Monday, September 15, 2008

Taufan di Taiwan : Bala untuk gertak PKR agar jangan rampas kuasa rakyat ?

Sunday, September 14, 2008

Wakil PKR lewat pulang, bukan bimbang ISA

14-09-2008 05:38:27 PM
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, beliau dan empat anggota PKR tidak dapat pulang ke Malaysia hari ini seperti yang dijadualkan kerana keadaan cuaca yang buruk di Taiwan, dan tiada kena-mengena dengan kebimbangan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Tidak ada kaitan dengan ISA. Risau tu memanglah risau tapi kita pasrah...terserah kepada Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Syed Hamid Albar).

“Hari ini ada taufan di sini...sebab itu kita tidak dapat pulang,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Katanya, semua penerbangan ke luar negara pada hari ini dibatalkan dan penerbangan mereka menerusi pesawat China Airline hanya akan berangkat pada pukul 1 tengah esok.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh turut menegaskan kelewatan rombongan mereka pulang ke tanah air ada kena-mengena dengan ISA.

“Tiadalah (kaitan). Saya sepatutnya sudah berangkat malam semalam kerana perlu hadir Mesyuarat Agung Bahagian (PKR) di Kuantan pagi ini tetapi disebabkan taufan Sinlaku yang melanda, saya tidak dapat balik,” katanya.

Beliau menyifatkan kunjungan mereka untuk ‘memburu’ Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti sebagai sangat berjaya namun tetap enggan mendedahkan jumlah dan identiti mereka yang sudah bersetuju menyertai PKR.

“Kerja sudah siap. Tunggulah sehari dua lagi... kemungkinan akan diumumkan oleh Datuk Seri Anwar (Ibrahim),” katanya.

sumber-Mstar.online

Friday, September 12, 2008

terima kasih Tuhan, manusia nama Raja Petra sudah kena ISA !

Raj Petra ditahan mengikut ISA

12/09/2008 3:11pm

KUALA LUMPUR 12 Sept. — Penulis blog, Raja Petra Kamarudin ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesah penahanan itu, berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan setelah diyakini Raja Petra boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Raja Petra ditahan di rumahnya pukul 1.10 tengah hari di bawah Seksyen 731 Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

“Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman,” katanya. - Bernama

Tuesday, September 9, 2008

Pak Lah dipuji oleh Nuraina anak Arwah Pak Samad

Susah juga membaca pujian terhadap Pak Lah oleh bloggers ini. Dan berdasarkan tarikh lahir beliau pun Pak Lah bukan jenis sukakan pujian dan memang sangat tegas dengan keputusannya walau pun ia bisa berubah ubah bergantung dengan keadaan yang terbaru.

Macam Imam Syafie juga yang mengeluarkan Qaul Jadidnya di Mesir selepas melihat adengan romantik lelaki dan perempuan tua. Ia tidak dinamakan flip flot tetapi kecerdasan minda Imam yang sentiasa terbuka kepada nas terkini atau fakta terkini.

Semasa tenat Pak Lah sudah hadir menziarahi Arwah Pak Samad Ismail. Dan ketika meninggal Pak Lah luangkan masa sekali lagi.

Beruntung benar Pak Samad sekeluarga kerana diziarahi PM Malaysia. Penghormatan tinggi dari Pak Lah kepada seorang pejuang Malaysia.

Dalam komen beliau di blognya Nuraina Samad menulis :

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi was at the mosque to join the congregation in performing the prayers.

After prayers, Bapak's body was taken to the cemetery.

It was very kind of Pak Lah to have his outriders accompany Bapak in his final journey to his resting place.


Saya rasa ini ucapan ikhlas dari seorang anak kematian bapa dan digembirakan oleh Pak Lah yang mana sudi hadir di majlis pengebumian tokoh nasionalis Malaysia ini...

sesiapa pun akan terharu dan moga moga ia ada sedikit 'belas kasihan' untuk dihadam oleh musuh musuh pena yang saban waktu mencerca sama ada dengan tulisan atau gambar 'super imposed' di media blog.

Semua demi MEMBURUKKAN MANUSIA BERNAMA PAK LAH ....

Moga mati kita semua dalam Husnu Khatimah. Moga mati mengingatkan kita syurga dan neraka dan balasan perbuatan kita di atas dunia..

Allahumma amitna ala dinika ya robb.....

Monday, September 8, 2008

Isu BTN oleh Blog Lim Kit Siang, komen Cheguman

BTN memecahbelahkan perpaduan kaum?

Demang lahir dalam keluarga melayu dan membesar dalam masyarakat melayu. Demang bermain, bergaul, bersekolah hatta bertengkar dan bergaduh pun dalam kalangan orang melayu sahaja.

Demang bertembung dengan kaum bukan melayu cuma sekali sekala tatkala Demang ke bandar atau jika mereka datang ke kampung Demang. Selebihnya Demang lihat kaum lain di kaca TV sahaja.

Suatu perkara yang pasti ialah Demang sering berurus niaga dengan kaum cina.

Apa pandangan Demang pada kaum lain?

Secara peribadi Demang tidak ada masalah langsung dengan kaum lain. Agaknya sebab secara logik kita tak akan berkonflik dengan orang yang tak kita kenal.

Namun dalam perbualan dengan teman-teman Demang dapati ada yang tidak beres. Ada cerita pergaduhan, dendam dan iri hati.

Lama kelamaan Demang ikut terpengaruh untuk menyimpan prejudis terhadap kaum lain, sehinggalah...

Semasa di tingkatan 6, 1986, pihak sekolah yang risau dengan prestasi pelajaran kami telah mendapatkan khidmat BTN bagi menyuntik semangat baru sebelum kami menduduki STPM.

Dalam kursus selama dua hari itu kami didedahkan dengan fakta-fakta yang menginsafkan kami bahawa ada sesuatu yang wajib diperjuangkan.

Kami ditunjukkan fakta betapa orang melayu amat jauh ketinggalan dalam hampir semua bidang terutama ekonomi, pendidikan dan jawatan profesional. Orang melayu hanya memegang kuasa politik dan itu bukanlah jaminan yang kekal.

Kami disedarkan bahawa situasi yang tidak seimbang antara kaum akhirnya membawa padah, pergaduhan kaum 1969 (13 mei).

Demang pahatkan dalam hati pesanan fasilitator BTN yang mengendalikan kumpulan Demang: setiap kaum perlu bekerjasama bagi memastikan kek ekonomi dapat diagihkan dengan lebih saksama. Tidak boleh ada kaum yang jauh ketinggalan sebab ia akan hanya menimbulkan rasa tidak puas hati. Untuk itu kerjasama perlu dilakukan dengan penuh ikhlas. Perkongsian 'ali-baba' haruslah dibenteras dan perkongsian pintar mesti dirintis dan digalakkan.

Perkongsian perniagaan antara melayu-cina-india hanya akan boleh berlaku jika masing-masing mempunyai kualiti yang mampu memberi keuntungan pada perkongsian tersebut. Jika hanya 'rakan kongsi daripada kaum cina' sahaja yang berkualiti sedangkan 'rakan kongsi daripada kaum melayu' tidak berkualiti, bagaimana usahasama tersebut dapat membuahkan kejayaan? Oleh itu kualiti orang melayu perlu meningkat dan ditingkatkan agar dapat berdiri sama tinggi dengan kaum lain. (melalui penerangan tersebut juga Demang segera insaf betapa kaum India juga perlu dibela sebagaimana kaum Melayu).

Setiap kaum mempunyai kelebihan masing-masing yang sepatutnya dijadikan asas perkongsian.

BTN juga menjelaskan asas pembinaan negara berdasarkan persefahaman antara pemimpin kaum yang akhirnya melahirkan kontrak sosial. Malangnya semangat dalam kontrak sosial sering dimanipulasi oleh ahli politik demi kepentingan politik sempit mereka.

Bagi kakitangan awam tidak kira melayu-bumiputera, cina dan india yang mengikuti kursus BTN pasti sedar bahawa fokus utama BTN adalah bagi membina negara yang aman untuk didiami oleh semua kaum. Itulah sebabnya fokus utama BTN ialah NEGARA: bukan perjuangan kaum atau agama. Tanpa sebuah negara yang aman bagaimana kita nak beribadat kepada Tuhan dengan sempurna?


Demang bawa kisah lama ini selepas terbaca serangan hebat Lim Kit Siang dalam blognya yang menuduh BTN menjadi punca perpecahan kaum di negara kita. Bagi yang telah melayari blog tersebut dan membaca komen-komen di dalamnya, barangkali terjumpa komen Demang dalam blog tersebut: "...sebaiknya saudara Lim kit Siang serta semua ahli parlimen menghadiri kursus BTN dan lihat sendiri adakah maklumat yang saudara Lim Kit Siang terima berkenaan BTN itu betul atau fitnah? Adalah mustahil parlimen meluluskan budget untuk BTN selama berpuluh tahun tanpa menyedari bahawa BTN digunakan untuk menghancurkan negara.”

Demang cabar sesiapa dapat membuktikan modul BTN selama ini adalah untuk memecah belahkan kaum di Malaysia. Malah Demang percaya usaha-usaha BTN lah yang selama ini berjaya meredakan kemarahan orang melayu yang tidak puas hati kepada kerajaan yang dianggap memberi kelebihan pada kaum India dan Cina.


(Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak boleh dipertanggungjawabkan pada BTN. Sebarang persoalan mengenainya hendaklah dikemukakan terus kepada penulis melalui ruangan komen atau email cheguman@yahoo.com )


- blog Cheguman sila klik sini

Friday, September 5, 2008

Dr Asri Zainal Abidin ; Mufti PKR dalam Kerajaan UMNO ? - Malaysiakini

Pantun mufti Perlis bidas siapa?
Jimadie Shah Othman | Sep 3, 08 4:25pm

Pantun mufti popular, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang meminta pemimpin negara mengundur diri "apabila negara kacau" menimbulkan seribu tanda tanya.

mohd asri zainul abidin interview 231106 pointPantun yang disiarkan di blog beliau (www.drmaza.com) dua hari selepas pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh minggu lalu, antaranya, menyebut:

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
Eloklah tuan mengundur diri

Dalam pilihanraya yang menjadi tumpuan ramai itu, penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat dengan majoriti besar 15,571 undi.

Karya mufti Perlis yang berjudul Pantun 'Cari Ganti' bagaimanapun tidak menamakan dengan jelas pemimpin politik yang dimaksudkan ataupun anggota mana-mana parti politik.

Bagaimanapun ia dipercayai merujuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tulisan sinis Dr Mohd Asri itu boleh mengundang pelbagai reaksi kerana disiarkan ketika pelbagai pihak mendesak Abdullah mengundur diri - antaranya Anwar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - kerana didakwa tidak mampu mentadbir negara.

Pantun empat kerat itu berlatarkan imej pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Dipelawa jadi calon

Mohd Asri sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembangkang apabila menyertai sebuah forum anjuran Pakatan Rakyat di Kelantan.

pantun mohd asri blog 030908Malah, beliau juga turut dipelawa untuk bertanding atas tiket BN bagi mencabar Anwar di Permatang Pauh.

Dalam rangkap akhir pantun empat kerat itu, mufti muda itu turut meminta pengunduran itu digantikan dengan pemimpin yang "berbudi tinggi".

Rangkap itu berbunyi:

Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jangan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
Bukan perompak ganti pencuri

Rangkap ini juga tidak menyatakan siapakan pengganti yang dimaksudkannya itu.

Bagaimanapun, dua tokoh yang disebut-sebut ingin menggantikan tempat Abdullah termasuklah timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada pertengahan tahun 2010, selain Anwar yang berusaha merebut tampuk kekuasaan menjelang 16 September ini.

Mufti Perlis sering menjadi perhatian media kerana kerap memberikan reaksi dan komen kritis terhadap fenomena politik dan isu-isu semasa.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata beliau tidak dapat bercakap panjang kerana ada urusan dan meminta belau dihubungi semula.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat dihubungi kembali setakat ini.


Ulasan : Patutlah tak nak jadi BN... Ada hati dengan Anwar kot ! sebab belajar di UIA tentu peminat Anwar juga ni...

Thursday, September 4, 2008

Isu Datuk Ahmad ; tindakan selepas siasatan dibuat !

Beberapa laporan sudah dibuat MCA dan juga DAP apabila keluar kenyataan Datuk Ahmad, Ketua Umno Bukit Bendera semasa kempen di Permatang Pauh baru baru ini.

Beliau mengatakan Cina penumpang di Malaysia dan tidak layak mendapat hak sama rata.

Kenyataan beliau seharusnya disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO dan tidak seharusnya dibiarkan hukuman mendahului siasatan.

Datuk Ahmad juga perlu memberi kenyataan sebelum ia dijadikan isu politik dan menghasut bangsa lain agar marah kepada BN selepas sekian lama BN / UMNO dijadikan kambing hitam bagi isu perkauman oleh parti pembangkang.

Akhirnya Datuk Najib meminta maaf bagi pihak Umno namun Presiden MCA menganggapnya masih belum mencukupi.

Mungkin benar juga saranan MCA tersebut kerana Datuk Ahmad perlu membersihkan namanya atau meminta maaf jika benar kenyataan beremosi tersebut terkeluar semasa berkempen tempoh hari.

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga....

Moga Datuk Ahmad akan memberi kenyataan dan memohon maaf sebelum siasatan lanjut dibuat bagi memastikan kesalahan tersebut.

Melayu Cina dan India tidak perlu bergaduh sesama sendiri dan tahu di mana mereka berada dan dengan siapa mereka berkawan.....

Jika tidak rusuhan kaum mungkin berulang dan tentu tiada siapa untung jika kekacauan mengganggu kedamaian hidup kita yang dicemburui ramai pihak asing selama ini....

Sabarlah dan bertindak mengikut saluran undang undang bukan saluran perasaan seperti di Thailand sehingga politik menjadi sebab pergaduhan dan pembunuhan di sana....

Wednesday, September 3, 2008

Logo PAS diciplak dari logo Barack Obama ?

BERHEMAH KETIKA MENEGUR...

Kurangkan bercakap benda-benda yang tak berfaedah di bulan puasa ini, insyaallah, semuanya akan selamat. Foto di atas adalah contoh beberapa kerat manusia yang merasakan diri mereka benar dan sebenar-benarnya dan tidak adalah benar melainkan benar-benar belaka segala percakapan mereka. Bukan main lagi amik posting pastu komen logo merdeka tiru Taiwan punya...berdegar-degar tuduhan mereka...

Logo encik ni pun lebih kurang aje...70% sama, tukar warna dan tambah bintang dan bulan ajer...
Tuan-tuan ziarah sendiri la ke web Encik ni...Barack Obama dan Encik ini.

Mujurlah ada rakan-rakan kita yang prihatin(sini dan sini), yang sedar tentang tuduhan yang dibuat seolah-olah "mengata dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih"....Bulan puasa bulan yang mulia...marilah kita banyakkan amal ibadat...

Wallahuallam...

sumber : Blog Pilihan Anda