Thursday, September 4, 2008

Isu Datuk Ahmad ; tindakan selepas siasatan dibuat !

Beberapa laporan sudah dibuat MCA dan juga DAP apabila keluar kenyataan Datuk Ahmad, Ketua Umno Bukit Bendera semasa kempen di Permatang Pauh baru baru ini.

Beliau mengatakan Cina penumpang di Malaysia dan tidak layak mendapat hak sama rata.

Kenyataan beliau seharusnya disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO dan tidak seharusnya dibiarkan hukuman mendahului siasatan.

Datuk Ahmad juga perlu memberi kenyataan sebelum ia dijadikan isu politik dan menghasut bangsa lain agar marah kepada BN selepas sekian lama BN / UMNO dijadikan kambing hitam bagi isu perkauman oleh parti pembangkang.

Akhirnya Datuk Najib meminta maaf bagi pihak Umno namun Presiden MCA menganggapnya masih belum mencukupi.

Mungkin benar juga saranan MCA tersebut kerana Datuk Ahmad perlu membersihkan namanya atau meminta maaf jika benar kenyataan beremosi tersebut terkeluar semasa berkempen tempoh hari.

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga....

Moga Datuk Ahmad akan memberi kenyataan dan memohon maaf sebelum siasatan lanjut dibuat bagi memastikan kesalahan tersebut.

Melayu Cina dan India tidak perlu bergaduh sesama sendiri dan tahu di mana mereka berada dan dengan siapa mereka berkawan.....

Jika tidak rusuhan kaum mungkin berulang dan tentu tiada siapa untung jika kekacauan mengganggu kedamaian hidup kita yang dicemburui ramai pihak asing selama ini....

Sabarlah dan bertindak mengikut saluran undang undang bukan saluran perasaan seperti di Thailand sehingga politik menjadi sebab pergaduhan dan pembunuhan di sana....

2 comments:

Cheguman said...

Nampaknya ramai yg tidak takut bermain api. Padahal api itu bukan shj akan membakar jari mereka malah boleh membakar hangus negara serta isinya termasuk anak-anak kecil yg tak berdosa. Alangkah rakusnya manusia dgn kuasa yg tak seberapa.

Barangkali YDAgong perlu berfikir lebih serius utk campur tangan.

Panglima Perang Cyber said...

Mari kita desak tindakan lebih tegas untuk mereka yang suka nyalakan api...

Datuk Ahmad tidak bersalah jika dia maksudkan fakta dalam ucapannya..

DAP lagi bersalah kerana memainkan sentimen Undi MCA undi Melayu..

Itu ketua API segala API di Malaysia yang perlu ditangkap segera.

Hari tu Lim turut komen tuduh kerajaan tak siarkan berita maaf di media melayu..

Tapi sebenarnya semua sudah siarkan...

Adakah Lim tak rasa bersalah ???