Sunday, August 24, 2008

Adakah sumpah Saiful mendakwa diliwat sah di sisi Islam ?

Memandangkan huraian terlalu panjang di Utusan Malaysia, saya mengambil keputusan mencedok sebahagian terakhir sahaja yang relevan bagi tujuan menjelaskan tentang isu Mubahalah. Kerana ramai mendakwa sumpah Saiful tidak diterima syarak hinggakan Presiden PAS sendiri mengatakan ia adalah bodoh dan mirip agama Kristian dengan menggunakan Al Quran semasa bersumpah. Sedangkan syarat sah sumpah tidak dijelaskan oleh ulama politik PAS tersebut hingga masyarakat terkeliru dengan fatwa politik mereka...

Anda boleh membaca lebih lanjut temuramah dengan klik di sini..


Adakah sumpah mubahalah ini sama dengan hukum li‘an yang dinyatakan dalam Ayat 6-10 Surah An Nur?

DR. MOHD. RADZI: Li‘an hanya boleh berlaku di antara suami isteri sahaja iaitu seseorang suami yang bersumpah untuk tidak mendekati isterinya dalam tempoh tertentu manakala mubahalah pula memang ada unsur sumpahan dan ia boleh berlaku di kalangan suami isteri atau sesiapa sahaja.

Apakah cara bermubahalah yang paling tepat?

DR. MOHD. RADZI: Mubahalah tidak tertakluk kepada banyak syarat kerana dalam nas-nas syarak tidak dinyatakan dengan jelas syarat-syarat yang diperlukan. Cuma mubahalah ini boleh dilakukan ekoran daripada perbalahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa melalui perbincangan dan persefahaman. Caranya boleh berlaku di mahkamah di depan hakim jika kes dibawa ke mahkamah. Ia juga boleh dilakukan di luar mahkamah bahkan di mana-mana sahaja. Pada zaman Abdullah Ibn Abbas Al-Auzar dan Syuraih Al-Qa‘di, mubahalah pernah berlaku di dalam masjid dan di luar masjid selepas kesepakatan kedua-dua pihak untuk sama-sama merujuk kepada pendekatan mubahalah untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Apakah syarat-syarat khusus mubahalah?

DR. MOHD. RADZI: Apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk bermubahalah maka pihak yang berkenaan perlu bersumpah dengan lafaz Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi dan kemudian terus menyebut masalah yang dimaksudkan dan pada akhirnya dengan menyatakan laknat Allah kepada mereka yang berdusta atau laknat Allah terhadap dia yang bersumpah andai kata dia berdusta.

Adakah ada syarat-syarat tertentu yang lain?

DR. MOHD. RADZI: Tidak ada syarat tertentu, tapi ketika Nabi Muhammad mahu bermubahalah dengan kabilah Nasara, Bani Najran, baginda membawa anaknya, Siti Khadijah, menantunya Saidina Ali serta cucunya Hasan dan Husin sebagai saksi.

Bagaimanapun, kes pada zaman Rasulullah itu tidak berakhir dengan mubahalah. Ketika mubahalah, kedua-dua pihak boleh hadir secara bersama ataupun satu pihak sahaja manakala pihak yang lagi satu yang melakukan mubahalah secara berasingan juga dianggap mubahalah.

Dalam sesuatu isu yang dipertikaikan, kalau satu pihak sahaja bersumpah laknat manakala pihak yang dituduh tidak mahu bersumpah, apakah kedudukan mubahalah itu?

DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sebegitu di mana ada pihak yang engkar iaitu tidak mahu bersumpah, kebenaran memihak kepada pihak yang bersumpah.

Kalau kedua-dua yang menuduh dan dituduh bersumpah laknat, apa pula kedudukannya?

DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sumpah laknat, kita akan dapat lihat petanda-petanda awal yang boleh membawa kepada kebatilan. Sumber-sumber agama tidak menyebut secara jelas tentang petanda-petanda yang berkenaan kerana perkara seumpama itu jarang berlaku di kalangan kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah dan ia tidak diperbesar-besarkan. Bagaimanapun, ulama-ulama Syiah mencatatkan bahawa tidak lama selepas mubahalah berlaku kejadian seperti orang yang berdusta tidak boleh bercakap, cakapnya tidak lancar, tergamam, terjatuh dan bermacam-macam lagi. Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui.

Apa yang penting ialah pihak berkenaan telah bersumpah dan yang kedua pula menyahut cabaran itu dengan bersumpah, jadi kita tengoklah di antara kedua belah pihak itu apa yang akan berlaku. Ulama Ibn Hajar Al Salam as Qualani pernah berkata, pada pengetahuannya, akibat sumpah akan dapat dilihat tidak lebih daripada satu tahun.

Bagaimana pula jika kes yang dipertikaikan itu dibawa ke mahkamah?

DR. MOHD. RADZI: Bagi kes yang dibawa ke mahkamah, mubahalah boleh berlaku di mahkamah andai kata pihak mahkamah merasakan pihak yang terbabit perlu bermuhabalah. Tujuan mubahalah adalah untuk mencari kebenaran. Antara dua pihak yang terlibat, walau apa pun yang diperkatakan, mereka sudah tentu lebih mengetahui perkara sebenar daripada mana-mana pihak yang lain. Kekeliruan mungkin berlaku apabila salah seorang enggan bercakap benar, menyebabkan pihak yang merasakan dia berada di pihak yang benar inginkan pembelaan. Maka mubahalah menjadi jalan penyelesaian yang terbaik.

Adakah mubahalah adalah sebahagian daripada hukum Islam?

DR. MOHD. RADZI: Mubahalah adalah sebahagian daripada hukum hakam Islam untuk menyelesaikan masalah yang berlaku bukan sahaja untuk Islam sesama Islam tetapi juga antara orang Islam dan pihak bukan Islam. Ia boleh dibuat dalam mahkamah dan boleh juga di luar mahkamah bergantung kepada persetujuan antara kedua belah.

Dalam mubahalah yang baru berlaku, timbul isu mubahalah telah dieksploitasi oleh pihak lain?

DR. MOHD. RADZI: Isu dieksplotasi, itu perkara lain. Yang penting, mubahalah adalah untuk menyelesaikan masalah.

Dalam satu kes mubahalah pada 15 Ogos lalu, timbul persoalan kononnya cara orang yang bersumpah laknat memegang al-Quran macam perbuatan orang Kristian. Apakah haram memegang al-Quran ketika bersumpah?

DR. MOHD. RADZI: Memang dalam kes mubahalah atau sumpah biasa tidak diperlukan memegang al-Quran atau junjung al-Quran ketika bersumpah atau bermubahalah. Akan tetapi jika ada yang berbuat demikian tak adalah boleh disamakan dengan amalan orang Kristian.Bersumpah atau bermuhabalah mengikut hukum syarak, seseorang yang bersumpah hanya bersumpah dengan nama Allah tidak boleh selain daripada Allah. Begitu juga mubahalah, hanya bersumpah dengan nama Allah dan juga melaknat pihak yang berdusta.

Apakah cara sumpah laknat yang betul?

DR. MOHD. RADZI: Cukup dengan hanya lafaz sumpah Waallahi, Wabillahi dan Watallahi dan ditambah pengakuan ‘Aku melakukan perbuatan atau aku tidak melakukan perbuatan yang dituduh itu’. Itu sudah cukup.

Dalam kes mubahalah, seseorang kena tambah ungkapan laknat Allah terhadap orang yang berdusta termasuk dirinya yang bersumpah andai kata dia berdusta.

3 comments:

Cheguman said...

Politik tetap politik dan orang politik tetap orang politik tak kira ustaz atau bukan ustaz, ulama' atau bukan ulama'.

Org biasa tengok alasan baru bertindak manakala org politik bertindak dulu kemudian baru cari alasan.

Unknown said...

HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK

SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-51

PADA 30 OGOS 2008
JAM 9 PAGI
BERTEMPAT DI ARENA SQUARE KUALA KANGSAR

SAUDARA-SAUDARI DIHARAP DAPAT MEMBERI PERHATIAN DAN SOKONGAN TERHADAP HIMPUNAN INI DEMI MENJAGA BANGSA KITA YANG SEMAKIN MERUNCING DICALAR-CALAR DAN DIROBEK-ROBEKKAN OLEH ORANG YANG MENGANGGAP KITA INI SUDAH LEMAH DAN SEMAKIN HAPUS DITELAN BUMI TANAH MELAYU KITA SENDIRI

DIJANGKAKAN TUANKU RAJA MUDA AKAN MENCEMAR DULI UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN MELAYU MUDA PERAK INI

DIHARAPKAN KITA AKAN MENYOKONG DAN BERSATU UNTUK MENJAYAKAN HIMPUNAN INI

DIINGATKAN DENGAN SECARA TEGASNYA BAHAWA HIMPUNAN INI BUKANLAH HIMPUNAN DENGAN BERTUJUANKAN POLITIK DAN BUKAN JUGA UNTUK TUJUAN PERSENDIRIAN

TULANG-TULANG BELAKANG HIMPUNAN INI TERDIRI DARIPADA GABUNGAN NGO-NGO YANG HANYA MENYOKONG UNTUK TUJUAN DASAR MENYELAMATKAN MELAYU KITA

HIMPUNAN YANG BERTUJUAN UNTUK MEMBERI AMARAN KEPADA MEREKA DILUAR SANA BAHAWA KAMI MELAYU MUDA ADALAH PERINTIS UNTUK MENYAMBUNG KERINGAT YANG TELAH DIJUANGKAN OLEH BAPAK-BAPAK DAN MAK-MAK KITA

SEDARLAH BAHAWA MELAYU MASIH ADA DAN WUJUD DI TANAH MELAYU INI

SAMA-SAMALAH KITA KE SANA,MEMERIAHKAN HIMPUNAN UNTUK MENGENANG KEMBALI SEJARAH YANG TELAH HAMPIR KITA LUPAKAN

JANGAN LUPA HEBAHKAN KEPADA TEMAN-TEMAN, KAWAN-KAWAN, IBU BAPA UNTUK BERSAMA MENJAYAKAN HIMPUNAN INI

SEMOGA BUDI ANDA AKAN DIBALAS OLEH YANG MAHA ESA

SEKIAN...
SALAM...

BERSATU MEMBELA BANGSA,
HIDUP MELAYU MUDA.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

AMERIKA ADA PLAN DIA. BIASANYA PLAN DIA MENJADI. OLEH ITU APA PLAN KITA NAK KAUTIM DENGAN PLAN DSAI TU?