Friday, July 11, 2008

Raksasa BN menulis kutuk Mahathir

Dr. M risau pasal peralihan kuasa-Malaysiakini

Oleh Mohamad Ansar Saifuddin

MELAYARI http://test.chedet.com/, terbaca oleh saya satu tulisan ringkas, tentunya dari bekas Perdana Menteri, bekas Presiden Umno, bekas Pengerusi BN, bekas Ahli Parlimen Kubang Pasu dan bekas Ahli Umno, bernama Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kerisauannya terhadap peralihan kuasa dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Sepatutnya, saya tidak membaca tulisan ini kerana, tidak ada faedahnya melayan syak wasangka dan busuk hati Dr. Mahathir terhadap Pak Lah bukan sehari dua ini. Dia sudah melakukan sejak sekian lama, dalam banyak ceramah-ceramahnya selain menulis dalam webside yang kononnya mendapat kunjungan ramai.

Apabila sudah terbaca, saya rasa seperti terpanggil untuk mengulas sesuatu, tentunya bercakap mengenai hak dan keistimewaan Pak Lah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Ingat! Ketika Dr. Mahathir menjadi PM dan Presiden Umno, bukan sedikit carca-marba yang dilakukannya. Lupa, bagaimana dia menyindir Datuk Shahrir Abdul Samad apabila MP Johor Bahru itu, yang ketika itu adalah Ahli MT Umno menulis di laman web?

BN biasa kalah di peringkat negeri ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. Sabah, Kelantan dan Terengganu merupakan 'sejarah hitam' yang tidak mungkin dapat dipadam. Mahukah Dr. Mahathir menafikannya? Kelantan terlepas ke tangan PAS bukankah ekoran 'pergaduhan' Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh Hamzah?

Lupakah kita, Parti Melayu Semangat 46 pernah menang satu kerusi di DUN Johor, Pahang dan Selangor ketika kemuncak kebencian rakyat terhadap Dr. Mahathir? Hari ini, apabila Presiden Umno yang boleh mengimamkan sholat mengadakan pertemuan dengan Ketua-ketua Cawangan dan ketua-ketua bahagian dari seluruh negara, Dr. Mahathir nampaknya 'menghasut' mereka bahawa Pak Lah akan memberi gula-gula kepada Najib.

Gambarannya Pak Lah akan berundur 2010, kemudiannya Najib akan diserang dengan pelbagai tuduhan, menyebabkan Najib dianggap tidak layak menjadi TPM dan Pak Lah akan melantik seorang lain yang setia kepadanya sebagai TPM, menunjukkan Dr. Mahathir cuba 'menyamakan ketidak ikhlasan' hatinya dengan keikhlasan hati Pak Lah.

Perdana Menteri pertama yang bermasalah dengan timbalan, bukan Pak Lah tetapi Dr. Mahathir. Gandingan 2M (Mahathir dan Musa) suatu ketika dahulu mengusarkan Dr. Mahathir yang sentiasa menganggap Tun Musa Hitam mahu menentangnya. PM yang tidak mahu berundur sebenarnya ialah Dr. Mahathir. Dia hanya berundur kerana dia tidak ada pilihan lain.

Usahanya menawarkan diri bertanding G7 di Kubang Pasu juga menunjukkan 'ada yang tidak puas di hatinya'. Dia mahu masuk lagi Perhimpunan Agung Umno, walaupun dia sudah menjadi Presiden Umno 22 tahun, tidak masuk tujuh tahun sebagai Timbalan Presiden.

Hari ini, Dr. Mahathir menyebut nama Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang mungkin 'dianggap sebagai tidak setia kepada parti, pengkhianat dan tak hormat arahan demokratik dari Presiden Umno' jika meneruskan hasratnya bertanding jawatan yang lebih tinggi dari Naib Presiden Umno.

Muhyiddin mungkin 'tersenyum kambing' dengan kenyataan Dr. Mahathir ini.
Tetapi jika Muhyiddin ingat bagaimana Dr. Mahathir 'menjatuhkannya' dari kerusi Naib Presiden Umno dalam tahun 1996, Muhyiddin mungkin tidak dapat memaafkan Dr. Mahathir sampai ke mati. Ingat, antara kata-kata Dr. Mahathir di dalam Ucapan Dasar Presiden Umno tahun 1996?
Antara kata-katanya;

"Jika kita memilih orang yang member duit kerana membeli undi, orang ini nanti akan menjual negara dan parti ini untuk mendapat semula wang yang digunakan untuk tujuan membeli undi…

" Walaupun kata-katanya itu tidak ditujukan kepada Muhyiddin yang ketika itu menduduki kerusi Naib Presiden nombor satu, tewas hingga jatuh ke nombor enam. Nasib baik ketika itu, ada seorang calon bernama Yeop Tajuddin (Naib Ketua Umno Cawangan Dalam Bahagian Lembah Pantai) mendapat undi 111, yang meletakkannya di kerusi nombor tujuh. Jika tidak, Muhyiddin tercorot.

Bolehkah Muhyiddin dan penyokong-penyokongnya memaafkan Dr Mahathir dengan apa yang berlaku? Lupakah Muhyiddin dia hamper-hampir 'bertumbuk' dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman kerana situasi politik ketika itu? Siapa yang melaga-lagakan mereka jika bukan Dr. Mahathir?

Ketika tewas, Muhyiddin dikatakan ada memberitahu kawan-kawannya "saya ditanam enam kaki ke bawah tanah" oleh Dr. Mahathir dan Ghani Othman. Mungkin saya tidak boleh muncul lagi selepas ini. Sebelum itu, apakah Muhyiddin lupa bahawa Dr. Mahathir 'tidak menghormati kedudukannya' sebagai Naib Presiden nombor satu, kerana hanya melantiknya menjadi Menteri Belia dan Sukan sedangkan kementerian itu adalah kementerian paling junior dalam cabinet.

Siapa yang meletakkan Muhyiddin di Kementerian Pertanian (satu kementerian yang cukup besar dengan 13 agensi kerajaan di bawahnya) dan sekarang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri? Bukankah Pak Lah? Siapa yang berkempen (ketika membentangkan budget dan pertemuan Presiden dengan perwakilan Umno) sebelum pemilihan 2004, untuk Muhyiddin jika bukan Pak Lah?

Hari ini, Dr. Mahathir yang pernah 'takut Pak Lah melantik Muhyiddin' menjadi TPM, tiba-tiba mahu menjadi pembela Muhyiddin. Kata-katanya 'mendahului' orang lain supaya Pak Lah tersepit dengan keadaan ini. Dulu, dia (Dr. Mahathir) tidak berhasrat melantik Najib, bukan kerana Najib tidak layak tetapi kerana 'kehendak Allah' dan rezeki Pak Lah.

Dr. Mahathir bukan lagi ahli Umno. Jika dia tidak ada sesiapa berani mengelarkannya sebagai 'pengkhianat' tetapi hakikatnya begitulah. Parti yang meletakkannya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri kini sudah ditinggalkannya. Memang masih ada orang yang bernostalgia dengannya. Kononnya dialah PM terbaik yang pernah dilahirkan di Malaysia.

Tetapi, untuk memerintah Negara ini, tidak cukup sekadar bernostalgia sahaja. Lama dah… cemoi dah. Cukuplah! Kenapa sampai sudah berundur, masih mahu menyusun atur siapa yang patut berhenti, siapa yang patut menjadi PM dan siapa yang patut melawan Presiden parti.
Jika Dr. Mahathir tidak perlu risau jika ada 'suara-suara dari pengasas parti yang sudah meninggal dunia' marahkah Pak Lah kerana kononnya Pak Lah sudah 'hi-jeck' parti ini kerana apa yang berlaku hari ini, termasuk kemarahan rakyat, Isu Anwar Ibrahim, Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Daim Zainuddin adalah 'kesilapan di era dia sendiri'.

Tidak ada siapa yang berani menegurnya ketika dia berkuasa hingga menyebabkan dua bekas PM bertindak tidak mahu menyertai Umno (baru) yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir dan kawan-kawannya.

Kalau Dr. Mahathir menyangka yang Pak Lah akan melakukan sesuatu yang tidak patut kepada Najib dan Muhyiddin, Dr. Mahathir juga seharusnya bertanya dengan Najib dan Muhyiddin apakah mereka berdua juga ada melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan kepada ketua mereka yang jujur dan ikhlas melantik mereka?

Kepada pelayar-pelayar laman web 'chedet' dan memberi komen menyokong Dr. Mahathir, fikirkanlah bahawa Umno itu lebih penting dan berjasa daripada 'Dr. Mahathir tanpa Umno'. Rasionalkan fikiran dan bantulah Pak Lah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang kekal aman dan harmoni, serta bebas dari fitnah.




http://raksasabn.blogspot.com/2008/07/dr-m-risau-pasal-peralihan-kuasa.html

Wednesday, July 9, 2008

Anwar dilarang Mufti untuk bersumpah !

Situasi sekarang :

1. Mufti Perlis suruh bersumpah manakala Mufti Perak larang bersumpah..

2. Saiful sudah memberi keterangan dan Balasubramaniam pula dilaporkan hilang.

3. Anwar dimalukan lagi dengan 'konsert liar' Ahad lepas di perhimpunan PROTES dan 700 unit Amal melarikan diri sebagai tanda protes.

4. PAS masih memboikot perhimpunan malam tersebut dengan tidak menghantar wakil.

5. Anwar semakin tertekan dengan tarikh semakin hampir menjadi PM sudah tidak lama lagi.

6. Jumlah MP BN akan melompat sudah berkurangan dari 30 kepada 4 orang sahaja.

7. Semalam, SAPP diberitakan kekal dalam BN.


Situasi terkini menyekat ' mimpi indah' Pakatan Rakyat untuk berkuasa memerintah negara.

Kita tunggu apa kesudahanannya selepas ini.

Apakah Anwar akan bersumpah menafikan tuduhan tersebut selepas ini???

Sunday, July 6, 2008

Saturday, July 5, 2008

Liwat : Mufti Perak juga meminta Anwar bersumpah...- Blog Lenggong Valley

blog Asal Lenggong Valley

Selepas Mufti Perlis, Mufti Perak, Datuk Seri Dr. Harussani Zakaria juga berpendapat Anwar Ibrahim perlu bermuhabalah (bersumpah) berhubung tuduhan meliwat pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan jika tidak dapat membuktikan di mahkamah.

Harussani berkata demikian hari ini sebagai mengulas saranan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abdin semalam.

Katanya lagi, "Setiap keterangan yang diberi perlu dibuktikan. Jika tiada keterangan untuk dijawab, barulah dia (Anwar) perlu bersumpah."

Semalam, Asri menggesa Anwar yang dituduh meliwat kali kedua dan pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya bermubahalah' atau bersumpah.

Katanya, "Kedua-dua pihak (Anwar dan Saiful) hendaklah bersumpah. Kalau tidak puas hati lagi, bermubahalah seperti ini... 'Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya laknat Allah kepada saya' dan hendaklah bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi, Watallahi... saya tidak melakukannya."

Harussani menganggap isu liwat ini timbul disebabkan pertelingkahan antara dua parti politik yang berlaku sekarang.

Friday, July 4, 2008

Sah kes liwat Anwar dan Saiful !!!

Baca sumber di Editorialblog :

Hasil pemeriksaan kesihatan yang dilakukan ke atas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, di Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bahawa Anwar terbabit dalam kes liwat yang dilaporkan berlaku Khamis lalu.

Mohd Saiful membuat laporan polis pada Sabtu dan kurangd aripada 72 jam beliau dibawa untuk melakukan pemeriksaan di HKL.

Editorialblog diberitahu bahawa kesa DNA Anwar ditemui pada Mohd Saiful. Pengecaman DAN itu dapat dilakukan dengan mudah kerana laporan DNA Anwar Ibrahim memang sedia ada berdasarkan kes terdahulu.

Laporan perubatan itu sudah diserahkan kepada pihak polis.
Dimaklumkan bahawa tindakan Anwar yang tidak membuat persediaan rapi, termasuk tidak memakai kondom ketika kejadian yang didakwa Mohd Saiful itu menyebabkan identiti Anwar dapat dikesan.

Pmeriksaan kesihatan dilakukan ke atas Mohd Saiful kurang 72 jam selepas kejadian liwat itu berlaku dan berdasarkan tempoh berkenaan, kesan DNA pada dirinya masih dapat menunjukkan bukti jelas.

Selain pemeriksaan kesihatan ke atas Mohd Saiful, kehadiran Anwar di Kondominium Desa Damansara juga dapat dibuktikan apabila kediaman mewah itu dilengkapkan dengan CCTV.




Blogger Air Kopi : Benar atau tidak bagi saya ; no komen...Kita tunggu sama sama ....

Thursday, July 3, 2008

Najib dituduh bersama Altantuya oleh Penyiasat Persendirian upahan Anwar !!

Maaf kerana membangkitkan 'upahan'....

kenapa ? kerana hal ini dibangkitkan selepas hampir 2 tahun ia berlalu dari 2006 - 2008 !

Kenapa baru sekarang ?

adakah kerana Anwar telah dilewati masa ' suram' politiknya dengan perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan tidak mahu jatuh air muka kerana isu isu tersebut ?

kenapa selepas 19 bulan ( dari tarikh penganalisis Razak Baginda ditangkap ) baru isu kenyataan beramaran beliau dibuang ; timbul ?

adakah ini kerana ' kenaikan saham' dan duit duit jutaan ringgit yang timbul ?

sebelum ini Raja Petra dah cuba. Tetapi tidak berjaya.

Sekarang hero baru pula cuba. mana tahu akan berjaya ?

Jika berjaya apa ganjarannya ? agak agak saya peluang jadi wakil rakyat seperti ' jurugambar' video Lingam yang telah bergelar YB hanya dengan merakam video sahaja...

Baca berita tersebut :

Penyiasat persendirian itu, P Balasubramaniam hadir dalam sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR Petaling Jaya hari ini.Dalam akuan berkanunnya yang diedarkan kepada media, Balasubramaniam memberikan beberapa butiran maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya, wanita Mongolia yang dibunuh, dengan timbalan perdana menteri.

Balasubramaniam, yang diupah Abdul Razak pada Oktober 2006, mendakwa majikannya itu pernah memberitahunya bahawa Najib memperkenalkan Altantunya kepadanya dalam sebuah pameran berlian di Singapura.

Abdul Razak, yang kini dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia itu, didakwa memberitahu sedemikian pada 14 Oktober dua tahun lalu untuk memujuknya terus bertugas dengannya.

Selain maklumat tersebut, dakwa Balasubramaniam lagi, penganalisis politik yang dekat dengan pemimpin negara itu juga memberitahunya:

* Najib memaklumkan kepada majikannya itu bahawa mereka berdua pernah melakukan hubungan seks.

* Oleh sebab beliau sekarang timbalan perdana menteri, Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita berkenaan tidak mengacaunya.

* Ketiga-tiga mereka – Najib, Abdul Razak dan Altantuya - didakwa pernah makan malam bersama di Paris.

* Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di negara itu.

==================================================================

Berat tuduhan dan fitnah ini ( jika ia palsu ) kerana ia melibatkan isu zina dan juga rasuah. Ia akan menggambarkan kepada rakyat tentang buruknya kerajaan dan sekaligus rebat tunai akan dilupakan dan isu isu yang ada sebelum ini akan hangat kembali.

Perkara ini boleh menggugat keamanan... Polis pasti akan bertindak tegas. tentera juga sudah bersama polis membuat latihan bagi menghadapi situasi begini seperti mana akhbar melaporkan.

hati hati, kerana yang akan jadi mangsa ialah kita jika huru hara berlaku ekoran 'hasutan berterusan' dari agen agen zionis yahudi dan amerika di negara kita ini.

Wednesday, July 2, 2008

Mana kenyataan sokongan Hj Hadi dan Lim Kit Siang ?

Tuduhan liwat tidak jejaskan hubungan PAS-PKR
01-07-2008 08:05:37 PM

KUALA LUMPUR: Tuduhan liwat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjejaskan hubungan dan pakatan antara PAS dan PKR, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar.

Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata pemimpin pembangkang tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan seumpama itu dan sebaliknya percaya ia adalah satu lagi konspirasi untuk menjatuhkan Anwar selaku pemimpin pembangkang.

Pada 28 Jun lepas, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan di balai Polis Travers, di sini dengan mendakwa diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di ibu negara.

Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pula berkata kenyataan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor, yang meminta rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan kononnya berlaku konspirasi bagi menjatuhkan Anwar, hanyalah pandangan peribadi Mohamad Ezam.

Mohamad Ezam semalam meminta orang ramai tidak termakan dengan cerita Anwar kononnya wujud konspirasi untuk menjatuhkannya. BERNAMA


Jika dibaca kenyataan PAS di atas, ia nada bekas anak murid Anwar iaitu Kamarudin Jaafar.

Mana perginya Hj Hadi yang sangat lambat dan lembab memberikan kenyataan media selaku komponen utama Pakatan ( baca : menghancurkan ) Rakyat ?

Lim Kit Siang juga sepi tanpa nada tegas mempertahan atau menjahanamkan Anwar .

Adakah mereka berdua juga ada cantas mencantas untuk naik jadi PM kiranya mereka mendapat katak lompat nanti ?

Fikirlah wahai saudaraku !

Mari kita bersatu .....