Sunday, February 1, 2009

EXCO WANITA PAS DITUDUH BERKHALWAT-malaysiakini

Malaysiakini melaporkan:

imadie Shah Othman | Jan 30, 09 8:33pm

Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali membuat laporan polis terhadap satu laman web pro-Umno berhubung tuduhan beliau ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Wakil rakyat PAS itu berkata, tuduhan yang dilemparkannya itu "berniat jahat, tidak masuk akal, menjatuhkan maruahnya" dan mahu mengaibkannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang.

"Saya adalah wakil rakyat PAS, sudah tentulah yang saya dukung ini adalah Islam.

"Dan sebagai exco pembangunan modal insan, sudah tentulah kita hendak memerangi perkara mungkar dan maksiat ini secara jama'i atau berkumpulan," tulisnya di blog drhalimahali.blogspot.com.

Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang pada Selasa lalu setelah mendapat nasihat daripada peguam PAS.

Ahad lalu, seorang ahli forum MyKMU.net yang dikenali hanya sebagai Jamilisa memuatkan tuduhan itu dengan judul "Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap basah" pada 25 Januari.

"Tuduhan itu juga sama sekali tidak berasas sedangkan pada masa yang dinyatakan itu saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana diundang menghadiri Program Forum Perdana sebagai ahli panel," coret Dr Halimah lagi.

Beliau mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang penyebaran berita palsu dan fitnah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.


p/s:: adakah tragedi khalwat Mat Sabu dengan Normah di Hotel Perdana satu ketika dulu akan berulang?

kita tunggu !!!!!!!!!

7 comments:

Tai said...

Ai yaa encik, sahkan berita tu dululah kan? nak musuh politik pun, janganlah buat fitnah. Tapi, macammana dengan pembangkang yang suka sangat buat fitnah?

taipingmali said...

dont worry lah...depa pandai cover line....

Ezad said...

ye. aku sokong supaya SKMM mengambil tindakan etrhadap laman web yang menyiarkan berita palsu dan fitnah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

berapa banyak blog puak sana yg menyiarkan fitnah?

Anonymous said...

OOI Kulup

Nak tambah dosa ke...

Sebar berita belum sahih..

Betul-betul kulup hang ni.

anonymous said...

klo kat pihak Kerajaan,mereka byk menyeru kpd rakyat supaya bersatu membina negara(merujuk kbykn kenyataan mereka).tp klo pihak pembangkang,menyeru rakyat tumbangkan kerajaan,buruk2kan kerajaan,keluar kenyataan itu dan ini disokong dgn khabar2 angin jg yg dikatakan bukti.itu pun klo anda semua perasan(kecuali dah buta hati la sehingga x dpt menilai,berfikir).apabila negara jd huru-hara kelak,rakyat jd sengsara,x kira yg sokong mana2 parti.

org melayu x rasa dia melayu dah smpai sanggup hina raja sendiri.
org islam nya x rasa dia islam smpi kafirkan saudara islam dia sendiri.
org malaysia x rasa dia org malaysia sehingga sanggup hina/ caci negara sendiri.

ASAL NEGARA:
orang Cina ada negara CHINA.
orang INDIA ada negara INDIA.
orang MELAYU?..INDONESIA?x..sbb mereka x kata mereka org melayu,cuma rumpun melayu.tapi ttp letak negara INDONESIA,bangsa indonesia.
MELAYU cuma ada TANAH MELAYU,skrg MALAYSIA dgn bumiputera yg merdeka.

Hak Istimewa MELAYU/Bumiputera ttp dijaga dgn tidak meminggirkan kaum2lain,BUKAN bertuankan/Dihapuskan hak demi Kaum Lain.Kaum lain diiktiraf sbg warganegara selagi x mencabar/mempersoal hak2 istimewa org MELAYU/Bumiputera.

apabila MELAYU/bumiputera gadai hak MELAYU/bumiputera,MALAYSIA akan jadi MALAY(SIA-SIA)=orang melayu merempat dibumi sendiri..
bukan masa untuk menyalahkan org lain.ini masa untuk kita berfikir dan bertindak untuk melayu/bumiputera bersatu..

Anonymous said...

nak kasi korang pk :
memaglah phak gov asyik mnyeru "eratkAn perpaduan" tapi korang tau ke apa nsib yg jd kat org yg terlampau r[at dgn gov tu? (cth antatuya je lah) knpa ayik highlight benda yg sme dpd sblum merdeka lg. mcm tak berkembang. bukan nak suruh g berperang buat rusuhan ke ape lah. tp bnyak lg isu yg timbul kat msia ni yg TAK DIKTENGAHKANOLEH ORG POLITIK! mcm mne dgn kdar kemalangan yg semakin naik kdar rompakan rogol nak luar nikah dadah? smua ni hal rakyat. agak nye slagi tak der mane2 ank mke yg terlibat mke tup2 mta? apa kejadah kita pge mengundi tu? pembangkan dah gov nmpk beza, tp sebanrnye smer je motif (NAK JADI PEMERINTAH) BGAMNA dgn motif (KEBAJIKAN RAkyAT DAN pembangunan NEGARA) ??????

kopi luwak said...

saya orang indonesia, sekarang banyak sekali laman web berisi fitnah tentang indonesia