Monday, March 2, 2009

DUN Perak mahu dibuat sidang tanpa perkenan Sultan tidak sah

'Sidang DUN tergempar tidak sah'

IPOH 1 Mac - Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Selasa ini yang dicadangkan mengikut Peraturan Tetap DUN 8(1) adalah tidak sah dan tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri berkata, dalam apa keadaan sekalipun, beliau perlu menghantar notis bertulis kepada Ahli DUN untuk tujuan tersebut berserta dengan pemasyhuran memanggil Dewan oleh Sultan Perak.

Menurutnya, tanpa pemasyhuran Sultan Perak itu, sidang DUN tidak boleh diadakan walaupun Speaker, V. Sivakumar telah mengarahkannya mengeluarkan notis segera untuk sidang tergempar tersebut.

"Dalam hal memanggil sidang Dewan, peruntukan Peraturan Tetap DUN 8(1) perlu dibaca bersama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang berkehendakkan perkenan Sultan Perak untuk memanggil apa- apa sidang DUN sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.

"Oleh itu, pemanggilan sidang DUN tergempar seperti yang dicadangkan oleh Speaker DUN adalah tidak sah dan tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Kelmarin, Sivakumar mengeluarkan notis sidang tergempar DUN Perak pada Selasa ini bagi membincangkan dua usul yang diterima pada 24 Februari lalu.

Sivakumar berkata, semua wakil rakyat diarah hadir kecuali Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir, enam anggota Exco dan tiga wakil rakyat iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi, ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Mohd. Jailu dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong.

Pada 18 Februari lalu, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Menteri Besar bersama enam Exco daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Abdullah lagi, Peraturan Tetap DUN 1 juga jelas menyatakan bahawa setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran Sultan Perak memanggil mesyuarat.

Jelas beliau, Peraturan Tetap DUN 10(1) pula menyatakan bahawa kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.

Beliau berkata, ini kerana Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak memberi kuasa yang jelas kepada Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.

Katanya, perkara XXVI(1) tersebut memperuntukkan:

"Duli Yang Maha Mulia hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang DUN itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan".

Kata Abdullah, peruntukan itu adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil DUN adalah kuasa sultan.

Sunday, February 1, 2009

EXCO WANITA PAS DITUDUH BERKHALWAT-malaysiakini

Malaysiakini melaporkan:

imadie Shah Othman | Jan 30, 09 8:33pm

Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali membuat laporan polis terhadap satu laman web pro-Umno berhubung tuduhan beliau ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang.

Wakil rakyat PAS itu berkata, tuduhan yang dilemparkannya itu "berniat jahat, tidak masuk akal, menjatuhkan maruahnya" dan mahu mengaibkannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang.

"Saya adalah wakil rakyat PAS, sudah tentulah yang saya dukung ini adalah Islam.

"Dan sebagai exco pembangunan modal insan, sudah tentulah kita hendak memerangi perkara mungkar dan maksiat ini secara jama'i atau berkumpulan," tulisnya di blog drhalimahali.blogspot.com.

Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang pada Selasa lalu setelah mendapat nasihat daripada peguam PAS.

Ahad lalu, seorang ahli forum MyKMU.net yang dikenali hanya sebagai Jamilisa memuatkan tuduhan itu dengan judul "Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap basah" pada 25 Januari.

"Tuduhan itu juga sama sekali tidak berasas sedangkan pada masa yang dinyatakan itu saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana diundang menghadiri Program Forum Perdana sebagai ahli panel," coret Dr Halimah lagi.

Beliau mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang penyebaran berita palsu dan fitnah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.


p/s:: adakah tragedi khalwat Mat Sabu dengan Normah di Hotel Perdana satu ketika dulu akan berulang?

kita tunggu !!!!!!!!!

Sunday, January 18, 2009

Tun Mahathir : Najib tidak harus dipersalahkan kekalahan BN !

Najib tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN

18/01/2009 4:36pm

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu semalam adalah kerana faktor calon.

“Sebahagian daripada sebab mereka (pengundi) tidak menyokong BN ialah kerana mereka tidak suka kepada calon,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia di Kompleks Sukan Bangsar di sini hari ini. - Bernama


 

Saturday, January 17, 2009

Blogger PAS akui kelebihan Barisan Nasional

Blogger Roslan SMS memberi komen :

Saya menghubungi rakan-rakan dari media. Masing-masing masih memberi bacaan 50-50, samada PAS atau BN. Memang mereka akui dari sudut persiapan dan logistik BN mendahului PAS, tetapi apakah ianya boleh diterjemahkan kepada undi, belum tahu.

Adakah ia bermakna PAS tidak yakin mendapat kemenangan ?

Kita tunggu jam 10.30 malam nanti.


Thursday, December 18, 2008

Kos sebenar selenggara Perdana, arahan kekalkan Perdana sebagai kereta rasmi Kerajaan Negeri Barisan Nasional

KOS SELENGGARA PERDANA EXCO TERENGGANU HANYA RM542 SETAHUN!


“Purata kos selenggaraan bagi setiap unit Proton Perdana milik kerajaan negeri Terengganu yang dihantar ke Proton ialah RM542 setahun, berdasarkan rekod bagi 35 kereta yang diservis di pusat servis Proton yang berdaftar.

“Umumnya, biasanya perbatuan perjalanan sebuah kenderaan bagi penggunaan biasa ialah antara 20,000km hingga 30,000km setahun. Berdasarkan ini, kos purata selenggaraan bagi tempoh itu dianggarkan RM2,300 dan kos ini akan meningkat dengan penggunaan lebih kerap." katanya dalam kenyataan hari Jumaat."

Ini adalah kenyataan Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (gambar) petang ini.

Tidak perlulah Jelapang mengulas lanjut kenyataan Pak Tuan kita ini.

Laporan Bernama: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=348566



PM ARAH EXCO TERENGGANU PAKAI PERDANA

Sementara itu, Perdana Menteri menjelaskan 14 Mercedes E200 Kompressor yang dibeli Kerajaan Terengganu akan digunakan sebagai kenderaan tetamu Kerajaan.

Laporan Bernama: Kabinet memutuskan Kerajaan Negeri Terengganu perlu menggunakan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi anggota Exconya manakala kereta Mercedes Benz yang sudah dibeli hanya untuk tetamu kerajaan negeri itu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jumaat.

"Semalam, saya dan Najib dalam perjumpaan dengan Menteri Besar Terengganu telah membincangkan perkara ini dan telahpun menyatakan bahawa adalah satu perkara yang penting yang sudahpun menjadi keputusan Jemaah Menteri iaitu pihak kerajaan Terengganu jangan menggunakan kereta Mercedes untuk Exco-Exco mereka" - PM.

Laporan penuh: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=348574

Sunday, December 14, 2008

Pakatan Rakyat sudah menukar kereta Exco Perak tidak sampai setahun menerajui negeri !!

Camry: Kerajaan Perak tidak patriotik

KUALA KANGSAR 13 Dis. - Kerajaan Perak disifatkan tidak patriotik apabila sanggup menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Penggunaan kereta import berbanding kereta buatan tempatan juga bererti kerajaan negeri sanggup mengalirkan wang ke luar negara untuk membeli kereta-kereta berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Manong, Datuk Ramly Zahari berkata, walaupun kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana tinggi, pembelian kereta tersebut menyebabkan mata wang negara mengalir dalam negeri.

"Saya anggap tindakan kerajaan negeri ini sebagai tidak patriotik dan melanggar arahan Kerajaan Pusat sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pejabat Kemajuan Daerah Kinta dan Kuala Kangsar di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Perak (JPP), Datuk Zainal Abidin Omar.

Beliau diminta mengulas tindakan Kerajaan Perak meluluskan pembelian sebanyak 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan.

Mengulas lanjut Ramly berkata, sepatutnya kerajaan negeri lebih mengutamakan penggunaan kereta nasional sebagai satu langkah untuk memartabatkan lagi kereta buatan tempatan.

Sementara itu di KUANTAN, Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) juga menyifatkan kerajaan Perak sebagai 'mengkhianati' negara apabila menggunakan kereta buatan luar bagi menggantikan kereta tempatan sebagai kenderaan rasmi.

Presidennya, Mohd. Firdaus Abdullah menegaskan, tindakan kerajaan negeri itu seolah-olah memperlekehkan kereta buatan tempatan yang dianggap tidak layak menjadi kenderaan rasmi kerajaan negeri.

"Kerajaan Perak telah membelakangkan kemampuan kereta tempatan apabila memilih Toyota untuk menjalankan urusan rasmi kerajaan," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Firdaus berkata, pemimpin kerajaan di Perak sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat dengan menggunakan kenderaan buatan tempatan.

"Apabila pemimpin kerajaan menggunakan kenderaan buatan luar, ia juga mendorong rakyat untuk tidak menggunakan kenderaan buatan tempatan," katanya.


utusan malaysia 14/12/2008

Friday, December 5, 2008

Sunday, November 30, 2008

Belasungkawa: Razali terkenal dengan sikap mesra, prihatin

http://dppkt.files.wordpress.com/2008/02/razali-ismail.jpg

PEMERGIAN tokoh pendidik yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, (1949-2008) ke Rahmatullah di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang secara mengejut kira-kira jam 6.30 petang semalam adalah kehilangan yang cukup besar bagi warga pendidikan serta warga Kuala Terengganu khasnya yang sudah sebati dengan sikap mesra dan prihatin yang cukup sinonim dengannya.

Dilahirkan di Kuala Berang pada 25 Jun 1949, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Razali adalah seorang yang cukup prihatin dalam memastikan pendidikan menjadi tunjang dan keutamaan, baik ketika berkhidmat sebagai pendidik sehingga beliau terbabit secara langsung dalam politik pada 2004.

Memulakan pendidikan peringkat rendah di Hulu Terengganu beliau kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Razali seterusnya melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang Sejarah dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian pada 1973 dan pengajian Sarjana Pendidikan di University of Birmingham, United Kingdom pada tahun 1986 hingga 1987.

Selepas beberapa tahun menjadi pendidik, beliau kemudian menjadi pensyarah di beberapa maktab perguruan dan pernah dilantik sebagai Timbalan Pengetua Maktab Perguruan Kota Bharu dan seterusnya Pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan Pengetua Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Kesungguhan ditunjukkannya dalam memartabatkan bidang pendidikan khususnya di Terengganu seterusnya membolehkan beliau dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu pada 2001.

Kecemerlangan ditonjolkan beliau dalam mengemudi bidang pendidikan negeri cukup terserlah hingga Terengganu mampu muncul negeri yang mencatatkan keputusan paling cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kekal sehingga hari ini.

Jawatan terakhir disandang beliau dalam kerajaan adalah sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran pada 2003 sebelum dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum 2004 dan memenanginya dengan menewaskan calon Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dengan majoriti 1,933 undi.

Beliau sekali lagi mengekalkan kemenangan di Parlimen Kuala Terengganu apabila dicalonkan dan mengalahkan calon Pas, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.

Pengalaman luas beliau sebagai warga pendidik dan sebagai pentadbir sektor pendidikan dengan memegang pelbagai jawatan memudahkan lagi tugasannya selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran tahun ini.

Beliau yang pernah memegang jawatan Pengerusi, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebelum menjawat jawatan Timbalan Menteri Pelajaran turut membawa banyak perubahan dalam mempastikan peminjam PTPTN membayar balik pinjaman bagi mempastikan kelangsungan dana untuk membantu pelajar lain supaya turut mendapat manfaat melalui tabung itu.

Selain cintanya dalam bidang pendidikan, beliau juga turut aktif dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta turut memegang jawatan dalam beberapa pertubuhan sukarela.

Beliau turut dianugerahkan beberapa darjah kebesaran dengan Darjah Paduka Mahkota (DPMT) pada 2004 yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Terengganu.

Razali meninggalkan seorang balu, To' Puan Nooraini Lob Yusoff dan lima anak yang semuanya lelaki iaitu Muhammad Nurazli, 30 yang juga Pengurus di Sime Darby Bhd; Asrul Shah, 27, bertugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik; Khairul Amar, 23 , masih menuntut di Amerika Syarikat; Khairul Anwar, 21, menuntut di Universiti Industri Selangor dan yang bongsu, Khairul Arif, 15, pelajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.


Al Fatihah !

sumber : http://www.bharian.com.my

Wednesday, November 26, 2008

Mubarak: Ikhlas berpolitik atasi politik wang

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) mengakui keazaman berpolitik secara ikhlas adalah ramuan paling mujarab sekiranya mahu melihat politik wang dalam UMNO dibanteras seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden Mubarak, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, sebagai langkah pertama, setiap peringkat di dalam UMNO perlu menanam kesedaran yang tinggi tentang bahayanya amalan politik wang atau rasuah politik terhadap masa depan parti.

‘‘Peringatan (Datuk Seri) Najib amat tepat dan kena dengan masa yang sedang kita hadapi. Malah ia juga bukan sahaja perlu dilihat daripada sudut parti politik semata-mata tetapi juga dalam aspek lain.

‘‘Justeru pada saya, pandangan tersebut perlu sama-sama dihayati dengan penuh keazaman dan seterusnya bersedia mengubah minda terhadap dahsyatnya kesan rasuah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tuesday, November 25, 2008

Kenapa hanya tulisan arab sahaja disembur cat merah ?

[PapantandaSpray.jpg]


anda fikirlah sendiri....

samada ia bertujuan menghina tulisan arab sebagai tulisan orang Islam atau sebaliknya.

Sunday, November 23, 2008

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Albar sokong usaha murni Blogger yang berETIKA

Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mahu satu kod etika diwujudkan sebagai panduan kepada penulis blog dan komuniti Internet (Netizen) ketika menulis pandangan dan membuat laporan melalui ruang siber.

Beliau berkata, penulisan dan laporan blog kini bukan lagi satu aktiviti mengisi masa lapang, sebaliknya telah berubah menjadi satu jenama dan banyak pihak mendapat keuntungan melalui blog serta portal berita.

Katanya, lebih penting lagi, budaya blog semakin menyentuh kehidupan lebih ramai rakyat Malaysia yang berpeluang mencapai lebih banyak sumber berita dan maklumat.

''Dengan peralatan yang begitu berkuasa, penulis blog mampu mempengaruhi pembaca dan membentuk perspektif mereka. Penulis blog mampu menyatupadukan komuniti dan mereka juga boleh memecahbelahkan mereka.

''Menjadi hasrat kita supaya penulis blog meneruskan kegiatan mereka seiring dengan harapan negara untuk memastikan keamanan dan kemajuan dicapai secara lestari," katanya dalam ucaptama merasmikan Forum Bloggers Buff 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.


Syed Hamid berkata, penulis blog khususnya dan rakyat Malaysia perlu sentiasa mementingkan komposisi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.

Katanya, rakyat Malaysia mesti menggunakan semangat tolak ansur, perpaduan dan harmoni untuk terus membina bangsa yang maju dan bersatu padu.

''Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan negara kerana ia penting kepada kemakmuran negara," katanya.


Friday, November 21, 2008

PERSIDANGAN MEJA BULAT MELAYU BERSATU

Semua Persatuan-Persatuan Melayu dari Perlis hingga ke Johor akan menghadiri persidangan meja bulat untuk membincang perihal perjuangan untuk memartabatkan nasib Bangsa Melayu yang semakin tergugat. Perjumpaan yang akan menghimpunkan semua NGO-NGO Melayu tanpa mengenal tua mahupun muda dan fahaman politik kepartisan akan diadakan pada tarikh, masa, dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 22 November 2008
Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: Hotel Singgahsana Petaling Jaya.

Semoga komitmen dan kesepakatan NGO-NGO ini akan dapat mengembalikan Ketuanan Melayu yang semakin disanggah oleh anasir-anasir dari kaum pendatang yang senantiasa menguji kesabaran Umat Melayu.

Hidup Melayu, Hidup Melayu, Hidup Melayu.

salin : httpp://perakbangkit.blogspot.com

Tuesday, November 18, 2008

Undian UTUSAN MALAYSIA - Wajarkah jawatan Ketua Wanita UMNO dipertandingkan pada pemilihan Mac 2009 nanti?



Tekan imej untuk melihat gambar asal di Utusan Malaysia

Friday, November 14, 2008

Poll Mstar : Ramai setuju jawatan diserah kepada Shahrizat dan ramai bisu apabila DAP biadap membaca ayat suci kita



Tajuk Poll Mstar sebenarnya bertulisan macam ni :

Wajarkah Tan Sri Rafidah Aziz serahkan jawatan Ketua Wanita Umno kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil?

Dalam komen terbaru Tun Mahathir juga setuju peralihan disegerakan dengan diberi hak memilih kepada perwakilan.



Ini berdasarkan konsep demokrasi yang akan memberi (bukan membeli ) kebebasan menaik atau menjatuhkan mana mana pemimpin tanpa ada sekatan atau ugutan sedikitpun.

Poll mencatatkan 79 peratus bersetuju dan 21 lagi tidak.

Di Amerika poll samada benar atau tidak, telah memberi keputusan awal siapa akan menjadi Presiden. Beberapa poll dibuat oleh CNN dan media lain memberi petunjuk jelas kepada gelombang rakyat Amerika yang menyokong Senator Barrack Obama.

Walaupun dia dikaitkan dengan Islam melalui ayahnya yang pertama dan juga ayah kedua yang dinikahi ibunya yang berasal dari indonesia.

Siapa jangka dia akan menjadi Presiden Amerika ?

Berbalik kepada Shahrizat dan Rafidah, meskipun kejayaan mengekalkan kerusi Parlimen Kuala Kangsar oleh Rafidah jelas menunjukkan kewibawaan beliau sebagai Ahli Parlimen berpengalaman, namun pelan peralihan yang akan dilaksanakan Jun perlu dilihat juga.

Kita mungkin akan diam membisu jika tiada peralihan kuasa dibuat tetapi apabila ia telah disebut sebut dan menjadi pengetahuan umum maka kita kena terima bahawa pelan tersebut tidak praktikal.

Anjakan masa dipercepatkan sangat penting sebelum kita akan memulakan proses menguatkan kembali parti untuk menempuh PRU 13 akan datang yang dijangka turut disertai pengundi baru yang dianggarkan berjumlah 2 juta orang.

Jika tidak, tidak mustahil kesan lebih teruk akan dirasai jika persiapan tidak dibuat betul betul dan kita takut pengundi muda ini juga sama dengan trend pengundi muda PRU 12 yang lepas di mana mereka telah memberi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah.

Ini akan membahayakan kerana sikap bereksperimen akan membawa akibat dan padah yang parah dan buktinya di Selangor dan Perak serta Pulau Pinang yang jelas tidak stabil dan sentiasa diselubungi kontroversi yang menampakkan kegagalan PR memerintah walau mendapat mandat dari rakyat.

Apatah lagi kita melihat juga bagaimana parti Cina juga semakin berani sekarang ini menyentuh hak hak Melayu Islam termasuk oleh NGO pro mereka yang menghina Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, juga termasuk menjadikan ayat ayat suci kita sebagai perkara yang disebut dalam ucapan mereka. Mereka membaca ayat ayat kita hingga tidak ada langsung orang yang mendengar dari parti nama Islam sendiri terfikir ia satu perbuatan MENGHINA AGAMA ISLAM.

Lihat fatwa yang diambil dari laman E-Fatwa :

i) Tidak harus (haram) orang-orang bukan Islam meletakkan
kuasa di atas Mashaf Al-Quran, Kitab-Kitab Hadis, Kitab-
Kitab Feqah atau kitab-kitab yang berkenaan Agama Islam
yang ada di dalamnya ayat-ayat Al-Quran atau Hadis-Hadis
Nabi S.A.W, samada dengan mencetak,menyimpan,mempamer,
mengedar, menjual dan membeli.

ii) Tidak harus (haram) bagi orang-orang bukan Islam memiliki
Al-Quran atau Hadis atau bahan-bahan dalam bentuk media
cetak dan elektronik atau ukiran yang ada pada ayat Al-
Quran atau Hadis atau apa jua lambang yang dipandang suci
oleh orang Islam seperti kaabah, masjid dan sebagainya,
juga tidak harus (haram) mencetak, menyimpan, mempamer,
mengedar, menjual dan membelinya.


Atau klik gambar untuk paparan laman asal yang diambil di sini



Jika memiliki pun dilarang, tentu menyebut dan membaca ayat ayat Quran terlebih dilarang !


Ingat lagi kisah Umar Al Khattab yang diperintah mengambil wuduk sebelum dibenarkan memegang mushaf surah Toha dan membacanya ? dan adakah Ahli Parlimen DAP tadi mengambil wuduk sebelum membaca ayat ayat suci tadi ???

Inilah yang dimahukan oleh Anwar yang membawa Islam Liberal di mana keizzahan Islam akan lebur dan tidak dirasakan rohnya.

Anwar ingin menjadikan Islam mengiktiraf agama Hindu dan Kristan serta mereka juga mengiktiraf Islam.

Tidak mustahil juga selepas ini ada orang akan membaca kitab Taurat dan Injil ( Bible ) dalam ceramah kita.

Peliknya HARAKAHDAILY turut berbangga dengan gelagat menghina Islam tersebut yang jelas tidak bertujuan menjadikan ia sebagai sumber hidayah kecuali untuk keuntungan agenda politik mereka sahaja...



Tentu inilah reformasi dan mungkin ini yang akan disukai oleh ayam jaguh PAS Mohammad Sabu yang hebat berceramah walaupun pernah ditangkap khalwat di negeri Serambi Mekah !

Lihat blog sahabat saya angin perubahan di sini untuk membaca posting terkini tentang isu di atas....


Tuesday, November 11, 2008

SAPP makin pecah dengan keluarnya orang kuat mereka gara2 terpedaya dengan politik 'katak' Anwar

Raymond Tan serah surat letak jawatan dalam SAPP

KOTA KINABALU 10 Nov. - Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah ( gambar ) hari ini menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP).

Ketua Penerangan SAPP, Chong Pit Wah mengesahkan menerima surat itu yang dihantar oleh seorang kakitangan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah yang mana Shu Kiah adalah menterinya.

http://www.sabah.gov.my/images/cabinet/2004/raymond-tan.jpg

"Bagaimanapun Shu Kiah tidak menyerahkan semula kad keahlian SAPP dan perbuatan ini menyalahi perlembagaan parti," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Shu Kiah meninggalkan SAPP selepas tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Tertinggi parti itu pada 17 September lalu yang keluar daripada Barisan Nasional (BN).

Berikutan itu, beliau merancang menubuhkan sebuah parti baru yang akan disertai bekas pemimpin kanan parti itu dan 2,000 ahli lain yang tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan SAPP.

Pit Wah berkata, pihaknya mendapat tahu parti baru Shu Kiah akan didaftarkan selewat-lewatnya sebelum Dewan Undangan Negeri bersidang pada Jumaat ini.

sumber : utusan


Ulasan saya :

- Ini juga boleh jadi satu iktibar kepada MCA atau GERAKAN bahawa mereka perlu memikirkan semasak masaknya hasrat menikam UMNO dari belakang.

- Mereka juga perlu mengelakkan diri dari ingin menjadi juara kaum / bangsa mereka sehingga mengenepikan semangat setiakawan dalam BN.

- Politik ' Liar ' ( boleh dibaca dwibahasa ) Anwar selaku de facto Pakatan Rakyat tidak menjanjikan apa apa selain 'Liar' sahaja. Bagaimana ingin menubuhkan kerajaan jika ia ingin menjadikan agar MP BN mengkhianati amanah rakyat yang telah memberi sokongan kepada parti BN apabila lompat parti ?

- Harapnya tak ada lagi parti lain cuba cuba gatal nak 'kutuk' UMNO lagi. Kerana isu peribadi meleret hingga jadi isu parti. Seperti kes SAPP ini.

Cerita sebab SAPP keluar BN ada di sini

Sunday, November 9, 2008

Alasan kenapa Raja Petra ditahan bawah ISA dan kisah Husam Musa

Menteri Dalam Negeri menyatakan Raja Petra perlu ditahan di bawah ISA dengan alasan berikut:

"Telah bertindak secara sedar, sengaja dan tidak bertanggungjawab dalam menyiarkan artikel tulisannya dan komen pembaca yang mempersendakan dan menghina orang Islam, kesucian agama Islam dan peribadi Nabi Muhamad SAW yang telah membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini sekali gus boleh mewujudkan krisis keyakinan terhadap agama Islam serta mencetuskan persengketaan dan ketegangan agama antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Selain itu artikel tersebut berunsur fitnah dan palsu terhadap pemimpin negara bertujuan untuk menjejaskan keyakinan dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang mana seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan Malaysia."

http://media1.malaysiakini.com/91/4392b6188ae86cba46bb503f10b26fab.gif

Peliknya PAS pun boleh mengucapkan tahniah kepada Raja Goblog tersebut yang jelas menghina Islam termasuk juga menghina Presiden PAS tempoh hari dengan gambar jelas tidak bermoral yang turut diulas oleh mansaari di sini !


[1354922378bd629e6fbtr5[1].jpg]

Seperti komen tidak cerdik Husam Musa ( gambar dari blog MSO di sini):

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi berbisa mempertahankan ketuanan Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan premis keselamatan negara, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Beliau berkata demikian ketika mengucapkan tahniah kepada Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang dibebaskan dari cengkaman keganasan ISA hari ini.

[Husam+Musa.jpg]

Rasanya Husam tidak terbaca barangkali komen rakannya dari PAS juga iaitu saudara Roslan SMS di sini yang menulis tentang Raja Petra menghina agama kita :

Kini sekali lagi saya perhatikan Malaysia Today menyiarkan artikel yang bagi pandangan saya terus-menerus menghina Islam. Di bawah posting "The Great Tudung Debate" di

http://mt.m2day.org/2008/content/view/12321/84/


Raja Petra telah menghuraikan tafsirannya berkenaan dengan hukum menutup aurat bagi wanita yang jelas menyimpang dari mana-mana tafsiran yang kita sedia pakai. Tidak cukup dengan kekeliruan yang beliau cetuskan, posting beliau telah mengundang keghairahan para pembacanya untuk turut menumpang memberikan komen dan tafsiran masing-masing termasuklah dari yang bukan Islam.

Jadi apa komen anda tentang kecelaruan dan kebejatan alam politik Malaysia sekarang ?

Bukankah ia bukti kita kena muhasabah diri sendiri tentang hala tuju perjuangan kita ?

Jika ada dua pilihan, tentu kaedah agama iaitu : Yang paling ringan mudaratnya , perlu dipraktikkan oleh orang orang kita..

Dan antara PKR dan UMNO mana satu pilihan saudara berdasarkan kaedah di atas ?

Saturday, November 8, 2008

Raja Petra dibebaskan, tanda keadilan kehakiman Malaysia



Mahkamah selalu menjadi mangsa kepada tekanan politik pembangkang apabila ada kes melibatkan mereka tidak memihak kepada mereka.

Apabila memihak kepada pembangkang maka mereka sangat gembira. Namun apabila tidak sama sekali memberi keuntungan kepada mereka pasti mahkamah akan dilabel dengan label negatif seperti mana yang berlaku semasa perbicaraan kes liwat Anwar 10 tahun yang lalu.

Akhirnya Hakim digelar Hakim Hacks.

Pembebasan Raja Petra yang diketahui ramai telah ditahan polis pada 12 Sept sebelum dibawa pada 23 hb berikutnya ke Kamunting untuk tahanan di bawah ISA.

Ini berikutan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad yang menerima permohonan habeas corpus pengendali blog popular Malaysia Today, serta memerintahkan beliau dibebaskan serta-merta.

Pada hemat Hakim Syed Ahmad Helmy, Raja Petra mesti dibebaskan setelah mahkamah mendapati bahawa alasan perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri mengikut Seksyen 8 ISA ke atas pemohon sebenarnya tidak mencakupi skop yang ditetapkan di bawah akta tersebut.


Kenapa Raja Petra ditahan bawah ISA ?

Menteri Dalam Negeri menyatakan Raja Petra perlu ditahan di bawah ISA dengan alasan berikut:

"Telah bertindak secara sedar, sengaja dan tidak bertanggungjawab dalam menyiarkan artikel tulisannya dan komen pembaca yang mempersendakan dan menghina orang Islam, kesucian agama Islam dan peribadi Nabi Muhamad SAW yang telah membangkitkan kegelisahan dan kemarahan masyarakat Islam di negara ini sekali gus boleh mewujudkan krisis keyakinan terhadap agama Islam serta mencetuskan persengketaan dan ketegangan agama antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Selain itu artikel tersebut berunsur fitnah dan palsu terhadap pemimpin negara bertujuan untuk menjejaskan keyakinan dan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang mana seterusnya boleh menggugat ketenteraman awam dan memudaratkan keselamatan Malaysia."


Jadi, apakah alasan lagi untuk Pakatan Rakyat menidakkan keadilan sistem kehakiman Malaysia yang jelas tidak terikat atau cenderung kepada sesiapa ?

Kecuali mereka sendiri ingin memburukkan negara walau apa jua keadilan diterapkan oleh pemimpin kita dan apa jua kebaikan diperolehi mereka demi secebis kuasa yang didambakan melalui pilihanraya walaupun ia pasti merosakkan imej negara di pandangan dunia !




Thursday, November 6, 2008

Kenapa MB Selangor baik hati kekalkan Rosmah walau dibantah ?

Saya pun tidak tahu kenapa dikekalkan juga isteri Najib sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) walaupun Kira-kira 20 orang termasuk tiga pemimpin muda Pakatan Rakyat menghantar surat bantahan kepada menteri besar Selangor agar menggugurkan isteri timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan tersebut..

http://media1.malaysiakini.com/128/2a5a72345aebbab45f0df5bb9230b30b.jpg

Begitu juga Isu kekosongan jawatan Pengurus Besar PKNS yang menimbulkan kontroversi apabila Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun PKNS, Low Siew Moi memangku jawatan itu selama setahun. Walhal masih ada Melayu yang layak untuk jawatan Pengurus Besar PKNS yang ditubuh untuk Melayu Bumiputera itu !

Pun masih dikekalkan !!!

Soalan saya : Apakah syarikat besar milik rakan pemimpin PKR selain syarikat-syarikat milik MCA, Gerakan atau MIC mengambil pengurus Melayu?

Berterus-terang sajalah.

Sepatutnya Khalid buang sahajalah Rosmah. Atau Khalid sediri perlu dibantah dan didesak dibuang...Atau pengekalan ini kerana Khalid menerima arahan ghaib dari Anwar ?

Yang datang bantah bukan calang2 orang dan dari geng pemuda PR sendiri seperti naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, setiausaha DAP negeri Lau Weng San dan exco penerangan Pemuda PAS negeri Mohd Sany Hamzan.

Mungkinkah ini 'politik' untuk berbaik baik dengan bakal PM selepas satu persatu cubaan menggagalkan perjalanan Najib menjadi PM telah gagal dan raja siber mereka ditangkap dipenjara bawah akta ISA ?

Mereka yang bantah bawa kain rentang tulis "Rosmah Out" dan "Unisel gedung ilmu, bukan gedung beli-belah. Rosmah boleh blah" ..

Lawak betul macam Rosmah tu jadi Menteri Kabinet Malaysia.. hahahaha

Kita tahu Rosmah bukanlah ahli politik seperti suaminya. Jadi, tak kan kita nak seret sama isteri kerana benci kita kepada suami ?

http://www.unisel.edu.my/images/stories/campur/datin%201.jpg

Menurut laporan Malaysiakini, Dalam surat bantahan itu, mereka mendakwa Rosmah Mansor "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."

Benda seperti itu tidak wajar kerana kedudukan Rosmah sendiri selaku isteri TPM mewajarkan perlantikan tersebut dilakukan. Kerana syarat menjadi Canselor bergantung kepada Lembaga Unisel sendiri. Bukan pemilihan berdasarkan kelayakan akademik.

Paling2 kurang pun Rosmah tak lah bodoh dan tak pandai ilmu seperti buta huruf buta IT dan sebagainya...Bahkan rekod pendidikan Rosmah dalam bidang sains menunjukkan pencapaian beliau yang tentu boleh dikira ok.

Rosmah telah dilantik jawatan tersebut sejak Ogos 2006 hingga sekarang.

Mungkin mereka ni nak jadi Canselor kot tapi tak dapat hahahaha....

http://www.unisel.info/images/renovation.gif

Rasanya jika isu Canselor pun nak dihebohkan, tentu rakyat makin nampak PR hanya mementingkan jawatan dari terus memperjuangkan isu isu lain atau menjawab isu isu yang dibangkit oleh UMNO selama ini.

Surat itu ditandatangani oleh Ketua Pemuda PAS negeri Selangor Sallehen Mukhyi ( blogger JentayuAbaka gelar ketua pemuda yang gila glamour ) Khairul Anuar ketua AMK Selangor serta Lau Weng San

Surat itu diterima setiausaha politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini tidak lain kerana Pakatan Rakyat ingin meletakkan calon pilihan mereka...yang saya baca mereka kata mempunyai tokoh-tokoh intelektual yang mampu mengetuai Unisel seperti timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy.

namun sebenarnya inilah perangai mengubah isu atau reverse psycology yang diajar Anwar dan terus berleluasa...

Mengubah isu maksud saya mencipta isu lain untuk menutup isu lain pula.

Cuma, bagi saya satu je persoalan,

Adakah BANGKAI GAJAH isu LIWAT
boleh ditutup dgn mudah ?


Tuesday, November 4, 2008

Kenapa Azalina yakin tidak cukup pencalonan ?

Biasanya calon akan optimis. Dan calon seperti Azalina Othman tidak yakin pula dapat pencalonan.

Hari tu Mukhriz kata ada sekatan untuk perwakilan bertemu calon. Khairy pun cakap lagu tu jugak.

Tup tup Azalina pun cakap macam ada sekatan.

Rasanya Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO tentu mendengar dan 'mencium bau' dari kenyataan di atas, samada benar atau tidak.

Perwakilan tentu dapat menilai pemimpin yang bagus atau tidak. Dan sayang jika bekas Ketua Puteri UMNO tidak dapat menunjukkan tauladan dengan menutup sedikit cebisan rambut yang tentu disukai Tuhan.

Hak mengamalkan agama memang bebas tetapi sebagai tanda keperihatinan gejala free hair haruslah diubah dengan dakwah dan mauizah hasanah. Barulah nampak kesungguhan orang Islam di dalam UMNO untuk menjaga agama Islam melalui percakapan perbuatan.

Tengok manisnya Puteri UMNO sekarang Datuk Noraini yang sudah berhijrah menutup aurat selepas sebelumnya sekadar mencukupkan syarat sahaja.

Itulah kepimpinan melalui teladan dan harap semua faham dan memahamkan orang lain pula.


Berita selanjutnya :

Azalina tidak yakin dapat cukup pencalonan
04/11/2008 11:20am

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, beliau tidak yakin akan mendapat cukup pencalonan bagi melayakkannya bertanding jawatan Naib Ketua Wanita UMNO.

Beliau mendakwa terdapat sekatan di peringkat bahagian supaya tidak mencalonkannya bertanding jawatan tersebut.

“Ada arahan daripada pihak tertentu yang mahu pelan peralihan kuasa berjalan lancar. Saya bagaimanapun akan terus memfokuskan untuk bertanding jawatan MT selepas ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Zoom! Media Prima di sini hari ini.

Azalina sehingga kini menerima 13 pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Wanita UMNO manakala kuota kelayakan bagi jawatan itu adalah 29 pencalonan. - Utusan.

Monday, November 3, 2008

Kes terbaru - 4 lagi gadis dilarikan ke Lombok dan lagu air mata ibu

4 lagi kes gadis lari ke Lombok

Oleh Safuri Kamarudin
bhnews@bharian.com.my


ABDUL Azeez mendengar luahan hati Abd Rahim di rumah mereka di Kampung Charok Bunting, Mukim Siong, Baling, Kedah.

Pemuda Umno bantu bawa pulang

BALING: Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno akan membantu empat lagi keluarga yang meminta bantuan badan itu membawa pulang anak gadis mereka yang dilarikan lelaki ke Lombok, Indonesia.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata mereka adalah daripada 17 kes seumpama itu yang dikesan Pejabat Kedutaan Malaysia di Indonesia, setakat ini.

"Sekretariat akan berusaha mendapatkan bantuan pelbagai pihak berkuasa, termasuk imigresen kedua-dua negara dan pihak kedutaan untuk membawa pulang gadis terbabit.

"Pada masa sama kita turut menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi anak mereka, terutama di kawasan yang didiami buruh asing warga Indonesia bagi mengelak kejadian warga asing membawa lari gadis tempatan," katanya ketika ditemui di sini, semalam selepas melawat keluarga seorang lagi wanita yang dilarikan lelaki Lombok.

Nur Liyana Abd Rahim, 18, dari Kampung Charok Bunting, Siong di sini dilarikan seorang lelaki warga Indonesia ke Lombok kira-kira dua tahun lalu dan dia dikatakan tidak tahan selepas terpaksa bekerja sebagai buruh di kebun sayur di Lombok Timur selepas berkahwin dengan kekasihnya.

Abdul Azeez berkata, jika Nur Liyana benar-benar mahu pulang ke pangkuan keluarganya di sini, sekretariat akan memberikan bantuan sewajar untuk membawanya pulang.

Ibunya, Saadiah Mustaffa, 44, berkata Nur Liyana yang juga anak keempatnya sudah melahirkan anak dan kerap mengadu mengenai penderitaannya serta menyesal mengikut lelaki terbabit apabila menelefon keluarganya di sini.

"Liyana merayu kami sekeluarga membantu membawanya pulang kerana sudah tidak tahan hidup di sana.


"Saya amat susah hati mengenangkan nasibnya yang sering menangis apabila mengadu mengenai kesusahan yang dilaluinya di Lombok," katanya.

Bapa Nur Liyana, Abd Rahim Ahmad, 49, mengucapkan terima kasih kepada Abdul Azeez yang berjanji akan membantu membawa pulang anaknya.

Abdul Rahim mendapatkan bantuan sekretariat itu selepas mendapat tahu kejayaannya membantu membawa pulang seorang gadis dari Perak, Noor Fadilah Ahmad, 18, yang turut dilarikan kekasihnya di Lombok, beberapa hari lalu.

sumber : Berita Harian


Memang kasih ibu tidak berubah dan sentiasa berterusan memaafkan kesalahan sebesar mana sekalipun ia di mata. Namun anak tidak pernah ingat untuk memikirkan segala pengorbanan Ibu dan juga Bapa. Ramai memilih jalan 'nafsu' dari jalan 'bahagia' kerana terkena ilmu ' guna guna' dan janji manis cinta, hingga berubah dari taat kepada derhaka kepada kedua ibu bapa..

Tersentuh mendengar lagu air mata Ibu oleh Siti Nurhaliza membayangkan perasaaan ibu terhadap anak. Membenarkan arahan Nabi agar ditaati ibu kerana syurga berada di bawah tapak kakinya..

Perkara mengingatkan jasa jasa ibu perlu dibuat semua pihak dan iklan mengeratkan kasih sayang sesama keluarga perlu diusahakan lebih banyak dan kerap lagi di media massa dan eletronik juga internet untuk mengelakkan kejadian kejadian anak perempuan dilarikan ke Lombok atau mana mana tempat di dunia ini.



Airmata Ibu
Artist : Siti Nurhaliza


Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...

Duhai ibu