Sunday, December 14, 2008

Pakatan Rakyat sudah menukar kereta Exco Perak tidak sampai setahun menerajui negeri !!

Camry: Kerajaan Perak tidak patriotik

KUALA KANGSAR 13 Dis. - Kerajaan Perak disifatkan tidak patriotik apabila sanggup menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Penggunaan kereta import berbanding kereta buatan tempatan juga bererti kerajaan negeri sanggup mengalirkan wang ke luar negara untuk membeli kereta-kereta berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Manong, Datuk Ramly Zahari berkata, walaupun kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana tinggi, pembelian kereta tersebut menyebabkan mata wang negara mengalir dalam negeri.

"Saya anggap tindakan kerajaan negeri ini sebagai tidak patriotik dan melanggar arahan Kerajaan Pusat sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pejabat Kemajuan Daerah Kinta dan Kuala Kangsar di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Perak (JPP), Datuk Zainal Abidin Omar.

Beliau diminta mengulas tindakan Kerajaan Perak meluluskan pembelian sebanyak 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.

Mengulas lanjut Ramly berkata, sepatutnya kerajaan negeri lebih mengutamakan penggunaan kereta nasional sebagai satu langkah untuk memartabatkan lagi kereta buatan tempatan.

Sementara itu di KUANTAN, Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) juga menyifatkan kerajaan Perak sebagai 'mengkhianati' negara apabila menggunakan kereta buatan luar bagi menggantikan kereta tempatan sebagai kenderaan rasmi.

Presidennya, Mohd. Firdaus Abdullah menegaskan, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlekehkan kereta buatan tempatan yang dianggap tidak layak menjadi kenderaan rasmi kerajaan negeri.

"Kerajaan Perak telah membelakangkan kemampuan kereta tempatan apabila memilih Toyota untuk menjalankan urusan rasmi kerajaan," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Firdaus berkata, pemimpin kerajaan di Perak sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat dengan menggunakan kenderaan buatan tempatan.

"Apabila pemimpin kerajaan menggunakan kenderaan buatan luar, ia juga mendorong rakyat untuk tidak menggunakan kenderaan buatan tempatan," katanya.


utusan malaysia 14/12/2008

6 comments:

Tai said...

Encik, nanti orang PR bantai balik, "Ala, yang Terengganu tu apa pasai tak bising?" Ha, apa encik nak jawab? Ha, sediakan jawapan tu encik.

MELAYUSEPANG said...
This comment has been removed by the author.
MELAYUSEPANG said...

sepatutnya kerajaan pr ambil iktibar apa yg telah terjadi di terengganu untuk tidak terus menghadapi kerugian.Dimana dalam kes terengganu,kerajaan pusat telah mengarahkan kerajaan negeri menjadikan kenderaan mercedez yg telah dibeli digunakan sebagai kenderaan tetamu negeri.dan kerajaan terengganu masih perlu menggunakan Proton v6 sebagai kenderaan rasmi.Ini menunjukkan bahawa kerajan pr yg menjadikan kerajan terengganu sebagai contoh ternyata hanya berfikiran terawang2 tanpa mengambil iktibar apa yg berlaku di terengganu.Senario yg berlaku di terengganu adalah dasar kerajaan pusat yg jelas mengutamakan dasar automotif nasional yg mana kereta rasmi kerajan perlu menggunakan proton sebagai membantu secara langsung industri automotif negara dan industri sokongannya.

Tai said...

Satu hujah yang bagus dari cik Sepang. yalah takut depa smesh balik kononnya kalau BN buat gitu, kita tak bising tapi kenapa bila PR buat, kita pakat bising.

Panglima Perang Cyber said...

PROTON: KOS SELENGGARA PERDANA EXCO TERENGGANU HANYA RM542 SETAHUN!

“Purata kos selenggaraan bagi setiap unit Proton Perdana milik kerajaan negeri Terengganu yang dihantar ke Proton ialah RM542 setahun, berdasarkan rekod bagi 35 kereta yang diservis di pusat servis Proton yang berdaftar.

“Umumnya, biasanya perbatuan perjalanan sebuah kenderaan bagi penggunaan biasa ialah antara 20,000km hingga 30,000km setahun. Berdasarkan ini, kos purata selenggaraan bagi tempoh itu dianggarkan RM2,300 dan kos ini akan meningkat dengan penggunaan lebih kerap." katanya dalam kenyataan hari Jumaat."

Ini adalah kenyataan Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (gambar) petang ini.

Tidak perlulah Jelapang mengulas lanjut kenyataan Pak Tuan kita ini.

Laporan Bernama: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=348566


PERBELANJAAN BAIK PULIH PERDANA V6 EXCO TERENGGANU
(2004-2008) Sumber: Utusan Malaysia

Tan Chin Yaw - RM175,229.79
Ahmad Said - RM92,995.18
Mohamed Awang Tera - RM 52,965.68
Ahmad Razif Abdul Rahman - RM65,509.93
Abdul Rahin Mohd Said - RM76,296.54
Rozi Mamat - RM74,114.27
Ashaari Idris - RM42,355.36
Khazan Che Mat - RM 37,656.76
YDP Negeri - RM 64,530.62
Penasihat Undang-Undang - RM 36,331.78
Pegawai Kewangan Negeri - RM 36,234.59
SUK Terengganu (Datuk Mutahar) – RM47,864.86
Wan Mohd Wan Hassan - RM 27,886.16
Idris Jusoh - RM235,123.08
Wan Hisham Wan Salleh - RM 15,069.32
Mohd Jidin Shafee - RM 95,178.15
JUMLAH - RM1,175,342.07

Perdana V6 - dua pemilik bengkel mengaku tidak bersalah
14/09/2008 4:19pm

KUALA TERENGGANU 14 Sept. - Dua pemilik bengkel kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini, atas lima tuduhan membuat tuntutan palsu kepada kerajaan Terengganu berhubung pembekalan kotak gear Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco.

Tor Kok Siong, 52, dan Choong Yuen Sang, 48, dituduh membuat tuntutan tersebut kesemuanya bernilai RM91,350.64 bagi tujuan penggantian kotak gear lima buah Perdana V6 antara November 2006 hingga Jun lalu, sedangkan kotak gear itu adalah yang asal dan tiada penggantian dilakukan.

Kok Siong, pemilik bengkel kereta di Jalan Bukit Kechil di sini menghadapi empat tuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM72,230.73 dan meminta dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim M. Bakri Abd. Majid.

Dalam mahkamah berasingan, Choong Yuen Sang, 48, pemilik bengkel kereta di Chendering pula menghadapi satu tuduhan serupa bernilai RM19,119.91 dan membuat permohonan untuk dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab. Karim.

Mengikut fakta kes, Kok Siong dituduh memberikan invois CI No. 77456 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan sebuah pc Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 untuk kenderaan bernombor pendaftaran TAG 7979 kepada Pegawai Eksekutif Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Hashim Abdul Rahman pada Ogos 2007.

Dia juga dituduh menyerahkan invois CI No. 78528 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan sebuah Auto Transmission V6 MD 9739975 berjumlah RM18,057.68 bagi Perdana V6 TT 3 kepada Pegawai Tadbir Pejabat SUK, A. Rahim Jusoh pada Jun lalu.

Bagi tuduhan ketiga, Kok Siong dituduh menyerahkan invois CI No. 75548 mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan sebuah pc Auto Transmission V6 NOKP4A23-UPP3VO9608 berjumlah RM18,057.69 bagi Perdana V6 TT 7 kepada pegawai sama pada November 2006.

Dia turut dituduh menyerahkan invois CI 75982 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan sebuah pc Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 bagi kereta Perdana V6 TAG 8778 kepada Penolong SUK (Am/Kew), Zulkifly Isa pada November 2006.

Sementara itu, Yuen Sang pula dituduh menyerahkan invois bernombor 3147 mengandungi butir palsu mengenai pembekalan satu set Auto Transmission Assy (New) berjumlah RM19,119.91 bagi Perdana V6 TAK 415 kepada Hashim pada 2 Ogos 2007.

Kedua-dua pemilik bengkel itu dituduh melakukan kesemua perbuatan itu di pejabat Dewan Undangan Negeri Terengganu dan mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Sabit kesalahan kedua-duanya boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang boleh dipenjara tidak kurang 14 hari dan tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Mohd. Sofian Zakaria manakala Kok Siong dan Yuen Sang masing-masing diwakili peguam Osman Bakar dan Siti Saleha Mohd. Tahir.

Mohd. Sofian meminta supaya kedua-dua tertuduh diikat jamin RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Namun Hakim M. Bakri menetapkan Kok Siong diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin manakala Hakim Mohammad Khalid menetapkan ikat jamin RM7,000 serta seorang penjamin terhadap Yuen Sang.

Mahkamah kemudiannya masing-masing menetapkan 23 dan 24 Disember ini bagi perbicaraan ke atas Kok Siong manakala 14 Disember ini bagi perbicaraan ke atas Yuen Sang. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0914&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm


PM ARAH EXCO TERENGGANU PAKAI PERDANA

Sementara itu, Perdana Menteri menjelaskan 14 Mercedes E200 Kompressor yang dibeli Kerajaan Terengganu akan digunakan sebagai kenderaan tetamu Kerajaan.

Laporan Bernama: Kabinet memutuskan Kerajaan Negeri Terengganu perlu menggunakan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi anggota Exconya manakala kereta Mercedes Benz yang sudah dibeli hanya untuk tetamu kerajaan negeri itu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jumaat.

"Semalam, saya dan Najib dalam perjumpaan dengan Menteri Besar Terengganu telah membincangkan perkara ini dan telahpun menyatakan bahawa adalah satu perkara yang penting yang sudahpun menjadi keputusan Jemaah Menteri iaitu pihak kerajaan Terengganu jangan menggunakan kereta Mercedes untuk Exco-Exco mereka" - PM.

Laporan penuh: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=348574

Anonymous said...

Berkata benarlah dan jujurlah kamu wahai pegawai-pegwai kerajaan dan pemandu-pemandu yang berurusan dengan workshop kafir harbi.