Sunday, November 30, 2008

Belasungkawa: Razali terkenal dengan sikap mesra, prihatin

http://dppkt.files.wordpress.com/2008/02/razali-ismail.jpg

PEMERGIAN tokoh pendidik yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, (1949-2008) ke Rahmatullah di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang secara mengejut kira-kira jam 6.30 petang semalam adalah kehilangan yang cukup besar bagi warga pendidikan serta warga Kuala Terengganu khasnya yang sudah sebati dengan sikap mesra dan prihatin yang cukup sinonim dengannya.

Dilahirkan di Kuala Berang pada 25 Jun 1949, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Razali adalah seorang yang cukup prihatin dalam memastikan pendidikan menjadi tunjang dan keutamaan, baik ketika berkhidmat sebagai pendidik sehingga beliau terbabit secara langsung dalam politik pada 2004.

Memulakan pendidikan peringkat rendah di Hulu Terengganu beliau kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Razali seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Sejarah dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian pada 1973 dan pengajian Sarjana Pendidikan di University of Birmingham, United Kingdom pada tahun 1986 hingga 1987.

Selepas beberapa tahun menjadi pendidik, beliau kemudian menjadi pensyarah di beberapa maktab perguruan dan pernah dilantik sebagai Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu dan seterusnya Pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan Pengetua Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Kesungguhan ditunjukkannya dalam memartabatkan bidang pendidikan khususnya di Terengganu seterusnya membolehkan beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu pada 2001.

Kecemerlangan ditonjolkan beliau dalam mengemudi bidang pendidikan negeri cukup terserlah hingga Terengganu mampu muncul negeri yang mencatatkan keputusan paling cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kekal sehingga hari ini.

Jawatan terakhir disandang beliau dalam kerajaan adalah sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran pada 2003 sebelum dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum 2004 dan memenanginya dengan menewaskan calon Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dengan majoriti 1,933 undi.

Beliau sekali lagi mengekalkan kemenangan di Parlimen Kuala Terengganu apabila dicalonkan dan mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.

Pengalaman luas beliau sebagai warga pendidik dan sebagai pentadbir sektor pendidikan dengan memegang pelbagai jawatan memudahkan lagi tugasannya selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran tahun ini.

Beliau yang pernah memegang jawatan Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran turut membawa banyak perubahan dalam mempastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman bagi mempastikan kelangsungan dana untuk membantu pelajar lain supaya turut mendapat manfaat melalui tabung itu.

Selain cintanya dalam bidang pendidikan, beliau juga turut aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta turut memegang jawatan dalam beberapa pertubuhan sukarela.

Beliau turut dianugerahkan beberapa darjah kebesaran dengan Darjah Paduka Mahkota (DPMT) pada 2004 yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Terengganu.

Razali meninggalkan seorang balu, To' Puan Nooraini Lob Yusoff dan lima anak yang semuanya lelaki iaitu Muhammad Nurazli, 30 yang juga Pengurus di Sime Darby Bhd; Asrul Shah, 27, bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik; Khairul Amar, 23 , masih menuntut di Amerika Syarikat; Khairul Anwar, 21, menuntut di Universiti Industri Selangor dan yang bongsu, Khairul Arif, 15, pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.


Al Fatihah !

sumber : http://www.bharian.com.my

Wednesday, November 26, 2008

Mubarak: Ikhlas berpolitik atasi politik wang

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) mengakui keazaman berpolitik secara ikhlas adalah ramuan paling mujarab sekiranya mahu melihat politik wang dalam UMNO dibanteras seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, sebagai langkah pertama, setiap peringkat di dalam UMNO perlu menanam kesedaran yang tinggi tentang bahayanya amalan politik wang atau rasuah politik terhadap masa depan parti.

‘‘Peringatan (Datuk Seri) Najib amat tepat dan kena dengan masa yang sedang kita hadapi. Malah ia juga bukan sahaja perlu dilihat daripada sudut parti politik semata-mata tetapi juga dalam aspek lain.

‘‘Justeru pada saya, pandangan tersebut perlu sama-sama dihayati dengan penuh keazaman dan seterusnya bersedia mengubah minda terhadap dahsyatnya kesan rasuah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tuesday, November 25, 2008

Kenapa hanya tulisan arab sahaja disembur cat merah ?

[PapantandaSpray.jpg]


anda fikirlah sendiri....

samada ia bertujuan menghina tulisan arab sebagai tulisan orang Islam atau sebaliknya.

Sunday, November 23, 2008

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Albar sokong usaha murni Blogger yang berETIKA

Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mahu satu kod etika diwujudkan sebagai panduan kepada penulis blog dan komuniti Internet (Netizen) ketika menulis pandangan dan membuat laporan melalui ruang siber.

Beliau berkata, penulisan dan laporan blog kini bukan lagi satu aktiviti mengisi masa lapang, sebaliknya telah berubah menjadi satu jenama dan banyak pihak mendapat keuntungan melalui blog serta portal berita.

Katanya, lebih penting lagi, budaya blog semakin menyentuh kehidupan lebih ramai rakyat Malaysia yang berpeluang mencapai lebih banyak sumber berita dan maklumat.

''Dengan peralatan yang begitu berkuasa, penulis blog mampu mempengaruhi pembaca dan membentuk perspektif mereka. Penulis blog mampu menyatupadukan komuniti dan mereka juga boleh memecahbelahkan mereka.

''Menjadi hasrat kita supaya penulis blog meneruskan kegiatan mereka seiring dengan harapan negara untuk memastikan keamanan dan kemajuan dicapai secara lestari," katanya dalam ucaptama merasmikan Forum Bloggers Buff 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.


Syed Hamid berkata, penulis blog khususnya dan rakyat Malaysia perlu sentiasa mementingkan komposisi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.

Katanya, rakyat Malaysia mesti menggunakan semangat tolak ansur, perpaduan dan harmoni untuk terus membina bangsa yang maju dan bersatu padu.

''Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan negara kerana ia penting kepada kemakmuran negara," katanya.


Friday, November 21, 2008

PERSIDANGAN MEJA BULAT MELAYU BERSATU

Semua Persatuan-Persatuan Melayu dari Perlis hingga ke Johor akan menghadiri persidangan meja bulat untuk membincang perihal perjuangan untuk memartabatkan nasib Bangsa Melayu yang semakin tergugat. Perjumpaan yang akan menghimpunkan semua NGO-NGO Melayu tanpa mengenal tua mahupun muda dan fahaman politik kepartisan akan diadakan pada tarikh, masa, dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 22 November 2008
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Hotel Singgahsana Petaling Jaya.

Semoga komitmen dan kesepakatan NGO-NGO ini akan dapat mengembalikan Ketuanan Melayu yang semakin disanggah oleh anasir-anasir dari kaum pendatang yang senantiasa menguji kesabaran Umat Melayu.

Hidup Melayu, Hidup Melayu, Hidup Melayu.

salin : httpp://perakbangkit.blogspot.com

Tuesday, November 18, 2008

Undian UTUSAN MALAYSIA - Wajarkah jawatan Ketua Wanita UMNO dipertandingkan pada pemilihan Mac 2009 nanti?



Tekan imej untuk melihat gambar asal di Utusan Malaysia

Friday, November 14, 2008

Poll Mstar : Ramai setuju jawatan diserah kepada Shahrizat dan ramai bisu apabila DAP biadap membaca ayat suci kita



Tajuk Poll Mstar sebenarnya bertulisan macam ni :

Wajarkah Tan Sri Rafidah Aziz serahkan jawatan Ketua Wanita Umno kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil?

Dalam komen terbaru Tun Mahathir juga setuju peralihan disegerakan dengan diberi hak memilih kepada perwakilan.



Ini berdasarkan konsep demokrasi yang akan memberi (bukan membeli ) kebebasan menaik atau menjatuhkan mana mana pemimpin tanpa ada sekatan atau ugutan sedikitpun.

Poll mencatatkan 79 peratus bersetuju dan 21 lagi tidak.

Di Amerika poll samada benar atau tidak, telah memberi keputusan awal siapa akan menjadi Presiden. Beberapa poll dibuat oleh CNN dan media lain memberi petunjuk jelas kepada gelombang rakyat Amerika yang menyokong Senator Barrack Obama.

Walaupun dia dikaitkan dengan Islam melalui ayahnya yang pertama dan juga ayah kedua yang dinikahi ibunya yang berasal dari indonesia.

Siapa jangka dia akan menjadi Presiden Amerika ?

Berbalik kepada Shahrizat dan Rafidah, meskipun kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar oleh Rafidah jelas menunjukkan kewibawaan beliau sebagai Ahli Parlimen berpengalaman, namun pelan peralihan yang akan dilaksanakan Jun perlu dilihat juga.

Kita mungkin akan diam membisu jika tiada peralihan kuasa dibuat tetapi apabila ia telah disebut sebut dan menjadi pengetahuan umum maka kita kena terima bahawa pelan tersebut tidak praktikal.

Anjakan masa dipercepatkan sangat penting sebelum kita akan memulakan proses menguatkan kembali parti untuk menempuh PRU 13 akan datang yang dijangka turut disertai pengundi baru yang dianggarkan berjumlah 2 juta orang.

Jika tidak, tidak mustahil kesan lebih teruk akan dirasai jika persiapan tidak dibuat betul betul dan kita takut pengundi muda ini juga sama dengan trend pengundi muda PRU 12 yang lepas di mana mereka telah memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah.

Ini akan membahayakan kerana sikap bereksperimen akan membawa akibat dan padah yang parah dan buktinya di Selangor dan Perak serta Pulau Pinang yang jelas tidak stabil dan sentiasa diselubungi kontroversi yang menampakkan kegagalan PR memerintah walau mendapat mandat dari rakyat.

Apatah lagi kita melihat juga bagaimana parti Cina juga semakin berani sekarang ini menyentuh hak hak Melayu Islam termasuk oleh NGO pro mereka yang menghina Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, juga termasuk menjadikan ayat ayat suci kita sebagai perkara yang disebut dalam ucapan mereka. Mereka membaca ayat ayat kita hingga tidak ada langsung orang yang mendengar dari parti nama Islam sendiri terfikir ia satu perbuatan MENGHINA AGAMA ISLAM.

Lihat fatwa yang diambil dari laman E-Fatwa :

i) Tidak harus (haram) orang-orang bukan Islam meletakkan
kuasa di atas Mashaf Al-Quran, Kitab-Kitab Hadis, Kitab-
Kitab Feqah atau kitab-kitab yang berkenaan Agama Islam
yang ada di dalamnya ayat-ayat Al-Quran atau Hadis-Hadis
Nabi S.A.W, samada dengan mencetak,menyimpan,mempamer,
mengedar, menjual dan membeli.

ii) Tidak harus (haram) bagi orang-orang bukan Islam memiliki
Al-Quran atau Hadis atau bahan-bahan dalam bentuk media
cetak dan elektronik atau ukiran yang ada pada ayat Al-
Quran atau Hadis atau apa jua lambang yang dipandang suci
oleh orang Islam seperti kaabah, masjid dan sebagainya,
juga tidak harus (haram) mencetak, menyimpan, mempamer,
mengedar, menjual dan membelinya.


Atau klik gambar untuk paparan laman asal yang diambil di sini



Jika memiliki pun dilarang, tentu menyebut dan membaca ayat ayat Quran terlebih dilarang !


Ingat lagi kisah Umar Al Khattab yang diperintah mengambil wuduk sebelum dibenarkan memegang mushaf surah Toha dan membacanya ? dan adakah Ahli Parlimen DAP tadi mengambil wuduk sebelum membaca ayat ayat suci tadi ???

Inilah yang dimahukan oleh Anwar yang membawa Islam Liberal di mana keizzahan Islam akan lebur dan tidak dirasakan rohnya.

Anwar ingin menjadikan Islam mengiktiraf agama Hindu dan Kristan serta mereka juga mengiktiraf Islam.

Tidak mustahil juga selepas ini ada orang akan membaca kitab Taurat dan Injil ( Bible ) dalam ceramah kita.

Peliknya HARAKAHDAILY turut berbangga dengan gelagat menghina Islam tersebut yang jelas tidak bertujuan menjadikan ia sebagai sumber hidayah kecuali untuk keuntungan agenda politik mereka sahaja...



Tentu inilah reformasi dan mungkin ini yang akan disukai oleh ayam jaguh PAS Mohammad Sabu yang hebat berceramah walaupun pernah ditangkap khalwat di negeri Serambi Mekah !

Lihat blog sahabat saya angin perubahan di sini untuk membaca posting terkini tentang isu di atas....