintah; sebagai satu contoh menjadi Taliban lalu membelasah mereka yang tidak berjanggut atau yang kelihatan merayau sewaktu tiba waktu solat. Atau membelasah wanita yang keluar selepas Asar. Itu bukan nahi mungkar. Itu lesen untuk bermaharajalela.

PAS, kini sudah mempunyai kuasa. Untuk ahli PAS yang perasan dan berasa sedap dengan istilah government in waiting saya ingin mengingatkan PAS tidak dapat lagi melakukan nahi mungkar seperti kaedah lamanya. Bilalah PAS nak belajar.

Kalau konsert itu bakal dianjurkan di Kedah (baca: Kelantan)yang PAS punya banyak kerusi 'mungkin' kita dapat menerima.

Tetapi PAS hanya melukut tepi gantang serta sekadar di pinggiran di Selangor.

Berhenti menuduh saya, sejenak berhentilah dan merenunglah:

Kadang-kala kebaikan itu tidak layak diperintahkan bahkan haram diperintahkan. Kadang-kala kejahatan itu tidak layak dilarang, bahkan haram dilarang. Mencegah mungkar itu perlu memenuhi sekian syarat. Hendaklah si pencegah itu punya ilmu, paling tidak dalam hal yang ingin ia tegah. Hendaklah diambil kira apakah ia mendatangkan kesan atau tidak. Jika yang ingin dicegah itu tidak terkesan, maka gugur wajibnya. Adalah perlu pula melihat apakah ia ada maslahah untuk Islam atau tidak. Jika tiada dapat memberi kesan hal mencegah mungkar tersebut, maka wajib menyediakan kelompok yang terkesan terlebih dahulu.

Adalah pula jika syaratnya, yakni sudah punya ilmu dan kesan itu; jika sudah dapat dipenuhi, tetapi jika pelakunya kelak akan tetap buat lagi - maka tidak perlu lagi menegur.
Sebab itu saya malas menegur lagi seorang pembikin filem wanita. Kerana jelas dalam filemnya selepas ini pun dia akan tetap buat lagi. Begitu juga tiada guna menegur pelakon sharifah tertentu kerana memang kesannya tidak ada.

Adalah pula jika si pencegahnya ada ilmu, dan yang dicegah itu pula akan mendapat kesan, yakni pada pelaku batilnya; TETAPI mudaratnya lebih besar ke atas masyarakat maka gugur kewajipan mencegah kemungkaran tersebut. Demikian cara mencegah mungkar. Bukan ia dilakukan semberono sewenang-wenang ala wahabi Taliban.

Demikianlah cara mencegah mungkar yang ditunjukkan oleh ahlul bait. Sebab itu saya cadangkan kita bersatu supaya kita saling dapat meminjam pengalaman sekolah pemikiran yang lain dalam Islam. Pengalaman nahi mungkar ala salafi-Taliban telah terbukti gagal. Buat apalah tuan-tuan nak ikut. Pengalaman nahi mungkar ala Hezbullah nampaknya lebih berkesan, mengapa tidak kita pinjam?

Yang perlu kita bangunkan ialah hati yang ingin kepada agama. Kepada tauhid. Bila mereka sudah mengenal Tuhan dan wilayahnya maka dengan sendiri manusia itu berkeinginan kepada Islam.

Adalah lebih baik, dari PAS membuat demonstrasi seperti anjing menyalak bukit dengan mematuhi ayat al-Quran ini:

Ayat 159 surah Ali Imraan: Dan kalaulah kamu bersikap kasar lagi keras hati, maka pastilah mereka akan lari daripadamu. Oleh itu, maafkanlah mereka dan mintalah ampun untuk mereka, juga berbincanglah dengan mereka dalam sesuatu urusan.

Faham tak? Jangan cepat jump into the conclusion. Saya bertungkus-lumus bertahun-tahun mendekati golongan seni sehingga ikut terlibat dalam dunia teater dan segala bagai untuk mendekatkan mereka kepada agama. Tetapi cara nahi mungkar seperti mendapat lesen untuk membantai inilah yang telah menjadikan usaha saya gagal berkali-kali.

Untuk membangunkan agama dalam masyarakat bukan sahaja ada jalan syariah dan hukum, tetapi juga ada jalan falsafah dan dakwah.

Reti?

http://tehranifaisal.blogspot.com/


Tuesday, June 17, 2008

PAS perlu keluar dari Pakatan Raya di Tranungkite Online

Klik sini http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=18564

untuk membaca posting tentang diskusi mengapa PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat.. Memandangkan situasi semakin tidak terkawal dengan kenyataan demi kenyataan yang menampakkan ketegasan PAS di dalam menegakkan undang undang Islam yang tidak disukai oleh DAP dan PKR ..

samada PAS komited atau bersandiwara seperti kata MP BELUDU ia perkara yang sukar kita jelaskan disini kerana ia soal hati yang bersifat dalaman bukan luaran seperti percakapan dan perbuatan.

Cuma antara post peserta Forum Tranungkite Online ialah :

shahrulazman
Kopral
Kopral


Joined: Apr 18, 2008
Posts: 129

PostPosted: Fri Jun 13, 2008 6:13 pm Post subject: PAS keluar dari Pakatan Rakyat (PR)? Reply with quote

Assalamualaikum.

Aku berpendapat PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat kerana beberapa faktor:

1. Tentangan DAP secara terang2an berkenaan Negara Islam.
Rujuk di sini

2. PAS boleh mendapat majoriti 2/3 jika berada di luar PR bagi PRU13.
Rujuk di sini

3. PKR & DAP ada bibit-bibit nepotisme. Lim KIt Siang, son & wife. Karpal & son. Azizah & daughter + bonus (Penasihat PKR). Tak kena langsung dgn Majlis Syura yg diamalkan oleh PAS dulu, kini & selamanya. Benda2 tak elok mcm ni, PAS turut terpalit.

4. Kenyataan DAP berkenaan isu Sultan. Tuan Guru Dato Nik Aziz pun bgtau yg cara Karpal tak kena. Mcm tak tau adab & adat. Refer sendiri dlm Harakah. Sama la geng 22 Idris (tapi lg teruk ni).

Sila bagi pandangan. Wallahualam.



Cuma jika terbukti PAS sanggup 'mendiamkan diri' selepas didesak menghentikan program Islamnya seperti berita di sini , ini bermakna PAS sanggup kehilangan kredibilit dan maruah diri demi kuasa yang sangat dijaga sedemikian rupa.

Bagi UMNO, perbuatan PAS bersekongkol dengan PKR yang pro Yahudi dan Amerika serta DAP yang baik dengan PAP di Singapura, hingga kini memberi keuntungan moral kepada UMNO. Rupanya PAS sekadar berpolitik menggunakan ayat ayat Tuhan dan Hadis Nabi dan mendiamkan diri ketika mana kata kata kafir telah 'terpalit' kepada diri mereka lantaran bekerjasama dengan parti anti Islam seperti DAP dan PKR yang membela IFC dan juga HINDRAF di dalam pergerakan mereka.

Yang semakin menggembirakan UMNO ialah PAS sudah pandai berceramah di kuil ( klik sini ) dan sudah mula masuk ke gereja ( klik sini )... atau sini

Akhirnya kita boleh minta PAS teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat kerana ia akan menguntungkan UMNO bagi tempoh yang panjang kerana segala 'fatwa karut' mereka akan terpalit kepala mereka sendiri...

Mari kita PAStikan kita tidak akan sokong kerja menentang Islam dan juga mengharamkannya seperti Selangor dan Pulau Pinang !

Friday, June 13, 2008

Kes : Hanipa Maidin lawan Perdana Menteri


KUALA LUMPUR, 13 Jun (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa kerajaan tidak perlu menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan penyiasatan penuh berhubung dakwaan seorang Hakim Mahkamah Tinggi bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengugut untuk melucutkan jawatan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan, 11 tahun lalu menggambarkan beliau tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat, Hanipa Maidin berkata hal tersebut menunjukkan beliau sememangnya tidak serius langsung.

"Ia merupakan kenyataan yang tidak bertanggungjawab seorang ketua negara, menunjukkan beliau memang tidak bersungguh-sungguh dalam menyelesaikannya.

"Bayangkan, ia adalah suatu tuduhan yang begitu serius tetapi secara mudah beliau tidak mahu menyiasat hal tersebut," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Komen saya : sudah banyak suruhanjaya dibenar selama ini. Dah jadi ' Bapa Suruhanjaya ' pula gelaran orang kenakan PM kita....Tapi pembangkang memang selalu tak puas hati sahaja. Pak Lah tidak mahu atau mahu semua jadi kecoh. Macam kisah Luqman Hakim yang naik keldai dan jalan kaki tetap sama dihebohkan orang yang melihat. Akhirnya dia adan anaknya memilih untuk berjalan kaki dengan anaknya selepas naik berdua pun dikutuk orang.

Ketika ditanya kemungkinan tindakan Abdullah itu sebagai cubaan untuk mengelakkan lebih banyak pendedahan kelemahan dan kecelaruan sistem kehakiman negara, Hanipa menegaskan bahawa Abdullah yang turut berada bersama di dalam kabinet Tun Dr Mahathir perlu bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.

"Apabila sekarang ini beliau menjadi Perdana Menteri, enggan menyiasat kes tersebut ia secara tidak langsung membuktikan beliau mengakui pendedahan Chin itu.

"Jika tidak, kenapa beliau tidak mahu hal ini disiasat?" ujarnya lagi.

Komen saya : Memang mudah bercakap tetapi bukankah ia di bawah kuasa polis yang diberi kuasa menyiasatnya. Suruhanjaya hanya boleh memberi cadangan dan syor. Manakala pihak berkuasa akhirnya yang akan memberi hukuman selepas meneliti apa yang terjadi. Yang bersalah bukan Kabinet Mahathir ...tetapi siapa yang beri arahan !

Hanipa yang juga merupakan pengamal undang-undang berkata rakyat berhak untuk meminta satu suruhanjaya dibentuk bagi memperbetulkan segala kelemahan dan menegakkan kebenaran, kerana ianya merupakan salah satu platform yang mempunyai kuasa bagi membolehkan proses siasatan dilaksanakan.

"Sekiranya beliau tidak mahu tubuhkan juga, kita anggap segala dakwaan itu benar," katanya.

Komen saya : Ini bukan kes nak kahwin, diam dianggap redha / benar...ini adalah berkaitan tuduhan yang perlu dibuktikan dengan pendakwaan dan siasatan. Jangan tergesa gesa ingin menuduh orang tetapi tidak sedar ia melambangkan keghairahan kita mengenakan orang lain tanpa ada asas bukti yang kukuh yang sahih di mahkamah. macam budak kecik pulak..padahal pengamal undang undang...sampai PM pun nak lawan !

Bahkan tambahnya, selagi BN memerintah, lambat-laun segala kelemahan dan keburukan kerajaan akan terbongkar jua akhirnya.

"Dalam siasatan itu nanti, jika terbukti hakim berbohong maka dia boleh dikenakan tindakan yang berat dan sebagai kerajaan yang berkuasa, mereka hendaklah bertanggungjawab untuk bertindak, bukan hanya mengambil mudah perkara ini," katanya lagi.

Komen saya : adakah Pakatan Rakyat lebih bersih ? Adakah sudah lupa bagaimana 'laju'nya Anwar naik dalam hieraki UMNO sebelum ini dengan bantuan ' ghaib ' yang menyilaukan mata memandang ? Sedangkan SIKAP DIAM PAS dan DAP tanda mereka tidak kisah atau ambil endah dengan segala macam korupsi dan nepotisme yang pernah dilakukan rakan mereka semasa menjadi menteri selama 16 tahun sebelum itu ?

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan sebagai berkata beliau tidak melihat perlunya satu suruhanjaya diwujudkan kerana apa yang lebih penting ialah pelaksanaan perubahan terhadap sistem kehakiman negara seperti yang sudah diputuskan sebelum ini.

"Tak payahlah... tak habis-habis cerita ini. Pada saya kita dah buat keputusan untuk nak wujudkan perubahan sistem kehakiman, itulah yang kita nak laksanakan," katanya pada sidang media di pejabatnya malam semalam.

Akhbar The Borneo Post, dalam laporannya sebelum ini, memetik Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Dato' Ian HC Chin sebagai berkata, dalam Persidangan Hakim pada 24 April 1997, Perdana Menteri ketika itu secara jelas mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan.

Menurut laporan itu, ugutan berkenaan dibuat tiga hari selepas Chin membuat penghakiman berhubung petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan yang memihak kepada calon Bebas, Donald Lawan pada 21 April 1997. Kerusi berkenaan sebelum itu dimenangi calon BN, Mong anak Dagang.

Chin berkata, Dr Mahathir ketika itu menyuarakan rasa tidak gembira dengan keputusan berkenaan dan beliau merujuk kes itu sebagai 'the Borneo Case' serta bertanya sama ada hakim yang membuat keputusan itu hadir pada persidangan terbabit.

Hakim berkenaan berkata demikian sebelum mendengar petisyen pilihan raya yang difailkan calon DAP bagi Parlimen Sarikei, Wong Hua Seh bagi mencabar keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu yang dimenangi calon BN, Ding Kuong Hiing. - mks

Kesimpulannya : salah rakan setidur dan sebantal tidak mengapa. kerana didedahkan nanti hilang peluang dapat kuasa. tapi salah lawan cepat sahaja...Sedangkan adil itu tidak kira lawan atau kawan perlu didedahkan ....

Sabda nabi : jika fatimah mencuri nescaya aku akan potong tangannya...